BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Oct 31, 2011

ko dah cukup cantik

kita dah biasa dengar
orang cantik memeng ramai orang jeles and dengki bila tengok dia
tapi aku tak faham la dunia sekarang ni
apekehal nya perempuan cantik dengki dengan perempuan kurang cantik?

helloooo
gadis2 cantik sekalian
awak tu dah cukup cantik dah
nak rasa insecure tak tentu pasal kenapa dong?
nak maki2 gadis2 kurang cantik pulak kenapa?

bak kata orang la kan
muka dah cantik tuuu
perangai biar la cantik sekali
jangan duk dengki orang sana sini
berapa lama sangat la kecantikan muka ko tu nak kekal
tak yah duk kalut nak pakai segala macam benda mencantikkan muka kat wajah
tolonglah kalut bersihkan hati ko yang kotor tu

bila hati ko baik
muka tak cantik pun
ramai yang sayang
tak payah nak insecure sangat dengan semua orang
okeh?

Oct 30, 2011

bukan mudah ucap sayang

ada orang
sayang,
cinta,
luv you
sangat mudah untuk dia ucapkan hari2

ada yang berpendapat
kata2 sayang akan jadi tak bermakna
kalau selalu di ucap
seolah-olah sayang yg diucapkan tu macam air laut
banyak sangat
sampai orang pun pandang enteng

tapi perspektif macam tu silap sebenarnya
sila dengar lagu dibawah untuk ubah persepsi anda pasal kata2 sayang yg di ucap hari2


mungkin ramai yang dah dengar lagu ni
aku yang belajar kat hutan sintok pun
setiap kali naik bas nak pergi kelas
mesti ada lagu ni di putarkan di corong2 radio
so..dah lali dengar lagu ni

tapi tak pernah pun hayati lirik dia
bila hayati btol2
baru tahu lagu ni adalah satu nasihat yang sangat bermakna

walaupun orang yang kita ucapkan kata sayang tak pernah balas
dengan i luv you too
teruskan lah ucap
lama2 tersemai lah kasih sayang tu
hahaha

Oct 28, 2011

thanks pada yang concern

raya puasa dah
raya deepavali pun dah
tak lama lagi raya haji plak
wahhh
tak sabar betol
duk berangan nak buat baju raya tapi macam takde kekuatan je nak buat
kekuatan fizikal mahupun kekuatan wang
ehemm
hahaha

bagi kawan2 yang tak berapa faham cerita aku jatuh bas hari tu
meh aku jelaskan sekali lagi
aku bukanlah jatuh tergolek2 dari bas seperti anda semua bayangkan
aku cuma jatuh iaitu terkeluar dari bas waktu bas tu berhenti tanpa aku rela
but still di kira jatuh walaupun jatuh secara berdiri ke luar bas tu kan?
sebab aku bukannya keluar tapi jatuh
tiba2 je badan aku dah kat luar bas
hahaha

terima kasih pada semua rakan2 yang concern
i'm fine
not injured at all,,physically
cuma nervous shock je


Oct 27, 2011

jatuh bas

hari selasa hari tu
aku balik rumah
biasa la
orang duduk kat hulu
kena naik bas lompat2 baru sampai rumah

disebabkan budak uum memang pantang tak balik rumah kalau cuti
maka,,
sangatlah penuh bas mara liner yang nak ke alor setar
disebabkan itu,
aku dan bazla kena berdiri dekat tangga
akulah orang yang terakhir muat masuk bas
maka,,
aku la yang berdiri paling dekat dengan bas

oleh kerana alor setar itu amatlah jauhnya dari sintok,
aku menyandar la pada pintu bas
letih kot berdiri
sampai je changlun,
tanpa bagi hint,
pakcik tu buka pintu
maka,,
nak jatuh la aku kan
semua orang pun terkejut
dan tindakan refleks mereka menyebabkan mereka cuba halang aku dari jatuh
sempat la aku berpaut pada bazla
dan ada sorg budak laki dkat dengan aku pun cuba selamatkan aku
dan cubaan mereka berjaya

beberapa saat lepas selamat,,pakcik bas gerak bas ke depan sikit
tanpa ku duga
pakcik tu buka pintu bas lagi sekali tanpa hint
maka jatuh la aku dari bas
terkejut beruk semua orang
aku lagi la terkejut
rasa macam nyawa di hujung tanduk
nasib baik tak kena rempuh dengan kenderaan yang datang dari arah sisi
perghhh
maut betul2 hampir dah
terkejut jugak la aku
nasib baik la semayang subuh pagi tu

Oct 22, 2011

susah la bila ramai perasan diri tu artis

sangat tak boleh blah
bila perempuan yang ko tak penah kenal,,
tiba2 tuduh ko mengumpat dia
what the??????
ko hengat ko hot aku nk cerita2 pasal ko
sekarang memang la aku cerita pasal ko
sebab ko buat tuduhan melulu

hellooooo
siapa ko untuk aku umpat?
kenal ko pun tidak
motif sangat nak ngumpat ko kan
tapi sekarang aku dah kenal ko
then aku dah ngumpat ko dah pun
kalau nak serang aku sekarang
meh ler..
hahahaha

Oct 16, 2011

angan2

sejak kebelangan ni
aku asyik berangan
nak beli macam2
nak beli kain buat baju
nak beli kasut
nak beli skirt
nak beli beg

dan banyak lagi la

dan selalu gak berangan dapat duit jatuh bergolek2
orang bagi sejuta
agak-agak,,
akan jadi kenyataan tak angan2 aku ni?
kalau doa,,
boleh kot eh?
hahaha

tak mau usaha tapi nak hasil
ni la manusia...
huh!

Oct 13, 2011

dugaan bertimpa-timpa

alhamdulillah setelah 2 minggu berlalu
akhirnya dah boleh tarik nafas lega sikit
mula2 sakit kelopak mata
sampai bengkak-bengkak
then laptop rosak

lepas tu main netball
sampai sakit2 badan
dan juga injured kat kaki

macam2 dugaan la sepanjang 2 minggu ni
sampai dah lupa dah
banyak sangat

sesungguhnya aku bersyukur ya Allah
kerana engkau beri kekuatan untukku hadapi semua ini dengan tabah
sesungguhnya setiap apa yang Engkau beri pasti ada hikmahnya

Oct 3, 2011

minggu aktiviti

teringat plak zaman MRSM dolu2
ada minggu aktiviti setiap sem
tapi bukan nak cerita pasal tu

selasa
iaitu esok aku kena jadi urusetia untuk bengkel NCC,mooting and mooting shariah
perghhh,,
junior2 memang kena register nama dengan aku dan erah sebelum masuk dengar bengkel tu
memang ada harapan la junior nak panggil aku akak lepas ni kan
*gila obses nak orang panggil akak an

hari jumaat ni ada law games
alfi mintak aku masuk cheerleading
memang tak ah aku yang kayu ni nak masuk an
aku lagi rela main futsal ke ape ke dari masuk cheerleading
memang kena parang denagn bapak aku gamaknya kalo masuk benda camtuh
hahaha

*awat aku buat blog ni macam diary plak
baje artis ke hape
geli la dengan diri sendiri..yucksss

Oct 2, 2011

konvo

welll
korang tau kan sekarang ni musim konvo
sama la dengan universiti aku pun
so,,
kita sebagai orang yang belum layak berkonvo ni
hanya mampu excited untuk p pesta konvo jela
p cuci2 mata tengok orang jual ape pada waktu siang
p tengok konsert pada waktu malam
tapi konsert tomok memang idok la guwa nak p tengok kan
hahahaha

kawan aku tanya
"ko tak jual bunga ke musim konvo2 ni?"
cessss...
dia ingat aku datang UUM ni berkebun ke ape
nak pulak aku jual bunga2 segala
tapi dia kata,
nak jual bunga tak perlukan bunga pun
bengong!
katanya kita hanya perlukan hati!
what?!
ini mesti terpengaruh dengan cerita nih
yela,,
dalam hati kan ada taman
boleh le petik bunga dalam taman hati tuk dijual di pesta konvo

tapiiii,,
orang yang bercinta cintun je ada taman dalam hati
masalahnya aku bercinta pun tak
mana nak dapat bunga kan
so,,
siapa2 yang tengah berbahagia sekarang
boleh le p bukak kedai bunga kat tapak ekspo konvo
muaahahahahahahaha