BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Nov 4, 2014

Anak sedara

Seperti semua sedia maklum,
Anak sedara aku dah selamat lahir 6 bulan lalu
Hahaha
Dah 6 bulan tapi tak penah tunjuk pun muka anak sedara kat sini

Oleh itu,hari ni kita tunjuk sekeping dua gambar si kembar
Si kakak nama Qaisara dan adiknya nama Qasrina
And yess,,itu nama penuhnya
Nama panjangnya pun yang tu,yang pendek pun yang tu jugak
Sebab nama bapak panjang,
Kena la letak nama anak pendek
Kalau tak,kesian kat anak nak tulis kat kertas exam

Sekarang si kembar dah tumbuh gigi
Tapi belum pandai meniarap
Tapi dua2 menghiburkan hati
Hahaha..macam promote plak

Anak sedara

Seperti semua sedia maklum,
Anak sedara aku dah selamat lahir 6 bulan lalu
Hahaha
Dah 6 bulan tapi tak penah tunjuk pun muka anak sedara kat sini

Oleh itu,hari ni kita tunjuk sekeping dua gambar si kembar
Si kakak nama Qaisara dan adiknya nama Qasrina
And yess,,itu nama penuhnya
Nama panjangnya pun yang tu,yang pendek pun yang tu jugak
Sebab nama bapak panjang,
Kena la letak nama anak pendek
Kalau tak,kesian kat anak nak tulis kat kertas exam

Sekarang si kembar dah tumbuh gigi
Tapi belum pandai meniarap
Tapi dua2 menghiburkan hati
Hahaha..macam promote plak

Oct 23, 2014

Ketam pondan

Ramai sangat duk promote pasal ketam lembut ni kat akak,so,semalam sempena cuti deepavali,akak tak balik rumah,akak pergi la kuala gula untuk menikmati ketam lembut yang dah masuk JJCM ni

Mungkin sebab ketam itu sifatnya lembut,
Tu orang letak nama fancy dia as ketam pondan
Hahhaha..kalo orang jantan lembut,boleh la panggil pondan,ini ketam pun digelarnya pondan
Ada orang kata ketam ni bersalin kulit,sebab tu kulitnya lembut
Ada jugak yang kata,ketam ni anak ketam,kulit takdan keras lagi hahaha
Tapi paklang and maklang kata,ketam ni memang spesies cengkerannya lembut
Entah le,teman pun tak tau mana kisah benarnya
Yang pasti memang ketam ni lembut semua anggotanya

Ko boleh ngap semua anggota ketam ni even pejam mata sekali pun
Tak payah comot dan belemuih bergusti dengan ketam untuk keluarkan isi dari setiap ceruk cengkerangnya
So,untuk pasangan bercinta memang elok la pergi
Si perempuan tak payah nak control ayu untuk melahap ketam
Keayuan mu tetap akan terpelihara sewaktu makan
Ko boleh selamba makan kulit dan kaki ketam begitu sahaja

Tapi jaminan itu hanya terpakai kepada ketam lembut sahaja
Kalau ko order ketam nipah,nasib ko la kena godek-godek cari isi dalam kulit tu
Kalau ko alergik tak boleh makan ketam,ada je seafood lain
Tapi dimulut akak ni,siakap tiga rasa dia tak sedap
Sebab kuah tiga rasa tu tak kick,mak akak buat lagi nyumsss

Tapi kalau siapa mabuk laut atau tak tahan duduk kat tempat teroleng-oleng,
Tak payah la pergi
Sebab ianya restoren terapung,ko akan pening sket bila restoren tu goyang2 dipukul ombak
Akak pun tetiba jadi pendiam kat dalam restoren tu sebab akak fenin
Hahaha

Oleh itu,gambar ada skeping je
Tu pun budak waitress tu sudi tolong ambil walaupun dia busy gila
Akak pun tak tergamak nak suruh dia snap banyak2 sebab mata dia melilau tengok bos dia

Tapikan,akak tak berkenan dengan layanan depa
Sebab budak2 muda yang amik order,diaorang tinggi2 suara
Nak marah jugak aku pun
Tapi cheq sabaq je sebab cheq fenin
Hahaha

Sekian,review akak untuk ketam lembut kuala gula di restoran terapung JS Muara

Oct 20, 2014

Carutan

Aku rasa sejak aku chambering lebih kurang setahun ni,
Mulut aku asyik nak menuturkan kata-kata carutan
Nak buat macam mana,customer datang perangai cam harem sekor-sekor
Yang bagus pun ada jugak tapi jarang-jarang
Yang baik tu,sejuk hati kita tak terkira la kan
Tapi yang perangai haram jadah tu mula aku nak mencarut bagai

Belum dengan orang bank,orang pejabat tanah dan orang pejabat pusaka yang boleh bikin darah guwa naik
Kang aku kena darah tinggi takdan tua
Hadoiii

Pening la dengan orang yang konon terpelajar dan ada pangkat ni
Tau nak maki kita je
Ingat aku tak reti nak maki ang?
Kata kita tak reti buat keje la,lembab la
Memang la lembab dah kita ikut procedure,
Ang guna kroni ang,pintas ikut depan,memang la cepat
Ba wau da wau ha btoi

Baik cakap dengan orang kampung yang tak berpelajaran tapi beradap
Dari cakap dengan orang cerdik tapi takde adab
Tapi kadang2 ada jugak orang bengap tapi nak maki kita
Haishhh
Senang citer,yang takde adab ni memang mintak maki ah

So,tak kira hebat mana pun ang,
Kalau perangai hampeh,
Orang tak respect pun
Orang doa ang krna langgar dek lori adala

Oct 19, 2014

Konfius

Disebabkan akak bosan si kembar tu takde,
Sambil menyandar kekenyakan kat kerusi  di depan tv,
Akak pun scroll habis social media
Facebook,twitter,instagram,9gag
Whatsapp pun takde new notification
Selalu kencang jugak group2 wassap tu duk sembang,
Walaupun akak tak mrnyampuk,akak baca dalam diam
Ada jugak la benda utk dibaca time bosan ni

Pehal minggu ni senyap je group2 tersebut entah
Duk buat maruku nak sambut deepavali ke apa
Setahu akak,budak batch akak tak kira zaman skolah rendah ke,menengah ke zaman universiti ke,budak2 india tak ramai pun
Ada la sorang dua je
Hahaha
Musykil pulak akak dengan kesenyapan group2 skolah akak ni

Cakap pasal sekolah,
Disebabkan akak ni selalu pindah randah,
Akak confuse la antara rakan2 akak tu
Maklum la,skolah rendah akak ada 2 sekolah,
Sekolah menengah 3 sekolah,
Universiti pun 2 universiti
Contohnya nama nana,kawan skolah rendah ada nama nana,classmate waktu uitm nama nana,bestfren zaman uum pun nama nana
So,agak teragak2 nk menyembang lebih2 dalam group
Kang tersilap plak

Udah la akak ada masalah nk retrieve panggilan depa waktu zaman belajar dulu,
Depa boleh pulak ajak menyembang pasal budak kelas sebelah, pasal senior
Adoi,memaksa otak akak bekerja lebih betol
Lagi haru bila tak letak nama betol depa dan gambar letak gambar kartun
Hmmm,lagi la akak waswas siapakah gerangan yang sedang berkata-kata itu
Pastu sentap bila kita tak say hi or whateva
Pening kepala akak tau

Tapi akak lagi prefer group perempuan sahaja
Tak minat sket kalo campur dengan laki
Bukan sebab akak tak suka laki,tapi orang laki ni kuat mengarut dan kuat mengorat
Akak geli sket bila laki jual minyak ni
Hahaha

K bye.

Oct 18, 2014

Tidak perlu peduli

Kadang- kadang kita tak perlu ambil peduli semua hal
Kalau kita terlebih peduli,kita yang akan sakit
Sakit hati tu satu hal
Jatuh sakit kerana terlalu fikirkan benda yang tak perlu tu satu hal lagi

Percayalah,kurangnya amik peduli
Akan lebih membahagiakan jiwa kita
Orang perempuan ni tend to overthinking
Padahal hal kecik je,bila dibesar2 kan mula la dada berombak nak marah and  affect your mood and attitude towards innocent people
Ewahhh,,akak skipping london pulak

Akak belajar perasaan kurang peduli ni dari kawan2 laki
Depa tak suka bawa hal hari ni ke hari esok
Orang perempaun je gaduh hari ni,sampai tahun depan pun ingat lagi
Siap 20 tahun kemudian pun boleh ungkit lagi

Bila dah besar ni,akak rasa daya ingatan yang lemah lagi bagus
Kuat daya ingatan ni buat kita rasa nak berdendam je
Yela,manusia atas muka bumi ni suka berjanji dan suka lupa janji mereka an hour lepas dia tabur janji tu
Kita sebagai orang yg kuat daya ingatan akan ingat janji tu sampai mati
Pastu kecewa bila orang tak tunaikan
Padahal sendiri tahu janji manusia ni tak boleh pakai
Hanya janji Allah yang pasti
*tetiber hahaha

Jadi,kaum hawa terutamanya
Tolong la jangan emosi sangat bila ditabur dengan janji manis
Wat lek wat peace sudeyyhhh
Nanti kecewa dikemudian hari,sendiri tanggung
Jangan nak meroyan tak pasal
InsyaAllah kalau kaum hawa sekalian dengar nasihat akak ni,hidup pasti akan lebih tenteram
Dan juga jiwa akan lebih pemaaf
Hahaha
Ini pengalaman sendiri ke kak?
Hahaha..akak cuma berfikiran rasional je.akak baru hidup 24tahun,tak banyak pengalaman hidup pun lagi

Indirectly,akak nak pesan,siapa yg duk berjanji dengan akak tu,beware!
Hahaha

Oct 10, 2014

Ikan

Oleh kerana lapar sangat,
Aku call mak aku bagi tau aku nak singgah pasar malam dulu sebelum balik rumah
Sekali mak aku pesan suruh beli ayam and ikan pelaling
'Ikan pelaling tu macam mana?' terjerit kecil aku dalam telefon tu
Mak aku pun jawab' yang mama selalu beli tu la..'
Ha sudah,bukan mak aku slalu beli macam- macam ikan ke

Ciss,buat runsing je
Sampai pasar malam,
Aku cari ikan yang harga rm8 sekilo sebab mak aku kata ikan pelaling tu 8 ringgit sekilo
Nak tanya, malu
Sebab sebelum ni mak aku penah suruh aku beli ikan selayang waktu kat kelantan
Sampai kedai,aku tanya org kedai tu ' kak,ikan selayang ada?'
Akak tu kata,ada,kat depan tu
Aku pergi ke bahagian yang akak tu tunjuk tapi aku tak tahu mana satu ikan selayang,semua ikan nampak sama je
Aku pun tanya lagi,'kak,yang mana satu ikan selayang?'
Pastu ada la suara orang laki berkata-kata,'jenis ikan pun tak kenal,macam mana jadi perempuan tah'
Perghhh,aku sepak jugak jantan ni
Sibuk je,aku bukan tanya dia pun

Disebabkan taknak peristiwa lampau berulang,
Aku pun buat kental cari sendiri ikan berharga rm8
Tapi,errr,semua harga rm 10 je..takde pun yang harga 8 ringgit
So,terpaksa la aku tanya
First gerai aku tnya ikan pelaling ada tak instead of tanya mana satu ikan pelaling
Takde la nampak macam tak tahu sangat
Hahaha
Malangnya tiada
Kat gerai no.2 aku tanya soalan sama,ikan pelaling ada tak
Jawapannya,ada
Ha sudah,ada ikan pelaling tapi tak tahu mana satu
Terpaksa tebalkan muka tanya mana satu ikan pelaling
Aku tak pandang dah orang kiri kanan aku
Malu kot
Nasib baik orang jual ikan tu buat muka biasa je waktu bagi jawapan yg mana satu ikan pelaling
Kalo tak,aku rela tak beli dari menghadapi cemuhan masyarakat sebab aku tak kenal spesies ikan
Hahaha
Lebih kurang sama kot semua ikan- ikan tu
Konfius ah yang mana ikan selar,yang mana ikan kembung
Ikan merah je aku tau beza..haha

Oct 8, 2014

Purse

Ada staff ofis aku cakap
"Eishhh,saya tak boleh la pakai beg duit sampai lunyai,koyak rabak"
Hahaha
Dia tuju kat aku ke?
Sebab bila aku tgk purse aku,mmg ada koyak kat bucu
Warna pun dah tah apa2
Kotor plak tu sebab purse aku jenis kain
Senang citer nazak la

Tapi aku sayang nak tukar purse ni sebab compartment dia best dan banyak
Senang nak letak pelbagai jenis kad
Terutamanya kad stesyen minyak..haha

Aku beli purse tu kat online blogshop
Memang berbaloi la
Takde la mahal sangat tapi tahan lama gila
Dah la custom made
Masalahnya kedai tu dah tak buat purse baru dah
Yela,owner dia dah kawen and baru je branak
Tak buat purse dah kot

Lepas owner dia kawen hari tu
Aku tengok dia macam buat comeback
Ada gaya macam nak buat purse balik,siap buat page sendiri
Aku pun gigih like sebab taknak terlepas purse baru dia
Tapi sampai sekarang,dah beranak,takde khabar berita pun
Haahaha
Geram je aku,rasa nak inbox je owner suruh kembali buat purse.haha

Tempat letak kad ada 16 slot
Belakang tmpat kad tu ada compartment utk letak duit
Tempat letak duit syiling pun luas
Yang paling best,kita boleh letak duit kertas tanpa perlu lipat
Kalau purse lain,muat2 je ruang letak duit kertas,susah nak bubuh duit time kalut dengan cantiknya
Msti kena lipat2 duit..tak suka aku
Hahaha

Oct 6, 2014

Menyingkap erti hari raya qurban/korban

Tahun ni raya haji nya sangat penuh dan memenatkan
Tapi best sebab banyak kaki tangan untuk buat keje
Maklum la,makcik aku anak dia dah besar sikit,dah takde newborn raya ni
So,boleh la dia hulur bantuan kat dapur
Lagi membantu bila mak mertua makcik aku raya umah nenek aku jugak
Mak mertua makcik aku sumpah rajin gila
So,aku dengan mak aku takdela penat sangat

Bila balik kampong hari sabtu,mertua makcik aku tengah prepare nasi dagang
Omg! Sedap gilos ok nasi dagang dia
Bila malam,makcik aku and husband dia masak labu sira
Ini pon sodap okeyhh

Esoknya hari raya,
Lepas balik solat raya,
Aku bawak si kembar dan emaknya utk g tengok atuk aku sembelih lembu kat padang
Untuk akikah si kembar dan ank makcik aku nama damia
Tapi pergi kejap je,tak larat nak dukung si kembar
Lagipun makcik aku mabuk sebab dengar atuk aku luka waktu sembelih

Korang ada tengok berita pasal perahu terbalik dekat sungai golok yang mengorbankan 3 nyawa?
Akak aku kena buat liputan utk kes tu
So,seharian la dia kat tempat kejadian,siap request hantarkan makanan kat tempat kejadian sebab lapar
Parents aku pun pergi la hantar nasi dagang
Yela,anak kann..parents mana yg boleh dengar anak mengadu lapar
Anak cakap je lapo,terus bergegas hantar makanan

Bila mak aku g hantar nasi kat akak aku,maka, aku la kena masak utk perut-perut yang sedang lapar kat rumah
Disebabkan orang lain ada anak kecik yang asyik nangis,aku jela insan yang senang takde komitmen
Maka, kena masak
Nasib baik adik laki aku tolong
Kalau tak nangis dah kat situ
Dengan nak potong daging bagai,dah la kena masak utk lbh kurang 15 org makan oi
Berpeluh ketiak iolls prepare semua tu

Belum siap masak,mak aku call kata bomba dekat tempat liputan akak aku mintak kteorg prepare makanan untuk 40 orang
Omaigodddd!
Sebelum mak aku sampai,mak aku suruh tanak dulu berak 5kg..mana reti hoi
Mak aku kata bomba2 tu mintak tolong sebab memang takde orang jual makanan,rayaa kann
Diorang memang tak makan dari pagi
And waktu tu dah pukul 2 lebih!
Memang beergelora la perut masing2
Kesian pulak kat diorg,korbankan hari raya untuk selamatkan mangsa yang terkorban dalam kejadian bot terbalik tu
Mak aku kata anggap jela sedekah
Hmmm

Waktu tengah sibuk2 masak macam lipas kudung tu maklong aku sampai
So,mintak tolong dia buat singgang daging
Aku buat daging goreng
Ok,kurang sket keje aku
Tapi
Perghhh,sakit lutut guwa evrn goreng daging je..hahaha
Lepas tu,sebab letih sangat aku cakap kat mak aku bagi air masak jela
Tak larat nak buat air manis
Lagipun,mana ada orang jual ais hari2 raya ni
Tapi bapak aku tak setuju
So,buat air teh o panas satu tong
Rasa macam nak putus tangan prepare semua tu
Siap dengan tembikai lagi as pencuci mulut

Siap semua,p hantar kat tempat kejadian
Macam buat katering dah kteorg ni
Hahaha
Memang betul2 banyak pengorbanan yang korang boleh jumpa dalam cerita ni
Cuma,gambar hari raya korban je korang takkan jumpa dalam entry ni..haha

Sep 28, 2014

Ragam

Semalam,balik je dari kebun adik bongsu aku bagi soalan cepumas
Dia tnya apa akan jadi kalau kita basuh baju tak bubuh sabun
Omaigod adik,ko basuh baju tak bubuh sabun?
Basuh balik!sia-sia aku beli sabun dynamo yg liquid yang mahal tu tapi ko tetap juga tak nampak
Nampak beno anak jantan kat rumah aku tak penah basuh baju even dengan machine
Hahaha
Takpe la,kurang2 dia dah ada usaha untuk membasuh

Bila malam,nenek aku call
Soalan intro dia ' orang semua pakat bertunang dh,mu tanak tunang lagi ke?'
Kalau nak sponsor aku ok saja
Lepas tu,topik feveret nenek2 org klntn
Emas sekarang murah,taknak beli gelang ke? Sepupu mu beli cincin rm 700 macam tu je
Aku macam biasa la' mek tlg la beli'
Dan2 bila suruh belanja kata takde duit
Sama la kita,takdak duit,duk senyap2
Tak payah sembang nak beli emas bagai
Haha

Oppss,aku tengah baking kek cekelat,
Kang hangus pula
Tata uollss..mmuah!

Sep 27, 2014

Kebun

Setelah berminggu minggu tak pergi kebun,terpaksa gagahkan diri angkat punggung g kebun
Kesian kat mak pak aku tanam getah tak siap2

Mula- mula tolong angkat anak getah
Bapak jauhnya,atas puncak bukit sana
Cakap gunung kang over pulak
Lepas tu aku p lawat pokok jagung aku yg tanam lepas raya hari tu,dah besar aa cakap luuu
Bila nak berbuah entah

Dengan semangat berkobar- kobar aku g tanam jagung lagi
Ecehhh,,longcall nanti boleh buat cucur jagung bagi judge makan
Tapi kan,banyak pulak benih jagung mak aku rendam,tak larat

Siap je tanam jagung,aku berehat dalam semak
Iti jela tempat yang redup pun
Siap boleh tido lagi
Udah la semak tu basah,suka hati aku je baring kat situ
Bila balik basan gatal2
Padan muka

Mak aku panggi suruh tanam getah
Tapi aku malas
Tapi aku cakap tak larat..haha
Tapi matahari makin tinggi,tak siap2 diorg tanam getah,aku pn rajinkan diri untuk tanam ank getah tu
Kesian jugak kat parents,diorg dah la tua,buat keje lagi byk dr aku yg muda

Padahal kalau depa tak buat kebun pun,duit diorg dah cukup untuk meniti hari tua
Tapi sebab kesian kat anak2, depa buat la kebun
Tapi anak2 hampeh nak tolong

Kepada bakal suami,harap2 kau rajin berkebun
Haha
Boleh aku rehat pulak lepas kawen..haha

Sep 25, 2014

Wedding

Minggu lepas tak balik gerik pergi wedding bestfren
Nun di manjung sana
Disebabkan pergi bersama kawan zaman sekolah iaitu nadia roslan dan ros,terisi la perjalanan jauh aku
Kalau g sorang,bolrh mati kebosanan aku

Dah nama pun pergi kenduri kawen
Ofcourse topik perbualab dalam kereta adalah topik kawen
Kami duk bincang la macam mana orang boleh kawen awal
Ros kata mesti parents tolong
Eh ros,ko penah kawen ke? Haha

Tak terlepas topik macam mana nak tau he is the right one
Kata nadia gamble aje
Amboi amboi amboi,takutnya

Bila balik,ada kawan laki tumpang sekali
Apa lagi,macam2 tips percintaan la yang keluar
Tapi macam tak boleh pakai sangat je dia punya tips
Hahaha

Btw,tahniah farahin razak dan pasangan
Moga kekal hingga ke akhir hayat
Nanti aku kawen jangan lupa datang..mmuah!

Sep 14, 2014

Kari ayam

Subuh hari lagi aku sah dapat bisikan aziamat dari mak aku
Pesanan pertama: tolong beli ayam 2 ekor
Pesanan kedua: nanti masak nasi and kari ayam

Bila aku dengar kari ayam terus " ma,mana reti masak kari ayam"
Mulut je gerak tapi mata tetap pejam di pembaringan
Maka,mak aku pun bagi instruction even aku tak sedar sepenuhnya
Yang aku dengar,
Tumis bawang dengan halia
Bubuh kari 3 sudu tapi campur air dulu
Kalau nampak ayam tak masak lagi,bubuh air
Lepas tu baru bubuh santan
Aku pun anguk-angguk jela

Bila bangun 7 lebih
Terus rasa stress
Dengan tak mandi,
Naik kereta dan pergi beli ayam

Lepas balik,
Terus google resipi kari ayam
Aghhh,,pening ah,macam2 ajaran
Maka,call kawan
Kawan laki
Hahaha
Lantak ah dia nak kata aku tak pndai masak pun
Dah memang tak penah masak kari without supervision and any help from adult
Kahkahkah

Aku konfius nak bubuh cengkeh,kayu manis dan adik beradiknya atau tidak
Senang je jawapan dari mamat tu
Katanya kalau letak,lg sedap
Hmmm,
Betul jugak
Tapi bila aku ketang ketung kat dapur,
Tak jumpa pulak benda alah tu
So,tak bubuh la
Hahaha

Katanya hati-hati ketika memasak
Amboi,aku takde la bengap sangat dalam arena memasak cuma tak pandai buat kari je
Hahaha
Chewahhh,,macam pandai buat benda lain

Apa-apa pun dah siap buat kari tapi aku syak kari aku tak sedap la
Hahaha
Dah la santan cair
Pastu bubuh air banyak plak tu dalam rempah kari
Bila try,rasa rempah kari yang lebih
Tak rasa santan pun

Untuk elak dimaki adik-adik aku,
Aku perap ayam untuk buat ayam goreng kesukaan mereka
Harap-harap ayam goreng tak terlebih masin
Hahaha

Punya fokus buat kari,
Lupa masak nasi,
Perut dah kriuk kriuk dah
Bengong betol

Maka,tak payah berangan nak kawen bila tengok orang kawrn
Bak kata mak,malu nak bagi kawen kalau satu apa pun tak reti
Sobsss

Sep 13, 2014

Negeri kilang gula

Kejadian berlaku dah lebih 2 minggu
Disebabkan gagal untyk letak gambar hari tu,
Aku padam teros draft utk post ni
Dan sekarang gigih taip balik
1 haribulan hari tu pergi ke perlis
Hantar adik perempuan bongsu masuk unimap
3pagi dah gerak oi
2 pagi bangun mandi..gila ah
Pastu sepanjang perjalanan siap tidur
Bila ayah aku tanya jalan,aku blur
Tapi jangan main-main,walaupun mamai aku masih boleh recognise jalan ke utara
Aku tau bahawasanya ayah aku silap masuk jalan
Chewahhh,nak bongkak la sikit
then, 6pagi sampai unimap dengan jayanya
Tu pun ayah aku dah bawah slow tapi sampai awal jugak

Kitaorang gerak awal sebab ingat jem dekat tol hutan kampung
Sekali jalan smooth je
aku pun sedap je tido
Sedar-sedar dah dalam unimap
Lepastu lapar gila
Selalu mak aku bawak bekal macam2 tapi kali ni tak bawak apa pun even roti
Yang ada hanyalah air kotak
Takkan pagi2 buta nak minum air kotak teh crysanthemun je sebagai sarapan
Loya usus aku

Lepas solat di surau unimap,
Cepat ajak ayah aku g parking kereta depan tempat registration
Taknak berjalan jauh punya pasal
Udah la lapar,kalau kena jalan jauh,tarik muncung dah aku
Time tu baru 7 pagi,registration 8.30 pagi
Lapar hoi lapar
Gigil-gigil rasa

Nasib baik kat tepi dewan kuliah ada orang jual makanan
Lega perut kamek dapat makan bihun goreng dengan pulut udang n barli suam
Tapi air manis gila
Tau la pengeluar gula utama negara,takkan la taruk sekilo gula dalam secawan air

Pukul 9.30 macam tu adik aku siap register
Maka,harus hantar ke kolej pulak
Bapak jauh kolejnya
45 minit weh naik kereta
Lepastu sepanjang perjalanan ko nampak hijau je

ini jela pemandangan sepanjang jalan






Lepas angkat barang and bagi makan kat adik aku,
Kami balik
Ondaway balik parents nak jumpa kawan diorang dari johor,cikgu husin
Kebetulan cikgu husin datang register anak dia di uum
Titik pertemuan adalah kompleks changloon a.k.a cmart changloon..haha

abaikan mata ayah aku yang tertutup tu,,hahaha
Lepas tu singgah rumah atuk sedara kat jitra pulak
Sampai rumah dekat 8 malam
Ko bayangkan,seharian pakai baju tu
Belengas semua ada
Paling kesian,ayah aku la
Tak tidur,pergi balik dia yang drive
Aku nak drive dia kata nanti aku letih plak nk drive balik taiping keesokan hari
Itu jela yang aku larat taip
Taip banyak2,korang malas pulak nak baca
Sekian

Sep 12, 2014

Rindu orang jauh

Seronoknya jadi budak sekolah,jadi cikgu
Esok dah start cuti
Kita yang kerja ni start sakit kepala
Kerja yang bermasalah mula menimbulkan diri dekat ofis tu
Pening kepala otak aku

Time takde kerja,runsing takntahu nak buat apa
Bila ada kerja pun runsing jugak
Kerja yang ada semu yg memeningkan kepala
Takde ke kes yang menggembirakan hati ini
Tak sabar pulak nak habis chambering ni bila tengok kawan2 semua dh ramai yang call to the bar

Sambil taip sambil bersin
Bersin lagi dan lagi
Nak demam gamaknya
Mungkin demam rindu orang jauh?
Hahaha

Orang jauh satu sedang enak tidur
Orang jauh dua akan lebih menjauh selepas ini..sobsss
Orang jauh tiga sedang berjimba mungkin malam2 minggu sebegini rupa

Buat orang- orang jauh kesayangan hamba,
Hamba harap tuan-tuan sekalian turut merindui hamba
Hahaha
Sekian warkah tulus ikhlas adinda di kepekatan malam ini

Wassalam..hahaha
Macam lari tajuk tapi
Ada aku kesah?
Peace yo!
I love u all ;)

Sep 10, 2014

Mimpi ngeri itu

Dalam mimpi situasinya adalah 6 7 tahun akan datang
Time tu jumpa balik kawan-kawan uum
Dan perjumpaan tu berlaku kat ofis aku sekarang
Time tu ofis ni dah besar and maju and kawan2 aku jadi loyer kat sini

Tapi dalam cerita tu im not a lawyer
Pastu aku tanya kawan aku knapa aku tak keje kat ofis ni
Kata kawan aku mcam mana aku nak jadi loyer,
Aku tak habis chambering pun
Aku tanya diorang kenapa aku tak habis chambering,
Diorang cakap diorg pun tak tahu
Kes aku nk quit chambering ni sampai dapat perhatian tuan TP court KL dan tuan TP court taiping
Tuan RJ pun masuk mimpi iollsss
Hahaha

Tapi dalam mimpi tu aku tak ingat pun bahawasanya aku quit chambering
Itu adalah satu misteri
Takkan sebab aku kawen aku quit chambering sebab dalam mimpi tu kawan2 aku semua dah ada anak,
Aku je takde anak
So,aku rasa aku tak kawen pun
Hahaha

Baru nak rungkai misteri knapa aku quit chambering,
Dah terjaga dari tido
Tengok jam pukul 4.20 pagi
Hadoiii,,letih otak aku
Mimpi bukan-bukan

Harap-harap aku mampu bertahan untuk 2 bulan je lg
Habiskan my pupillage period
Harap mimpi tu hanya mainan tido dan bkn petunjuk masa depan
Hahaha

Aku rasa mimpi ni ngeri
Tak tau ngeri tak bagi korang
Ngeri la bagi aku sebab aku dh chmbering dkt stahun tiba-tiba 6 7 tahun kemudian kawan2 ko bgtau ko sebenarnya tak habis pun chambering
Sia-sia je penat lelah ko selama setahun ini..sobsss

Sep 9, 2014

Nah,bebel sikit

Sebenarnya kan,
Aku banyak je cerita bergambar yang nk post kat sini
Tapi sebab leceh sket blogging pkai fon,
So,banyak entry terbantut
Nak transfer gambar ke laptop dulu,aku malas

Ke sebenarnya aku yang bengap guna application blogger kat fon ni?
So,terpaksa la korang dengar aku membebel tanpa provide gambar untuk korang cuci mata

Hari minggu aku dengar anak sedara aku yang kembar tu bebel,
Sekarang,korang dengar la aku pulak bebel
Hahaha

Nanti aku cuba la find out mcm mne nk bubuh gmbar n tulis entry sebagaimana kita buat kat laptop by using fon
Kalau aku tak berjaya find out,terpksa la korg menerima kesuraman tanpa sebarang gambar
Hahaha
Tapi kalo kepingin sangat nk tengok gambar,
P la tengok kat instagram akak
Hahaha
Akak dah ada instagram kau
Takde la kuno sangat dah
Tapi still kuno sebab tak reti beli tiket flight secara online..haha

Ok la,sekian untuk hari ni
Akak lapar
Tak boleh nak fikir
Cau cin cau
Assalamualikum semua
Hahaha

Aug 28, 2014

Two more to go

Seperti yang diuar-uarkan,
Aku kena kumpul 4 sijil sepanjang pupillage period a.k.a chambering
Setakat ni dah ada dua
Dua-dua ni tough punya sijil

First,yang training programme
Kena p kl every weekend untuk 3 minggu berturut
Duit tak payah cerita mengalir macam air hujan musim tengkujuh
Udah le kena dengar lecture dr awal pagi sampai lewat petang,
Kena exam pulak
Kena exam 4 kali tapi dapat sijil satu je,
Bengang pulak aku

Yang kedua adalah sijil ethics course
Ni paling precious
Course yang ajar aku erti kegagalan
Bila ambil kali kedua baru lulus hoi
Senang cerita repeat la
Tapi bila ko pergi repeat,bukan soalan sama
Lagi susah oi
Nasib baik lulus
Tak lalu dah nak dengar lecture untuk 6 chapter yg berbeza untuk kali ketig
Cukup la 2 kali dengar benda sama
Yang paling mencabar,soalan ada 5 part
Satu part mewakili satu chapter,ada beberapa soalan dan anak-anaknya
Setiap soalan ko wajib lulus
Contohnya solan 1 ada 2 soalan.soalan 1,15 markah dan markah lulus dia 9..ko wajib dapat 10 markah.kalau ko dapat 9 markah ko dikira fail.bila soalan 1 tu ko fail,maknanya the whole paper ko fail
Perghhh,,bengang betul

Oleh itu,dipersembahkan dua sijil itu
Another 2 certificates,masih ondaway..
Nantikan

Aug 20, 2014

amboi

aku baru check traffic blog aku
amboiii,,bukan main mendadak naik graf pembaca aku untuk entry lepas
boleh tahan hot jugak kawan aku tu

sebut jodoh je terus ramai datang
hahaha
tapi takde sorang pun pm aku
nak buat iklan kat group zaman skolah la pulak
kawan-kawan asyik bising takde boyfren sedangkan kawan lain dah ada yang beranak

yang nak kawen usah cerita la
berderet-deret invitation
bukan setakat kawan perempuan nak kawen awal,
batchmates lelaki pun taknak kalah
umur 24 pun dah memasing kalut nak kawen
tapi takpe la,ada kerja yang stable dan duit berkepuk-kepuk
tarak hal la setakat kawen

itu belum yang cerita depa dah kawen,
dah ada anak
dan dalam usaha nak beli rumah
perghhh,,sungguh telan i liur bila tengok semua tu
tapi apekan daya,
kita ni chambering pun tak habis lagi
sobsss

Aug 16, 2014

calon jodoh terbuka untuk anda

Minggu lepas aku tak balik grik sebab sorang budak ni
Setelah 5 tahun kenal di alam maya,akhirnya budak ni sudi jumpa akak yang tak seberapa ni
Tapi adik-adik jangan risau,akak bukan berkenalan di alam maya membabi buta seperti janda2 kaya sekarang sampai kena tipu ratus-ratus ribu sepertimana yang dilaporkan akhbar tempatan tiap-tiap hari
Dia kawan kepada kawan akak, akak tak pernah jumpa dia sebab memang  berhubung dengan dia di alam maya je
Eh akak ni,tadi tajuk calon jodoh pehal sekarang melalut sejarah hidup dia plak
Tabah anak-anak sekalian,ini baru intro
Budak yang akak sebut di atas la calon jodoh yang akak nak kenalkan
Masih single and available
Umur 24
Siapa berminat boleh pm akak for the best price
Hahaha
Wassap pun boleh
Nak komen kat sini pun boleh,jgn risau,komen kat blog akak ni lps akak approve baru boleh jadi tatapan umum.kalau tak,akak je yang blh baca

abaikan muka akak yang tak pakai eyeliner tu
tu la wajah kawan akak
Muka je macam gengster
Tapi akak boleh guarantee dia baik dan kelakar
Tapi gambar yang akak sertakan tu gambar pertama dalam hidup beliau,beliau senyum
Hahaha
Nak tengok muka full?
Boleh pm akak
Tak aci la akak tunjuk and cerita semua. Nnt tak special dah la bakal gilrfren dia,semua cerita dah jadi tatapan umum
Kalau berminat,boleh teruskan membaca,
Kalau tak minat,boleh la kalau nk stop baca
Tapi kalau korang minat kat akak,wajib teruskan membaca
Hahaha
Tapi kalau korang minat yang lebih muda,boleh volunteer untuk jadi adik ipar dia
Adik dia muda stahun je
Dah keje,dah ada kereta.
Hahaha
Gambar adik dia?
Ewahhh,jangan nak melebih..
Sat lagi korang compare kawan akak dengan adik dia
Kesian kawan akak
Dah la niat sebenar akak nak promote kawan akak yg tall,dark and handsome ni
Hahaha
Apa-apa pun,akak nak berterima kasih pada kawan akak ni
Kerana selalu ada waktu susah senang akak
Walaupun mulut akak boleh tahan jahat
Dia tabah je mendengar cerita akak saban hari
Walaupun begitu,untuk bakal jodoh beliau,jangan la jeles dengan akak
Akak cuma kawan je dengan beliau,so,jangan teragak-agak nak pm akak
Hahaha
Dan,
Buat bakal jodoh akak,
Jangan jeles dengan budak ni sebab banyak jasa dia pada i
Terimalah kawan baik i ni seadanya
Hahaha
I love you!


Aug 13, 2014

Lambatnya

Bila kita tanggu,
Semua benda pun jadi lambat
Disebabkan ofisboy cuti,
Den yg di hierarchy yg paling bawah kat ofis ni,
Kena la take over keje ofis boy untuk p stamping documents di lembaga hasil
Bapak bosan menunggu turn
Dah le satu kaunter
Maigodd..nak gerak dari satu nombor ke satu nombor punya la lama
Yang lebih menarik,ofisboy cuti kaweb
Seminggu tu hoi..tssk tsskk

Chambering ni pun satu hal
Tah zaman bila nak habis
Orang 9 bulan,aku stahun lebih
Mengalahkan chambering di sabah sarawak

Eh,kita tak sabar nak tunggu bulan 9
Hahahaha
Cepat la bulan 9 ;)

Aug 11, 2014

Raya di rantauan

Minggu ni tak balik gerik
Sebab nak beraya
Beraya kat tepeng boleh kira as raya di perantauan tak?
Hahaha

Hari sabtu geng2 tepeng ajak jumpa
Terutamanya umi la
Sejak2 dia duk ipoh, lama dah tak jmpe dia
Last jumpa bulan 5 kot
Dah dia rindu sangat nak jumpa kteorg,terpaksa la g jumpa..haha
Yang tak tahan siap demand nak tengok wayang
Ok,layankan aje la si dendang perantau ni
Maka,kami pun tengok la Guardians of the galaxy..
Nasib baik best jugak
Kalau tak, aku ketuk kepala umi
Disebabkan kami sampai awal,g lepak Chatime dulu sambil tunggu dayah sampai

Lepas tengok wayang,perut dah kriuk kriuk,
P la makan kat old town sebab tak tau dah nak g makan mana
Siap makan,tros gerak balik sebab dah janji dengan maklang nak g kuala kangsar

Sebelum g kuala,p raya rumah jiran sebelah dulu,ada buat open house
aku baru siap makan old town kot,perut xleh masuk dah
Maka,minum air sirap jela

Lepas asar terus pecut g kuala
Tapi cikgu tu la yg drive,aku jadi mandur kat tepi
Lalu highway,kejap jela sampai
Sampai je kuala,makngah sekeluarga jamu bihun goreng,murtabak,jagung rebus dan macam2 lagi
Rasa nak bungkus bawak balik,sedap gila kot
Rumah caterer kot,haruslah semua sedap
Malam baru balik,tapi time balik turn aku la plak bawak kete
Hmmm,kenyang,drive.maka drive slow2 la

Esoknya,pkul 6.30 pagi dah bangun mandi
Nak g pasar beli barang nk masak sebab kawan nak datang raya
Lepas 5 tahun berkawan baru bertentang mata
Hahaha
Thank you la budak for coming
Lupa bagi duit raya kat ko

Aug 7, 2014

Lulus jua akhirnya

Ramadhan yang lalu aku kan ada pergi exam ethics and professional course
Repeat sebenarnya
First time ambil di Penang, fail
Second time amik kat KL, alhamdulillah lulus

Sebelum ni concept bar council kalau ang fail je,dia kan hantar fax notify ang fail
Kalau ang lulus,dia buat diam je

So,kali ni aku harap aku tak dapat fax yg tulis 'we regret to inform'
Sekali,bar council call
Perghhh,,gila cuak bila dia kata you ada amik exam on july kan
Dengan gagap2 aku mengiyakan
Then dia cakap, you already passed, is it possible for you to come to bar council to collect your certificate
Dengan keadaan terpinga2 aku tanya balik,kiranya i lulus?
Dasar bengap..hahaha..patut amik exam 2 kali baru lulus..

Bila orang bar council kata yes,
Mula la senyum sampai ke telinga
Punya la suka,rasa nak joget-joget
Sampai lupa nk cakap alhamdulillah

Aku punya gembira mengalahkan orang nak call to the Bar..
Yela,dengan kesusahan nak lulus,kita lebih menghargai kejayaan itu
Walaupun dah 3 hari tau result,gembiranya masih terasa hingga ke hari ni
Hahaha
Over? Biaqq ahhh
Aku yg menghadapi keperitan pergi exam,
Bagi la can aku bergembira sebab exam ni adalah exam terakhir sepanjang zaman pupillage herherher

Training program dah lulus, pengecualian peperiksaan bahasa melayu dah keluar sijil, ethics course ni tunggu ketibaan sijil ja

So,sekarang kita tunggu tempoh pupillage ni tamat ja
Legaaaa!

Aug 3, 2014

Calon muda

Musim- musim raya tatkala umur 20-an ni,topik utama perbincangan bukan lagi mengenai duit raya
Tapi topik kawen
kalau jantung anda tak kuat,
Anda duk diam-diam dalam rumah
Usah expose diri pada masyarakat andai tak bersedia menerima letupan soalan berbisa seperti bila nak kawen,nak makcik carikan calon ke dan sewaktu dengannya
Tapi kalau diri tu gatai jugak nak beraya, kena pekakkan telinga dan sabar banyak- banyak
Kalau tak sabar,boleh perang dengan soalan provokasi masyarakat
Masyarakat lebih runsing pasal jodoh ko melebihi diri ko sendiri
Kita tak kecoh,depa tolong kepoh lebih
Runsing tau tak tengok kerunsingan depa yang over tu
Siap ada yang offer adik dia ye
Muda daripada aku plak tu
Hahaha
Aku bukan che ta la
Nanti kang tak boleh panggil abang pulak kalau kawen dengan laki muda
So,nak kena panggil baby ke?hahaha
Esok2 ada anak kang,anak konpius mak panggil anak ke panggi bapak bila jerit2 panggil baby
Haishhhh..no no no
Tapi kalau dah jodoh akak,akak terima aje..kahkahkah

btw,ini pesanan khas akak buat yang tersayang
u,bila i nak dapat angpow macam ni? wink wink ;)

Jul 24, 2014

Duit raya

Sedang aku buat kejr kat meja kerani kat bawah,
Tiba- tiba bos datang hulur 3 sampul raya sambil cakp 'tiga kan?'
Aku macam blur- blur
Dia hulur kat akak sebelah
Oooo,,bg duit raya untuk anak-anak akak ni

Aku pun apa lagi
' untuk saya?'
Bos aku gelak-gelak je
Tau jela bos aku suara volume 1
Sayup- sayup je suara dia
Yang aku dapat tangkap dia sebut tak kawen,dah dapat kan
Tapi aku balas je,' saya dah le bawah umur,tak kawen lagi,kena la bg kat saya'
Bos aku pun senyum sambil ulang lagi ' dah dapat kan'
Sambil berlalu dia sambung 'dari ofis'

Oooo,
Baru aku faham
Maksud dia aku kan dah dapat duit raya dari ofis,cukup lah
Ek elehhh,,ofis tu ofis la
Bos bagi lain cerita
Tapi aku tak boleh balas kata- kata dia sebab aku tak dengar butir bicara bos aku
Bila aku dah faham,bos aku pun dah berlalu pergi
Bos aku kan suka bercakap sambil berlalu pergi
Sayup- sayup je ko dengar suara dia

Pape pun,tq la ofia bg bonus raya walaupun bg kat i half je dari apa yg staf dapat
Hahaha

Jul 20, 2014

terawih di surau

selasa lepas kan perak cuti untuk nuzul Quran
maka isnin malam selasa tu maklang pun ajak la aku dan cikgu tu p terawih di surau yang paklang jd muazzin

Hari  Pertama
Pengunjung-pengunjung tetap surau tu bila nampak aku dan cikgu tu mula la pakat duk bising-bising tanya maklang, "maklang,ni anak-anak maklang ke"
maklang pun iye kan aje
pastu depa sibuk la duk interiew
depa ingat aku pn cikgu jugak
bengang pulak aku
aku kata aku bukan cikgu duk tanya aku aja subjek apa
hahaha

Hari Kedua
cikgu tu tak ikut sebab dia tak sempat bersiap
bila solat aku duk di antara orang kampung
sesudah solat sunat qabliah, jemaah belah kiri tanya aku orang mana,adik bradik brapa orang bla bla bla
baru je aku nak sambung zikir,orang kanan pulak tanya aku lama dah ke sekolah kat sini
aku kata je a'a
baru nak pandang depan,orang kiri nk interiew lagi
Ya Allah,tak habis lagi ke
ni yang malas nak expose diri di tempat awam ni

lagi panas hati bila ada 2 orang remaja perempuan duk sembang waktu orang sembahyang
takde adab betul
taknak sembahyang,p duk luar
duk cakap kat fon tempat orang nak solat
duk sembang pasal laki hensem
tak khusyuk orang nak solat
kalau adik aku,dah lama aku luku kepala dia
ikut hati aku mmg aku tengking dah tapi sebab nenek dia ada,aku tahan je
yela,baru 2 hari p surau org nak tunjuk belang plak ye
kang disumpah masyarakat plak aku
sabar ajelah

Hari Ketiga
lepas terawih dia umum ada tahlil wei
Ya Allah,siapa pulak yg suruh wat tahlil
aku tak larat dah
aku tengok makcik2 tu pun tido,aku pun tido je
pastu ada perempuan sebelah pandang aku senyum2
fedulik apa aku,,ngantuk kot

Hari keempat
lepas terawih ada ceramah agama kau
Ya Allahhhhh
aku ni ada tenaga setakat terawih je
witir tu pun kalau boleh aku nak buat satu rakaat je
boleh pulak ada ceramah agama
mula-mula aku dengar jugak tapi mengantuk yang amat
aku pun dengan tak malu,sandar kat dinding and tido
bila maklang tegur aku,aku bangun sat dan aku ubah posisi mengiring pulak
setengah jam ceramah,
pelbagai posisi aku tido
aku yakin dan pasti makcik2 tu takkan buat aku menantu
hahaha
orang bagi ceramah agama,aku syok tido

tapi best la surau tu,lps terawih je ada moreh macam2
tapi aku mkn moreh sambil pejam mata
hahaha

Jul 19, 2014

Radius jodoh

Tadi waktu buat buah melaka dgn mak kat dapur,
Saje la bagi peluru berpandu kat mak
Tanya mak kalo nk jadi menantu dia,setakat berapa radius kejauhan yang dibenarkan
Sat lagi bila kita dah pilih dia tak mau orang ganu la,takmau orang perak la
Kan senang kalau bagitau nak orang mana,
Setakat negeri mana yang dibenarkan jadi menantu
Hahahaha

Katanya negeri mana- mana pun takpe asalkan family dia tak pandang rendah kat kita,tak kutuk2 engkau tak pandai masak dan sebagainya
Ewahhh,,sekarang kata tak kisah,sat lagi aku bawak org negeri sekian sekian,dia takmau.hahaha
Tapi kan mak,anak mak memang tak pandai masak pun,kena la terima kenyataan.
Hahaha

Ramadhan,jangan pergi

Kalau orang lain sedang excited nak raya,
Aku pula berharap raya lambat lagi
Aku suka ramadhan
Sebab aku boleh tido lena
Mungkin ramai yang tak setuju dengan aku,
Tapi itu la hakikatnyatak senonoh punya prangai kan
Ingat suka ramadhan sebab bukan ibadah yg penuh keberkatan rupanya sebab boleh syok tido

11bulan yang lain aku mengalami masalah untuk tidur
Susah la nak dapat tidur yang nyenyak walaupun sehari
Tapi alhamdulillah,waktu ramadhan ni la aku dapat tidur nyenyak
Tidur lepas teraweh,bangun bila sahur tanpa bangun di pertengahannya
Lama dah tak rasa nikmat tidur yang nyenyak macam ni

Orang kata ramadhan bulan untuk perbanyak ibadah
Tapi dah bulan ni je aku boleh tido,
Bagi la can aku tido
Sebulan je dalam setahun
Tido pon ibadah apa
Tak cukup tido, takde tenaga juga nak beribadah
Ye tak?
Hahaha* nak jugak menang

Btw,ada orang kata muka kiki kamaruddin macam muka aku
Sobsss
Harap-harap aku tak kena cemuh dengan masyarakat la kalau aku pergi mana- mana lepas ni
Takut masyarakat ingat aku kiki
Tapi kan,aku nafikan sekerasnya muka kiki macam muka aku
Tapi ada orang masih berkeras kata muka kiki macam muka aku
Aku tak faham part mana yg sama
Semoga orang yg dakwa muka kiki macam muka aku tu dapat petunjuk dan hidayah..hahaha
Kiki ni pon satu,kalo aku kena pukul sebab dia,siap la dia *nauzubillah

Other than that,
You yang suka baca entry i dari dulu tu,thank you ;)

Jun 29, 2014

aim untuk ramadhan tahun ini

tiap-tiap kali ramadhan aku sama je
puasa, teraweh
tapi teraweh tak pernah cukup pun
kalau boleh skip teraweh,aku skip
hahaha

tapi tahun ni
tiba-tiba ada kawan aku hari jumaat hari tu tanya aku dah start baca quran ke
dah juzuk ke berapa
aku pun rasa eh eh
awat tanya juzuk berapa plak
belum ramadhan lagi
hahaha

selalu kan orang ada aim nak habiskan 30juzuk utk sebulan ramadhan ni
satu hari satu juzuk katanya
tapi kawan aku ni katanya nak khatam tiga kali untuk ramadhan kali ni
maknanya 10hari khatam sekali la gamaknya
so,aku bajet dia kan baca lebih kurang 3 juzuk sehari
tapi katanya dia aim satu waktu solat,satu juzuk kau
omaigoddd
bukan ada 30 juzuk je ke
apehal nak baca 5 juzuk sehari
terus aku rasa konfius dengan jumlah juzuk
hahaha bangang

udah la katanya dia start sehari awal baca quran
sehari sebelum ramdhan
hmmm..aku?
tarak fikir ape pun,duk tunggu hari ahad untuk puasa jela
hahaha
tiba-tiba rasa macam ada satu semangat meresap dalam jiwa
takkan aku nak sia-siakan ramadhan tahun ni
umur pun dah masuk 24

tapi lepas dia cakap tu,aku tetap tak buat apa-apa
hinggalah magrib malam tadi dia tnya aku lagi dah baca quran belum
errrr..aku baca al mulk n al waqiah je
tak start pun baca ikut juzuk lagi
bila aku cakap macam tu,takpe katanya,slow-slow
err,,padahal takde niat pun nak baca ikut juzuk
hahaha
sebab cara dia cakap tak memaksa aku
aku macam malu la jugak kalau hari-hari dia tnya aku dah juzuk ke berapa
adussss...
lagipun dia pun bukan jenis alim-alim
so,aku rasa macam satu momentum timpa diri aku
rasa macam nak buat perubahan juga
dia lagi naughty dari aku tapi ada wawasan nak khatam quran bulan ramadhan ni
siap nak khatam 3 kali tuuuuu
aku?
takde wawasan pun,duk fikir nak matching tudung macam mana untuk raya nanti je
hahaha
tarak guna punya olang

selalu waktu teraweh,
aku cukup suka kalau ayah aku p masjid,
sebab aku tak payah teraweh
hahahaha
tapi lepas dapat sinar pasal baca quran ni,
terus rasa tak senang duduk bila ayah kata nk p teraweh kat masjid
apakah semua ini?sepatutnya aku gembira seperti selalu
terus rasa gelisah memikirkan tak dapat teraweh di hr permulaan ramdhan
maka,aku buat keputusan untuk teraweh sendiri
tapi bila teraweh sendiri,duk konfius nak baca surah apa
maigoddd,,lagi satu problem
so,lepas ni kena buat list surah apa yg nak dibaca untuk teraweh sendiri
pastu konfius pulak ayat-ayat muqaddam tu
maklum la setiap kali solat baca surah sama je

aku bagitau maslah aku ni pada seorang kawan lagi
pasal aku tak berapa ingat dah ayat-ayat muqaddam sebab asyik baca surah sama je waktu solat
dan di penghujung conversation,
dia ingatkan aku untuk hafal satu surah setiap kali sebelum tido
Ya Allah kenapa la aku tak terfikir
satu malam satu surah,bukan susah
tapi aku kan macam tamak,
alah ape ada hal kalau tambah lagi satu surah
tapi bila hafal,rasa konfius
so,aku tetapkan untuk ikut kata-kata kawan aku untuk hafal satu surah je satu malam
aku hafal sekali dengan maksud dia

aku bukan bermaksud nak bangga diri atau nak gebang apa yang aku buat
tapi sebagaimana 2 orang kawan aku ni memberi inspirasi kepada aku untuk membuat perubahan ke atas ramadhan aku tahun ini,
aku harap korang pun boleh lakukan sesuatu terhadap ramadhan korang
selama ni ramadhan aku hanya pasal buka puasa nak makan apa, nak bangun sahur ke tidak, raya nanti nak pakai apa,nak mintak duit raya berapa dari emak
itu sahaja
macam hidup ni takkan berakhir
takde bekalan untuk akhirat
setakat teraweh jela
itu pun teraweh yang tak berapa nak penuh

InsyaAllah,
tahun ni aku aim untuk baca quran 2juzuk sehari
mudah-mudahan dapat khatam sekali pun jadi
dan nak hafal satu surah satu malam beserta maksudnya
semoga hati ini cekal dan konsisten
Aminnn...

Jun 13, 2014

ko kerja apa?

bila soalan ko kerja apa dituju khas buat aku
aku akan terpinga-pinga dan terkelu
otak ligat berfikir,apekah jawapan yang harus aku berikan
nak kata dah kerja,aku belum kerja
nak kata tak kerja,aku ada je benda untuk dikerjakan during weekdays
nak kata prektikal,prektikal aku dh hbs tahun lps dan aku dah konvo dah pun

kadang-kadang otak aku malas nak berfikir panjang, tangan malas menaip panjang,dan mulut sudah letih untuk explain what is chambering all about
tak larat nak explain pada orang ape kejadah chambering tu
maka aku ambil langkah mudah,
aku kata aku tak kerja,duk tunggu nak jadi surirumah
hahahaha

tapi selepas itu telinga aku letih dengar bebelan orang
katanya belajar susah-susah,kerja la
tak payah nak kalut nak kawen
aku nk tergelak sebenanrnya dengan nasihat tu
orang tak tahu aku macam nak mampos hadapi cahambering
dengan segala macam jenis exam,training,dock brief,talk dan sebagainya
belum masuk bab kena courtesy call dengan judge,kena maki dengan  sarjan haktuih
kena soal macam2 dgn OKT gila
kena lecture dengan loyer dan judge tua
sobsss

tapi aku letih untuk explain kepada satu dunia pasal hal-hal di atas
kalau orang bidang law bertanya, i will tell the truth
kalau non law people, i will just say
1)i tanam anggur
2)tak tahan dengan dunia pekerjaan
3)nak rehat puas-puas
4)tunggu orang pinang and jadi surirumah je
hahahha

bukan nak discriminate,
but i am damn tired lah explain pasal chmbering ni
status dia tergantung antara study and kerja
dah macam roh tergantung antara langit dan bumi sebab ada buat jahat semasa hayat pulak
hahahhaa *merepek,teruk punya analogy

kenapa posting bagi cikgu glamer dan semua masyarakat tahu apa kejadah kah posting
dan semua masyarakat tahu apa benda housemanship tu (btol ke eja housemanship mcm ni)
hatta makcik-makcik kat kampong yang tak sekolah pun tau
tapi kenapa Chambering ni tak se glamour posting dan housmanship
i letih tau nk bagi pemahaman pd masyarakat
rasa nk berbuih mulut ala-ala ikan kena tuba dah aku ni

btw, aku berharap sangat zmn anak aku nanti warga law tak mengalami kesukaran utk explain psl chmbering dh
bila sebut chambering,semua insan tahu apo bondo chambering tuh

May 18, 2014

exam dan kawen

di usia 24 tahun ni,
bila bulan jun menghampiri,
topik hangat yang menghantui adalah topik kawen
bagi warga yang muda belia,
bulan jun ditakuti kerana musim exam
bagi golongan bujang macam aku,
bulan jun ditakuti kerana musim cuti sekolah
hangat dengan topik kawen
kita yang bujang akan menjadi sasaran keramahan orang sekeliling konon concern terhadap kita

dan,
sekarang ni aku nak exam
lagi beberapa hari
bila nak exam,
mula galok rasa nak kawen
setiap kali nak exam mesti angan2 nak kawen tu muncul
padahal kalau duk kerja,
takde plak duk berngan nak kawen
nampak sangat banyak gangguan syaitan dalam hidup aku ni
patut nak exam,kena buat amal lebih sikit
ni asyik berangan nak kawen je
hahahaha

kalau kawan-kawan rasa annoyingly different sifat aku sewaktu berjumpa,
fahamilah dikau bahawasanya aku mula galok bila nak exam
hahahaha

bila galok,maknanya nak exam
bila nak exam,mula la galok terlebih
maafkan hamba

May 16, 2014

berbaju kurung dengan konfiden

kalau engkau,
tak rasa pelik ke  bila tengok ada perempuan pakai baju kurung lagi pada pukul 8malam?
dah le pakai baju kurung,
p beli barang dapur,
p kedai ringgit 2ringgit yang baru buka
p pasar malam siap singgah gerai jual cili,gerai buah,gerai jual daging,gerai jual sayur kampung dan tidak lupa gerai pau kacang gebu

lepas tu boleh lagi berlari-lari lintas jalan p beli ubat gigi dekat pasaraya lain
and lari-lari lintas jalan empat lane lagi sekali
aku rasa pengguna jalan raya pun gelak
udah le berlari pada pukul 9malam,pakai baju kurung pula

aku bukan le malu sebab pakai baju kurung
tapi aku takut berbau
aku pakai baju kurung tu dari pagi kot
tapi aku buat bodoh je orang pandang2
hahaha
dah le baju tak agak2 dia punya colourful
pink campur mustard campur biru laut
siap dengan tudung kaler purple air keladi
hahahaha

yang paling tak tahan,
cina dekat kfc muka terkejut tengok aku lalu
macam ada alien baru turun

mesti masyarakat gerik hari ni tak boleh nak justify sebab ada insan pakai baju kurung sekitar 8-9 malam
satu set dengan selipar jepun merah plak tu
disaster betoi

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

walaupun hari ini hari guru,
staff tempat aku kerja kalut duk tolong cari jodoh untuk aku
musykil pula aku hari ni hari guru ke hari pencarian jodoh
ada yang cakap jangan memilih sgt,umur bukan makin muda
ada yang suggest anak sedara sendiri
anak yang suggest anak dia yang baru form 4
errr,,i bukan che ta k
hahahah

tapi kalau nak bagi i jodoh cikgu,
i terima je
senang aku nak buat government loan untuk beli rumah
gadaian pun free
huahuahua

sebenarnya orang macam kami ni,bukan memilih
orang ramai tak payah nak takut sangat nak masuk meminang
kami bukan naga
lagipun,orang macam kami ni stok pasrah
ang datang masuk pinang,kami terima seadanya
masalahnya,bukan setakat meminang
nak mai masuk dekat pun tak sudi
salah kami lagi kah?

May 11, 2014

bonda dan nenda

hari ni kan hari ibu
kakak aku kan duduk dengan nenek aku
dia call mak aku wish hari ibu gamaknya
lepas tu,mak aku sembang dengan nenek

aku pun p la mengendeng dekat mak
dengar mak aku cakap kat nenek
"selamat hari ibu"
nenek aku gelak-gelak je
mak aku tak puas hati
mak aku kata,"orang cakap selamat hari ibu ni,mek nak apa-apa tak?"
mak aku panggil nenek aku mek,aku pun panggil nenek aku mek
kteorang kan ore klate
pastu nenek aku balas,"apa-apa pun boleh"
mak aku balas,"mintak la apa-apa tapi within kemampuan orang la"
nenek aku gelak lagi
dia kata"mintak la diberi umur yang panjang"
terus mati gelak aku
terkedu sat
sweet beno 2 orang ni

tadi mak aku bising suruh adik aku cari kerja sementara cuti matrik ni habis
dan sementara nak tunggu masuk u
adik aku tnya kawan dia,
kawan dia ajak kerja 7e
gaji rm1500 sebulan
dah le kerja siang je
gaji lagi banyak dari aku
nak berhenti la chambering
nak kerja 7e
hahaha

mama

yes, itu panggilan aku untuk seorang ibu for past 24 years
hari ini,24 years back,my mother tengah sarat mengandungkan budak degil ini
tapi 24 years later,i do nothing for my mother
contrast ok di situ

24 tahun lalu,waktu umurnya sebaya dengan aku sekarang,
mama tengah berdebar-debar menunggu kelahiran anak ketiga
24 tahun kemudian,aku hanya mampu berdebar-debar nak pergu exam ethics je
nak mengandung anak pertama pun tak mampu lagi,apetah lagi nak mengandung anak ketiga macam mama
walaupun ketika usia yang sama

walaupun hari ini hari ibu,
pagi-pagi lagi mak aku dah berang sebab kami lambat bangun untuk solat subuh
mak aku siap call telefon rumah nak bagi bangun
kelakar gila,padahal duduk satu rumah
dia kata dia tak larat dah nak gerak pakai mulut
dia call rumah dengan harapan semua bangun sebab bunyi telefon rumah kuat

walaupun orang lain banyak point nak puji emak dia
sebab emak dia hebat
aku rasa emak aku pun hebat
dia lah emak yang tak jemu membebel bila kami tak tolong dia masak
yang tak letih nasihat kami untuk belajar masak
katanya untuk kebaikan kami
dia takmau mertua kami benci kami sebab tak reti masak
walaupun dia sendiri tak reti masak waktu kawen dulu
hahahaha

macam tak sangka gadis yang tak reti masak waktu kawen dulu
boleh besarkan 8 orang anak dengan air tangannya
walaupun mak kami tak reti masak waktu kawen,
kami tetap dihidangkan dengan masakannya sepanjang hidup kami
jarang sekali kami makan kat luar
kalau ada ocassion macam ayah dapat bonus or royalti je kami makan kat luar
hari-hari lain semua makan masakan emak

walaupun mak tak pandai masak makanan grand-grand
dia tak pernah letih tanya kami nak makan apa bila kami balik
dia akan usaha masakkan

dia superpower
boleh uruskan rumahtangga dengan baik,
uruskan kedai dengan baik,
malah boleh pergi mengusahakan kebun
itu semua menggunakan kudratnya
ketiga-tiganya dilakukan dalam masa satu hari
diulang-ulang sehingga kini

ma,happy mother's day
pls stay healthy

May 9, 2014

si kembar udah ada nama

balik je kerja,
berdesup dari taiping,singgah di rumah si kembar
ewahhh,,dah pakai seluar dak si kembar ni
hari tu pkai pampers dengan barut je
dah ada kemajuan nampaknya
minggu depan dah boleh pakai baju gamaknya
sekarang baju tak muat lagi nak pakai
seluar pun sampai paras dada

tadi riba si kakak,
amboi,bukan main menggeliatnya
tapi mata tak bukak
geram betul
dah tonyoh-tonyoh muka dia,cubit-cubit pipi,angkat-angkat tangan,
di buat donno je
cisss
tapi rasa dah berat sikit si kakak

btw,si kembar dah ada nama
tapi disebabkan mak dia pun tak reveal lagi gambar dan nama si kembar pada orang ramai,
aku pun rasanya tak tergamak nak reveal
kita paggil je the twin as baby Q1 and baby Q2
hahaha

baby panggil auntie ni auntie ape?
errrr,,baby tak boleh cakap lagi,
ikut la dia nak panggil apa
nak panggil akak pon boleyyyy
hahahaha

May 3, 2014

anak sedara

tadi first time jumpa anak sedara face to face
keciknyaaaa
tengok dalam gambar besar tapi secara realitinya kecik gila
bila pegang,ohmaiii ringannyaaa
macam kapas

tapi tak amik gambar pon
malu okeyhhh
kang org kata over
i kena la kontrol macho

pastu,besan mak aku tnya,si kembar tu muka sama tak?
cess,,ini pop kuiz ke ape
dah nama pun kembar seiras,mesti la sama
aku pun jawab sama la kot
bukan semua baby muka sama je ke?
hahahaha
tapi utk tidak mengecewakan orang tua,aku tgk la betul2
a'a,sama
tapi dahi macam lain sket

lepas tu tgk tangan and kaki diorg kena inject
lebam tangan sampai biru-biru
kesian gila
check kuning (jaundice)
yang si adik macam panas je badan dia
demam kot
harap-harap diorang bebas dari kuning

May 2, 2014

si kembar

ehem-ehem
seperti yang digebang kepada semua,
iollss dah jadi auntie
excited terlebih okeyh
dapat anak sedara sulung tu
pastu datang dalam pakej kembar pulak tu
alhamdulillah
dua-dua heroin
dua-dua dah tak perlukan batuan tangki oksigen
rasanya keduanya dah masuk wad biasa
ke si adik dalam inkubator tah

harap keduanya boleh keluar ahad ini
i mean ketiga-tiganya
termasuk lah kakak ipar i
takkan nak bawak balik anak-anak je kan
hahaha

gambar?
iollss pun baru tengok gambar si kakak hari ni
itu pun gambar sahaja
belom tengok face to face pon lagi
sobsss

Apr 26, 2014

kawen

hari ni majlis kawen wawa
selamat pengantin baru wawa

bercerita tentang kahwin,
minggu lepas parents aku pun duk tanya bila nak kawen
hamboi hamboi hamboi,
cheq ni calon pun takdak lagi
chambering pun entah zaman bila baru nak habis
pastu aku cakap jela
"entah-entah jodoh orang dah mati dalam nahas mh370 tu ma"
mak aku cakap harap-harap la jodoh ko belum mati lagi
hahahaha

tadi mak ayah duk cakap pasal minggu depan nak dapat cucu
pastu bapak aku kata "tahun depan ko pulak la kan"
hamboi,,tersedak keropok dalam mulut
apa yang mampu guwa katakan?
guwa diam jela
pastu depa dok pot pet pot pet macam mana kalau jodoh aku dah mati
hahahaha
mak aku kata p jela pinang mana-mana laki
buat macam siti khadijah
amboi,,,
senang beno cakapnya
guwa takde hati lagi nak kawen
guwa duk sibuk pikior pasal kekayaan duniawi ni

guwa tak bersedia la nak kawen
kalau ada orang propose,
baru guwa mula pikior pasal kawen
so,instead of tanya bila nak kawen,
tolong la carikan calon
persembah pada hamba
insyaAllah,
kalau hamba berkenan,
hamba tak banyak songeh,nikah terus
hahahha

pening ah topik kawen-kawen ni
ingat kawen semudah buat lepat labu?
 no no no..
biarlah hamba habis dengan kepeningan masalah dunia dulu
baru bebankan hamba dengan soal kawen
k?

Apr 25, 2014

cerita minggu ini

minggu ni ada kes bankrap depan TP yang bila dia cakap,semedang aku tak dengar
slow gila kot suara dia
waktu tunggu turn depan bilik TP,tiba-tiba beliau lalu
dan beliau senyum!
omaigoddd,,
tak penah pun dia senyum kat aku
ke dia senyum kat loyer lain,aku yang perasan
takpi macam mata i bertemu dengan mata dia waktu dia senyum tu
hahahaha
so macam jakun sikit la sebab tak pernah pun Tp tu senyum kat aku even aku mohon tarikh depan dia

lepas jumpa TP,
buat legal aid
harapanya dapat jumpa magistret yang kiut miut tapi rupanya kes tu dalam chamber je
hmmm,,boleh tahan kecewa jugak
dah le menunggu loyer yang kami nak assist tu dekat 3jam
akhirnya kes berjalan dalam chamber *berasap hati*

tapi nasib baik terubat kekecewan itu apabila loyer tersebut belanja makan
dan waktu makan tu,majistret yg kiut tu pun dtg makan satu gerai dengan iollss
walaupun bukan semeja,segerai pun boleh buat hati iollss kembang

then,hari rabu,
p parit buntar
menuju ke pejabat tanah dan magistrate court
tapi ada kebangangan sikit apabila menuju terus ke pulau pinang
tak sedar sampaikan terjumpa pintu gerbang tulis "selamat datang ke pulau pinang"
amboi,,over kan,masuk negeri orang terus

btw,semalam aku belek paper utusan lagi
dan aku nampak lagi nama dan gambar madam roosniza
aku syak roosniza ada column tetap la kat paper tu
tapi aku tak baca sebab dia suka tak mengajar kitaorg walaupun bersem-sem kami ada subjek dengan dia
*dendam* hahahaha

Apr 24, 2014

tak sealiran

kita ni kerja dari pagi sampai ke petang
kadang-kadang dekat maghrib baru sampai rumah
tiba-tiba ada spesies cikgu bukak topik kawen
layan kan aje

tanya beliau,"ramai tak kawan-kawan batch yang dah kawen?"
aku pun jawab la tak pun,masing-masing tengah sibuk
maka beliau membalas,"oo,,senang la,takde la terasa kan"
aku yang sedang makan nasik dalam keadaan mengantuk itu terus rasa nak marah
hellooo,,ko tengok muka aku ni stok-stok suka dengki kat orang ke?
aku teros balas,"nak terasa ape,keluarga lain-lain,mampos dia la nak kawen ke ape"
haaaa,,mula la nak berangin badan aku nih

aku ni banyak lagi masalah duniawi yang memerlukan otak dan hati aku bekerjasama dengan baik
tak dan la nak guna otak untuk berdengki atau iri hati kat orang
sejahat-jahat aku,
tak pernah terlintas eh nk iri hati kat orang
lagipun,, ko ingat aku tak laku?
hahahaha

macam-macam la masyarakat ni
pening nak melayan
jadi loyer,depa tanya tak takut ke sebelah kaki masuk neraka?
hmmm,,sebenarnya makcik2 sekalian ni lagi kejam
loyer takde la kejam mana kalau setakat bela orang yang pada pandangan makcik tu bersalah
kalau nak dibanding dengan makcik,makcik ni pembunuh
membunuh jiwa anak-anak muda macam saya

sebab tu orang cakap diam lebih baik
kalau nak dijawab semua tohmahan masyarakat yg tak pernah fikir perasaan kita anak muda yang sedang bergelut untuk hidup,boleh gila kita
kalau takdak iman,
dah lama semua anak muda ni gila
dengan masalah duniawi yang sungguh berbeza dengan zaman unviersity,
dengan hutang ptptn lagi
hahahaha

maka,
sebagai anak muda yang sedang mencari haluan hidup,
guwa pejam mata,pekakkan telinga je
nak amik semua ke hati,
guwa tak mampu
silap-silap hampa jumpa guwa kutip tin tepi jalan pakai bungat kat telinga
nauzubillah

Apr 13, 2014

lawyer

sampai ke hari ini aku tak merasakan diri aku seorang lawyer
sebab i'm not a lawyer yet
masih dalam proses hendak menjadi lawyer


tapi kebelakangan ini
jiwa aku mula merasai profession ini
bila every week mohon reman dikurangkan
every week mengadap muka OYDS yang pelbagai bangsa
mengadap inspektor dan sarjan yang pelbagai ragam

bila reman 4 hari berjaya dikurangkan kepada dua,
aku gembira
bila reman 4 hari hanya dikurangkan kepada 3 aku tak gembira tapi aku bersyukur
at least i do something for the OYDS
bila jumlah jamin dikurangkan kepada just RM1000,
aku rasa gembira macam nak melompat-lompat
tapi bila dapat kurang hanya sampai RM1500 pun dah rasa kembang kuncup hidung

bila deal dengan inspektor hensem lagi kembang kuncup hidung
dengan hati sekali kembang mewangi
hahahaha
gatai
tapi ada inspektor panggil aku puan loyer,
kuncup sekejap hati yang kembang tu
puan?rasa tua ok
tapi nasib baik inspektor hensem,
dimaafkan..hahahaha

tapi bila ko get involves dalam satu-satu kes from the very beginning,
ko la yang tiap-tiap bulan pergi untuk case mention,
ko la yang buat hujahan
tiba-tiba dapat result kes tu kalah
kecewa siot
bukan kecewa sebab hakikat client tu tak salah
tapi kecewa sebab kalah
tak boleh terima ah kes kalah
rasa loser siot
hahahaha

btw,aku semakin menyukai bidang ini
kalau dulu orang tanya best tak belajar law,
aku tak tahu nak jawab ape
kalau hari ini orang tanya best tak bidang law,
i know how to answer the question
i ada banyak cerita menarik yang boleh digebang
yang hanya budak law and budak chambering je tau
i mean selain dari cerita magistrate cute la
hahahah

Apr 11, 2014

Jangan hanya mengadu domba

aku rasa aku selalu je perbesar benda yang tak menyenangkan hati aku
contohnya bila marah,tak puas hati,sakit semua gebang kat orang
tapi time Allah bagi kesenangan pada aku takde plak aku nak gebang
macam tak adil kan

bila sakit hati,
bukan main cot cet cot cet mulut ni
bila dapat rezeki yang baik,
tau pulak duduk diam
tapi tak ucap syukur pun

sekarang dah duduk diam diam
istigfar lebih sikit
baru sedar
disamping ujian-ujian yang Allah bagi
sebenarnya banyak je Dia permudah urusan aku
tadi duk cot cet cot cet elaun tak naik
tiba-tiba ada rezeki firm lain mintak attend client diorg,
and duit upah tu,bos bagi kat aku
alhamdulillah

tadi duk pening fikir nak beli baju untuk kenduri kak dayah,
untuk kenduri kawan,
tiba-tiba ada orang bagi baju yang dah siap
dari butik pulak tu
alhamdulillah

padahal banyak je Allah permudah urusan aku hari ni
tapi tak sedar
sebab dah ditutup dengan perasaan kecewa dan amarah dengan dugaan kecil yang Allah bagi
ampunkan hambaMU yang kerdil ini Ya Allah
tu la,jarang nak bersangka baik dengan Allah
astagfirullah..

bila bengang sepanjang jalan

dah le stress dengan kerja
pastu dapat panggilan yang membengangkan waktu nak balik ofis
aku punya bengang sepanjang jalan
dari ofis ke gerik

bila kita drive waktu bengang,
memang kesabaran kurang
semua kereta dapat sumpahan dari aku
pedal minyak tu mula la nk tekan rapat ke lantai
dah le bengang dengan hal lain
tambah pulak ada kereta depan bawak slow nak mampos,
lagi bertambanh bengang sampai tahap telinga panas and dada rasa nak pecah sebab tahan marah punya pasal

serius aku tak tahu nak buat macam mana untuk hilangkan rasa bengang
aku cuak gak takut eksiden drive tengah bengang
dari tepeng ke gerik kot
2jam perjalanan tu
boleh gila aku drive time darah tengah panas

unruk hilangkan amarah tu,aku jerit-jerit dalam kereta
jerit arghhhhhhhhhhhh kuat-kuat
tapi tak hilang pun bengang itu
maka,aku istighfar
masih bengang lagi
tiba-tiba ada orang call aku
dia bengang pasal satu isu

aku pun bercakap la dengan dia waktu drive tu
aku pun turut melempiaskan bengang aku melalui orang tu
then,eh, aku dah tak rasa bengang la

rupa-rupanya bila kita rasa geram,
kita kena luah
baru tidak terbuku di hati

bila hilang bengang,
baru ko insaf dah takmau mencelah celah-celah lori
waktu bengang,
suka hati ko je potong sana sini

madam kita

semalam belekbelek paper,
tetiba mata tentumpu pada satu column
kat situ ada gambar madam roos niza dengan nama penuhnya
sape nak baca tulisan madam
pergi ke link ini
http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140410/ke_03/Ilmu-perisai-wanita

siapa student beliau sekarang ni eh
nak tau jugak ada tak beliau bagi hint berkenaan tulisan beliau ini
hahahaha

tetiba rasa bangga ada nama lecturer uum dalam paper
walaupun dulu macam bengang je bila beliau suka up diri sendiri
hahahaha

Apr 6, 2014

certificate of completion

ha,
setelah berbulan-bulan,
akhirnya malaysian bar keluarkan jugak senarai nama secara rasmi untuk siapa yang lulus ILKAP course session november
padahal aku dah mintak tolong afiq amikkan sijil tu bulan januari lagi

kawan-kawan yang amik session september,november dah keluar senarai rasmi siapa yang lulus
so,aku bajet kteorang yang amik bulan 11,januari la keluar senarai rasmi
puas ditunggu,tak keluar jugak
hari-hari kot aku bukak website malaysian bar nih
berdebar kot
buat nya tak lulus,
tak pasal aku kena g kl repeat sensorang

alhamdulillah,
suruh afiq check januari hari tu,
ada sijil nama aku
buat konfiden je kan suruh orang amikkan sijil,
padahal tak tau lulus ke tidak

jerih perih ulang alik kl 3 minggu berturut,
akhirnya berbaloi
lulus dengan sekali ambil,alhamdulillah

next,ethics course
cuak siot
dah le itu semu duit!
duit,duit duit

disebabkan susah sangat nak dapat benda alah ni
aku belana list nama yang ditunggu-tunggu itu
ini dia

untuk sijilnya yang ada lencana macam lencana sekolah,
aku upload kendian k
sijil ada kat ofis kot
ke kat mana tah
tak ingat..hahahaha



surat hutang sudah mari

sampai je rumah, disapa oleh surat hutang ptptn
sebulan kena bayar beberapa puluh ringgit je
tapi permasalahannya sekarang,macam mano nak bayar secara online
bukan main list nya kata blh bayar guna maybank2u,cimbclicks
tapi guwa tak reti

penat dah guwa godek-godek ni
malas la nak p bayar kat bank or pejabat pos
makan masa kot
kalau guna online banking,sat je
klik,klik,tros siap

siapa ada pengalaman membayar ptptn,
bantulah insan kerdil ini
hahahaha

Mar 30, 2014

kuat meroyan

sekarang ni,zaman serba canggih
ko ada banyak medium untuk meroyan
tak perlu la aku sebut rangkaian media sosial
semua sudah arif

bagi aku,
meroyan much better than ko menunukkan aksi menggelikan kau dengan suami kau
lagi geli adegan kau dengan boyfren kau
yang suami tu,maap juga la sebab pasangan yang halal
yang dengan boifren ni
aku tak paham dimana terletak perasaan malu mereka

sah-sah itu boifren,selamber je tayang laga-laga pipi
mak bapak,cikgu,lecturer ko tak fren ke dengan ko kat fb?
tak malu dengan kawan-kawan pun,
malu la sket dengan orang tua ataupun masyarakat secara umumnya

yang dah kawen pun,
tau le tu laki bini pasangan halal korang
tapi,
kteorg bukan yang takde kena mngena dengan perhubungan korang naik berbulu mata
bukan dengki,tapi geli
simpan le romantik hampa tu dalam rumah
usah ditayang satu donia
geliss tau tak
dengan suaminya pakai seluar pendek,bju sleeveless
eiyewwww
 lagi eiyee bila laki hampa tu pakai towel je
ape ke halnya nak tayang kat kami?
yeksss

rumah kita ada helicopter

dari semalam bomba duk berkampung kat padang tepi rumah aku
maklum la,sekarang kan banyak kebakaran gunung
sumber air terdekat adalah sekolah depan rumah aku

macam tak percaya tengok heli dekat-dekat

ini heli sedang cedok air

bapak kencang angin bila heli cedok air
penuh sampah masuk dalam rumah
tapi sebab jakun
p turun dekat-dekat dengan heli

itu je kantung air yang diangkut heli
bapak kecik an
tapi kalau besar,jatuh la heli tu an





itu semua gambar yang dicapture dari dalam bilik
hahahaha
pemalas punya orang
4kali kot heli tu ulang-alik
tak larah eh nak bersilat dengan debu semata-mata nak amik gambar heli dari atas tanah
hahaha

Mar 29, 2014

siapa calonnya?ok saje

macam biasa
aku selalu hang out dengan 2ketul warga taiping
tiap-tiap minggu lah
dalam seminggu tu mesti ada satu hari kteorg lepak bersama

menyembang,bergosip
bercerita stress masing-masing
dan sebagainya

kalau tak dilepas stress itu,
mungkin kami boleh gila sebelum habis chambering

tapi perjumpaan minggu ini,
aku terlalu letih
yela,staff cuti
aku jela jadi mangsa dipanggil oleh bos

aku punya letih,
sampai kawan-kawan kenenkan aku dengan sape2 je
suruh kawen dengan orang itu,orang ini
aku kata ok..
boleh je

kalau aku tak letih,
panjang argument aku

agaknya kalau umur dekat 30 aku tak kawen lagi,
siapa2 datang pinang
siapa2 yang mak aku suggest,
aku ok kan saje kot
hahahaha

siapa lagi nak kawen dengan aku?
meh sini,akak ok saje
hahaha

Mar 28, 2014

baiknya bos!

tadi kan,
dah siap buat hujahan balas,
dah hantar sesalinan pada court dah pun
malah,dah hantar satu copy pada lawyer pihak lagi satu pun
rasa macam kembang semangkuk bila bos check hujahan,
dia tak komen negatif pun
dia cuma suruh tambah ayat kat perenggan-perenggan tertentu
lepas betulkan,tros p failkan kat court
bangga jap okeyhhh
selalu kalau buat apa-apa,
paling kurang 3kali draft baru boleh print salinan bersih
rasa hebat sat
kahkahkah
padahal point pon bos bagi
ada hati nak rasa hebat
puii...

sekali lagi bos buat i rasa bangga bila dia mintak aku check kerja yang staff buat by referring to my previous file
rasa macam heroin sat
sebab dapat kepercayaan bos untuk jadikan kerja i sebagai sample
hikhok hikhok

ketung ketang ketung ketang dari pagi,
akhirnya pukul 5 eden berpeluang untuk berehar sambil bergosip dengan staf
kebetulan bos baru keluar dari surau
dia tanya-tanya pasal rumah aku
dia tanya kat gerik kawasan mana
berapa jam dari taiping
padahal sebelum-sebelum ni dia dah tanya
aku jawab jela kan
dah alang-alang memang nak curi tulang dengan cara menyembang
menyembang jela dengan bos kan
seterusnya,bos berlalu masuk dalam bilik dia
TETIBA!
bos panggil
kata bos "setiap hari Jumaat kalau kamu nak balik pukul 5 pun takpe"

walawehhhhhh,,
aku boleh balik gerik awal tiap2 minggu la ni?
best ah bos ni
*senyum lebar-lebar nampak semua gigi*

ini baru dapat permit untuk balik awal
kalau aku dapat peluang bergambo dengan tuan majistrest tepeng yang kiut miut tu,
mau pengsan aku gamaknya
*harap-harap mimpi tuan majistret yang gebusss tu malam ni*
HAK HAK HAK HAK galokkk!

Mar 24, 2014

Jangan Engkau Lupa

kesengsaraan kita hari ini mungkin satu kebahagian bagi orang lain
mungkin mereka tidak senang duduk selama ini memikir ikhtiar utk melihat kau susah hari ini


tapi tidak mengapa
aku percaya pada Yang Di atas Sana
mungkin gundah aku hari ini,tapi laknat kau hari esok

mungkin amal aku tidak cukup untuk berdoa kemusnahan engkau
tapi aku percaya kepada hari pembalasan
mungkin enkau menang hari ini
tapi tidak di hari akhirat

Jangan engkau lupa bumi ini bulat
mungkin hari ini engkau diatas
tetapi esok belum pasti

engkau sangka aku akan musnah meratap nasib merayu kepada engkau
tetapi aku semakin hari semakin kuat
akan ku lawan
tidak akan ku tunduk terhadap tipu daya engkau

mungkin bunyinya seperti perempuan tidak waras
perempuan yang tidak boleh menerima ketetapan Ilahi
tapi itu hanyalah amarah seorang hamba yang imannya lebih nipis dari kulit bawang

sesungguhnya aku percaya kepada kebesaran Allah Yang Maha Berkuasa

Mar 21, 2014

orang jual insurans?

tadi balik awal dari biasa
disebabkan mengantuk ketika drive,
aku amat bersyukur bila ada kawan sms,emak call
ngantuk kot weh bawa kereta slow-slow pada cuaca panas

tibatiba,ada cal dari number 03-xxxx0000
akak ofis aku kata kalau ada banyak zero kat belakang selalunya bank atau orang jual insurans
so,aku reject jela call tu
lagipun sebelum ni ada je agen insurans call aku nak ual insurans nyawa
fobia aku
sekali lagi number tersebut call aku
berpaksikan kepercayaan bahawa call dari kawan2 yang guna fon ofis,
aku pun angkat

sekali,awok yang duduk kat kl sana ye call pakai fon ofis
cissss,,kedekut betoi
nak bergayut pun pakai fon ofis

kalau kena saman akibat guna fon sewaktu memandu selama 20minit,aku suruh dia bayar
bukan main menyembangnya ye
dah le kita ni bawak kereta manual
payah betul nak tukar gear

apaapa pun,
buat kawankawan yang number fon ofis berakhir dengan banyak number zero kat belakang,
kalau nak call aku,call la banyak2 kali
kalau call sekali je aku tak angkat
sebab aku takut itu adalah call utk iklan kredit kad,insuran dan bank
hohoho

Mar 9, 2014

online shopping

aku tengah ragu-ragu untuk membeli nih
cakap dekat mak nak beli tudung
nak ganti tudung yang hilang
dilema nak suruh adik belikan or nk beli online je
mak kata beli online jela
perghhh,,dah dapat green light tu
sekarang tengah tunggu response si penjual
tapi hati tengah dilema nak warna apa
hahahaha

lagi satu keraguan adalah nak beli beg
dah add to cart dah beg tu tapi masih ragu-ragu nak klik maybank2u
hahahaha

tinggal nak klik maybank2u je semua tu
tapi masih dilema adakah patut perbuatan aku tu
kang tak beli,duk teringat
beli kang menyesal pula
hahahaha
dasar perempuan banyak fikir

Mar 8, 2014

berkebun siri 5 :takde limau,epal pun boleh

tadi pergi berkebun lagi
sebab dah lama tak pergiasyik tak larat je
kejap-kejap berhenti rehat

tengah semangat menebas tiba-tiba kayu terpelanting mcam mana tah,luka ibu jari aku
banyak gila darah
aku pun letak air liur,tekan dengan baju supaya darah berhenti
tak tau nak buat macam mana kot
bagitau mak aku kang,pengsan plak mak aku kat lereng bukit tu
mak aku kan mabuk darah
hahahaha
lama jugak aku duk senyap lepas tangan berdarah
aku pun boleh tahan pening jugak tengok darah banyak
hahaha

bila dah ok baru aku bagitau mak
rehat sat( rehat lagi..huahuahua)
pastu p teruskan menebas kat satu kawasan yang dalam gila
mak aku kata itu kawasan orang bawak lalu kayu balak
aku macam tak larat lah nak masuk menebas dalam kawasan yang dalam setinggi  dua orang tu
bila dah kumpul kekuatan baru la masuk
tebas-punya tebas, tiba-tiba aku nampak binatang kuning terbang dan gigit aku
"maaaa,,sakit maaaa",jerit aku
jerit tapi tak lari
bila aku dengar mak aku suruh lari,baru aku lari guling2 dalam gaung tu
2kali berguling baru sampai ke tanah
aku kena gigit dengan Peringat..aku tak tau la orang sini panggil binatang tu ape benda
yang penting sakit berdenyut-denyut and bengkak muka aku

dah jadi macam tu,
aku ingat nak berehat dalam kereta je
tapi mak aku risau takut di apa-apakan orang yang lalu
kata anak perempuan kan
mak aku suruh ikut depa nak menebang pokok
maka,aku bawa la kain batik mak aku,hampar atas tanah dekat mak aku buat keje
maka,guwa pun berbaring beralaskan kain batik dan berbantalkan kain tudung dalam hutan tu sementara parents aku siap buat keje

dulu aku pernah kena gigit dengan tebuan
nak bagi kurang denyutan dia bapak aku taruk limau nipis dengan garam
kebetulan waktu aku baring atas kain batik tu,aku duk makan epal
aku tanya mak aku,"ma,dulu kena tebuan kita letak limau nipis,ni kalau orang letak epal utk hilang sakit boleh tak?"
mak aku suruh try je
maka,aku gigit2 epal tu dan tepek kat tempat kena sengat dengan harapan kurang sket sakit
bak kata pepatah takde rotan,akar pun berguna
hahahaha

sempena hari wanita ni sepatutnya i cantik macam bidadari tapi muka bengkak macam ape je

Mar 7, 2014

kekangan masa

sebenarnya banyak je cerita
tapi sebab banyak sangat,tak tahu nak cerita yang mana satu
kita cerita setakat yang ingat je la ek

1) isu hanez suraya

perghh,,nak jugak masuk isu artis kan
kat ofis aku,kalo sebut nama hanez suraya,setiap orang akan meletop
pung pang pung pang duk mengutuk
termasuklah bos aku
bos aku laki okeyhhh
bila staff cakap "yes,memang hanez tu cantik tapi tak semestinya boleh amik laki orang"
tros bos aku balas, "hanez tu cantik?tarakkk ahhh"
tak boleh blah la bos aku join gosip2 artis dengan muka samseng dia tu

2) mencari barang

aku tak faham dengan kedua-dua bos aku
baik encik F mahupun Encik S
hari tu En. F masuk je ofis panggil aku tanya "mana sepek saya?"
heloooo,,spek awok kot,tanya kita pulak
tengah hari sikit, beliau panggil lagi
"mira, cuba kamu cari 'puncher' saya sat"
padahal benda alah tu depan mata dia

kemudian,tadi En. S gigih panggil aku
kemudian dia tanya "kamu ada nampak tak stapler saya?"
aku pun berbasa-basi "stapler  En. S kaler ape?"
biru katanya
bila aku keluar dari ofis beliau,
stapler tu ada atas meja akak kerani
bila aku bermurah hati p hantar stapler tu,
boleh pula En. S berkata "mana kamu jumpa?"
bila aku gtau perkara sebenar,dia seolah2 tuduh aku yang bawa ke sana
helooo,,aku tak penah pkai pun stapler biru dia tu
entah-entah dia tinggal kat situ,pastu lupa amik,pastu tuduh aku
malas nak layan

tak tahu lah sejak bila aku jadi penyimpan harta depa

3) gelaran baru

sekarang ni akak-akak ofis aku panggil aku tokey 16N
hal ini kerana,semua 16N (melepaskan gadaian/Discharge of Charge) kat ofis tu aku yang buat

tadi memang sibuk gila kat ofis
aku turun amik document kat tingkat bawah
tiba-tiba En. S interkom cari I
i pun berlari-larian panjat tangga
ingatkan apa yang urgent sangat
sekali dia suruh replace page baru kat document
manja beno
tu pun nak suruh I yang buat
pulun panggil aku
dengan muka tak bersalah beliau berkata "mira tolong replace page 3 ni eh,u kan pakar replace dokumen"
hek elehhhh
pakar replacement? macam itu pun boleh?

4) taruk pun boleh jadi isu

aku tak perasan pulak aku sorang je kat ofis tu guna word taruk
patut la setiap kali aku cakap taruk kat En. S dia pandang aku semacam je
sampailah tadi limit of curiosity dia berada di kemuncaknya kot
dia pun bertanya " mana kamu belajar guna perkataan taruk?"
terpinga-pinga i tau
dengan beraninya aku balas soalan dengan soalan
i kan memang spesies rebel dengan bos
"kenapa?orang sini guna ape tak guna taruk?"
En. S kata orang Perak guna perkataan letak,depa tak guna taruk
oooooooo...itu jela respon aku selalunya bila En. S bagi tau aku apa-apa pun

ahhh,,letih ah citer pasal ofis
kalau ikutkan,banyak je perkara2 di luar jangkaan aku berlaku setiap kali ada conversation aku dengan para bos
tapi kalau citer semua kat sini,
hangpa bosan plak

ke nak cerita pasal orang p tengok konsert erra,awie & ziana zain?
hahahaha

ke nak puji-puji awok yang kat Perlis tu?
hahahahaha

sekian dulu untuk kali ini

Mar 2, 2014

kawan

serabut la weh kehidupan sebagai chambering student ni
rasa nak give up pun hado
macam-macam masalah kehidupan dengan chambering life ni lah
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...stress
lepas lulus ILKAP, ada ethics course pula yang menanti
kalau tak lulus,satu hal nak kena repeat
dalam masa sama nak kena buat dock brief or in house training sebanyak 14kali..14 kali okeh!
Letter of introduction kejadah tu lagi
BM exemption lagi
hodoiiii,,itu semua pakai duit ok
ohhh,,dan dlm AGM hari tu,depa gtau CPD point wajib untuk long call start july
*rasa nak mencarut

dalam keadaan berserabut sebegini rupa la kita memerlukan kawan untuk bercerita agar tak gila dengan serta merta
disebalik permasalahan hidup sebagai chambering student,
banyak lagi tekanan yang bisa buat guwa depress
kawan2 invite p majlis tunang dan kawen depa pun satu depression kepada aku..hahaha
belum hal mak aku mintak kakak ipar dan abang aku carikan jodoh untuk aku
banyak sangat hal dalam hidup ni,tak tahu yang mana satu patut difikir dahulu

tapi time nak cerita masalah tu
dan-dan browse contact number
eh,,takde kawan ke aku ni?

so,thank you lah pada kawan-kawan yang sudi mendengar rintihan hati aku
terutamanya Mohd I*****
yang hari-hari mendengar bebelan aku
kalau dikau baca ini,
ko menjadi kecintaan aku weh
di atas kebaikan ko terhadap aku
hahahaha

kepada kawan yang jauh nun di KL pun thank you jugak sebab pantang aku cakap aku sakit,pasti telefon aku berdering-dering
boleh i mengadu domba dengan free sat

tak lupa jugak chambie-chambie tepeng yg sudi berjumpa i untuk share beban di hati

kawan baik dari zaman skolah pun,thank you weh
selalu datang melawat aku bila beban atas bahu aku berat mengalahkan batu
*p/s: berus gigi purple ko aku simpan lagi.bertambah rindu bila nampak berus gigi ko tuh..hahaha

tengok,sikit je kan kawan yang aku ada
so,celah mana aku nak cari calon nak buat jadi jodoh?
ko cakap sama guwa sekarang!
hahahaha
*desperado gila bunyi nya