BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Apr 27, 2012

tragedi jumaat

JKPS pasang radio di pagi jumaat
boleh kira sebagai tragedi tak?
bagi aku ianya tragedi sebab esok aku ada test

aku bukan stakat maki2 di alam maya
aku siap pergi berdepan dengan para JKPS suruh tutup radio di speaker tu
dia kata dia dpt kebenaran dari puan pengetua
untuk pasang that lagu for the whole day
aku tak tanya pun dia ada authority ape utk pasang lagu tu
aku cuma tanya boleh tak tutup or slow down?
gigih kan aku

kalau ye pun ko dapat kebenaran pengetua,
ko xde hati perut ke?
bkn pgetua wajibkan ko psg lagu2 tu
konon psg lagu nk suruh budak2 bgun pergi program
ko bom sekalipun DPP b.rkyt,,
kalau budak taknak pergi,
diorg tak pergi jugak
kalau diorang nk pergi,
awal2 lagi diorg muncul kat tapak program
sebelum subuh lagi gamaknya

lagipun,bukan aku sorg je ada test
dan bukan korang je hodup kat sini
aku duk sini pun bukan free
aku bayar kot
so,,tak payah nk buat gaya setinggan sangat
pfftt

Apr 22, 2012

aku sendiri pun tak faham

aku cukup tak faham
kenapa lecturer tulis nama aku JauhaRAriatul amira
sedangkan aku tulis JauhaRIatul amira
ewahhh
pandai2 je dia betulkan nama aku kan
kenapa?
dia ingat aku salah eja nama sendiri ke?

tau la dia kenal nama aku dah 6 sem
tapi aku dah kenal nama sendiri 22 tahun
takkan la aku tak reti nak eja nama sendiri
hahaha

yang tak tahannya,
konfiden je dia betulkan dan post dalam learning zone nama aku tu
lecturer oh lecturer
nak guling2 aku

sebab dia panggil aku Jauhara,
dia pun yakin la nama aku yang sebenar adalah JauhaRAriatul
dan tanpa perasaan was-was serta penuh tanggungjawab,
dia pun betulkan lah ejaan nama aku
takut aku salah eja nama sendiri kot
hahaha
btw,,konfiden itu penting!

tak reti

ni bukan nak cerita pasal orang tak reti bahasa dalam bas tadi
yang duk memekak sampai satu bas pun boleh dengar ape yg dia cuba cerita
baru sem 2 dah nk tunjuk lagak hebat
poodahhh
aku dah sem 6 lah
tak heran dengan cerita kau

tapi ini aku nak cerita pasal aku terkelu tengok blog berwajah baru nih
lain macam je kedudukan semua benda
moden semacam
take time jugak untuk explore nih

Apr 18, 2012

tanpa ku sedari

kelas habis 9.30 pagi
maka,
banyak la aktiviti yang direncana untuk dilakukan selepas kelas
oleh sebab itu,sampai la kami ke alor setar

setelah selesai urusan di ASNB,
kami ke star parade
tunggu nk makan mcvalue lunch
sanggup tu tunggu sejam

nak habiskan masa sejam tu,
mula la melilau tengok segala benda
dari baju ke beg ke kasut dan ke baju balik

sejurus selepas makan,
kami jalan2 lagi
dah hampir penat berjalan,
tiba-tiba aku tengok jari aku berdarah
perghhh
dah kering siott
sebelum tu tak sakit pun tapi bila dah tau ada luka
terus rasa pedih dan pening
nasib baik tak rebah kat situ

takpelah,,
sakit sikit je
orang lain sakit lagi teruk

Apr 15, 2012

assignments

ada banyak assignments
tapi baru buat satu
aku kagum lah dengan orang yang boleh buat assignment dekat rumah

sebab aku tak reti la buat keje sekolah dekat rumah
maybe sebab lama sangat duduk asrama kot

duduk asrama kan slalu tiru kerja kawan
mane la reti buat sendiri
kahkahkah

Apr 14, 2012

perubahan

makin kurus
makin sihat
dan makin ceria

yang pasti muka dah tak bengkak
alhamdulillah =)

Apr 12, 2012

seposen pun haram

tadi mak aku pergi kedai
beli barang
dan ada la balance kan
bila orang kedai tu bagi balance pada mak aku,,
ada budak perempuan terus sambar duit tu
dan
mak budak tu tengok perlakuan anaknya
tapi buat bodoh je
memang la duit tu tak banyak
tapi still bukan duit dia kan

dulu ustazah aku cerita
kalau kita jumpa duit tepi jalan
ataupun dekat mana2 pun
even sepuluh sen (RM0.10),
kita tak boleh ambil kalau itu bukan duit kita

kalau kita ambil,
dekat akhirat nanti,,
ko merangkak-rangkak la nak pulangkan duit sepuluh sen tu pada empunya duit tu
kau nak?
merangkak kat akhirat hanya kerana sepuluh sen?

yang ni lah kadang-kadang orang kita pandang sebelah mata
asal jumpa benda,,anggap barang sendiri punya
sebenarnya pandangan itu salah
tak kira lah kita yang jumpa dulu pun
tapi dah memang bukan kita punya,
kita tak boleh ambil kecuali harta karun

kalau kita ambil pun,
kita kena hebahkan selama berapa hari tah(aku tak ingat)
even takde orang datang tuntut duit tu,,
still duit tu bukan milik kita
sebab duit tu perlu diserahkan pada masjid atau sewaktu dengannya
duit itu takkan jadi milik persendirian

itu setahu aku lah
kalau salah,,
harap betolkan =)

Apr 11, 2012

air

hari tu aku kata banyak cerita yang tak cerita lagi
tapi air?
mana ada cerita air dalam list hari tu
yess
memang la takde
sebab isu air ni baru timnul
errr
takdela baru sebenarnya
dari khamis lalu lagi sebenarnya

seperti semua sedia maklum
felda bersia memang glamour sekarang
tak cukup masuk paper berita harian,,
masuk juga dalam berita TV3
kenapa?
kalau ada orang tanya lagi macam ni
memang pengsan kena penampo aku
maklumlaaa,,
tangan aku dah sangat tough sejak mengangkat air secara istiqamah
sekali gua tampo
nescaya kamu terus pengsan tanpa was-was
hahaha

ingatkan air takde kejap je
skali ada mulut orang kampung kata empangan pecah
cehh,,
desas-desus sangat
padahal loji rawatan air tertimbus dengan tanah runtuh
propa lebih la orang kampung nih

propa tak propa,
seminggu lebih jugak baru akan pulih
memang la aku cuti seminggu ni untuk angkut air je kan
ke tingkat 2 pulak tu
sobsob

btw,,tq la SYABAS
datang jauh2 dari selangor untuk hantar air buat warga gerik
=)

disebabkan rumah air ramai penghuni,
kena la cari banyak air
tak boleh harap syabas je
pergi amik air bukit dekat ganda,
usung air dari tangki sekolah

memang pengalaman yang tak dapat dilupakan
kalau aku skolah lagi,,
inilah peristiwa yang akan aku pilih untuk buat karangan

Apr 9, 2012

nak update tapi

dari beberapa minggu yang lalu lagi
aku ada pelbagai cerita
tapi masalahnya
aku malas nak taip
macam2 cerita yang korang dah tertinggal
ewahhhh
baca ada orang tertunggu-tunggu kegiatan seharian aku
podahhhh
ko hengat ko fatin liyana atau hanis zalikha?
wekkk

ai ada cerita buah kerdas di kebun bapak ai
cerita bola hoki *ehem
cerita sambut bithday dayah ma'ribi
cerita buat forum
p jenjalan pusing kelantan sampai besut

tapi,,
nantilah daku cerita ye
tengah cuti ni
banyak halangan bila nak tulis blog ni
korang doa-doa la moga aku diberi kekuatan utk bercerita
bukan aku nak cerita sangat sebenarnya
tapi nak bagi ada record
senang nak rujuk bila dah tua esok2 time nk cerita kat cucu
kahkahkah