BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Mar 13, 2016

Equinok dan el-nino

Ya Allah,panasnya sekarang ni
Semalam lagi dasyat,dahlah musim panas,bekalan elektrik terputus
Hahaha,chewahhh kemain bahasa melayu aku

Black out di siang hari sekali,di malam hari sekali
Cuba ekau bayang kan
Mau tak hangat hati
Lepas tu mula la kesabaran menipis
Nak duk kat dapur menunggu makanan siap pun tension

Kalau kawen musim ni lagi tension
Berpeluh- peluh kau
Mesti tak selesa nak berbaju pengantin
Silap-silap pengantin pengsan.haha

Eleh,padahal nak sedapkan hati sendiri sebab jealous tengok orang kawen musim ni

Kat malaysia ni ada 2 musim utama je
Tak panas,hujan
Hujan pun sama tension je kalo buat kenduri
Basah,lecak bagai

Konklusinya,bertabah la semua
Hadapi la semua keadaan dengan tenang dan positif
Kalau kita yang duduk dalam rumah pun tak tahan panas
Cuba bayangkan orang lain yg lgsung takde rumah
Yang memang kerjanya terpksa berpanas hujan
Kesiannya dekat diorg.
Dah la dijangka panas berpanjangan sampai september
Ramadhan bulan Jun

Ya Allah,berilah kekuatan kepada kami semua

Oct 24, 2015

Akok

Wehhh,pagi- pagi hujung minggu macam ni, ada lagi ke orang nak dengar cerita ko makan apa
Lagi-lagi dizaman teknologi 26 bilion ni.ehem

Bangun pagi mak dah pergi kedai ambil kuih akok yang dia tempah sebelum aku balik lagi
Waktu aku kat penang hari tu mama ada tanya nak makan akok tak
Kalo nak,dia nak tempah
Boleh makan waktu weekend sebab dia tengah makan akok,teringat kat anak-anak
Katanya rasa tak sampai hati dia sorang imakan  tapi anak-anak tak dapat makan
Macam tu sekali para emak kasihkan anak
Kita yang anak ni macam mana pulak?
Duk makan syok bukan main shell out bagai bergumbira dengan kawan-kawan,tunjuk kat social media bagi semesta alam tengok
Tapi time makan tu ada rasa tak nak bawak mak kita menikmati apa yang kita nikmati next timeataupun ada rasa tak nak tapau bawak balik kat mak?

Macam sebelum ni,whole family pergi makan kfc tapi aku takdak,weekdays kan....
Harus la cheq kerja
Lepas tu mak call kata "takpe ke kami makan kfc tak tunggu mu balik dulu?"
Sobsss
Padahal aku every week makan kfc,takde plak rasa bersalah and fikir mak aku ok ke kalo aku makan kfc
Tak fikir pon sama ada mak kita tu teringin kfc tak

Mak aku siap rasa bersalah kot p makan kfc tanpa anak-anak yang lengkap
Aku kata kat mama,"laaa,takpela,pergi jela.orang boleh makan kat sini.dekat dengan ofis ni memang ada kfc"
Ingatkan kesahnya berakhir disitu

Rupanya bila aku balik rumah that weekend,
Mama ajak papa bawak aku p makan kat luar
Sebab papa dah belanja semua orang,
So ganti balik kat aku.belanja aku plak
Macam tu skali kau
Padahal aku tak kesah pun
yela...kita dah keje kan
Takdela mengharap duit parents pun
Kalo kita nak,kita boleh beli anytime anywhere gitu

Tapi nak buat macam mana
Itulah kasih sayang ibu bapa yang tak bertepian
So,hangpa jangan duk pikiaq nak makan sedap- sedap dengan kawan hangpa, p bercuti oversea konon untuk reward diri sendiri ja
Gembirakan parents ang dulu
Bagi reward kat depa dulu
Sebab aku ada baca quote kat mana tah
"Tak guna p cuti oversea tiap2 bulan tapi ibu bapa dibiarkan susah dikampung"
Itu bukan the exact words la.ayat quote haruslah lebih sedap,lebih puitis dan lebih indah
Itu berdasarkan interpretation aku jela
Krohhh krohhh krohhh

Akhir kalam
Sayangilah ibu bapa anda walau apa pangkat anda sekali pun
Jangan nak ikut trend orang zaman sekarang sangat
Lagi2 trend perabih duit ni utk show off pada masyarakat
Not good okeyhhh
Tata ;)

Oct 15, 2015

Goosebumps

Disebabkan semalam public holiday,daku terdampar di Penang keseorangan
Hari cuti la kau nak bangun awal kan
6 pagi dah bangun
Solat,masukkan selimut,comforter,cadar towel bagai dalam washing machine
Dan daku beristirehat membaca buku
Baca buku kau di pagi hari
Kalau sekolah menengah dulu rajin baca buku macam ni
Mesti SPM hari tu straight A's
Hahaha

Oleh kerana bosan,kita mandi awal
Boleh kira hari itu dalam sejarah la mandi pagi awal betul2 di pagi hari
Slalu mandi pagi di petang hari
Huahuahua

Dah mandi,masak breakfast,buat air satu jag
Bersantai-santai menikmati sarapan di depan tv sambil basuh kain untuk second round

Omaigoddd,sungguh kebosanan
Janji dengan ofismate nak tengok wayang lepas zohor
Daku rasa masa berjalan perlahan-lahan sangat perlahan
Nap kejap
Ahhh,bangun tengok baru pukul 12
Nasib baik zuhur sekarang awal
Takdela lama sangat nak tunggu tibanya saat untuk keluar menghirup udara luar rumah

Pukul 2 sampai prangin mall,
Terus menuju ke 1st Avenue beli tiket
Meleret-leret pulak cerita akak
Maaf la,akak excited dapat keluar dari kepompong tingkat 13

Bila bagitau kawan-kawan aku p tengok goosebumps,respond depa ialah,fuyyooo tengok cerita hantu
Hati-hati tido nanti, kot-kot ada hantu rambut panjang kat tepi tingkap
Ada hantu bungkus baring sebelah waktu tido nanti,ingat bantal peluk skali hantu muka sopak
Hmmm

Hellooooo,movie goosebumps ni tak menakutkan pun la
Kelakar ada la
Akak bagi 4 bintang sebab ada gak part bosan
Tapi kalo cari cerita ringan berunsurkan humor,boleh la tengok cerita ni
Kot la nak ubah selera dari polis evo
Kahkahakah

Sekian review movie goosebumps.hahaha
Dasar pemalas taip

Testing 1 2 3

Saya rasa nak buat comeback la
Maklum laaa,ramai peminat merindu
Kahkahkah

Tapi hidup sebagai wanita bekerjaya ni busy la
Tak banyak sangat masa terluang
Kalau ada pun,diluangkan untuk insan2 tersayang
Kalau weekend,memang betul2 rehat
Takpun melayan anak sedara
Anak sedara saya dah besar
Nak tengok?
Maaf,gambar tak boleh upload
Besar sangat kot diorang ni
Sampai gambar pun tak lepas
Hmmm

Feb 3, 2015

Proses untuk longcall part 3

Tadi aku dah taip tapi lupa save
Ni taip kali kedua,so,makin pendek la kot penceritaan aku

Ok,kita sambung kisah semalam
Sejurus pulang dari kl,pagi rabu aku balik taiping
Sampai taiping aku fotostat semua documents dari borang 1 sampai borang 8,buat cover letter dan hantar pada mahkamah taiping
Mahkamah taiping akan emel tarikh longcall yg diorg beri pd aku kepada mahkamah kl
So that mahkamah kl blh keluarkan notis perbicaraan
Hari khamis baru aku dapat extract notis perbicaraan,pastu aku cepat2 kurier ke 3 bodies iaitu bar council kl,AG putrajaya dan perak bar di ipoh
Lepas dah hantar pada 3 bodies tu,aku kena tunggu letter of no objection daripada diorg
Kalau depa ada bantahan,ang kena buat pembetulan
So,leceh la cerita dia

Sementara tunggu letter of no objection,aku buat la kad jemputan,ucapan untuk mover aku pastu aku pergila jumpa judge magistret semua untuk hantar kad jemputan
Lepas tu p anta plak kad jemputan tu kat semua firm sekitar
Dalam masa sama aku g hantar semua document dan ucapan yg perlu di baca oleh mover aku depan hakim khamis mggu depan nya
Mover aku senior lawyer nama mr.yap
Cari mover pun penuh drama jugak sebab nak jadi mover kena practise as lawyer more than 7years
Lagipun akhir tahun,ramai senior lawyer cuti
Mr.yap je available
Tu pun berkali-kali g pekan nak setelkan hal kad jemputan tu

Lepas majlis longcall,kena buat kenduri atau omputih kata refreshments to follows lepas majlis sarung robe pada i
So,hal catering pun cheq kena settle by this week
Sebab isnin slasa next week nya aku cuti dan takde di taiping

Hari jumaat aku call putrajaya tnya terima tak borang2 aku.dia kata blm lagi.suruh aku call balik hari slasa sebab isnin dia cuti.hmmm
Aku nk longcall khamis tu kot
Pastu call lagi 2 bodies tnya terima tak
Sama la jwpn dia,follow up mggu dpn.hmmm
Pastu perak bar kalut suruh aku call depa,ingatkan ada bantahan,rupanya nak cakap jangan lupa hantar satu salinan afidavit prnyampaian pada diorg
Ye,aku tahu la

Hari isnin dan selasa aku cuti sebab pergi interview kat putrajaya
Nanti la aku cerita pasal interview2 dalam slot lain
Balik je hari rabu tu aku hantar letter of no objction pada court,pada mover aku
Dan bersiap sedia untuk majlis longcall esoknya

Orang pakat duk kata tahniah,mesti best sampai tak boleh tido
Bagi aku biasa je
Takde perasaan pun
Sebab lepas longcall kena keje macam biasa jugak
Ok,majlis longcall,aku sambung lagi ek
Majlis longcall harus la panjang
Kena buat entry lain