BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Feb 27, 2011

memang dah niat

aku ingat la kan
aku nak cerita sikit rentetan kejadian yang berlaku sepanjang 2 minggu ni
yang menyebabkan aku jarang sangat nak update blog

tapi apakan daya
pe ke hal tah pulak
tak boleh nk upload pictures
nyampah I taw
dah la lambat lagi nak balik umah
kat umah takpe la
intrnet laju sket
huhuhu

Feb 22, 2011

saya bukan jahat cuma kurang baik

ye..ye
aku akui aku bukan baik sangat
tapi aku tak jahat la

aku masih belum jadi baik sebaik kamu2 yang sangat baik itu
saya masih cuba menjadi orang yang baik

korang doakanla aku menjadi insan yang lebih baik dari semalam

tapi aku tak jahat
hahahaha
aku ulang lagi sekali
aku tak jahattt

p/s:mesti tak paham ape yang aku ngarut ni an?

Feb 21, 2011

saya suka tengok perempuan bertudung

oit..oit
I bukan lesbo okay
tapi seriously,,
aku suka tengok perempuan2 yang pakai tudung macam fesyen sekarang


memang la aku pun bertudung jugak
tapi aku tak tahu la kenapa
dari tadika sampai sekarang,,
serabai je cara aku pakai tudung nya ha
so,,aku macam kagum ah tengok gadis2 pakai tudung kemas,cantik,ayu,phewit2 ni kan

kadang2 takleh fokus nak buat keje or belajar tengok perempuan2 yang v=cantik bertudung ni
sebab aku duduk sibuk fikir
macam mana dia pakai tudung/selendang ni ha?
cantik elok je kat muka dia
hahahaha

ermmm..
aku lagi suka sekarang ni sebab
semakin hari semakin ramai yang freehair mula bertudung dekat sini
sejukkk je mata memandang
waktu freehair pun dia cantik
tapi bila dia bertudung
perghhhh,,cantik,,cantikk,cantikkk gilossss
kalau aku laki,,aku nak buat diorang jadi bini
alhamdulillah diorang dah dapat petujuk muda2 ni
aku bila lagi?
bilalagi nak pakai tudung dengan proper
T_T

bila ada rakan2 yang freehair mula bertudung,,
kita tolong la support mereka
jangan nak bermulut lembik mengata2 mereka
sampai mereka rasa down..

memang rasa sejuk je bila tengok gadis2 muslimah waktu2 musim panas macam ni..=)

Feb 20, 2011

bajet artis

lama an aku tak update
konon busy sangat sampai nak update blog pun tak sempat
feeling-feeling artis baru melonjak naik
ala2 raffali gitu

busy sket terus taknak update blog an
very the tak tahan kan

sememangnya minggu ini sangat busy
sebab join handle law dinner
err,,
gambar nya nanti den uplod
internet cam kura2
tak boleh ar nak menunjuk wajah macam yuna kat korang
huah3

gambar den pegi penang pun tak uplod lagi
tengok la kalo den rajin
kalo den tak rajin nak upload,,
korang yang rajin stalk,,
boleh la pegi stalk gambar2 tu dekat facebook den
kalo teringin sangat la nk tengok
hehehe

ok la,,
asaimen den malas nak buat
update blog lagi la malas
bye semua..

Feb 14, 2011

lama ke?

uhhh
lelaki idaman den mesej
dia tanya kenapa den lama tak online
ocehhhh
lama la sangat
aku rasa baru berapa hari je aku takon9
tu pun sebab den sudah kembali ke hutan sintok
maklum laaa
wifi pun hidup segan mati tak mahu

sekarang den di Penang
err
ada orang jeles tak?
hahaha

Feb 11, 2011

kenapa para cikgu tak ambil kisah pasal kebersihan kawasan kejiranan?

sebelum apa-apa
ni aku nak habaq awal2
kisah ni pasal para cikgu di kawasan kejiranan aku lah
cikgu2 kat tempat lain yang tak berkaitan takpayah la kot nak tolong tacing
anak2 mahupun cucu2 cikgu yang tak berkaitan pun aku nasihatkan tak payah nak tolong tacing bagai

dengar cite sekeliling umah aku ni
depan belakang,
atas bawah
kiri kanan
semuanya rumah cikgu
tapi bila masuk je kawasan yan dinamakan rumah cukgu ni...
eiii yeww..eii yewww
tak menggambarkan rumah cikgu langsung
sampah sarap,,daun kering bertimbun segenap ruang

nak kata cikgu ni sibuk mengalahkan menteri
sampai tak sempat langsung nak tolong sapu walaupun di halaman rumah sendiri
dengar cite paling lewat cikgu balik dari sekolah pun 5petang
tu pun kalau ada mesyuarat
takkan la mesyuarat hari2
kalau nak kata sibuk,,mak aku pun sibuk
keje jugak
tapi hari2 jumaat bila mak aku tak keje waktu pagi
sempat jugak tolong sapu walaupun bukan depan rumah sendiri
"eh,,lantak mak ko la,,sape suh rajin tolong sapu"
hmmm,,kala tak tolong sapu,,umah aku kat tingkat dua pun boleh tenggelam gamaknya

dekat sekolah,,
bukan main cikgu ajar budak2 suruh jaga kebersihan
tapi cikgu,,
kat umah sendiri pun sampah buang kat depan umah orang lain
berat sangat kaki nya nak g buang sampah kat tempat sepatutnya

bila petang-petang
cikgu2 bawak anak main kat taman mainan sebelah rumah aku
bila anak nak sentuh tu,"eiii,jangan amik,,kotor tu"
bila anak nak kutip sampah masuk mulut,"eii,,sampah tu..kotorr"
biar jela nak ko tu kutip sampah masuk mulut dah ko tak reti nak kutip sampah buang dalam tong sampah
"sayang,jangan pergi sana,,kotor tempat tu"
hamboi ko...
dah tahu kotor tak reti2 ke nak bersihkan
ko ingat kat sini ada cleaner ke?
ke nak tunggu miracle happen?
tiba2 kawasan tu bersih..
sama2 duduk kat kawasan ni
sama2 la jaga kebersihan
anak korang jugak duk main and buang sampah kat situ petang2
apa salahnya sapu sikit sampah2 and daun2 kering yang bertaburan tu
tak reput nya ha tangan ko

"baby,duduk sini je..jangan pergi sana,kotor"
bila diorang cakap macam tu,
nak je aku bahan diorang
"eh,,mana ada kotor tu..kawasan ni sentiasa bersih..hari2 cikgu2 ni bersihkan..well,,nama pun cikgu kan",nak je aku cakap macam tu sambil mata ke atas and tangan di dada
tapi aku cakap dalam hati jela
kang aku cakap betol2 mahu nya tak bertegur 5abad

kalau aku cerita semua,,35 perenggan pun tak habis lagi

pesanan ikhlas aku:jangan tunggu famili cikgu atau diri cikgu tu sendiri kena denggi baru hegeh-hegeh nak suruh jabatan kesihatan datang fogging kalau rumah tu memang heaven bagi nyamuk sebab tak ubah macam tempat pembuangan sampah

Feb 10, 2011

semangat lebih

kenapa sekarang hari-hari ko upadate?
hari tu kata waktu cuti takde idea

ala korang ni
tak payah banyak tanya la
kalau ko tengok aku tetiba rajin hupdate
tu maknanya aku baru lepas tengok bape sen nuffnang aku meningkat
hahaha
semangat dia lain tau bila tengok ada pertambahan duit dalam akaun nuffnang
semangat camne tuh?
macam sekarang ni la
update hari2 walaupun takde kesah penting..

well,,biasa la
aku kan mata duitan
tengok jumlah wang yang meningkat memang la menggembirakan
seolah-olah terapi hidup tau
tapi kan
jangan la korang tiba2 rasa
"taknak dah la klik minachi ni pnya nuff,,nanti dia kaya dulu dari aku"
bukan kah tangan yg memberi itu lebih baik dari menerima?
korang kan nak jadi orang yang mulia disisi Allah
ape salahnya ringan-ringankan tulang tangan tuk klik nuffnang di sebelah?
tak gitu kawan2 ku sayang?

dan,,
kepada rakan2 yang sudah banyak meng'klik'
terima kasih banyak2
jasamu pastiku kenang=)
semoga kamu akan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah
aminnn..

Feb 9, 2011

jimat vs kedekut

berjimat-cermat amalan mulia
bagus sungguh sifat suka jimat nih
tapi
aku pernah dengar
pemisah antara jimat dengan kedekut ni cuma senipis bawang
sila berhati-hati
dibimbangi bila terlalu jimat
kita akan jadi orang yang kedekut

bagus jadi orang yang suka mengira jumlah perbelanjaan
tapi tak bagus ye adik-adik kalau jadi orang yang terlalu berkira
sebagai contoh:
kita ditugaskan untuk fotostat silibus yang berharga seposen per head bagi pihak classmate
tapi jumlah yang ko fotostat tu 100 keping
dalam situasi ni
memang ko kena berkira la kan dengan kawan tu
kalau fotostat untuk sorang takpe lagi kalau kita tak kira
kalau semua pun tak bayar
boleh pokai jugak kita
kita pun pelajar juga macam rakan2 yang lain
bukan duduk cetak duit dalam kelas pun
tapi,,
tolonglah jangan berkira bila,,
kawan dah bayar seposen tu tapi bila sampai kat tangan ko,,
ko terjatuhkan seposen tu dan hilang tanpa dapat dikenalpasti dimana kedudukan seposen itu
dah la ko yang jatuhkan,
ko pulak yang mintak kawan tu bayar balik seposen yang ko hilangkan tu
aduyaiiii..

memang duit tu penting dalam kehidupan
tapi ko ingat la
tak bawak masuk kubur pun duit seposen ko tuh
bila mati pun,,
pakai kain kapan harga 3ringgit je semeter
bukan kain chiffon harga 13ringgit semeter pun
apatah lagi pakai kot mahupun sut
walaupun begitu,,
jangan la kita tersangat boros pulak
sebab jangan ko ingat mati itu percuma
bila mati,,
upah penggali kubur tu pun kena bayar ko tahu
kurang2 harganya RM350
jadi,,mati bukanlah jalan penyelesaian seperti digembar-gemburkan dalam setiap drama untuk lari dari masalah

oleh itu,,jimat boleh,kedekut jangan..boros pun jangan!
hihihi

Feb 8, 2011

tukar trend

amboii
hari-hari aku tengok satus kengkawan dekat Fb
pergi shoping sana sini
tak cukup dengan berbelanja secara realiti
online pun sapu juga
maklum la,,
zaman serba canggih ni
klik sana,klik sini
tiba-tiba barang dah sampai dekat umah

biasa laaa
awal-awal semester
semua bermewah-mewahan
termasuk la aku
dulu-dulu aku pun begitu
selagi duit dalam bank ada empat angka
seronok je ambil-ambil barang masuk troli
tak tengok dah harga

tapi sekarang aku dah insaf
hasil dari pengajaran yang diberi oleh pihak JPA
sem lepas diorang bagi duit sebelum new sem bermula
then sem ni diorang bagi akhir bulan satu
ha,,
macam cacing kepanasan la aku
belum sempat semester berakhir
aku dah mintak-mintak duit dengan ayahanda tercinta
sampai naik segan muka aku asyik mintak duit

sekarang bila dah dapat duit
rasa macam fobia plak nak berbelanja
takut sangat bila tengok jumlah wang berubah dengan drastik dalam bank
lebih2 lagi bila fikir akhir sem ni ada praktikal
mesti nak pakai banyak duit
takkan nak mintak wang ihsan dari bapa lagi sem ni

hari tu sempat la merasa perasaan macam mana orang yang berpendapatan rendah berbelanja
awal2 sem waktu belum dapat duit
kami semua berbelanja dengan sangat waspada
barang harga seposen pun kami berkira
time tu rasa seposen pun sangat tinggi nilainya
bila takde duit kan
sedih gila time tu
baru la insaf kejap

so,,aku macam berazam nak kurangkan budaya shoping sakan di awal sem la
kalau duit banyak lebih akhir sem nanti baru la shoping sakan
takmau dah merasa merana takde duit
asyik kena telan air liur je bila tengok barang yang berkenan time cuti sem

ok,,saya berazam ni..
kawan2 pulak bagaimana?

Feb 6, 2011

jarang-jarang

susah sikit aku nak update blog bila cuti
bukan line internet lembab atau pun kerajaan potong line internet
tapi aku ni ha yang takde idea nak menulis

bila cuti,,
tak pergi merayap mana-mana
sebab tu idea pun kering kontang je

banyak masa aku kat umah ni
seminggu lagi baru balik universiti
tapi sempah malas gila nak buat asaimen yang berlambak-lambak
buat kerja surirumah pun malas jugak

sume pun malas la

Feb 4, 2011

Menikahlah denganku

bila korang chat dekat Fb dengan rakan-rakan
tiba-tiba rasa bosan
boleh la korang dengar lagu yang tajuknya macam gatal
walaupun pada hakikatnya tidak la sangat
best la untuk dibuat background sound waktu menyembang tu
lagu ni takkan distract korang punya fokus untuk menyembang lagsung
tak caya?
dengar lah sendiri...






nah,,
ini lirik nya

sekian lama kita bersama arungi lautan asmara
tak pernah henti untuk selalu mencintai
berdua kita jalani kisah cinta yang penuh cerita
suka dan duka tlah kita lalui bersama

reff:
aku sayang kamu, aku cinta kamu
bersandarlah di pelukku dan janganlah engkau ragu
ku kan selalu menjagamu hingga di ujung waktumu sayang

tataplah mataku dengarkanlah bibirku bicara
terucap satu janji tuk mengikat kita selamanya
hanya satu pintaku menikahlah denganku

repeat reff [2x]

sayang

*courtesy of LirikLaguIndonesia.net

Feb 1, 2011

baik tak semestinya suka

aku tak faham la
kenapa la aku selalu kena serang dengan awekksss-awekksss orang
muka aku ni ada label perampas ke?

tolong laaa faham
aku takkan berebut lelaki la
kalau ko memang spesies terhegeh-hegeh kat laki,,
tu lantak kau lah
tapi aku memang pantang bergaduh dengan kaum sejenis sebab laki
tidakkkk..tidakkk
aku takkan jatuhkan maruah aku untuk perkara sebegitu

layak ke laki itu nak buatkan kita sesama kaum bergaduh?
pesal la sempit sangat pemikiran para gadis2 ni
aku dah tak larat la nak tulis pasal ni hari2

pesal rasa insecure sangat dengan aku?
ko tu jauh lagi cantik dari aku
ko tu putih,tinggi,canti berseri-seri macam model
kalau ko lalu sebelah model pun,,
orang mesti pilih ko untuk dipandang
sebab ko lagi cantik dari model
tak macam aku ni
dah la,pendek,,
gemuk plak tu
hitam lagi
rupa dan perangai macam selena gomez perempuan kampung je pun
pakwe ko pun kacak gila
takkan dia nak nya kat aku

so,,ko jaga la pakwe ko elok-elok
tak payah la takut aku rampas pakwe ko
aku tak hingin la
buat aku rasa macam rampas gula2 dari baby je
tak adventure langsung kalo rampas dari ko

dan kepada para pakwe sekalian,,
kalau dah tahu makwe ko tu spesies singa betina,,
jeles tak bertempat
sampaikan bila beruk pandang ko pun dia akan pergi korek mata beruk tu,
tolong la tak payah nak beramah mesra dengan kaum perempuan
menyusahkan orang tahu tak?

susah la bila ada orang bermentaliti orang hutan
asalkan kita baik dengan laki je,,
terus label kita suka kat laki tu la
kita jenis tak tahu malu la
semua laki pun nak baik
aiyoooo
ni zaman membina networking la
bukan zaman nak mengumpul pakwe macam kumpul setem

p/s:dari ko bersusah payah pikir cara nak serang setiap perempuan yang cakap dengan pakwe ko,,baik ko pikir cara macam mana nak jadi isteri solehah di masa depan..hokkai?