BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jul 20, 2014

terawih di surau

selasa lepas kan perak cuti untuk nuzul Quran
maka isnin malam selasa tu maklang pun ajak la aku dan cikgu tu p terawih di surau yang paklang jd muazzin

Hari  Pertama
Pengunjung-pengunjung tetap surau tu bila nampak aku dan cikgu tu mula la pakat duk bising-bising tanya maklang, "maklang,ni anak-anak maklang ke"
maklang pun iye kan aje
pastu depa sibuk la duk interiew
depa ingat aku pn cikgu jugak
bengang pulak aku
aku kata aku bukan cikgu duk tanya aku aja subjek apa
hahaha

Hari Kedua
cikgu tu tak ikut sebab dia tak sempat bersiap
bila solat aku duk di antara orang kampung
sesudah solat sunat qabliah, jemaah belah kiri tanya aku orang mana,adik bradik brapa orang bla bla bla
baru je aku nak sambung zikir,orang kanan pulak tanya aku lama dah ke sekolah kat sini
aku kata je a'a
baru nak pandang depan,orang kiri nk interiew lagi
Ya Allah,tak habis lagi ke
ni yang malas nak expose diri di tempat awam ni

lagi panas hati bila ada 2 orang remaja perempuan duk sembang waktu orang sembahyang
takde adab betul
taknak sembahyang,p duk luar
duk cakap kat fon tempat orang nak solat
duk sembang pasal laki hensem
tak khusyuk orang nak solat
kalau adik aku,dah lama aku luku kepala dia
ikut hati aku mmg aku tengking dah tapi sebab nenek dia ada,aku tahan je
yela,baru 2 hari p surau org nak tunjuk belang plak ye
kang disumpah masyarakat plak aku
sabar ajelah

Hari Ketiga
lepas terawih dia umum ada tahlil wei
Ya Allah,siapa pulak yg suruh wat tahlil
aku tak larat dah
aku tengok makcik2 tu pun tido,aku pun tido je
pastu ada perempuan sebelah pandang aku senyum2
fedulik apa aku,,ngantuk kot

Hari keempat
lepas terawih ada ceramah agama kau
Ya Allahhhhh
aku ni ada tenaga setakat terawih je
witir tu pun kalau boleh aku nak buat satu rakaat je
boleh pulak ada ceramah agama
mula-mula aku dengar jugak tapi mengantuk yang amat
aku pun dengan tak malu,sandar kat dinding and tido
bila maklang tegur aku,aku bangun sat dan aku ubah posisi mengiring pulak
setengah jam ceramah,
pelbagai posisi aku tido
aku yakin dan pasti makcik2 tu takkan buat aku menantu
hahaha
orang bagi ceramah agama,aku syok tido

tapi best la surau tu,lps terawih je ada moreh macam2
tapi aku mkn moreh sambil pejam mata
hahaha

No comments: