BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

May 18, 2014

exam dan kawen

di usia 24 tahun ni,
bila bulan jun menghampiri,
topik hangat yang menghantui adalah topik kawen
bagi warga yang muda belia,
bulan jun ditakuti kerana musim exam
bagi golongan bujang macam aku,
bulan jun ditakuti kerana musim cuti sekolah
hangat dengan topik kawen
kita yang bujang akan menjadi sasaran keramahan orang sekeliling konon concern terhadap kita

dan,
sekarang ni aku nak exam
lagi beberapa hari
bila nak exam,
mula galok rasa nak kawen
setiap kali nak exam mesti angan2 nak kawen tu muncul
padahal kalau duk kerja,
takde plak duk berngan nak kawen
nampak sangat banyak gangguan syaitan dalam hidup aku ni
patut nak exam,kena buat amal lebih sikit
ni asyik berangan nak kawen je
hahahaha

kalau kawan-kawan rasa annoyingly different sifat aku sewaktu berjumpa,
fahamilah dikau bahawasanya aku mula galok bila nak exam
hahahaha

bila galok,maknanya nak exam
bila nak exam,mula la galok terlebih
maafkan hamba

May 16, 2014

berbaju kurung dengan konfiden

kalau engkau,
tak rasa pelik ke  bila tengok ada perempuan pakai baju kurung lagi pada pukul 8malam?
dah le pakai baju kurung,
p beli barang dapur,
p kedai ringgit 2ringgit yang baru buka
p pasar malam siap singgah gerai jual cili,gerai buah,gerai jual daging,gerai jual sayur kampung dan tidak lupa gerai pau kacang gebu

lepas tu boleh lagi berlari-lari lintas jalan p beli ubat gigi dekat pasaraya lain
and lari-lari lintas jalan empat lane lagi sekali
aku rasa pengguna jalan raya pun gelak
udah le berlari pada pukul 9malam,pakai baju kurung pula

aku bukan le malu sebab pakai baju kurung
tapi aku takut berbau
aku pakai baju kurung tu dari pagi kot
tapi aku buat bodoh je orang pandang2
hahaha
dah le baju tak agak2 dia punya colourful
pink campur mustard campur biru laut
siap dengan tudung kaler purple air keladi
hahahaha

yang paling tak tahan,
cina dekat kfc muka terkejut tengok aku lalu
macam ada alien baru turun

mesti masyarakat gerik hari ni tak boleh nak justify sebab ada insan pakai baju kurung sekitar 8-9 malam
satu set dengan selipar jepun merah plak tu
disaster betoi

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

walaupun hari ini hari guru,
staff tempat aku kerja kalut duk tolong cari jodoh untuk aku
musykil pula aku hari ni hari guru ke hari pencarian jodoh
ada yang cakap jangan memilih sgt,umur bukan makin muda
ada yang suggest anak sedara sendiri
anak yang suggest anak dia yang baru form 4
errr,,i bukan che ta k
hahahah

tapi kalau nak bagi i jodoh cikgu,
i terima je
senang aku nak buat government loan untuk beli rumah
gadaian pun free
huahuahua

sebenarnya orang macam kami ni,bukan memilih
orang ramai tak payah nak takut sangat nak masuk meminang
kami bukan naga
lagipun,orang macam kami ni stok pasrah
ang datang masuk pinang,kami terima seadanya
masalahnya,bukan setakat meminang
nak mai masuk dekat pun tak sudi
salah kami lagi kah?

May 11, 2014

bonda dan nenda

hari ni kan hari ibu
kakak aku kan duduk dengan nenek aku
dia call mak aku wish hari ibu gamaknya
lepas tu,mak aku sembang dengan nenek

aku pun p la mengendeng dekat mak
dengar mak aku cakap kat nenek
"selamat hari ibu"
nenek aku gelak-gelak je
mak aku tak puas hati
mak aku kata,"orang cakap selamat hari ibu ni,mek nak apa-apa tak?"
mak aku panggil nenek aku mek,aku pun panggil nenek aku mek
kteorang kan ore klate
pastu nenek aku balas,"apa-apa pun boleh"
mak aku balas,"mintak la apa-apa tapi within kemampuan orang la"
nenek aku gelak lagi
dia kata"mintak la diberi umur yang panjang"
terus mati gelak aku
terkedu sat
sweet beno 2 orang ni

tadi mak aku bising suruh adik aku cari kerja sementara cuti matrik ni habis
dan sementara nak tunggu masuk u
adik aku tnya kawan dia,
kawan dia ajak kerja 7e
gaji rm1500 sebulan
dah le kerja siang je
gaji lagi banyak dari aku
nak berhenti la chambering
nak kerja 7e
hahaha

mama

yes, itu panggilan aku untuk seorang ibu for past 24 years
hari ini,24 years back,my mother tengah sarat mengandungkan budak degil ini
tapi 24 years later,i do nothing for my mother
contrast ok di situ

24 tahun lalu,waktu umurnya sebaya dengan aku sekarang,
mama tengah berdebar-debar menunggu kelahiran anak ketiga
24 tahun kemudian,aku hanya mampu berdebar-debar nak pergu exam ethics je
nak mengandung anak pertama pun tak mampu lagi,apetah lagi nak mengandung anak ketiga macam mama
walaupun ketika usia yang sama

walaupun hari ini hari ibu,
pagi-pagi lagi mak aku dah berang sebab kami lambat bangun untuk solat subuh
mak aku siap call telefon rumah nak bagi bangun
kelakar gila,padahal duduk satu rumah
dia kata dia tak larat dah nak gerak pakai mulut
dia call rumah dengan harapan semua bangun sebab bunyi telefon rumah kuat

walaupun orang lain banyak point nak puji emak dia
sebab emak dia hebat
aku rasa emak aku pun hebat
dia lah emak yang tak jemu membebel bila kami tak tolong dia masak
yang tak letih nasihat kami untuk belajar masak
katanya untuk kebaikan kami
dia takmau mertua kami benci kami sebab tak reti masak
walaupun dia sendiri tak reti masak waktu kawen dulu
hahahaha

macam tak sangka gadis yang tak reti masak waktu kawen dulu
boleh besarkan 8 orang anak dengan air tangannya
walaupun mak kami tak reti masak waktu kawen,
kami tetap dihidangkan dengan masakannya sepanjang hidup kami
jarang sekali kami makan kat luar
kalau ada ocassion macam ayah dapat bonus or royalti je kami makan kat luar
hari-hari lain semua makan masakan emak

walaupun mak tak pandai masak makanan grand-grand
dia tak pernah letih tanya kami nak makan apa bila kami balik
dia akan usaha masakkan

dia superpower
boleh uruskan rumahtangga dengan baik,
uruskan kedai dengan baik,
malah boleh pergi mengusahakan kebun
itu semua menggunakan kudratnya
ketiga-tiganya dilakukan dalam masa satu hari
diulang-ulang sehingga kini

ma,happy mother's day
pls stay healthy

May 9, 2014

si kembar udah ada nama

balik je kerja,
berdesup dari taiping,singgah di rumah si kembar
ewahhh,,dah pakai seluar dak si kembar ni
hari tu pkai pampers dengan barut je
dah ada kemajuan nampaknya
minggu depan dah boleh pakai baju gamaknya
sekarang baju tak muat lagi nak pakai
seluar pun sampai paras dada

tadi riba si kakak,
amboi,bukan main menggeliatnya
tapi mata tak bukak
geram betul
dah tonyoh-tonyoh muka dia,cubit-cubit pipi,angkat-angkat tangan,
di buat donno je
cisss
tapi rasa dah berat sikit si kakak

btw,si kembar dah ada nama
tapi disebabkan mak dia pun tak reveal lagi gambar dan nama si kembar pada orang ramai,
aku pun rasanya tak tergamak nak reveal
kita paggil je the twin as baby Q1 and baby Q2
hahaha

baby panggil auntie ni auntie ape?
errrr,,baby tak boleh cakap lagi,
ikut la dia nak panggil apa
nak panggil akak pon boleyyyy
hahahaha

May 3, 2014

anak sedara

tadi first time jumpa anak sedara face to face
keciknyaaaa
tengok dalam gambar besar tapi secara realitinya kecik gila
bila pegang,ohmaiii ringannyaaa
macam kapas

tapi tak amik gambar pon
malu okeyhhh
kang org kata over
i kena la kontrol macho

pastu,besan mak aku tnya,si kembar tu muka sama tak?
cess,,ini pop kuiz ke ape
dah nama pun kembar seiras,mesti la sama
aku pun jawab sama la kot
bukan semua baby muka sama je ke?
hahahaha
tapi utk tidak mengecewakan orang tua,aku tgk la betul2
a'a,sama
tapi dahi macam lain sket

lepas tu tgk tangan and kaki diorg kena inject
lebam tangan sampai biru-biru
kesian gila
check kuning (jaundice)
yang si adik macam panas je badan dia
demam kot
harap-harap diorang bebas dari kuning

May 2, 2014

si kembar

ehem-ehem
seperti yang digebang kepada semua,
iollss dah jadi auntie
excited terlebih okeyh
dapat anak sedara sulung tu
pastu datang dalam pakej kembar pulak tu
alhamdulillah
dua-dua heroin
dua-dua dah tak perlukan batuan tangki oksigen
rasanya keduanya dah masuk wad biasa
ke si adik dalam inkubator tah

harap keduanya boleh keluar ahad ini
i mean ketiga-tiganya
termasuk lah kakak ipar i
takkan nak bawak balik anak-anak je kan
hahaha

gambar?
iollss pun baru tengok gambar si kakak hari ni
itu pun gambar sahaja
belom tengok face to face pon lagi
sobsss