BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Sep 6, 2012

resepi kek sarang semut or kek gula hangus

tamak kan
sekali buat,2 kek terus
ini kali kedua buat kedua-dua kek
resipi kek lapis dah bagi hari tu
kek gula hangus tu je belum bagi

hari tu lupa nak tangkap gambo
maka,malas la nk tulis resepi
takut orang tak caye
hahaha

bahan-bahan *aku double kan bahan asal

1 1/2 cawan gula (resipi asal 2 cawan tapi manis sangat.aku kurangkan)
2cawan air
3sudu besar butter
7biji telur
2cawan tepung gandum (aku ayak dulu)
2 sudu kecil soda bikarbonat (ayak sekali dgn tepung)
1/2 tin susu pekat manis(resipi asal setin tapi aku dah try,manis sangat)
2 sudu esen vanilla(kalau letak sesudu tak wangi sangat)

cara-cara
1)masukkan gula dalam kuali.cairkan sampai hancur semua
2)masukkan air tapi letak sikit2.dan hati2 sebab dia akan terpercik.jangan bubuh air semua sekaligus sbb nnti gula tu akan mengeras
3)masukkan butter.tunggu hingga mendidih,tutup api
4)sejukkan gula yg dah hangus ni
5)pukul telur sampai kembang.pukul lama2 sikit
6)masukkan tepung,soda bikarbonat dan susu.pukul lagi
7)masukkan gula hangus tadi.pukul hingga sebati dan masukkan esen vanilla.pukul lagi
8)masukkan adunan dalam bekas dan rehatkan selama 4jam
9)kukus dalam sejam setengah
10)siap!

p/s:kek gula hangus yang belah kanan tu.mana la tau korang tak kenal kan..hikhikhik

Sep 5, 2012

kuih kera

hari tu ada orang bagi keledek
adik aku kata nak buat keripap
dah berminggu aku tunggu dia punya karipap,
namun tak kunjung tiba
maka, aku rembat ubi tu untuk buat kuih aku

siap je kuih tu,
adik bangsu berkata
"lama tak makan kuih kera nih",konfiden dia berkata sambil mengunyah kuih itu
aku dengan tidak teragak-agak memberi respons sepontan
"hoi,kuih keria lahhh..bukan kuih kera"

nah resipi
resipi asal dia aku doublekan sebab ubi aku dalam sekilo lebih
dapat la dalam 30biji

ni resipi yang aku rembat dari internet tapi aku taip sendiri
rajin kan ai
tak maikn kopipes bulat2



bahan:
setengah kilo ubi keledek (aku guna warna putih,nak lagi cun guna warna kuning)
1 cawan tepung gandum
3sudu gula

cara:
1) kikis kulit ubi,bersihkan ubi keledek dan potong kecil2 agar mudah empuk.rebuskan ubi tersebut hingga masak.taruk sikit garam waktu rebus
2)buang air rebusan dan biarkan ubi sejuk.lepas tu,lenyek
*siapa2 orang kelantan yang biasa buat che mek molek,cara buat kuih keria ji sama je macam nk buat che mek
3)masukkan tepung dalam ubi yang telah dilenyek.kalau adunan still lembik dan melekat pada tangan,tambah gandum sehingga boleh buat bentuk bulat tanpa melekat di tangan
4)bentukkan seperti gelang dan goreng sehingga kekuningan
5)dalam kuali lain,masukkan gula dan 2 sudu air hingga air mendidih
6)pabila gula sudah likat dan nampak bertali,masukkan kuih keria..guling2 kan hingga sebati dan tutup api
7)kacau hingga gula jadi keras
8)siap!

Aug 27, 2012

resepi kek lapis sarawak kukus




Bahan-bahan
13/4 cawan cream crackers ditumbuk halus
250gram butter(aku guna seketul buttercup)
1/2 cawan gula halus(aku guna gula pasir je)
5biji telur gred A(aku pakai gred c je)
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil baking powder
hawflakes sebungkus
pewarna

cara-cara
1)keluarkan butter dari fridge kerana kita perlukan butter pasa suhu bilik.kalau tak,keras kejung nak pukul macam mana.patah nanti mata mixer kau
2)tumbuk cream crackers halus-halus.kalau nak mesin pun takpe.tapi aku kan bajet tradisional.tumbuk aje
3)masukkag butter dan gula.putar hingga gebu
4)masukkan telur.putar lagi
5)masukkan baking powder dan susu pekat.putar hingga sebati
6)masukkan serbuk cream crackers tadi dan esen vanilla.putar hingga adunan sebati
7)matikan mixer.aku kacau dulu adunan guna sudip kayu nak confirmkan dia betul2 sebati
8)didihkan air dalam pengukus.kalau korang nak didihkan awal-awal pun takpe.tapi aku nak jimat gas.hahaha
9)bahagikan adunan kepada dua atau tiga bahagian.lepas tu letak la warna kegemaran korang.aku buat 2 warna je.kuning dan biru sebab itu je pewarna yang cap star brand.i kan poyosss.tak yakin dengan pewarna sirap dan pandan yang bukan cap star brand..kahkahkah
10)alaskan loyang dengan aluminim foil tapi aku kedekut,aku sapu je marjerin sekeliling loyang
11)masukkan adunan warna biru dalam loyang dan kukus dalam 7minit.tapi sebab susah nak kira,aku kukus 10minit setiap lapis
12)selepas 10 minit,keluarkan loyang dari pengukus,cucuk pakai lidi adunan yang dah masak tu.aku pakai garpu je.lepas tu tekan guna sudu plastik tapi aku kan pemalas,aku guna je senduk plastik,cepat..hahaha
13)letak hawflakes dan letak adunan warna kuning pulak.ulang balik step kukus dari nombor 11 td sehingga adunan habis
14)sejukkan dulu baru keluarkan dari loyang kalau tak nak tangan ko melecur..hihihi

rupa bentuk sebenar

macam ni rupa dalam
ini rupa setelah di letak rossell jam as topping

saja nak tunjuk banyak2 gambo.bangga diri la katakan..hahaha

Aug 13, 2012

resepi lepat pisang

macam bagus je an asyik nak bagi resipi
dah tu,tak habis2 dengan resepi lepat
lepat labu la,lepat pisang la lepat ubi la

bukan ape uollsss
bulan-bulan puasa ni kan
mana habis makan buah-buah tu semua
tahu-tahu jela buah malaysia ni
mana boleh tahan lama
daripada membusuk kat dapur,
baik buat kuih
kalau cempedak dan durian tu boleh buat lepat,
lama dah aku buat
tak elok membazir

nah,resepi
lama pulak membebel
aku pun google resipi
bila aku dah cuba
aku share la kat sini

13biji pisang(tak tahu nama apa yang penting ada biji hitam besar kat dalam.korang nak pakai pisang lain pun boleh)
2cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/4 cawan gula(aku tambah dalam 3 sudu besar lagi)
1sudu kecil garam
2senduk santan

cara-cara
1)lenyek pisang
2)masukkan tepung yang telah diayak ke dalam pisang
3)masukkan gula dan garam.gaul hingga rata
4)masukkan santan.kalau adunan macam keras,tambah lagi santan
5)bungkus adunan dalam daun pisang.aku letak sesudu dalam setiap daun
6)kukus dalam 20 minit.tapi akuku kukus sampai setengah jam sebab duk kalut try baju raya.senang cerita,ko nampak wap dah keluar ikut celah-celah penutup pengukus,masak la tu
7)sejukkan dalam dulang letak atas meja.dapat la dalam 33 biji lepat

maaf la,gambar takde
licin di bedal oleh ahli keluarga
tapi lebih kurang macam lepat labu hari tu la
tapi lepat pisang aku ni warna dia jernih
kalau korang nak bagi warna coklat or perang-perang macam oarng jual kat kedai,ganti la gula tu dengan gula melaka

Aug 7, 2012

resepi roti jala

saja nak letak resipi kat sini
lain kali kalau nak buat lagi,
buku resipi ai hilang
boleh refer sini
resipi roti jala ni pun aku rembat dalam google je
tah dari blog sape tah
yang penting bukan myresipi

bahan-bahan
2cawan tepung gandum
2cawan santan cair (nak guna air or susu segar pun boleh)
1biji telur
1teaspoon garam
1teaspoon pewarna kuning

cara-cara
1)masukkan semua bahan ke dalam blender.belnd hingga puas hati
2)tapis hasil tepung yang di blend tadi agar tak tersumbat lubang bekas utk buat roti jala tu
3)panaskan kuali leper (aku bubuh minyak sikit taknak bagi melekat)
4)tebar la jala kau atas kuali sampai cairan tepung td masak
5)dah siap,gulung ke bentukkan ikut suka(aku buat bentuk 3 segi macam kuih sepit and bentuk gulungan)

taraaaa
ini la hasilnya


Jul 26, 2012

resepi lepat labu

sementara tunggu result exam keluar ni kan,
meh la aku bagitau cara-cara buat lepat labu
aku pun tak pernah buat
ni 1st time

1/3 biji labu (kira-kira 1kg)
-potong kecik-kecik (supaya cepat masak) dan buang kulit
-basuh dan rebus hingga empuk
-bila labu dah masak, toskan airnya dan lenyek

lepas tu,ayak
2cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
setengah cawan gula
1/2 sudu garam

dah siap ayak semua tu,masukkanla dalam labu yang dilenyek tadi
gaul sehingga rata

bungkus dalam daun pisang
letak dalan 1sudu la dalam setiap daun tu
lepas tu kukus dalam 30minit

sejukkan dan boleh makan!