BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Aug 31, 2012

si baju melayu

bila tiba hari jumaat,
banyak tweet dan status para wanita memuji-muji kehenseman lelaki pakai baju melayu
yang tak hensem pun nampak hensem katanya bila pakai baju melayu

tadi,aku berada di masjid sepanjang orang menunaikan solat jumaat
tunggu ayah
apabila khutbah pertama bermula,
masih ramai yang berada di luar masjid dan juga di kedai makan
begitu juga bila khutbah kedua
pabila muaazzin azan untuk mula solat,
masih ada yang berkeliaran di luar masjid tidak kira budak,remaja,orang dewasa malahan orang tua yang lengkap berkopiah

apabila orang mula sembahyang,
baru kelihatan yang tua-tua beransur masuk
yang muda-muda masih di bawah pokok,bersembang
aku ingat diorang nak masuk bila tok imam start baca surah
malangnya,
sampai ke sudah,muda-mudi duk melepak bawah pokok
lebih menyedihkan,
kesemua yang duduk bawah pokok tu lengkap pakai baju melayu dan songkok@kopiah
bukan seorang dua tapi lebih sepuluh orang satu team
ada la dalam 4 team aku tengok yang tanpa segan silu duduk atas motor masing di bawah pokok rendang
tahu nak berteduh dari panas dunia
tapi tak tahu nak lindung diri dari panas neraka

takkan la ko harap mak ko tunggu ko semayang jumaat
ikut ko,tgk ko semayang betul ke tidak
belum sempat tok imam berdoa,masing-masing sudah cabut pergi
astagfirullah
tak habis-habis hati ini ketakutan
jika kini sebanyak itu anak muda yang tidak mempedulikan sembahyang jumaat,
bagaimana dengan masa depan?
bagaimana dengan ibadah-ibadah lain?

berbaju melayu bukan tiket ke syurga
sudah sampai ke masjid,apa yang menghalang untuk masuk ke dalam dan menunaikan solat wajib itu?
lelaki-lelaki itulah yang akan jadi bapa kepada nak pada masa hadapan
kalau sudah begitu bapanya,
bagaimana pula anak pada masa hadapan?
wallahualam

Aug 29, 2012

misteri surat layang

benda ni berlaku waktu sekolah menengah
tak pasti form 1 atau form 2
yang pasti bukan form 3 sebab waktu kejadian,kelas aku masih di paras bawah
kalau form 3,kelas kat tingkat 3
why?
kata nak PMR
haruslah ada privacy kan untuk menjana pelajar yg success
tapi tak silap aku form 2
so, 22 tolak 14...
maknanya sudah 8tahun berlalu

8tahun yang lalu,
aku bersekolah di sekolah berasrama penuh di Selatan tanah air (macam novel la pulak)
nama sekolah dirahsiakan
hahaha
di suatu petang di hari minggu,
aku pergi ke kelas untuk ambil buku yang tertinggal..homework cikgu garang..
kalau tak,jangan harap aku nak jejak kaki  ke bangunan akademik pada hari-hari minggu

sampai je kat kelas,
aku nampak ada baaaaanyak buku dalam tong sampah
aku cam tu buku aku sebab buku log tu ada nama sekolah ayah aku
sebab ayah aku yang belikan
terkejut aku,lantas tak tahu nak buat apa
kebetulan ada classmate yang tengah study,TQ namanya
dia yang dengar jeritan kecil aku yg terkejut itu terus menerpa ke arah aku *apahal ayat aku novel gila ni*
"TQ,tengok ni,ni buku aku.siapa yang jahat buang buku aku ni?",kata aku sambil terpercik rasa marah
"la,ni buku jau ke,TQ tgk dah tadi.ingatkan siapa yang buang buku"
sobsss
aku pun melangkah ke meja aku nak tengok ada lagi tak sisa-sisa buku yang tinggal

sampai di meja,
ada sekeping kertas bersama duster(pemadam whiteboard)
aku dah nak emo-emo siapa yang letak duster atas meja aku
yang paling tak tahan,dia cop2 duster tu atas meja aku sampai penuh
ko tau jela kalau dh buat padam whiteboard,mestila habuknya adalah dakwat marker
kurang ajar betul siapa yang buat
sedih hati ini
ok,takpe
mari kita tengok apa benda dalam kertas
perghh,,kata-kata amaran dan cacian
sah,ianya adalah surat layang
apa lagi,
menitis air mata aku sebab confirm pembuangan buku aku bukan kegiatan budak nakal tapi memang satu balas dendam atau sabotaj

Lalu,TQ ajak aku pergi rumah ketua warden
waktu cerita dekat ustat tu(ketua warden),pasal kejadian tu,
aku steady je
bila ustat tanya siapa yang buat,
aku tunjuk surat layang sambil nangis
hilang segala rasa malu

malam tu,ustat panggil semua batchmates berkumpul di tapak perhimpunan
malangnya,ustat tersalah tahan kelas untuk di soal siasat
boleh plak ustat tahan kelas sebelah
memang la takde orang nak mengaku
aku syak classmates je
tapi tak tahu la kalu batchmates or senior yang buat kan
aku bukan glamor pun,so,aku syak classmates
tak lama selepas soal siasat kelas yang salah,
ustat datang kelas aku dan tanya siapa yang buat sambil tunjuk surat layang tu
aku tak ingat content surat tu sebab dah bagi ustat kan

sampai hari ini aku tak tahu siapa yang buat
orang tu tak rasa bersalah ke buat macam tu?
ke dia dah lupa pasal ni?
kalau ye pun ada benda tak puas hati
cakap kat aku
kalau aku salah,aku mintak maaf
aku pun tahu aku nakal dan jahat zaman sekolah
normal la kalau ada yang tak puas hati

ustat syak budak laki yang buat
katakanlah budak laki kelas aku yang buat,
ada 17 or 18 orang suspects
semua pamerkan riak muka tak berdosa waktu ustaz datang tanya kat kelas
memang pandai orang tu berlakon kalau dia memang classmate aku
kerana tak pamerkan riak cemas langsung
tapi,kalau orang yang buat itu adalah classmate perempuan
mesti aku hidup dalam danger dulu tanpa aku sedar
yelah,termasuk aku,cuma ada 9 orang pelajar perempuan je
scary pulak bila fikir balik

ooo,
baru aku ingat,kisah ni waktu aku form 1
bila aku form 3,aku macam kagum ustat tu ingat nama aku
tapi aku heran macam mana dia tau nama aku
punyalah kamceng aku ngn ustat tu time form 3 dan form 4
bila aku dah pindah,
baru aku ingat aku pernah nagis depan ustat
perghhh,, tebal 20 inci pulak muka I sekarang T__T

kalau orang tersebut baca ni,
tak kiralah korang dah berjaya belajar oversea ke apa,
ingatlah,
dosa yang di buat kepada manusia
harus diminta ampun dengan manusia tersebut jugak
aku bukan berdendam,
aku cuma nak tahu ape ke hal ko buat semua itu
kalau aku sangat merobek perasaan kau,
aku sungguh-sungguh mintak ampun dari kau =)
maafkan aku diatas ketidakmatangan fikiran pada umur 13 tahun itu

Aug 27, 2012

resepi kek lapis sarawak kukus




Bahan-bahan
13/4 cawan cream crackers ditumbuk halus
250gram butter(aku guna seketul buttercup)
1/2 cawan gula halus(aku guna gula pasir je)
5biji telur gred A(aku pakai gred c je)
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil baking powder
hawflakes sebungkus
pewarna

cara-cara
1)keluarkan butter dari fridge kerana kita perlukan butter pasa suhu bilik.kalau tak,keras kejung nak pukul macam mana.patah nanti mata mixer kau
2)tumbuk cream crackers halus-halus.kalau nak mesin pun takpe.tapi aku kan bajet tradisional.tumbuk aje
3)masukkag butter dan gula.putar hingga gebu
4)masukkan telur.putar lagi
5)masukkan baking powder dan susu pekat.putar hingga sebati
6)masukkan serbuk cream crackers tadi dan esen vanilla.putar hingga adunan sebati
7)matikan mixer.aku kacau dulu adunan guna sudip kayu nak confirmkan dia betul2 sebati
8)didihkan air dalam pengukus.kalau korang nak didihkan awal-awal pun takpe.tapi aku nak jimat gas.hahaha
9)bahagikan adunan kepada dua atau tiga bahagian.lepas tu letak la warna kegemaran korang.aku buat 2 warna je.kuning dan biru sebab itu je pewarna yang cap star brand.i kan poyosss.tak yakin dengan pewarna sirap dan pandan yang bukan cap star brand..kahkahkah
10)alaskan loyang dengan aluminim foil tapi aku kedekut,aku sapu je marjerin sekeliling loyang
11)masukkan adunan warna biru dalam loyang dan kukus dalam 7minit.tapi sebab susah nak kira,aku kukus 10minit setiap lapis
12)selepas 10 minit,keluarkan loyang dari pengukus,cucuk pakai lidi adunan yang dah masak tu.aku pakai garpu je.lepas tu tekan guna sudu plastik tapi aku kan pemalas,aku guna je senduk plastik,cepat..hahaha
13)letak hawflakes dan letak adunan warna kuning pulak.ulang balik step kukus dari nombor 11 td sehingga adunan habis
14)sejukkan dulu baru keluarkan dari loyang kalau tak nak tangan ko melecur..hihihi

rupa bentuk sebenar

macam ni rupa dalam
ini rupa setelah di letak rossell jam as topping

saja nak tunjuk banyak2 gambo.bangga diri la katakan..hahaha

Aug 25, 2012

berhati-hati lah

musim raya ni memang tak lekang dengan kemalangan jalanraya
oleh itu,sila berhati-hati
kerana kemalangan bukan sahaja menyusahkan anda dan keluarga anda
malah menyusahkan orang lain

mungkin di pihak anda yang melanggar
akan berlakunya kesusahan dari segi
1)kerosakan harta benda
2)kehilangan nyawa
3)melayang duit nak bayar saman,bayar kerosakan knderaan sndr dan kenderaan mangsa

di pihak orang yang anda langgar pulak
macam2 kerugian juga boleh berlaku

1)tak pasal rosak harta benda
2)tak boleh p keje sebab kete takdak
3)tak pegi keja = tak dapat gaji
4)trauma
5)runsing takut ko yang melanggar mati,tak pasal kete kena tahan utk jd bahan bukti mhkamah
6)kena naik court tak pasal
7)kete kena cek puspakom
8)rugi insurans

agak-agak lepas siap baiki ni,laku bape sen kete ni? can't you think sebelum merempit?

jangan ragut kebahagian orang lain dengan sifat ketegaq anda yang tak mau ikut peraturan jalan raya
sekian

Aug 22, 2012

saya bangga pernah menjadi sebahagian dari mereka

source: The Malaysian Bar homepage

sebelum ni duk tengok staff2 high court tepeng duk update pasal HC tepeng ni akan ditutup
ni baru secara rasminya terbaca pasal isu ni

kiranya la kan
lepas ni,
aku yang pernah practical di HC taiping ni akan menjadi sebahagian dari sejarah la?
siapa-siapa yang selalu baca blog aku mesti penah terbaca aku practical di court ni selama sebulan tahun lepas kan
tak caye?
nak bukti?
sat aku cari buktinya
see the board at the back of us?

kan? i tak propa kan?tgk board biru tu

tengok board besar gabak belakang kami tu..bukan potoshop.jgn runsing keh
so,cukup la kan bukti aku pernah menjadi kuli di mahkamah tinggi taping kan?
mana tahu anak korang belajar sejarah nanti,keluar gambar aku
kahkahkah

sedih siott high court taiping akan berkubur
mengapakah ini semua harus terjadi?
court ni sempah best even tak besar macam high court lain
staff-staff semua baik gila
stok boleh buat ko nangis time nak berpisah
diorang layan kita macam family sendiri
tak kira pangkat atau darjat
semuanya baik-baik belaka

i miss you high court taiping!
tolonglah jangan berkubur T_T

*orang update kesah hari raya yang gembira,aku update pasal penutupan court..baru lain dari yang lain kan..xdak la hangpa boring..cuma sedih je.tak sedih?lantak hampa

Aug 15, 2012

terkubur

bukan ada siapa2 meninggal
tapi harapan
harapan mak aku terkebur,terkubur
harpan apa?
harapan nak balik kampong hari ni

for ayah,adik laki,adik laki dan adik laki (yes,i have 3 younger brothers) ,
hari ni hari last sekolah
sepatutnya petang ni dah boleh mula gerak ke kampong
tapi apekan daya
adik perempuan sekolah lagi esok
kahkahkah

maka,balik kampong harus ditunda ke hari esok
padahal mak dah siap kemas baju masuk beg dari semalam

baru ingat nak balik kampong awal and dengkikan orang yang balik lambat
tapi,oarng yang aku ada intention untuk jeleskan
sudah pun balik kampong semalam
sekarang,siapa yg jeleskan siapa?
pfftt

Aug 14, 2012

selamat hari raya

ewahhh
awal ko buat entry raya ye..
bukan apa,
insyaAllah esok or lusa den balik kampong
tau ajelah kalau balik kampong
ada berukband pun tarak guna
line macam siput sedut

maka,
dikesempatan ini
ingin saya menyusun sepuluh jari
memohon maaf kepada
guru-guru
pensyarah-pensyarah
rakan-rakan
SK Gual Periok
SK Bandar tenggara 2
SMK Bandar Tenggara 2
MRSM Batu Pahat
MRSM Lenggong
Asasians UiTM Shah Alam
UUM (terutamanya norhayati saad.org lain please jgn terasa tak sebut nama ye)
dan semua yang baca sekarang ni

maklum la
i ni mulut laser
nak mintak maaf kat fb or twitter macam tak cukup ruang
sesiapa yg terguris,harap maafkan
kalau taknak maafkan,
bagitau le apa salah saya
maklumlaa
kadang-kadang tak sedar
eh,
maafla kalau bunyi macam kerek
kita ni tak tahu cakap elok-elok,
dasar tak reti mengamalkan sifat sopan santun kan
maaf banyak-banyak ye =)

tidak dilupakan juga
para bakal mertua,
bakal ipar-ipar sekalian
hikhikhik

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!
duit raya takde
kita kan penganggur
siapa nak bg duit raya kat kita
boleh la pos or bank in yer
kihkihkih

p/s:err,,nampak berlagak tak listkan semua nama tempat pengajian?harap tak la kan..sebab takde niat pun

Aug 13, 2012

resepi lepat pisang

macam bagus je an asyik nak bagi resipi
dah tu,tak habis2 dengan resepi lepat
lepat labu la,lepat pisang la lepat ubi la

bukan ape uollsss
bulan-bulan puasa ni kan
mana habis makan buah-buah tu semua
tahu-tahu jela buah malaysia ni
mana boleh tahan lama
daripada membusuk kat dapur,
baik buat kuih
kalau cempedak dan durian tu boleh buat lepat,
lama dah aku buat
tak elok membazir

nah,resepi
lama pulak membebel
aku pun google resipi
bila aku dah cuba
aku share la kat sini

13biji pisang(tak tahu nama apa yang penting ada biji hitam besar kat dalam.korang nak pakai pisang lain pun boleh)
2cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/4 cawan gula(aku tambah dalam 3 sudu besar lagi)
1sudu kecil garam
2senduk santan

cara-cara
1)lenyek pisang
2)masukkan tepung yang telah diayak ke dalam pisang
3)masukkan gula dan garam.gaul hingga rata
4)masukkan santan.kalau adunan macam keras,tambah lagi santan
5)bungkus adunan dalam daun pisang.aku letak sesudu dalam setiap daun
6)kukus dalam 20 minit.tapi akuku kukus sampai setengah jam sebab duk kalut try baju raya.senang cerita,ko nampak wap dah keluar ikut celah-celah penutup pengukus,masak la tu
7)sejukkan dalam dulang letak atas meja.dapat la dalam 33 biji lepat

maaf la,gambar takde
licin di bedal oleh ahli keluarga
tapi lebih kurang macam lepat labu hari tu la
tapi lepat pisang aku ni warna dia jernih
kalau korang nak bagi warna coklat or perang-perang macam oarng jual kat kedai,ganti la gula tu dengan gula melaka

bonus

sekarang ni penjawat awam semua duk menggelupur
tak tahu nak buat ape dengan duit yang banyak
dengar citer duit gaji bulan lepas tak sentuh lagi,
duit bulan ni beserta bonus masuk pulakk
peghhh
memang heaven la kan jd orang kerja dgn government ni kan
harap-harap,dengan bonus yg diberikan,
perkhidmatan pun bertambah berkualiti la kan
*aku tau itu harapan yg takkan jd realiti

apa-apa pun,
reeki yang melimpah ruah tu,
jangan la di salah guna
kaya bulan ni
botak bulan depan
mesej ini pun turut ditujukan kepada kawan-kawan seuniversiti dan seangkatan dengannya
sempena dengan bakal ketibaan semester baru
semester baru bermakna duit ptptn baru,duit pinjaman baru dan duit biasiswa baru

bila dapat duit sedebuk,
harap jangan gelap mata
calculate dan guna dengan berhemah
jangan sampai pertengahan semester dah start makan pasir dan berhutang sana-sini

sangat tidak adil bagi rakan2 anda apabila terpaksa membela anda seperti biawak hidup akibat keborosan diri sendiri
kawan punya la berjimat nak bagi duit cukup sampai hujung sem,
kita senang2 nak pinjam
pinjam pulang balik takpe
ini,bila dah pinjam,buat tak reti nak bayar
sampai kawan kena hantar memo
lagi parah bila putuskan persahabatan semata-mata takmau bayar hutang
adilkah begitu?.
jumpa di akhirat!
hahaha
takut tak?
kalau takut,sila cuba untuk tidak berhutang
cukup2 lah dengan hutang ptptn yg kita ada
takkan seumur hidup nak bergelumang dengan hutang kan?

pandai pinjam,sila pandai bayar
kalau takut lupa,buat reminder dekat fon canggih masing2
si pemberi hutang kompem2 malu nak mintak
padahal si peminjam yang patut malu sebab tak bayar
terbalik kan dunia sekarang?

Aug 7, 2012

resepi roti jala

saja nak letak resipi kat sini
lain kali kalau nak buat lagi,
buku resipi ai hilang
boleh refer sini
resipi roti jala ni pun aku rembat dalam google je
tah dari blog sape tah
yang penting bukan myresipi

bahan-bahan
2cawan tepung gandum
2cawan santan cair (nak guna air or susu segar pun boleh)
1biji telur
1teaspoon garam
1teaspoon pewarna kuning

cara-cara
1)masukkan semua bahan ke dalam blender.belnd hingga puas hati
2)tapis hasil tepung yang di blend tadi agar tak tersumbat lubang bekas utk buat roti jala tu
3)panaskan kuali leper (aku bubuh minyak sikit taknak bagi melekat)
4)tebar la jala kau atas kuali sampai cairan tepung td masak
5)dah siap,gulung ke bentukkan ikut suka(aku buat bentuk 3 segi macam kuih sepit and bentuk gulungan)

taraaaa
ini la hasilnya


Aug 6, 2012

terharu dgn LCW

perlawanan antara lee chong wei and lin dan semalam, jelas kelihatan chong wei berusaha bersungguh-sungguh
memang nampak ketenangan chong wei kalau nak dibandingkan waktu di beijing dulu
waktu kat beijing dulu,,kita semua boleh nampak chong wei asyik ikut rentak lin dan
tapi di london kali ni,chong wei tak jadi pak turut dah
lin dan suka main laju2 dan aggresive
berlainan pula dengan chong wei yang lebih berentak slow dan lin dan terpksa ikut kali ni
aku rasa pemain finland hari tu yg byk mangajar chong wei tentang perspektif dan dimensi baru yang memberi idea utk LCW tukar taktik permainan

kalau dilihat waktu perlawanan semalam,ramai rakyat negara lain yang lebih memilih untuk menyokong LCW berbanding lin dan
waktu wartawan buat tinjauan dlm kalangan rakyat asing,
siapa yg diorg sokong antara LCW and lin dan
rata2 memilih LCW
bila tgk brita,hati aku still was2
tapi bila tgk perlawanan,
ramai rkyt asing memegang bndera malaysia dan memegang sepanduk nama LCW,
aku yakin,,mmg rkyt ngara asing lg ske LCW berbanding lin dan
mungkin ngara lain benci china sbb diorg menang byk
tapi mungkin jugak sebab lin dan and dia punya jurulatih yang mcm berlagak tu menyebabkan org tak suka dan tak sokong china melainkan rakyat negara mereka sendiri

tapi tadi aku nampak ada kawan tulis dekat fb
ESPN commentator: "LCW is such a great guy, but Lin Dan is abit arrogant. Skills win you medals, but attitude wins hearts."
so,,terbuktilah,keramahan LCW menyebabkan dia disukai ramai
dan diakui sndr oleh rkyt asing(the commentator)
terharukan baca komen dari commentator ESPN tu


for me,,memang kita tak dapat apa dgn sokong LCW
walaupun dia dapat jongkong emas nilai juta2 kalau dpt emas,and kita xdpt apa pun
still aku harap sgt dia menang smlm sbb dia bawa nama negara kita kot
sebagaimana kita tak penah dgr nama kenanyakan negara yg sertai olimpik,
macam tu la negara lain tak kenal nama malaysia
sekurang-kurangnya,bila LCW dapat naik podium amik pingat,
dapat la bukak mata dunia bahawasanya malaysia ada dalam peta dunia

patriotik la sket
lagi2 skrg bulan kemerdekaan kan
hikhikhik