BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jun 29, 2010

HER STORY

u ollssss!!!!
pagi kejap lagi SPAIN V PORTUGAL la
match wajib tengok ni..
sila tengok ye

sori ye itu iklan je kejap
aku tak lupa la dengan janji untuk ceritakan kisah misteri kehilangan aku
hahahha
macam la misteri sangat ye

nak tau misteri ke tak
sila scroll ke bawah

adakah kehilangan aku 2minggu ni disebabkan dilarikan ke Lombok?
ces,,itu desas-desus semata.mata


pergi melancong ke China kah?



kat mana ni?
sila suspen sekarang

sah aku ada kat tempat kejadian..
ni bukan gambar cilok dari google taw..
gambar di atas membuktikan..


sebelum misteri terjawab,,
apa kata..
kalau kita maen teka-teki
nak tak?
soalan:siapakah beliau?

**
klu pertama


**
klu kedua


**
dapat teka tak?
nah,,ni klu ketiga

**
tak nak maen dah?
ala,,teka la lagi
nah..nah..




**
dapat teka tak?
okay,,aku suruh beliau pusing sekarang


****

eceh...malu-malu la plak kan


***
tadaaa...
hahahhaah



**
inilah pemanggil kita yang menjawab dengan tepat soalan kuiz tadi



**
dan..
inilah hadiah yang dimenangi oleh beliau
sungguh besar dan lumayan


okay la
mesti korang rasa nak ngamuk2 je sekarang kan

sebenarnya,,,
aku pergi tempat yang ada ini ha


rambutan dalam usaha untuk mematangkan diri



buah yang tak pernah menipu orang..
tak caya?ko cari yg ada 5 cabang yang macam gmbar kat atas ni
ko tengok kat dalam,,mesti ada lima ulas punya la
try r sendiri

inilah dia buah yang jujur tersebut



eksotik r buah ni..
kalo tak pandai makan,,boleh buruk mulut korang
buah ape ni?
jeng..jeng..jeng..
search sendiri..semua nak kena bagitau
lemak la korang ni..hehehheeh



apakah ini?
kat mana binatang ni senang didapati?
boleh jawab?
kalo anda boleh jawab..anda tau la kemana saya menghilang

sekian..

p/s:tunggu HER STORY-part 2

























Jun 28, 2010

hai semua!!!!

wah..dah berkulat dah blog aku ni
maklum la berminggu-minggu ditinggalkan tanpa sebarang seliaan..
nanti aku akan reveal misteri kehilagan aku berminggu2 ini dari dunia blog mahupun dunia fb
misteri ke?
nak tau misteri ke tak..
tunggu jela esok di saat aku rajin nak bergosip deengan korang
tunggu yer...
(^___^)

p/s:u olls,,jgn lupa tgk BELANDA(NETHERLANDS) V SLOVAKIA pukul 10malam dan kul 2.30 pagi BRAZIL V CHILE...oyeahhhhhh

Jun 13, 2010

JOM KAWEN!!

















soalan teka teki untuk anda..apakah hubungan 2 gadis ini?
a)pasangan kekasih?(eii,,nauzubillah)
b)kawan
c)sepupu
d)adik-beradik

cepat fikir
dan jawab..
bukan fikir aje..

nah,,
jawapannya,,




adik-beradik..sama tak dengan jawapan anda?

tiba-tiba nak buat kuiz bagai
xde kena-mengena dengan tajuk la...
tak de la,,tak penah pun orang kata kami adik-beradik
selalu orang akan cakap kami ni,,kawan(ni yang selalu la)
ada yang konon rapat sket dengan kami kata kamu ni sepupu(but still salah kan)
sadis tol..



sungguh matang ar muka aku sejak umur 20 nih

muka pun sudah matang,,
boleh ar nak kawen kan
ces,,sungguh gatai..
oleh sebab,,belum jumpa soulmates,,
kita usya jela orang kawen kan..
tengok la u oll
kot2 boleh korang jadikan pedoman majlis kawen korang pada masa hadapan




pelamin black and white kot..cam xsure calournya




tak payah cari..muka aku xde kat situ



siap ada pedang-pedang lagi taw




bila la aku plak jadi orang bawak hantaran tu
alongku,,sila la anda kawen




kalau korang nak majlis siap ada pedang2 macam ni,,kawen la dengan encik polis...


amacam gaya penulisan macam ni?
tulisan kurang,,gambar banyak?
baru la tak nampak macam surat khabar kan
kalo tulisan banyak-banyak tu namanya suratkhabar
buat orang menyampah nak baca..

MeNgaDu DoMbA:tadi kena marah dengan parents sebab asik tengok bola mengalahkan laki.subuh bangun lambat plak tu..untuk mengurangkan tahap leteran mereka,,terpaksa la aku buat-buat rajin..pagi-pagi hari dah basuh baju pakai tangan walaupun ada teknologi mesin basuh..isk3


Jun 11, 2010

bola semangat

disebabkan upacara perasmian world cup yang agak tidak difahami oleh kami sekeluarga..semangat untuk menonton world cup sedikit pudar..aku cuma paham part kumbang tu tolak bola je..kumbang tu kan kumbang taik..jijik betol dyorang anggap bola tu sebagai taik yang digolek oleh kumbang taik..gila berseni imaginasi dyorang(aku tak sure aku tengah puji ke tengah kutuk idea kumbang bersama taik untuk perasmian world cup..ape dah tak de idea kreatif laen ker untuk ditayangkan bagi tatapan peminat bola seluruh dunia?)

lagipun,,pakaian yang dipakai oleh para penari sangat tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak yang sedang membesar iaitu adik-adikku yang debab2 tu.jadi terpaksa la kami tengok saluran lain sementara nak tunggu habis perasmian tu..

adik aku yang bongsu tu punya la semangat kan nak tunggu first game hari ni..
ni opening pun tak habis lagi,,adik aku tu dah tidur dah pun..hilang dah segala semangat bola yang ada dalam diri dia yang ditanam berbulan-bulan sebelum ni..

so,,no more semangat bola..yang tinggal hanya la bola tu je yang semangat sorang-sorang(hahahah,,tipu je aku..padahal berbilion orang tengah semangat nak tengok first game malam ni)

papepun,,selamat berbola semua!!!!

TAPI KAN,,KORANG JANGAN LA IGNORE AKU SEBAB TENGOK BOLA..BUHSAN LA WEI!!!

gila..luahan perasaan ke aku nih?

Jun 10, 2010

maseh sweet???

kalo umur twenty kira swet 20 lg tak?arrghhh..tak perlu ditanyakan soalan itu kerana jauhariatul amira sentiasa sweet..tak payah tunggu 20..hahahah.(kenyataan yg sungguh menyampahkan orang laen)..jangan marah u all..bagi la chance kt aku..menggembirakan hati aku di hari jadi sendiri..konon-konon macam hari keputeraan maharaja la kan..aku tak izinkan sesiapa berduka lara hari ni...paham?*ecehhh..garang macam cikgu la plak...

tahun ni wish dari fon sket je..maklum la..sekarang kan semua melalui facebook je..mencurah2 wish dr fb..ok,,psl d fb kita cerita nanti..panjang sangat..lagipun anda boleh baca sendiri wish2 dekat fb yang aku bertungkus lumus balas setiap wish macam nak putus tangan tu*exagerrated konon2 nak bagi nampak ramai yg menghargai..uweekkkk..hahaa

pagi-pagi mak dah wish..berbunyi begini wish tersebut "selamat hari jadi sayang..semoga panjang umur,murah rezeki dan jadi lebih rajin".eh,,sampai situ je ucapannya?mana doa untuk cepat dapat jodoh?(aku cakap dalam hati je la)..ayat yang ketiga tu aku rasa tak boleh blah..suruh jadi rajin??nampak sangat aku ni pemalas sampai mak aku kena doakan jadi rajin...untuk tidak menghampakan mak aku dan konon2 untuk makbulkan doa mak aku tu,,aku pun merajinkan diri untuk menggoreng jemput2 seawal 7.15 pagi untuk di buat sarapan oleh seisi keluarga yang debab...hahahha..ha,,lepas aku mengomel dalam hati pasal jodoh tu,,mak aku pun kata la,"malas eh nak doakan cepat bertemu jodoh,,takut nak kawen xsempat habis belajar"..hahahahah..sungguh menampakkan aku ni sangat gatai sampai mak sendiri pun risau sehingga tidak sanggup mendoakan lagi buat masa ini...ako hanya mampu gelak berdekah-dekah didapur lepas mak aku cakap macam tu...(tengok tu rakan-rakan,,,di dapur ya..sungguh rajin kan...semua benda buat didapur..sungguh kegadisan pingitan)

wish dari bapak aku?susah nak diceritakan..aku tak tau nak cerita macam mana..yang penting ada ayat macam ni "aiman(adik aku yg gangster debab tu),,pergi la beli kek gulung tuk kak ira(bunyi m dibunyikan sikit2 je),,mintak duit ngn dia"..ewahhh,,besday aku,,aku plak yang kena beli..sungguh tidak adil bukan...kek gulung?kenapa kek gulung..bapak tak grand nya citarasa..mintak kek gulung untuk hari jadi?sampai ada sorang mamat cakap kat aku"ape ke peliknya ko ni mintak kek gunlung..xpenah dibuat orang"..eh,,suka hati aku la nk kek ape..yang penting kegembiraan diri aku..buat ape beli kek aising yang mahal-mahal kalau semua orang dalam rumah aku tak suka makan?nak bagi habis sebijik kek aising tu boleh ambil masa lebih sminggu tahu tak?tu pn makan kek kak dalam je..aising tu semua kteorg kikis buang..Aising itu sedap untuk dipandang mata tapi untuk dimakan tidak sama sekali..ha,,pastu bapak aku bagi seploh hinggit?ceh,,rm10 je hadiah hari jad?simbolik 10haribulan ke bagi rm 10?kalau aku tau,,aku suruh mak aku lahirkan 31haribulan..tapi hakikatnya kan,,tu bukan hadiah pun,,cuma upah marking paper yang diberi pada hari jadi..pandai bapak aku ye..mengelat..saja bagi upah pada hari jadi sebab tak nak bagi dua kali..takpe2..esok akak aku balik,,kteorang akan buat plan untuk berpadu pau bapak aku...hahaha

ok..totally hari ini adalah hari menggembirakan
saya berjaya mengumpul 5 orang yang hari lahirnya jatuh pd 10Jun..
eh bukan..6 orang la termasuk nenek saya

memang hari ini adalah hari yang sangat istimewa..
everything like heaven
semuanya kembali kepada kehidupan asal yang sungguh menggembirakan
dah xde gaduh2 dengan budak tu...hahahah
can't mention his name...

btw,,thanks for all the wishes and those doa ikhlas dari korang
really aprreciate it!!!

(^_________________________^)

Jun 9, 2010

bila ia menghampiri

oyeahhh..tajuk pun dah menyalahi undang-undang bahasa..kepada para pelajar,,sila jangan gunakan perkataan ia di dalam karangan anda..jangan tiru aksi ini ye.

kehangatannya semakin terasa..tik..tik..tik...ye,,setiap jarum yang berdetik mendebarkan hati
i know,,it is waiting by most people in the world now...i'm talking about wolrd cup?
NO!!!! i'm talking about sisa2 terakhir hidup I sebagai remaja belasan tahun...

macam tak percaya je dalam beberapa jam je lagi tamat sudah hidup I sebagai seorang gadis belasan tahun apatah lagi usia kanak-kanak setahun jagung yang sememangnya sudah lama ditinggalkan.....semakin hari semakin men'tua'

another phase of life...face it jauhariatul!!!!


hahahahah..sungguh mengujakan..wish yang diterima dari semalam menambahkan lagi gelora di hati...sabar wahai hati...twenties is not bad at all..u can flirt,,can start think about marriage..hakhakhak...sungguh gatai...

papepun..jangan fikir dulu...mari kita menikmati kemanisan saat-saat akhir menjadi remaja belasan tahun...bak kata orang "yang sikit tu la sedap"..hahhaha..ada bunyi2 makanan sedikit di situ....twenties bukan la golongan old folks lagi...masih muda belia..ape la yg sibuk aku kecohkan di sini kan..dasar peng'KECOH' ar...

ok guys...in a few hours,,u can call me BELIA negara..hahahah

excited...excited...

akhir kata "PEMUDA HARAPAN BANGSA,PEMUDI TIANG NEGARA"

hahahaha..akan dewasa kan..kena semangat patriotik lebih..bodek kerajaan...

Jun 8, 2010

apa pandang-pandang?

walaupun aku rasa tersangat la malas untuk menaip tetapi kugagahkan jua diri ini untuk menulis kerana sudah beberapa hari dibiarkan blog ini terkontang-kanting seorang diri tanpa penyeliaan dari tuan blog yang pemalas walaupun cun...(ehem,,i tarik balik word cun,,takut ada orang sawan jap lagi)

ha,,sebelum kita meneruskan kepada cerita yang sebenar yang berkaitan dengan tajuk yang macam konon-konon kontroversi plus marah itu walaupun I tak marah sebenarnya,,,I rasa kelakar la pabila menerima besday wish seawal hari ini di FB.tidak cukup mereka wish di wall tetapi mereka jugak wish di chatbox..wish in advance nampaknya rakan-rakan kita ini..walau apapun,I ucapkan terima kasih for those wishes walaupun lagi 2hari tarikh keramat untuk berumur angka 2 dihadapan...sekarang,,I masih belasan tahun la,,jangan la buat I rasa tua awal...simpan la wish tersebut untuk lusa ye kawan2..I kena wat preparation hati dulu untyuk menyambut ketibaan umur 20..heheheh(ni aura umur 20 ke tiba2 cakap I-I plak..)haahhah

ok,the main story is,,tadi aku pergi pekan dengan abang aku..so?..ermmm,,saja kecoh..suka hati aku la nak cerita..hahahha..tak la..yang jadi cerita adalah apabila aku pergi pekan bersama abang aku dengan menaiki VESPA!!!asal berselisih je dengan orang,,mesti orang pandang sampai terteleng-teleng kepala mereka...nak cakap aku ni sosial la tu...bergonjeng ngan laki..ada jugak warga emas yang tersengih-sengih..mungkin mereka teringat zaman-zaman mereka bercinta dengan pasangan masing2 sewaktu ketika dahulu..ada jugak golongan dewasa yang memandang sampai tak berkelip mata..aku tau diorang bukan kagum tengok aku tapi kagum tengok vespa tersebut..ceh,,vespa itu lebih mendapat perhatian,,sungguh I jeles taw..tidak kurang jugak ada yang tersenyum kambing barangkali sambil berkata dalam hati 'kapel muda berjiwa retro'...nak aje aku tulis dekat kat manila dan tampal kat belakang "kami adik-beradik'..jatuh saham I taw..
yang sangat tak boleh blah,,waktu kami dalam perjalanan pulang..ada satu kapel ni,dyorang naik moto EX5 tau,,abang aku potong la moto dyorang,,,then bila abang aku slowkan moto,,eceh,,laki tu pn nak blawan plak ngn kteorang,,konon-konon dia pakai moto baru maknanya cukup power la kan..pastu abang aku potong balik,,then abang aku slowkan lagi moto..saja nak test that guy..then,,that guy pn bawak selaju0lajunya potong kteorang balik..oooo,,nampak sangat that guy rasa tercabar..konon-konon nak tunjuk macho kat awek dia la tu..eleh,,I xheran la..jangan pandang tak de mata taw..vespa2..nampak je cam buruk tapi laju wa cakap lu...hahahahah..tak percaya?cuba la sendiri...lepas tu,,ada satu kereta saga potong kteorang,,ada la budak dalam tu duduk kat seat sebelah pemandu,,budak tu siap turunkan cermin dan keluarkan kepala dia tengok kteorang sambil senyum...gelak pulak ko budakk..yang tak tahan,,akak dia yang duduk kat seat belakang pun siap tertoleh-toleh dan gelak-gelak..aiiii,,I terasa cam badut sarkas plak..kalo berhenti kat lampu isyarat..tak payah cerita la macam mana reaction orang..sunggul pelbagai U all!!! samapai I pun malu nak tengok dyorang...HAHAHAHA

Tapi tak de la malu sangat..sebab vespa tu cunnn...nanti I update this entry dengan bubh picture that vespa...ada jugak la terselit sikit-sikit rasa bangga..sikit jela...

tu jela ceritanya..malas nak cerita panjang-panjang,,nanti anda boring...

ha,,untuk pengetahuan semua kaum hawa terutamanya IQTIYANI BASHIR,,jangan jeles sebab I mula wat facial sebagai persiapan untuk pergi kenduri...kalau muka I lagi berseri dari pengantin,,u all boleh mintak petua tersebut nanti..hahhhahah

p/s:sedang ingin berjalan-jalan makan angin la...

Jun 4, 2010

jamu mata

disebabkan aku tak nak menyerabutkan gambar2 ni dalam laptop,,aku pun campak la kt cni..kalau korang banyak masa terluang untuk dibuang,,korang boleh la tengok2 skali..













berpuluh kali aku pergi Penang,,tak pernah tergerah hati plak nak amik gambar jambatan kebanggaan Penang ni..ni kali pertama tau...














alamak..kantoi la plak amik gambar dari dalam kereta..korang buat2 tak nampak jela wiper tu eh...hahahhaa














nampak sangat pengambil gambar amatur..padahal jauh lagi tapi aku dah sibuk2 snap gambar














sebelum naik jambatan,,info trafik ada tertulis macam ni "lalulintas di atas jambatan lancar..perjalanan dianggarkan 11minit..aku pun excited r nak tengok betol ke tak info tu kan...dan..memang betol la..walaupun bapak aku bawak 80km/j,,waktu yang diambil untuk merentasi jambatan 10minit je..jadi,,sangat boleh dipercayai la ramalan trafik tersebut..hahahah









ini semua bangunan dibelah pulau..jadi,,kalau korang pelajar USM main campus,,memang heaven..memang jauh beza dengan UUM di hulu kedah..jadi,,untuk pelajar SPM tahun ni,,boleh la isi UPU nanti USM jadi pilihan pertama...hahahah












eceh tiang ni..mengganggu pemandangan jela..(saja salahkan tiang padahal aku yang salah aim...)














aku sedaya upaya tangkap gambar supaya tak termasuk segala tiang..segala kepakaran sangat diperlukan untuk snap gambar dari atas kereta yang sedang bergerak laju...(laju la sangat..)












i lyykkkeee gambar ni...sungguh melankolik di saat hampir senja..
















kalau naik feri,,boleh snap pemandangan yang lagi cantik..tapi disebabkan waktu mencemburui kami,,terpaksa la kami lalu jambatan je













tengok la kegigihan aku mahu merakan jambatan Pulau Pinang..dari jauh aku dah mula snap,,betapa jauhnya kedudukan aku ngn jambatan tu,,sampikan sekecik ni je hasil gambarnya walaupun telah di zoom sampai habis iaitu 5kali zoom..hahahah












sebenarnya ganbar2 ni diambil rabu yang lalu..sebelum pergi Penang,,sempat la pagi tu buat begedil dulu..tapi aku heran la apesal begedil aku rasa berminyak je..sesape tau cara untuk atasi masalah begedil berminyak ni..tolong la bantu insan yang baru pertama kali buat begedil ini...







ni resipi begedil yang najmi bagi..terima kasih
najmi adila sebab ajar nak buat begedil ni..
ha,,najmi ni perempuan..siapa2 nak berkenalan
sila la jangan segan untuk bagitahu..hhahaha

siapa2 yang teringin nak buat
ni resipinya

6biji ubi kentang
1biji telur
sedikit air
sedikit garam

mula-mula,,kupas kulit ubi kentang dan rebus sampai empuk.waktu nak rebus ubi kentang tu,,bubuh air sampai ubi kentang tu tenggelam..cara untuk mengetahui ubi kentang tu empuk atau x,,cucuk dengan garfu..kalau rasa lembut,,maknanya ubi kentang tu dah masak la..dalam 30minit kot

lepas tu,,toskan ubi kentang yang telah empuk itu dan lenyekkan

bulatkan ubi kentang yang telah dilenyek

selepas itu,,panaskan minyak untuk menggoreng

telur tu jangan lupa dimasukkan sedikit garam..kalau nak lebih mudah,,masukkan je secukup rasa Maggi

kemudian,,ubi kentang yang telah dilenyekkan tu bolehlah diberenangkan dalam telur sebagai penyalut untuk mengelakkan ubi kentang hancur ketika digoreng

akhir skali,,goreng la ubi kentang tu samapai masak dan hidangkan...siap!


Jun 1, 2010

resepi kuah rojak

BAHAN-BAHAN

1) 6biji bawang merah(yang kecik je tapi kalau nak pakai yang besar punya,,sebijik cukup la)
2) 4biji bawang putih
3) 10 tangkai cili kering[rendam dalam air panas dulu] (pedas tahap biasa-biasa je..nak lagi pedas boleh tambah seberapa banyak yg anda suka)
4) 3camca kecil tepung gandum(cairkan menggunakan 1/5cawan air)
5) 3/4 cawan air
6) sesenduk gula melaka
7) sesenduk gula pasir
8) sesenduk kicap
9) belacan sedikit (agak-agak besar ibu jari)
10) sedikit cuka(untuk mengurangkan tahap kepedasan)
11)sedikit minyak untuk menumis(kira-kira 2 senduk)

CARA MEMBUAT
1) blend bawang merah,bawang putih dan cili kering dengan sedikit air
2)panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah di blend tadi
3)kacau bahan didalam kuali.gunakan api yang kecil sahaja sampai masak (dalam 10minit)
4)masukkan air,gula,gula melaka,kicap,belacan, tepung gandum yang telah pun dicairkan dan kacau sehingga semua bahan masak.
5)untuk lebih sedap,,taburkan kacang tanah ketika hidangan


kuah rojak boleh dimakan dengan buah2 seperti nenas,jambu batu'
sengkuang,timun dan sebagainya



kuantiti kuah rojak yang diperoleh dengan jumlah bahan yang
dinyatakan di atas

p/s:memasak adalah satu seni yang flexible.boleh ditokok tambah dengan citarasa masing-masing.kalau orang zaman dahulu yang serba kekurangan boleh mencipta resipi yang hebat dan dipelajari oleh masyarakat kini,,apatah lagi kita yang hidup dalam dunia moden yang hanya memerlukan satu klik sahaja untuk mendapatkan ilmu pengetahuan..Jadi,,selamat mencuba ye..jangan takut-takut.ni pun kali pertama saya masak kuah rojak ni...apa yang kita perlukan hanyalah keberanian untuk mencuba..=)