BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Mar 8, 2014

berkebun siri 5 :takde limau,epal pun boleh

tadi pergi berkebun lagi
sebab dah lama tak pergiasyik tak larat je
kejap-kejap berhenti rehat

tengah semangat menebas tiba-tiba kayu terpelanting mcam mana tah,luka ibu jari aku
banyak gila darah
aku pun letak air liur,tekan dengan baju supaya darah berhenti
tak tau nak buat macam mana kot
bagitau mak aku kang,pengsan plak mak aku kat lereng bukit tu
mak aku kan mabuk darah
hahahaha
lama jugak aku duk senyap lepas tangan berdarah
aku pun boleh tahan pening jugak tengok darah banyak
hahaha

bila dah ok baru aku bagitau mak
rehat sat( rehat lagi..huahuahua)
pastu p teruskan menebas kat satu kawasan yang dalam gila
mak aku kata itu kawasan orang bawak lalu kayu balak
aku macam tak larat lah nak masuk menebas dalam kawasan yang dalam setinggi  dua orang tu
bila dah kumpul kekuatan baru la masuk
tebas-punya tebas, tiba-tiba aku nampak binatang kuning terbang dan gigit aku
"maaaa,,sakit maaaa",jerit aku
jerit tapi tak lari
bila aku dengar mak aku suruh lari,baru aku lari guling2 dalam gaung tu
2kali berguling baru sampai ke tanah
aku kena gigit dengan Peringat..aku tak tau la orang sini panggil binatang tu ape benda
yang penting sakit berdenyut-denyut and bengkak muka aku

dah jadi macam tu,
aku ingat nak berehat dalam kereta je
tapi mak aku risau takut di apa-apakan orang yang lalu
kata anak perempuan kan
mak aku suruh ikut depa nak menebang pokok
maka,aku bawa la kain batik mak aku,hampar atas tanah dekat mak aku buat keje
maka,guwa pun berbaring beralaskan kain batik dan berbantalkan kain tudung dalam hutan tu sementara parents aku siap buat keje

dulu aku pernah kena gigit dengan tebuan
nak bagi kurang denyutan dia bapak aku taruk limau nipis dengan garam
kebetulan waktu aku baring atas kain batik tu,aku duk makan epal
aku tanya mak aku,"ma,dulu kena tebuan kita letak limau nipis,ni kalau orang letak epal utk hilang sakit boleh tak?"
mak aku suruh try je
maka,aku gigit2 epal tu dan tepek kat tempat kena sengat dengan harapan kurang sket sakit
bak kata pepatah takde rotan,akar pun berguna
hahahaha

sempena hari wanita ni sepatutnya i cantik macam bidadari tapi muka bengkak macam ape je

No comments: