BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Aug 23, 2011

benda paling penat bukan belajar

dekat mana-mana institusi pengajian
tak kira sekolah,kolej mahupun universiti
selalu je student bising-bising
penat gila belajar
nak kena buat assignment la apa la

tapi percaya la
belajar bukan paling penat
menore getah lagi penat
tolong la percaya
aku dah rasa tadi
tangan pun busuk
dua tiga hari baru hilang busuk dekat tangan
hahaha

sumah penat
aku memang salute lah dekat penoreh2 getah
terutamanya atuk and nenek aku
yang verumur lebih 60 tahun
aku pun tak mampu nak challenge mereka..
fuhhh..
letih dan busuk dowhhh

Aug 20, 2011

wahai ali

fuhh,,
susah betul nak online bila balik kampung
busy memang satu hal
lagi satu hal,,
tempat-tempat tertentu je dapat line berukband
hampes betul

wahai ali yg suka komen aku punya blog,,
ni jawapan aku kepada soalan2 kau
1.pesal aku p johor time form 3
jawapannya ialah,,
aku belajar kat sane la hoi
2.berapa haribulan kita balik u
jawapan:suka hati ko la nak balik bila2
tapi kita start kelas 11hb

ok,,
kelantan sekarang panas gila
memang rentung la muka si kaki jalan macam aku nih
oleh itu,,
takde gambar raya tahun ni
hahaha

Aug 14, 2011

I will survive!

bila aku cakap aku naik bas sorang-sorang
ramai yang tanya
"eh,,xpe ke?tak takut ke?kesiannn naik bas sorang2"
well,,bagi aku
seorang gadis yang independent,,
itu perkara biasa
nak kesian apa plak

lagipun,,setakat perak ke kedah
kedah ke penang
perak ke kelantan,,
bukan la jauh mana
lagi-lagi dalam usia aku 20 tahun ni

bukan nak cakap besar ke apa
tapi Allah kan selalu ada
percaya lah dengan janji-janji Allah
mohon la keselamatan daripadaNya
kalau nak berlaku kecelakaan,,
waktu dengan kawan-kawan ramai-ramai
or dengan family pun
akan jadi jugak

well,,
aku dah biasa kot travel jauh-jauh sorang
dulu lagi la
aku form 3
baru berumur 15 tahun
aku naik bas sorang-sorang jugak
dari johor ke kelantan pulak tu
alhamdulillah,,
selamat sampai dengan izin Allah

then,,
tak perlulah gelabah tak tentu pasal kalau kena travel sorang2
berdoa pada Allah banyak2
insyaAllah,,
selamat..=)

Aug 13, 2011

perut adalah destinasi terakhir

korang tahu tak
segala jenis lemak akan di salurkan ke seluruh badan?
tak tahu?
sekarang aku bagitahu
sebelum umur 25,,
kalau ko makan banyak
badan ko akan menggemuk equally ke bahagian seperti
peha,lengan dan keseluruhan tubuh

tapi
selepas umur 25,,
sistem penghantaran lemak ni dah slow
dan segala lelemak akan berkumpul di perut

that's why ramai lelaki buncit lepas kawen
sebab diorang kawen bila umur 20-an
hahahaha

aku cuma nak betolkan stigma orang
orang kan selalu kata laki buncit sebab kawen
kononnya bila kawen makan banyak
sebab isteri masak
padahal kalau tak kawen pun,,
buncit jugak lepas umur 25 kalau tak reti jaga pemakanan,,
tak exercise

cuma lelaki yang berkahwin lebih buncit sebab segala kerja pun bini yang buat
angkat pingan kotor lepas makan pun bini buat
macam mana tak buncit ye dok?

LIKE

kalau dekat fb tu
memang ramai la peng"like" tegar
semua status orang pun dia nak like kan
yang paling tak tahan,,
buat status sendiri
pastu sendiri like
tak faham la aku dengan orang macam tu
obses terhadap diri sendiri ke ape
hahaha

kalau dulu,,
aku cuma like status yang aku rasa sangat best
aku tak like status orang sebarangan
sekarang ni pun
aku still macam tu
huah3

mungkin like tu boleh beru kebahagian pada seseorang kan
so,,
aku cuba la berubah untuk senang like status orang
aku cuba okeh..

Aug 12, 2011

betul ke aku kat malaysia nih?

kalau betul..
kenapa payah sangat aku nak cari buah jambu batu
pehal buah-buahan negara omputeh berlambak-lambak
tapi buah-buahan tempatan takde?

adakan buah tempatan di anak tiri kan?
ataupun buah tempatan semua telah di eksport?
adakah peniaga rasa tak grand jual buah tempatan?
adakah orang malaysia tak suka barangan buatan malaysia?
arghhhh!!
sengsara sungguh nak makan jambu batu pun

takkan si peniaga bazar dah borong semua jambu buat rojak
dan juga buat jus jambu batu tambah asam boi
cisss..

takkan nak kena p thailand baru dapat makan jambu batu kottt..

dari kereta sampai ke bio pulak


semalam duk cerita la pasal kereta-kereta dengan bapak aku
pastu masuk la bab kereta hybrid
bapak aku suruh fikir macam mana nak buat kereta hybrid tu engine dia boleh recharge sendiri
sebagaimana digestive system kita
bapak aku bagi analogy macam ni
tengok la pancreas kita
dia bertindak sebagai signal untuk charge mana2 part of our body yang lack of something
contohnya bila kaki kita berkudis,,
pancreas akan arahkan blood cells beramai-ramai pergi ke tempat berkudis tu
untuk lawan dengan bakteria-bakteria jahat
bila dah lawan dengan virus jahat tu,,
supaya kita cure dari kudis tu,,
blood cell sanggup gadaikan diri dia dengan makan segala bakteria jahat tu
bila blood cell makan bakteria jahat,,
dia akan terkorban then jadi la nanah
pastu,,kita pun sembuh

banyak lagi la analogy pasal pancreas ni
senang cerita,,Allah ni hebat dan bijaksana la
semua organ kita ada function yang hebat

bila bapak aku cerita pasal digestive system ni
tergerak la hati aku nak tengok balik rupa bentuk digestive system kita yang telah aku lupa
maklum laaa,,
waktu muda2 dulu pun,,
bukan pandai sangat bio

waktu selak-selak buku tu,,
jumpa macam-macam khazanah le dalam buku aku



perghh,,ni surat ape ni
berdebar-debar la plak an
bila bukak
kat depan je nota bio
dalam-dalam tuu
hmmm
duk bergosip rupanya..
hahaha
ala,,ada la conversation
kan cikgu tak bagi bercakap dalam kelas,,
kita pun tulis la dalam kertas then pass2 pada kawan..


hah ko..
ape ke hal ada pembaris segala ni
bila difikir-fikir
baru la aku ingat
aku memang suka jadikan pembaris sebagai penanda buku
lepas emo-emo cari pembaris tak jumpa
pastu tuduh orang curik then beli baru
pffttt..


kad pelawat dengan pembungkus chewing gum pun adaaa


ni pulak pembungkus coklat


plastik gula-gula pun ada kauuu


pembungkus coklat lagi?

kantoi aku selalu makan dalam kelas kan
banyak makan dowh
patut belajar tak berapa cerdik
hahaha

selak-selak lagi
baru la jumpa benda berilmiah sikit


ada la jugak nota zaman aku belajar rupanya
ni mesti cikgu yang paksa lukis
kalau tak,,jangan harap la aku nak lukis
gambar untuk experiment pun aku tekap je
takde nya aku gigih nak melukis
bukan jiwa aku
hahaha
ni la gambar yang aku lukis tu
tapiiii,,apakah ini?
hahaha
bairlahhh
malas nak cari
huah3

Aug 11, 2011

isu semasa

sejak bulan puasa ni kan
selalu je kita dengar pasal keracunan makanan
yang terbaru ni pasal budak mati lepas makan sate dan ABC yang dibeli di bazar ramadhan

awal ramadhan dulu ada la menteri-menteri bahagian kesihatan ni pernah nasihat
dia suruh orang ramai berhati-hati ketika membeli makanan di bazar
dikhuatiri tidak bersih sehingga menjejaskan kesihatan
waktu aku dengar berita tentang pesanan ikhlas menteri tu..
aku macam tertanya-tanya,,
serius ke masalah keracunan ni sampai menteri nak bagi pesanan-pesanan segala?

lepas beberapa hari puasa,,
ada kawan aku muntah sejurus siap berbuka
ingatkan indigestion sebab makan banyak and minum air banyak
kot-kot la tak hadam kan
lepas solat maghrib,,
dia dah mula cirit-birit sampai keesokan harinya
tu pun sebab makan makanan yang dibeli di bazar

tiap-tiap hari ada je kes keracunan makanan sejak bula puasa ni
jadi,,
kalau anda ada masa,,
ape salahnya masak sendiri di rumah
kalau tak tahu,,
google je
video memasak pun ada
zaman canggih kan sekarang

oleh sebab itu,,
semalam,,
terhasil lah benda di bawah ini
hehehe


lepat pisang!
tak susah pun nak buatnya
pi la google resipi dia sekarang!
boleh la buat juadah berbuka hari ni
huhuhu


tengok le cara aku bungkus
tak market langsung
tapi mak aku kata tak pe,biasa la baru first time buat
ni memang 100% aku yang buat
takde pertolongan dari mak aku pun
mak aku cuma tolong beli bahan and cari daun pisang je
hahaha

biar external look dia buruk,,janji bersih kan
kita buat sendiri,,
kita tahu la tahap kebersihan dia
boleh makan tanpa ragu-ragu okeh

oleh itu,,
boikot bazarrr!!!!
hahaha
tak la..
bukan la boikot,,
tapi time nak beli tu tengok2 la sikit
cari yang bersih
jangan main bedal ikit nafsu je
kelak badan yang merana
ewahhhh..
hahaha

Aug 10, 2011

gertak duluuu

ini pokok mangga yang mak aku tanam
tak silap aku zaman aku sekolah menengah dulu
pokok memang merimbun
tapi sayang susah nak berbuah
berapa kali dah mak aku nak tebang
ingatkan pokok jantan la ape la
sebab lama benor tunggu
tak berbuah-buah jugak

orang kata kena ugut nak tebang dulu baru berbuah
jenuh kami ugut
tak berbuah jugak
macam-macam ikhtiar kami lakukan
potong dahan dia la
buang daun la
tapi tak nak jugak dia berbuah
tak faham betol kami

ibarat orang dah lama kawen tapi tak dapat anak
macam tu lah perasaan gelisah kami tengok pokok ni

cara terakhir yang bapak aku buat adalah
tabur garam kat pokok tu
lepas tu ugut nak tebang
hahaha

hasilnya,,
berbuah la jugak pokok ni akhirnya
hahaha

dulu kan aku pernah pergi ladang anggur
pokok-pokok anggur akan ditogelkan
iaitu dibuang semua daunnya
then, baru la pokok tu akan berbuah
mengikut teori pakcik yang jaga pokok anggur tu ialah
pokok anggur yang ditogelkan akan berbuah sebab dia rasa dia nak mati
yela,,
macam manusia,,
kalau nak mati mestilah
nak tinggalkan pewaris segala kan
same goes to anggur
dia berbuah la sebab dia rasa nak mati
yelaa,,semua daun dia dah takde,,dia ingat dia leukimia agaknya
so,,pokok anggur tu macam dapat rasakan maut semakin menghampirinya
dia pun nak jugak la tinggalkan pewaris
oleh itu,,dia berbuah le
hahaha
padahal pokok tu ditogelkan sebab dekat malaysia takde musim luruh
negara asal anggur kan negara 4 musim,
dan pokok anggur hanya berbuah lepas musim luruh
sebab tu la pokok tu perlu ditogelkan
supaya pokok tu percaya dia berada di musim luruh
hahaha


tengok,,agak banyak la pokok mepelam ni berbunga dan berbuah
tapi masalahnya,,
banyak semut dekat dahan yang ada buah tu
menyebabkan buah tu tak sempat besar dah jatuh menyembah bumi

siapa-siapa yang tahu ilmu pertanian,,
harap dapat la share cara untuk mengubati pokok ni
nak jugak merasa buahnya setelah sekian lama menunggu
sobsss..

Aug 9, 2011

malu dowhhh

ok
aku stress tau tak
bila asyik tersalah tegur orang kat facebook
korang pernah tak?
ke aku sorang yang suka buat kalut macam tu

dah beberapa kali dah aku kena
yela,,
kawan2 kita ramai je yang ada nama sama
terutamanya nama-nama yang common
sebagai contoh
tadi aku baru je tegur kawan aku nama halimah
konfiden je aku tegur kan
sekali dia tanya,,siapa nih?
demmm
aku lupa sekolah aku dulu ada 2 orang halimah
sorang rumate aku,,
sorang budak baru yang aku tak rapat sangat

dah tau nama tu common,,
tolongla letak gambar sendiri
stress la aku
hahaha,,
dan-dan aku nak salahkan orang
padahal aku yang pemalas nak p bukak profile budak tu dulu sebelum tegur

yang lebih memalukan
bila ko p tegur musuh ko
yang tak tahan nya,,
siap taip dengan penuh perasaan
"dayahhh,,rinduuuunyaaaa kat ko!!!"
demmmm
aku nak tulis dekat dayah si loyar lawa tu
tapi pi tulis kat dayah musuh zaman skolah
triple demmm
hahaha

rasa macam takmau tegur semua orang yang nama common dah


Aug 8, 2011

tradisional budak-budak ni

tadi aku ada dengar
budak-budak duk maen tepi bilik aku
alah,,
permainan yang sambung-sambung perkataan tu
yang macam ni

buah apa,buah apa,buah ape sekarang
pastu kawan pun sahut
buah durian,buah durian,buah durian sekarang
durian apa,durian apa,durian ape sekarang
pastu kawan pun jawab le

tau tak permainan ni?
tak tahu sudah
nampak sangat kehidupan kanak-kanak korang tak best..hihihihi
bagi aku permainan ni sangat bagus
lagi-lagi dimainkan oleh kanak-kanak sekolah
kerana isnya menguji kepantasan berfikir
tapi yang tak best nya,,,
diorang duk melalak sebelah bilik aku
rasa nak lempang je

nasib baik la kesabaran dibulan puasa ni mempengaruhi aku
kalau tak,,memang kena ar diorang nih

bila dikenang-kenang zaman kanak-kanak dulu,,
memang best ar
segala jenis permainan main kat sekolah dengan kawan-kawan
main,main jugak
tapi takde la bodoh pun
cuma tak dapat pergi belajar oversea je
hahahaha..


Aug 6, 2011

banyak tapi tak tahu

sebenarnya ada banyak isu yang ingin aku bangkitkan
untuk buat entry
setiap pagi lepas sahur,,
aku selalu fikir nak buat entry ape
paling tak tahan,,
aku selalu fikir tajuk dulu
isi memang tak de ar..
memang selalu tajuk yang muncul dulu
bila dah tulis tajuk,,
dah tak tahu nak elaborate ape dalam entry

disebabkan banyak sangat benda yang aku nak cerita,,
aku macam stress la tak tahu nak cerita ape dulu
memang la takde orang baca sangat blog ni
tapi aku macam stress la bila aku dah fikir banyak2
tapi lepas tu malas nak taip..
hahaha

lebih memburukkan keadaan,,
aku semakin malas nak ambil gambar
hasilnya,,
blog ni semakin kusam
sobsss..

lagi stress bila fikir raya..
huishhhh..

errrr,,
aku tak tahu la nak tulis ending entry ni mcam mana
berenti tiba2 macam ni je boleh?
kira halal je lah eh?
babai korang...

Aug 5, 2011

advice for advisor

dalam hidup kita ni
macam-macam kerenah manusia yang kita akan jumpa
lebih-lebih lagi kehidupan berkawan dengan manusia


biasa la
nama pun kehidupan
ada yang ditakdirkan memegang watak suke mencari nasihat
ada jugak watak yang selalu mencari nasihat
tetapi
kebiasaannya setiap manusia ini memegang kedua-dua watak

apabila kita menghadapi masalah,,
pasti kita akan cuba mencari nasihat
walaupun selalunya kita lah yang dicari oleh kawan untuk dinasihati waktu mereka ada masalah
kita sebagai insan biasa
tak akan lari dari hari yang perlukan nasihat dari orang lain walaupun kita adalah pemberi nasihat tegar kepada umat manusia
err,,
paham tak ape yang aku cuba sampaikan?
pendek cerita,,semua orang perlukan nasihat

tapi kan,,
ini nasihat pada orang yang selalu dicari oleh kawan
untuk minta nasihat

bila kawan cari anda untuk minta nasihat,,
maknanya anda dipercayai
oleh itu,,
tolonglah jangan memusnahkan mereka dengan bagi nasihat mengarut-ngarut
orang yang dalam masalah dah tak boleh fikir secara waras dah
sebab tu dia cari anda untuk mintak nasihat
dia memang akan percaya dengan apa yang anda kata
anda pula sebagai penasihat,,
tolonglah jangan ambil kesempatan terhadap kepercayaan kawan tu
setiap patah perkataan yang keluar dari mulut anda sebagai nasihat tu perlulah difikir secara panjang dan in good faith
anda perlu bertanggungjawab dengan perkataan yang anda keluarkan
kalau taknak bertanggungjawab,,
bagi la disclaimer awal-awal
seperti
1)"ini pendapat aku je,,depends pada ko la nak decidi macam mana"
2)"bagi aku macam ni je..aku tak tau la pulak kalau bagi dia,,dia rasa macam lain"
3)"ini aku agak je..ko jangan la percaya 100%"

lebih kurang macam tu la kan
takut plak kawan kita tu buat keputusan yang salah disebabkan nasihat kita
entah-entah masalah dia sebenarnya kecik je
tapi sebab nasihat kita yang over tu,,
masalah dia bertambah rumit

akhir kata,,sila bertanggungjawab dengan nasihat-nasihat anda=)

Aug 4, 2011

kawan separuh masa

ko ingat kekasih je ada separuh masa?
kawan lagi kerap dijadikan kawan separuh masa sebenarnya
macam mana plak jadi part time kawan ni?

aku berani jamin la,,
kebanyakan kita selalu jadi kawan part time
terutamanya perempuan

kita hanya kawan separuh masa
bila kawan2 hanya akan cari ko
bila dia ada masalah
setiap kali kontek ko pun
sebab dia ada masalah
tak pernah kol ko secara ikhlas
mesti nak mengadu domba masalah dia la,,
nak mintak nasihat la

time senang-lenang tak penah plak nak ingat kat ko an
asal susah sikit,,
dan2 tu la baru nak mencemar duli cari ko
kalo tak,,memang tak tahu la status diri dia
sama ada masih hidup atau pun tak

tapi,,benda tu biasa la kan
kalau takde hal,,
macam mana nak anta sms or call segala
kalau selalu kontek kang
ada jugak yang perasan
kata kita suka kat dia la ape la kan
lagi2 kawan berlainan jantina

untuk mengatasi masalah ini,,
supaya ko takde la rasa malu sangat bila nak mintak tolong kawan
dan tak dikatakan kawan cari kawan bila ada masalah je,,
ko harus la berbudi bahasa
contohnya,,
bila ada big event ke ape ke
ko hantar la sms ke ape ke
kalau kedekut sangat
kurang2 ucap la birthday dia kat facebook


kalau nak kurang rasa malu lagi,,setiap kali awal ramadhan ke,
dekat2 nak raya ke,,
atau event yang sewaktu dengannya,,
hantar la sms segala
ni tak,,
menyepi kadang2 3 tahun
bila ada masalah baru la nak cari member separuh masa tu kan..

tapi kawan yang baik,,
dia tetap layan ko punya kerenah bila ko nak mgadu masalah tu semua
walaupun 5thn dah pun ko tak penah muncul dalam hidup kawan tu
tapi takkan la ko tak tahu malu ye dak?
hohoho

Aug 3, 2011

resipi udang masak lemak kuning

disebabkan ada orang mintak resipi ni dari aku kat FB,,

alang-alang aku dah taip kan

aku nak share la sikit kat sini

malas la nak letak gambar

sebab dah makan dah pun

hehehe


udang masak lemak kuning puan emak..hehehe

½ sudu besar beras(rendam 4-5minit lepas tu tumbuk)

3 biji bawang merah (kecik2 sudah la)

1 biji bawang putih

3 biji cili padi (kalau nak pedas bubuh la 6-7 biji)

1 keping asam keping(asam gelugor)

1 batang serai

sedikit lengkuas(taknak letak pun takpe)

1/3 sudu besar serbuk kunyit

½ sudu besar garam

1/3 santan(mak saya kata 1- beli je santan harga seringgit pastu bubuh semua..

2-takpun beli santan kotak jenama kara yg kecik and bubuh 1/3 daripadanya..kalau nk pekat,,bubuh setengah pun takpe )

4cawan air(kalau nak kuah banyak,,bubuh la air banyak tapi kalau nak kuah sikit,kurangkanlah air)

20 ekor udang(nak bubuh banyak pun takpe)


cara-cara

-tumbuk bawang putih dan bawang merah

-ketuk serai dan cili

-masukkan semua bahan dalam periuk

-masak semuanya hingga mendidih..

-siap!

mak aku kata memasak ni fleksibel

ikut suka kita la nak tambah ape nak kurangkan ape ikut selera kita

kita yang buat dia

bukan dia yang buat kita

kalau nak letak sayur pun ok

kalau rasa tak masin,,tambah la garam

nak tukar jenis cili ke nak tukar apa2 bahan pun ok..

ikut suka korang tau..jangan skema ikut sukatan tu betul2 sebab ni bukan resipi kek or biskut yang sukatannya harus tepat

Aug 2, 2011

guwa itu cool

aku rasa cool la bila gunakan ganti nama guwa untuk aku
kan..kan?
cool an
aku nak guna guwa la plak
baru nampak rock sikit..hahaha

guwa rasa guwa cool ar semenjak puasa ni
hari2 guwa buat kerja rumah
hari first guwa
sapu lantai,
lipat baju,,
basuh bilik air,
masak

hari kedua
guwa lap habuk di kipas
bukan sebijik tapi berbijik-bijik
cam biasa,,
guwa tolong mak guwa masak segala
tapi memang guwa ligat ah sepanjang ramadhan ni
padahal sebelum2 ni memang guwa ar paling liat buat kerja tu semua
semua kerja2 tu guwa serah pada emak dan adik je
hahaha

guwa syak sebelum ni guwa malas sebab pengaruh setan la
bkn sebab guwa malas sejak azali
hahaha

telefon karat

rumors sana
rumors sini
rumorsss everywhere
ada yang betul
ada yang salah
so,,kita yang mendengar ni,,
tolong la jangan terus jump to conclusion
bak kata org,,
dengar boleh,,percaya jangan..

minggu lepas kan
kecoh la kat kawasan aku ni
classmate adik aku dikatakan meninggal
sebab accident dengan lori katanya
lebih tragis lagi,,
parents budak tu pun terlibat dalam kemalangan jugak waktu nak p tengok anaknya itu
pihal skolah telefon
orang kampung kol untuk ucapkan takziah
pihak skolah pun ada jugak pergi cari kat hospital semua
tapi tak ade

dan semalam,,
budak yang dikatakan meninggal tu datang kedai mak aku
perghhh
kata meninggal,,
ni ada je budak ni
rupanya,,
budak tu accident waktu naik kereta dengan satu family dia
luka sikit je kat tangan
adik budak tu je teruk sikit
tapi takde la sampai meninggal
bedebah betul
sape yang buat cerita jauh benar dari kebenaran..

ni lah akibatnya bila dengar berita dari mulut ke mulut
mak aku dah siap sebarkan pada orang2 kat kampung aku kat kelantan pasal budak ni meninggal
ish3..

Aug 1, 2011

kecewa nyaaaa

seperti semua sedia maklum
semalam merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua
iaitu pengumuman tarikh berpuasa
dari kecik,,
antara detik2 yang paling ditunggu adalah
kemunculan pakcik ini di kaca tv
dengan ayatnya yang mampu menggembirakan semua orang
iaitu Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah
penyimpan mohor besar raja-raja

dari kecik kot aku menatap wajahnya 3kali setahun
rasa tak lengkap hidup tak tengok wajah beliau di kaca tv
sekarang beliau dah bersar
sungguh hamba sedih dengan berita ini
sobssss


guwa rasa lebih kecewa bila tak dapat tengok kemunculan pertama
penyimpan mohor besar raja-raja yang baru iaitu
Datuk Syed Danial Syed Ahmad
yela,,dah 21 tahun aku hidup
selalu aku tengok Tan Sri Ungku je
tak penah tengok yang lain
so,,macam excited la nak tengok yang baru
tapi apekan daya
waktu pengumuman puasa semalam
aku dalam perjalanan
dalam kereta..

sedih gila kan tak dapat tengok Datuk Syed buat pengumuman
tapi adik aku yang darjah 6 kata
jangan sedih2
raya nanti dapat la tengok Datuk Syed tu
so,,
aku tak sabar nak tunggu raya
bukan sebab nak habis puasa cepat tau
tapi sebab nak tengok penyimpan mohor besar raja2 ye
hehehe..