BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Feb 29, 2012

my 29 feb

bila sebut 29 februari
semua orang berusaha untuk membuatkan tarikh ini bermakna and memorable
maklum laaa
leap year kan bak kata omputeh

aku rasa aku punya 29 feb pun memorable
full of memories gituu
boleh la kalau nak kenang next 40years lagi

memori bermula dengan tido lewat
akibat pulun buat case review land law II
diikuti dengan berjuang untuk naik bas
tak tahula apesal tiba2 bank rakyat jadi lautan manusia
nak kata lewat,,
takde la lewat mana
kelas pukul 8 pagi,,
aku sampai tempat bas 7.35 pagi
memang kenangan betul la berebut bas di pagi hari 29feb
nasib baik tidak kandas di medan perang naik bas itu

pastu lunch bersama kawan2 di meja bulat
sambil bergosip

lepas tu check balik assignment land
tengok tally ke tak dengan slides

senang cerita
29 feb kali ni sungguh meninggalkan kesan
sebab dipenuhi dengan kerja land
sat lagi nak pergi print,bind

malam sat lagi prektis nak present pulak
cuak punya pasal
terpaksa la prektis
lebih2 lagi dapat lecturer cerewet
ini la nasib badan

ada siapa2 nak tambah new memories for my 29 feb?
sila hubungi saya dengan segera
hahaha

Feb 28, 2012

fenin

ok
tadi gedik tukar background twitter
pastu tetiba rasa nak tukar template blog skali

bila dah tukar,,
habis la semua benda berterabur
lpas tu aku malas nak tukar segala benda
font la
kaler header dan sebagainya
oleh itu
blog ini under construction
sebarang pemandangan yang kurang indah
harap dimaafkan
dan jangan geli untuk berkunjung kelak
=)

no more ustazah

setiap orang selalu nya pernah terdetik dalam hati
untuk berubah jadi lebih baik
tapi malangnya tak dapat support dari pelbagai pihak

kita yang tidak pernah dihalang
dan tiada kekangan untuk berubah lebih baik
kenapa still tidak berubah?
sebab takde ustazah untuk tegur dan denda setiap hari?
bukan nak mengata orang lain..
tapi ni aku mengata diri sendiri
takde siapa halang untuk tutup aurat dengan sempurna
tapi,,aku still tak tutup dada walaupun pakai tudung

tahu kaki tu anggota wajib untuk ditutup,
tapi tetap takmau pakai stokin
orang lain fight untuk pakai purdah sampai ke mahkamah
fight untuk pakai serban ke sekolah sampai ke mahkamah tertinggi
tapi aku?
benda simple yang tak dihalang pun taknak buat

JPA bagi duit lambat,,
aku emo-emo
tapi bila diri sendiri lambat-lambat
malah tak buat langsung apa yang Allah suruh tu,
tak fikir pulak Allah marah?

ok,
i think i need a support
selain dari ancaman neraka sebagai balasan melanggar perintah Allah..
=)

Feb 26, 2012

Feb 22, 2012

permulaan sem yg terbaik

hari kedua kelas of the new semster dah dapat assignment
memang good news kan?
hahaha
yang paling tak tahan kena hantar khamis depan
siap pakej dengan present lagi
kau mampu?

dah la satu group 2 orang
memang kaw-kaw la cuak den
tambahan pula dengan peringatan tambahan dari lecturer yang berbuny
" I expect presenters must be able to answer the questions posed by the class. Marks will be given based on the performance of the presenters in preparing the assignment, presentation and ability to answer satisfactorily the questions posed by the fellow classmates and I."
dan
" The usage of English must be perfect. Please use English editor to check your English at UUM Language Centre. You may have to pay certain fees."
tak ke pulun lecturer macam ni?
hahahah



Feb 19, 2012

1st day of part 6

tengah hari tadi dah habis kelas utk hari first
walaupun dah sem 6 tetap tak rasa apa-apa
takde pun rasa tua yang melampau ataupun pressure yang melampau
hehehe

semenjak sem 6 ni
banyak pulak kelas start 8 pagi
persediaan utk bekerja kah?
ke untuk memastikan kami semayang subuh di awal waktu
maklum laaa,,
dah tua
tak reti-reti nak insaf perdekat diri dengan Allah?
agaknya itulah mesej yang hendak disampaikan oleh universiti
sebab tu la bagi jadual sebegitu rupa pada kami

mudah-mudahan di semester yang baru ini,,
Allah permudah dan berkati semua urusan kita
aminn

Feb 16, 2012

patut kah tutup?

sejak-sejak main twitter ni kan
malas je nak update blog
maklum laaa,,
asal terlintas nk mengadu domba apa-apa,
terus je tweet
asal nak mengadu panjang sikit,
buat status kat facebook

so,
takde modal la tulis kat blog
takkan nak buat siaran ulangan pulak
kalau best,
takpe la nak ulang-ulang berpuluh kali
ini, dah le tak best,ulang berjuta kali,bayar mahal pulak tu(astro..kih3)
aku taknak le jadi macam astro
di sumpah hari-hari walaupun korang tak payah bayar bila baca blog ni

kalaulah blog kena bayar,
mesti takdok orang nak baca blog den ni (sekarang ada ke masalahnya?ngeh3~)

ha,,
hari ni kan
apesal celcom meroyan?
nak anta sms tak boleh,
call ape tah lagi
takkan la sebab semalam hujan lebat
reason hujan lebat ni hanya terpakai utk maxis je selama ni
takkan celcom pun dah ikut jejak langkah maxis?
asal hujan lebat je tak berguna pada masyarakat
ke kat umah aku macam ni buat masa sekarang?

Feb 13, 2012

seteresss

ok
stress sebenarnya
aku tak paham la
sejak bila bilik aku duduk ni semakin mengecik?
takkan la aku pulak yang makin membesar *denialprocess

yelah,,
semua benda dalam bilik ni aku langgar
setiap kali nak keluar dari bilik aku melanggar benda
langgar bucu katil la
langgar bucu rak novel,
langgar meja mesin jahit
terhantuk dekat meja setadi
tersepak iron board
tersiku almari baju
terodok pintu bilik

perghhh
setiap kali nak keluar bilik,,
ada aje yang aku langgar
dah le sekarang aku kerap ulang-alik keluar bilik sebab selsema kan
kena la p cari tisu la,
p bilik air la
sengsara lah

*nampak sangat bilik bersepah dan aku jalan tak pakai mata
nak salahkan bilik pulak
hahaha

Feb 11, 2012

results everywhere

pergi mana-mana blog budak uum semua duk cerita pasal result
ada yang happy
gila-gila happy
tak kurang juga ada yang sedih
mahupun yang tak rasa apa-apa sebab result maintain

cakap pasal result ni
tak kira berapa pun result yang kita dapat
mesti kita akan kecewa kalau kita buat bersungguh-sungguh tapi result tak setimpal dengan usaha kita walaupun result kita takde la teruk
dan
kita takkan rasa sedih walaupun result kita teruk kalau kita tahu kita belajar pun main-main

orang kata aim high
tapi kalau aim tu tak tercapai,
malah jatuh pula
sungguh sakit kot
hahaha

so,,
di sini la pentingnya nilai syukur

bersyukurlah dengan apa yang ada
tak berani la nak gembira sangat atau bersedih sangat bila musim result exam
takut ada yang tersinggung

so,,result aku?
hahaha
no komen
apa yang mampu di ucapkan hanyalah alhamdulillah
berapa pun dapat,
ucaplah alhamdulillah =)

Feb 9, 2012

result exam

result dah keluar hari ini

Feb 7, 2012

wakaf che yeh adalah satu kesilapan

yes
wakaf che yeh yang orang gembar-gemburkan best gila untuk shoping tu
hari tu i pergi
beli la kain pasang untuk buat baju kurung
you know what
sampai hari ni i menyesal beli kain kat sana

dah la tak cantik,
mahal
tak mesra pelanggan pulak tu
tapi i pegi bodoh beli tu kenapa?
sebabb tempat tu dah la jauh,
kalau tak beli,
rasa berdosa pulak dengan minyak kereta kakak i

mula2 i malas la nak uar-uar kan betapa i geram pada wakaf che yeh
tapi i punya geram tak boleh tahan bila
kain yang i beli tu taraf sampah u know
mula2 i cuba pujuk hati lagi walaupun kain dia out of date
yang orang dah berlambak2 pakai kat uum
dan mahal
sekarang ni memang i rasa nak menyumpah
sebabnya, ada kira-kira pakai pen biru atas kain tu
bukan calang2 punya conteng
dia conteng btol2 macam taukey kedai kira jumlah barang dapur ko beli kat pasar
panjang sialll

so,,lain kali i akan beli dekat pasir mas
dah la dekat,murah,boleh tawar menawar
memang makcik jual tu friendly gila
kalau tak
masakan i boleh tawar menawar sampai boleh buat makcik tu bankrap
siap boleh paw tudung bawal sehelai lagi

btw,bagitau tempat best shopping pd orang ramai ni pun satu kesilapan
nanti tak pasal pasir mas pun ramai orang
tapi,,
sebab makcik tu bagi i tudung free satu
i pun rela hati la nk promote kedai2 di p.mas

*makcik,,lain kali saya nk tudung bawal yang mahal sket..yang lip lap..lip lap ada bunga banyak..

kuaci besor

semalam pehal tetiba mengidam nak makan benda2 tak berfaedah
lantas kesempatan emak nak ke kedai beli minyak masak digunakan dengan sepenuhnya
maka, ku kirim lah asam dan kuaci
bila adik i pass the kuaci,
omaigoddd
besau nya

kebesaran nya hampir menyamai keyboard netbook i
ke tulisan dia yg besar tu menyebabkan i nampak peket dia besar?
perghhh
saiko ar packaging dia

sebab tu agaknya adik i prefer this kuaci above the other brands
yelah,,
selalunya bila cap yang pemes sket macam Cha Cheer la bunga matahari la
tiba2 bila cap hogomas ni
tak tau plak aku hogomas ada kuaci
slalu beli puding je cap hogomas
sedap wooo puding hogomas
warga sintok tau la kot sebab ada jual dekat Cmart


tapi,
kuaci dia tak sedap mana pun
tak sejajr denga motto di paket tu "enak & rangup"
tipu helah dan muslihat tarik hati pelanggan je semua tu
untuk memperdaya orang seperti adik aku
hahaha

Feb 6, 2012

biskut roti

ini makanan memang legend wa cakap lu
dulu waktu kecik gua hidup susah
daif bak kata bahasa melayu bombastik

sekarang pun bukan la hidup kaya
tapi senang sikit la dari hidup zaman penjajah
boleh la nak beli aiskrim cornetto tu
hahaha


hari tu aku kan balik kampung
bila pergi kedai,
terjumpa pulak roti yang keras gilos ni
roti ni la yang aku makan zaman kecik2 dulu
cicah dengan air teh panas ke

roti ni roti expired yang dikeringkan la aku rasa
sebab dia ada macam2 jenis roti yang keras
ada roti yang ada inti
ada roti yang kaler hijau,kuning

hidup susah kan
nak makan macam2 jenis roti,
beli jela roti yang maha keras ni
ada macam2 jenis flavour dalam tu

ni yang ada inti kacang
perghh,,
memang cari yang ni dulu la kalau nak makan

sedih kan hidup aku kecik2 dulu
tapi aku rasa bersyukur jugak aku hidup susah dulu
kurang2 aku jadi orang bila dah besar ni
walaupun tak dapat g blaja oversea
huhuhu

tapi kan,
atuk aku marah gila kot aku beli roti ni hari tu
dia kata orang tak makan dah benda macam ni
takde khasiat
dia suruh aku bunag bagi makan kat ayam
padahal waktu aku kecik dulu,
roti ni jugak la dia bagi makan
sekarang ni dan dan kata makanan ni tak berkhasiat bagai
hahahaha

Feb 5, 2012

after a week

seminggu yang lalu gua menyepi dari dunia maya yang fana ini
ke mana gua bawa diri?

oleh kerana gua bosan dengan dunia maya yang penuh lagho ini
gua pulang ke kampung
mencari kehidupan tanpa internet
wekkkk..
hahaha

tak la
aku balik kampung
saja mau shopping
inilah lumrah orang tak berduit
tak mampu la nak beli belah kat shopping complex
mampu beli dekat pasar2 di kelantan je

beli beg sket,
kain untuk buat baju kurung sket,
seluar sket
tu jela yang termampu