BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Feb 3, 2015

Proses untuk longcall part 3

Tadi aku dah taip tapi lupa save
Ni taip kali kedua,so,makin pendek la kot penceritaan aku

Ok,kita sambung kisah semalam
Sejurus pulang dari kl,pagi rabu aku balik taiping
Sampai taiping aku fotostat semua documents dari borang 1 sampai borang 8,buat cover letter dan hantar pada mahkamah taiping
Mahkamah taiping akan emel tarikh longcall yg diorg beri pd aku kepada mahkamah kl
So that mahkamah kl blh keluarkan notis perbicaraan
Hari khamis baru aku dapat extract notis perbicaraan,pastu aku cepat2 kurier ke 3 bodies iaitu bar council kl,AG putrajaya dan perak bar di ipoh
Lepas dah hantar pada 3 bodies tu,aku kena tunggu letter of no objection daripada diorg
Kalau depa ada bantahan,ang kena buat pembetulan
So,leceh la cerita dia

Sementara tunggu letter of no objection,aku buat la kad jemputan,ucapan untuk mover aku pastu aku pergila jumpa judge magistret semua untuk hantar kad jemputan
Lepas tu p anta plak kad jemputan tu kat semua firm sekitar
Dalam masa sama aku g hantar semua document dan ucapan yg perlu di baca oleh mover aku depan hakim khamis mggu depan nya
Mover aku senior lawyer nama mr.yap
Cari mover pun penuh drama jugak sebab nak jadi mover kena practise as lawyer more than 7years
Lagipun akhir tahun,ramai senior lawyer cuti
Mr.yap je available
Tu pun berkali-kali g pekan nak setelkan hal kad jemputan tu

Lepas majlis longcall,kena buat kenduri atau omputih kata refreshments to follows lepas majlis sarung robe pada i
So,hal catering pun cheq kena settle by this week
Sebab isnin slasa next week nya aku cuti dan takde di taiping

Hari jumaat aku call putrajaya tnya terima tak borang2 aku.dia kata blm lagi.suruh aku call balik hari slasa sebab isnin dia cuti.hmmm
Aku nk longcall khamis tu kot
Pastu call lagi 2 bodies tnya terima tak
Sama la jwpn dia,follow up mggu dpn.hmmm
Pastu perak bar kalut suruh aku call depa,ingatkan ada bantahan,rupanya nak cakap jangan lupa hantar satu salinan afidavit prnyampaian pada diorg
Ye,aku tahu la

Hari isnin dan selasa aku cuti sebab pergi interview kat putrajaya
Nanti la aku cerita pasal interview2 dalam slot lain
Balik je hari rabu tu aku hantar letter of no objction pada court,pada mover aku
Dan bersiap sedia untuk majlis longcall esoknya

Orang pakat duk kata tahniah,mesti best sampai tak boleh tido
Bagi aku biasa je
Takde perasaan pun
Sebab lepas longcall kena keje macam biasa jugak
Ok,majlis longcall,aku sambung lagi ek
Majlis longcall harus la panjang
Kena buat entry lain

Feb 2, 2015

proses untuk longcall part 2


haiii semua
ingat lagi janji manis aku untuk sambung cerita nak longcall?
hahaha aku bukan sibuk pun
nak sibuk apa,tanam anggur je kat rumah
tapi malas menguasai diri
sampai ada orang tegur,umur 25 ni bawak2 la rajin
ada plak kena mngena umur dengan kerajinan
hipotesis jenis apakah?

ok,sebelum malas menguasai lagi sekali,
mari kita sambung kisah hari tu
i bukan boleh,nanti sekerat alan mula la malas nak taip
tak pasal ada part 3 plak kang

setelah setel semua hal di KL court,
aku mintak direction dengan kawan aku,si kembar hari jadi aku iaitu nana si loyer sekarang untuk beli tiket di pudu
tak jauh pun pudu dari stesen LRT masjid jamek
tapi turun je LRT,perghhh jauh siak kena jalan kaki nak beli tiket
udah la seharian berjalan ke hulu ke hilir,
rasa nak tercabut kaki aku.
bila siap beli tiket,
waktu nak masuk platform LRT balik,
baru aku prasan dekat situ pun ada kaunter tiket
bangang btol aku nih
punya gigih berjalan jauh,rupanya ada yg dekat
kalo aku pandang kiri kanan dengan tenang lepas keluar LRT,
nescaya aku tak payah sakitkan kaki jalan jauh-jauh sampai keluar peluh jantan
namun penyesalan tiada gunanya lagi
kaki telahpun sakit
maka pulang la aku ke hotel penuh penyesalan dan sumpahan berbakul-bakul terhadap kebodohan diri sendiri

sampai je hotel,aku iron baju untuk siap-siap untuk keluar malamnya dgn baju nk balik keesokannya
takdan siap iron,nana sampai
sembang sat, aku terpksa minta diri untuk mandi dan solat
ko bayangkan la dari pagi tak mandi,bau pun dah lebih kurang bau kambing gurun
siap solat,sembang bagai nak rak dengan nana sampai tak tahu masa begitu pantas berjalan
tetiba kawan aku yg kat court tu call mintak aku g klcc after mgrib
perghhh,mana la aku reti nk p klcc sorang2
nasib baik nana si penyelamat ada
dia ajar le p klcc
hahahaha

sampai je klcc, panic cari kawan aku tak jumpa,dah la ramai gila manusia
bila dah jumpa dengan beliau,beliau ajak la jalan menuju ke tempat makan
jalan punya jalan, eh,pehal tak sampai-sampai lagi ni
berapa kilometer tah jalan
perghhhh,nak pitam aku
siap berpeluh-peluh
katanya perjalanan yg jauh ni akan worth
hmmm

ini muka kekenyangan

lepas makan,aku ingat dia bawak aku kembali untuk pulang,rupanya bawak berjalan masuk kedai superman la ape la
hmmmm,boleh tahan sakit kaki aku
siap bawak bergambr berlatarbelakang klcc
lawatan sambil belajar sangat kau jemah

suasana kat sini sumpah macam dinihari.macam baru nk subuh,cantik sangat
ada lagi la gambar dengan pokok krismas gergasi bagai sebab time ni bulan 12.nak krismas kan
pastu hujan rintik-rintik
yes!!
dapat balik akhirnya
terima kasih hujan
hahahaha
kawan aku demam,so,dia nak cepat balik sebab hujan
takut ditimpa hujan walaupun dia bawak payung besar gabak
aku la jadi mangsa pegang payung dia bila dia nk p toilet,nak p surau

eh,part 2 ni macam kisah dating je
mana kisah longcall
hahaha
panjang plak kisah p makan malam
sebab aku kena bjalan banyak,harus la aku tulis semua
sebanyak mana aku berjalan,sebanyak tu la korang kena dengar kisahnya
hahaha

lepas hujan rintik-rintik,kami terpksa la jalan pulang ke stesen LRT
jalan yang jauh tadi tu T__T
sebenarnya aku dah sakit kaki
aku boleh rasa kaki aku akan gelembung air,melecet
sampai kawan aku prasan
dia tanya "sakit kaki ke jau?"
harus la aku berkata tak
kang dia rasa bersalah plak
aku sedaya upaya berjalan dengan betol
tapi dia tak caye siap suruh aku jalan dulu sebab dia nak tengok cara aku jalan
aku pun sedaya upaya berjalan seolah-olah takde pape padahal dalam hati makkkk sakit.sobbbbss
tapi dia tak caye
lebih kurang 3 kali dia suruh aku jalan depan dia
untuk mengelakkan dia punya suspicious,aku terpksa la buat kelakar dengan gaya catwalk depan dia dengan harapan dia lupakan keadaan jalan aku yg pelik tu
hahahaha

sampai kat train,kteorg bawa haluan masing2
sebab train aku belah kanan,train dia belah kiri
aku cepat2 masuk train sebab waktu aku sampai,elok train sampai
tapi dia tggu train aku gerak plak
terpksa la kan babai-babai
hmmm,malu kita
hhahahaha

balik je hotel,
sakit ohh kaki aku
merah kaki aku
nyesal tau iolls pakai kasut tu
esok pagi2 hari lagi aku dah sampai stesen pudu walaupun bas aku 9.30pagi
sebelum 7 pagi tau tak aku sampai stesen pudu
hahaha

dalam bas,ada makcik iklan MLM pulak
terpksa pura-pura tidur
letih ahhh
mencik
sampai grik 2 petang lebih kot
esoknya pagi-pagi balik taiping untuk settle kan all the docs
kena hantar semua salinan documents kepada mahkamah taiping
kalut-kalut la fotostat dan hantar ke court
proses lepas tu,aku tak ingat
kena tengok file.
esok la aku sambung lagi ye,
nak dating sat
tataaaa