BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Oct 23, 2014

Ketam pondan

Ramai sangat duk promote pasal ketam lembut ni kat akak,so,semalam sempena cuti deepavali,akak tak balik rumah,akak pergi la kuala gula untuk menikmati ketam lembut yang dah masuk JJCM ni

Mungkin sebab ketam itu sifatnya lembut,
Tu orang letak nama fancy dia as ketam pondan
Hahhaha..kalo orang jantan lembut,boleh la panggil pondan,ini ketam pun digelarnya pondan
Ada orang kata ketam ni bersalin kulit,sebab tu kulitnya lembut
Ada jugak yang kata,ketam ni anak ketam,kulit takdan keras lagi hahaha
Tapi paklang and maklang kata,ketam ni memang spesies cengkerannya lembut
Entah le,teman pun tak tau mana kisah benarnya
Yang pasti memang ketam ni lembut semua anggotanya

Ko boleh ngap semua anggota ketam ni even pejam mata sekali pun
Tak payah comot dan belemuih bergusti dengan ketam untuk keluarkan isi dari setiap ceruk cengkerangnya
So,untuk pasangan bercinta memang elok la pergi
Si perempuan tak payah nak control ayu untuk melahap ketam
Keayuan mu tetap akan terpelihara sewaktu makan
Ko boleh selamba makan kulit dan kaki ketam begitu sahaja

Tapi jaminan itu hanya terpakai kepada ketam lembut sahaja
Kalau ko order ketam nipah,nasib ko la kena godek-godek cari isi dalam kulit tu
Kalau ko alergik tak boleh makan ketam,ada je seafood lain
Tapi dimulut akak ni,siakap tiga rasa dia tak sedap
Sebab kuah tiga rasa tu tak kick,mak akak buat lagi nyumsss

Tapi kalau siapa mabuk laut atau tak tahan duduk kat tempat teroleng-oleng,
Tak payah la pergi
Sebab ianya restoren terapung,ko akan pening sket bila restoren tu goyang2 dipukul ombak
Akak pun tetiba jadi pendiam kat dalam restoren tu sebab akak fenin
Hahaha

Oleh itu,gambar ada skeping je
Tu pun budak waitress tu sudi tolong ambil walaupun dia busy gila
Akak pun tak tergamak nak suruh dia snap banyak2 sebab mata dia melilau tengok bos dia

Tapikan,akak tak berkenan dengan layanan depa
Sebab budak2 muda yang amik order,diaorang tinggi2 suara
Nak marah jugak aku pun
Tapi cheq sabaq je sebab cheq fenin
Hahaha

Sekian,review akak untuk ketam lembut kuala gula di restoran terapung JS Muara

No comments: