BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

May 31, 2010

rezeki baju terbalik

mak dan ayah aku kata,,orang tua-tua kata,,


kalo pakai baju terbalik maknanya nak dapat rezeki banyak tau


kisah nya bermula begini,,


waktu tengah bersarapan sama2 semalam..


yela,hari Ahad kan..semua tak sekolah,,sempat la bersarapan sama2


tengah makan tu bapak aku cakap kat mak aku


"tukang masak kita pakai baju terbalik la hari ni"


semua pakat duk bergelak sakan...


pastu bapak aku sambung"nak dapat rezeki banyak kot hari ni"


dalam hati aku,,eiii,,ni kepercayaan karut ke ape..percaya sangat benda2 camtu


tapi aku cakap dalam hati jela..biasala,,pagi2 memang tak berapa rajin nak bercakap


tak lama lepas tu,,,mak aku pulak bising


"eleh,,cakap kat orang,,dia pun 2x5 je"


ea eh,,pehal mak aku ni..


tiba2 je


rupa-rupanya bapak aku pun sama je pakai baju terbalik jugak..hahahha


pehal hari ni dua2 pakai baju terbalik ni?


nampak sangat tak mandi lagi...


pastu bapak aku pun cakap"dua2 pakai baju terbalik ni mintak2 la rezeki hari ni masuk"





tapi kan,,aku rasa betul jugak kot kata2 orang tua tu


sebab,,memang semalam pelanggan kat kedai tak putus2


alhamdulillah...


tapi korang jangan percaya pada baju tu


korang kena percaya bahawasanya rezeki itu sememangnya dari Allah S.W.T


kejadian baju terbalik itu mungkin hanya satu kebetulan


tak pun,,itu sebagai petanda awal


petanda awal bukan la kepercayaan karut kerana Allah juga mengurniakan ilham kepada manusia


jadi,,kejadian baju terbalik itu mungkin la petanda awal yang Allah anugerahkan kepada keluarga kami agar bersemangat untuk meneruskan mencari rezeki


kami bersyukur di atas rezeki tersebut


tapi kesian kat adik aku


ramai sangat orang kat kedai sampai dia dihantar pulang ke asrama sangat lewat


waktu last tuk masuk asrama pukul 6 tapi pukul 6.30 baru bapak aku pergi hantar...


nasib baik guard bagi masuk...hihihi




nampak tak gambar ape tu?

warga UUM tau la bas ape dalam gambar tu..hahahah

itu la gambar bas UNIC yang membawa kami ke kelas hari2

ha,,ni gambar bas UNIC parking depan kedai aku

cam teruja lak dapat tengok bas universiti di musim cuti ni..

sempat gak aku berborak ngn uncle yang indian tu(x ingat nama uncle tu ape)

hahahahha...


May 29, 2010

mood yg naek turun

sangat rasa menyampah pada semua benda...

hmmm

sangat xde mood

...............................................

May 28, 2010

CUN SAJA

ni lagu background untuk blog ni

disebabkan ramai yang bertanya,,aku pun bersusah payah la untuk korang

peminat nombor satu lagu ini iaitu Peri dan Kimah,,aku dedicate lagu ni untuk korang

sila enjoy!!!

tajuk:cun saja

penyanyi:sleeQ

p/s:mungkin lagu background xberfungsi buat sementara sebab ada problem..harap maaf

May 27, 2010

hilangnya budi bahasa

tadi kan..aku pergi pasar malam(walaupun aku pergi petang,,namanya tetap pasar malam jugak),waktu nak balik,singgah la kejap kat gerai jual jambu batu.mak aku tanya la,"nak tak?nampak macam tak elok je".aku pun jawab la,"tah,macam tak cantik je".ha,ko tahu ape tuan gerai tu kata?
dia cakap macam ni ha "hang pun tak cantik jugak.jambu ni pun sama macam hang.hang cantik pun sempat pakai bedak je kan.kalo tak pakai bedak,tak cantik jugak".terkedu aku oiiiiiiii...aku ingat habis stakat tu je..rupanya,,dia sambung lagi "cuba tengok muka hang bila bangun tido,mesti tak cantik,sama la macam jambu ni,tak cantik la sebab baru petik..nanti hang basuh,potong dia cantik la".fuhhhhh!!!! Panas cheq tau...pandai-pandai je ekau ye..aku ni baru je pulang dari membanting tulang empat kerat,,ko kata aku berbedak ye...aku xde la rasa apa-apa walaupun suara dia macam halilintar dan di khalayak ramai plak kan..ko xtau I'm law student!! aku saman karang baru tau...hahahahha(tadi tak terpikir pun,,ni dialog bila dah sampai umah).

pastu mak aku tanya aku lagi skali,,"nak beli tak?"..aku pun jawab la,"tak payah la"...memang jambu tu tak cantik pun,,lubang-lubang,warna pun dah kusam,lebam-lebam plak tu...

selepas blah dari gerai tu,,mak aku pun cakap la kat aku,"pesal ko tak balas balik ape dia cakap tadi?cakap la kat dia macam la muka ko tu lawa sangat,muka macam @#$%&%(maaf,mak aku ada mencarut sket..hahaahaha)".tengok,sentap mak ayam tau..eh2..bukan..bukan..sentap mak aku tau..bila ko cakap aku tak cantik,,bermakna ko pun menghina mak aku jugak tau.memang la ko ni' kecek xdok baso' bak kata orang kelantan yang bermaksud cakap tak pakai otak dalam bahasa standardnya.mak aku cakap,kalau dia cakap elok-elok,mak aku ada hati jugakla nak pilih-pilih cari yang elok kan..bila ko dah mengata aku macam tu,mak mana yang tak terasa kan.macam ni la orang melayu yang tidak berpendidikan.ya,aku paham kalo ko kata ko kurang budi dan bahasanya sebab tidak mendapat pengajian tinggi tetapi dimanakah nilai budi bahasa yang sepatutnya ada dalam diri seorang Melayu..sudah lunturkah disimbah air hujan asid?atau sudah terhakiskah ditelan taufan budaya barat?

lepas tu mak aku berkata lagi..tak habis lagi kata-kata tidak puas hati beliau..panas hati beliau lebih tinggi suhunya berbanding suhu di pasar tersebut yang hampir mencecah 40 darjah celcius."kecek bodo sungguh la budak loni,kalo dengar ko bos dio mesti kena pecat tuh..kecek huduh.doh la muko pun huduh doh"hahahhaha...(malas nak translate)..beliau berkata lagi,"pesal tak sound je budak tu tadi?".aku pun jawab la"malas la cakap ngn orang bodoh camtu..nanti dengan kita skali nampak bodoh duk bergaduh ngn orang bodoh camtu"..hahahha..matang tak jawapan aku?matang kan...

macam tu la kisah hari ini...kalau nak berniaga tu,buat la cara nak berniaga..tau la ko tu muda lagi,,tapi tak kan la ko xtau cara bergurau dengan cara menghina?..kalo macam ni la perangai ko,,memang xlama la bisnes ko tu..InsyaAllah la lingkup beberapa purnama lagi..ketahuilah kamu sesungguhnya setiap pelanggan itu adalah pembawa rezeki.Hargailah pelanggan anda!!!
hahahah...aku bukan doakan yang buruk-buruk tuk peniaga tadi tapi diharapkan kisah ini mampu menjadi teladan kepada kita semua agar kita semua lebih berbudi bahasa kelak..tidak kira kepada sesiapa saja.

akhir kata, BAHASA CERMINAN BANGSA!!!

p/s:bergurau biar lah ada batasan nya..bak kata pepatah,kerana pulut,santan binasa,kerana mulut,badan binasa..ingatlah,lidah lebih tajam dari pedang..kalau tidak digunakan secara berhati-hati,,mampu mencerakan semua pihak termasuklah diri sendiri

sekian...

mesyuarat kenduri

korang pernah dengar tentang mesyuarat kenduri?
aku tak penah dengar pun wei
ni tradisi orang perak kot
lebih tepat orang kampung kat gerik ni ha
semalam ada kawan bapak aku jemput pergi mesyuarat kenduri
aku yang jakun ni pun sibuk la nak ikut
nak jugak tengok macam mana mesyuarat nya
ada siap minit mesyuarat ke ape kan
kat kelantan mana ada orang buat mesyuarat untuk kenduri kendara
tuan rumah ajak pergi buta kerja je terus
no meeting2 or pre-kenduri..

rupanya,,mesyuarat ni adalah untuk berbincang tentang kenduri yang akan diadakan
nak bahagi-bahagikan kerja la kot
aku pun xpasti sebab aku tak ikut serta pun dalam meeting tu
bapak aku pun duk jauh je dari orang meeting
bapak aku cakap,"tah,,tak tahu nak masuk macam mana,kita xbiasa mesyuarat2 nih..untuk kenduri pulak tu.laen la kalo mesyuarat kat skola,tu papa tahu la." hahahahh..jadi macam rusa masuk kampung pulak bapak aku

sebelum mesyuarat

sajian untuk para tetamu

mak cik tuan rumah tu kata sepatutnya tak payah bagi makan pun
tapi sebab beliau lama tak buat majlis makan2
so,beliau jamu la orang kampung
mulia sungguh hati mak cik
saya yang tiada sumbangan pun dapat merasa
bawak perut je pun.sangat tidak susah ke mesyuarat kensuri...hahahha
tapi kena pakai baju kurung tau
korang jangan nak buat pelik
tapi aku rasa aku je paling cun dan ayu semalam
bukan maen aku melaram
skali kat majlis tu cuma ada warga tua je
aku adalah warga yang paling muda dan menawan..kah3
ooo,,mesyuarat adalah di waktu malam..lepas maghrib..harap maklum

another story,,
geram betol aku waktu nak transfer gambar ni
boleh plak konfius mana satu wayar tuk transfer gambar
ok,,ini benda2 kamera punya




yang ni ada 2 fungsi
1)bila wayar tu sahaja disambung pada kamera, dia akan akan berfungsi sebagai pemindah gambar dari kamera

tapi...

2)bila kepala USB disambung ke kepala yang besar tu,,dia akan jadi charger kamera


sambung camni,,jadila charger kamera

bila aku nak transfer gambar dari fon pun,,aku mula mencari charger fon
lupa plak charger fon tidak mempunyai dual function cam kamera punya




yang ni baru la alat tuk transfer gambar dari fon
pening aku..ish
kan bagus kalau fon punya charger pun ada dwifungsi..geram betol

ok...aku cuba ingat sekarang
fon punya kuno sket
satu alat=satu fungsi
kamera moden sket
ada dua fungsi
ok..ok

stress aku penuh wayar duk berselirat dalam beg
fon punya la,laptop punya la,kamera punya la
tah ape-ape la lagi
kalau semua guna satu charger kan bagus..
kan..kan?

p/s:kalo korang ada masa,,layari laman web Kotex.com.my – Membantu mengenali tubuhmu, hidupmu dan dirimu! untuk mengenali diri kita..bagi kaum lelaki,,anda tidak boleh bersifat ignorant terhadap pesanan ini..ko nampak je kotex,,tros pikir ni tuk perempuan je..tidak2..sangat banyak info..sila la rajunkan diri baca..lagipun,,encik lelaki,,nanti korang akan ada anak perempuan dan isteri perempuan..anda juga perlu tahu tentang perkara sebegini.web ini bukan jual tuala wanita la,,info tentang mitos pasal akil baligh,perihal tubuh kita,,bukan setakat perubahan pada tubuh wanita tapi pasal lelaki jugak,pasal kanser dan banyak lagi..sila rajinkan diri untuk jenguk web tersebut untuk kesejahteraan bersama..=)










May 24, 2010

Aiman

Aiman tak kisah
dulu kata-kata ini sering menjadi buah mulut orang ramai
sangat sinonim nama Aiman deng tak kisah
kwnapa nama Aiman jadi pilihan?
benarkah insan2 yang bernama Aiman tak kisah?
adakah sememangnya Aiman tak kisah nama mereka digunakan untuk iklan komersial?
tak kisahkah Aiman pabila nama mereka seolah-olah jadi sindiran ramai?
ha,,panjang pulak mukaddimahnya..
padahal bukan nak cerita susur galur iklan yang menggunakan nama Aiman tu

ini sambungan kisah budak sekolah
yang wataknya bernama Aiman yang aku cerita minggu lepas
ye..
Aiman si debab itu
bukannya Aiman tak kisah
Aiman adik aku yang samseng itu
eh,,,bukan2
dia bukan samseng la...mind you!hahahaha
kan aku hari tu mak kawan dia nak jumpa kan..
kebetulan hari tersebut hari jumaat kan
lepas balik sembahyang jumaat je terus si Aiman ini pergi sekolah agama
sebab mak si G (ingat lagi watak si Gembeng?)nak jumpa Aiman di sekolah agama
mak aku inagt nak hantar adik aku tu pergi sekolah
yela,,risau la kan
belum sempat mak aku hantar..si Aiman dah pergi dulu(skolah dekat je ngn umah,,jalan 5minit je)
chewahhh,Aiman siap tunggu mak budak tu kat depan pagar skolah
aku tanya la Aiman "apsal ko tunggu depan pintu pagar?"(aku tanya bila dia balik skolah la)
Aiman jawab"dah mak dia kata nak jumpa depan skolah,,aku tunggu la"
ceh,,gila cool adik aku...

apa yang jadi seterusnya?
cuak,,,
cuak...
cuak ok...
mak budak tu nak jumpa budak laen plak nama lufti(anak jiran aku jugak)
tapi si Lufti ni tak pegi skola agama pun
pesal eh mak si G tu tak nak jumpa adik aku plak?
musykil aku
korang pun musykil?
tak payah nak musykil2,,memang xde jawapan untuk soalan itu ye..
yang penting,,,xde ape2 adegan menarik yang berlaku..
penat aku tunggu drama mereka
boleh aku tulis kat sini..
sungguh mengecewakan la mereka ni...

weh..weh...
pesal dah kedengaran desas-desus keputusan peperiksaan nak keluar?
dah semakin hampirkah?
aiyoo...
jiwa dan raga serta bakul aku belum bersedia la
takut rohani aku terkujat dengan kenyataan nanti...
sila bersabar ye wahai jantung
jangan panik...
ok rakan-rakan..
mari kita berdoa!!!*waktu ni la baru hegeh-hegeh nak doa..

p/s:jangan lupa post result korang kt wall fb masing2...>_<

May 22, 2010

hujan itu rahmat

hujan adalah satu rahmat
orang kata kalo berdoa waktu hujan lebat,,probability untuk makbul sangat tinggi

hujan di pagi hari ini dirumah saya mmg rahmat
dapat makan sama-sama dengan parents
dapat tengok kartun sama-sama
sungguh rahmat kan..
lagi-lagi hari ini hari sabtu
dah lama xbuat aktiviti macam ni sama-sama
sungguh rindu

terima kasih hujan
terima kasih Tuhan
Alhamdulillah...

May 21, 2010

cerita budak sekolah

mula-mula aku perkenal watak dulu
1) Jo si keding
2)Aiman si debab
3)Haikal si kenit
ketiga-tiga mereka adalah adik lelaki aku(nak jugak explain mereka laki..hahah)

balik je dari sekolah pukul 12 tengah hari tadi,,si Joe bagitahu mak aku ada mak kepada kawan Aiman nak jumpa Aiman sebelum sesi sekolah agama petang ni..kita namakan kawan Aiman tu sebagai G la eh..
apalagi,,gelabah la mak aku kan..

Jo:ma,,ada mak kawan aiman kan,,nak jumpa Aiman kat skolah agama nanti
mak:pesal?mana mu tahu?
Jo:Aiman la bagitahu
mak:Aiman buat ape sampai mak budak tu nak jumpa?
Jo:Aiman pergi maen kelas sebelah pastu kawan dia tulis nama tuk dibagi pada cikgu sebab pegi maen kat kelas orang lain.tapi budak tu pun pegi maen jugak.Aiman pun cakap nak tulis nama dia jugak

adik aku si Haikal cakap budak tu memang manja..balik nangis and bagitahu mak dia la kot..dia maen jugak tapi nangis plak bila orang nak report..tah pape ...hahaha
lepas si kepoh Jo bagitahu mak aku,,mak aku pn panggil la Aiman..nak tanya perkara sebenar
pastu bapak aku macam terdengar la kan..bapak aku pun ape lagi..mula la sibuk nak tau..bapak aku tanya Aiman tapi cam biasa la,,adik-adik aku bukan jenis yang suka mengadu..hal sekolah,,kami setelkan sendiri..chewahhh..bunyi macam sungguh matang plak..
Then,bapak aku pun cam paksa2 mak aku bagitau

papa:mu buat ape Aiman?
Aiman:(senyap membisu buat2 xtahu padahal takut nak bersuara)
mama:ada mak kawan dia nak jumpa..(penceritaan semula kes aiman maen kt kls sebelah)
mama:kalo mak dia nak jumpa mu,,mu cakap kat mak dia,,mak mu nak jumpa mak dia
Aiman:(langkah selamat,,senyap je)
papa:mu cakap kat bapak dia,bapak mu nak jumpa bapak dia
Aiman:tapi bapak dia dah meninggal..ada mak dia je
semua:kahkahkah..(terus suasana yang tegang mengendur..hak3)
HAHAHAH...adik aku pun,,pegi menjawab lak..dah tau budak tu xde bapak..duk diam2 jela..sibuk nak bagitau..hilang fokus bapak aku nak marah...

ala,,budak tu pun,,gembeng betol(sekarang ko tau kenapa aku nak bagi initial G saja..G for gembeng..hak3).hal kanak-kanak pun nak report kat mak..tak rock betol
adik aku cakap..kalo mak budak tu datang pun,,dia bukan takut..dah perkara betol kan,,nak takut ape

si debab Aiman ni,,jangan dibuat maen..penah waktu dia darjah 3(sekarang darjah 5),kat sekolah agama,ustazah dia rotan dia sebab maen dalam kelas padahal dia xmaen pun.kawan2 yang maen xkena rotan..ape lagi..mengamuk la si debab ni..habis dia terbalikkan meja and gigit tangan ustazah tu..hahahha..samseng la adik aku nih...malu akak tauuu.
tapi kan..ada satu benda ni ,,boleh dikira sifat terpuji dia la..kalo dia salah,,ko nak rotan,dia hulur je tangan.tapi kalo ko hukum dia dengan benda yang dia xbuat,,ha,ko terimalah balasannya..penah tahun lepas dia belasah classmate dia, siap hempas budak tu atas lantai sebab budak tu pukul dia..adoi,,samseng tahap ape adik aku nih?hahaha..ni bukan samseng la..mempertahankan diri..

xpe2..aku sebagai akak,,sangat kagum ok.kalo ko ada masalah kat skolah,,setelkan secara kawan2..xmaen la nak report2 kat mak n ayah..kami matang tahu?kita buli balik sape buli kita!!!hahahaha

p/s:adegan2 yang tidak seswai,,jangan tiru...

May 20, 2010

kisah si unta

setelah berbulan aku menyajikan cerita-cerita yang melaghakan serta tiada sekelumit faedah pun bagi kamu semua,,hari ini kita akan bercerita mengenai sesuatu yang boleh dibuat pengisian rohani(rasa macam dalam saluran oasis x?..hahahha)

kisah ini adalah untuk menunjukkan mukjizat Rasulullah S.A.W
melalui kisah si unta yang comel ini,,terbuktilah bahawa ketundukan haiwan kepada Rasulullah adalah mukjizat yg dikurniakan Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W

1)unta mengadu dipaksa kerja berat
diriwayatkan oleh Imam Ahmad,al-Hakim dan Al-Baihaqi dengan sanad yang shahih dari Ya'la bin Murroh ats-Tsaqofi r.a., dia berkata: "Ketika kami berangkat bersama Nabi s.a.w dalam sebuah perjalanan, tiba-tiba melintas di hadapan kami seekor unta yang diberi makanan oleh pemiliknya, ketika unta tersebut melihat Rasulullah,ia bersuara dengan keras. Melihat ini beliau berhenti dan berkata, "dimanakah pemilik unta ini?" Kemudian datanglah pemiliknya.Kemudian beliau menawarkan untuk membelinya.Pemilik itu menjawab: "Tetapi kami hendak memberinya kepadamu wahai Rasulullah,tetapi ia adalah mata pencarian utama dan bergantung kepadanya".

Beliau berkata, "Tahukah engkau bahawa unta tersebut bersuara kerana mengeluh banyaknya pekerjaan yang dipikul dan sedikitnya makanan yang diberikan?Maka berbuat baiklah kepadanya dengan mengurangi pekerjaannya dan memperbanyak makanannya".

2)unta mengadu tidak diberi makan
Diriwayatkan oleh imam Ahmad,Abu Daud,Ibnu Syahin dari Abdullah bin Ja'afar bin Abu Thalib r.a. berkata: "Aku pernah diajak Rasulullah s.a.w melakukan perjalanan pada suatu hari,kemudian datanglah seekor unta kepada beliau dan ketika unta itu melihatnya, ia pun menangis mengeluarkan air mata.Kemudian beliau berkata, "Siapakah pemilik unta ini?" Kemudian datanglah seorang pemuda dari Anshar dan berkata, "Ini adalah kepunyaanku wahai Rasulullah." Kemudian beliau berkata, "Tidakkah engkau bertaqwa kepada Allah S.W.T terhadap haiwan ini yang menangis kerana engkau membuatnya kelaparan dan kelelahan dengan banyaknya pekerjaannya?"

ha,,tengok!
comel kan unta-unta tersebut
siap menangis-nagis cam baby bila xdapat makanan yang cukup
nasib baik unta-unta tu tak hentak-hentak kaki mengamuk cam korang mengamuk waktu xdapat mainan waktu kecik-kecik dulu
ko tengok
aku cerita pasal unta pun xjauh dari topik makanan
terbuktilah betapa cinta nya jauhariatul amira terhadap makanan
korang jangan la terkejut kalo blog ini akan jadi blog resipi makanan
dari sehari ke sehari
HAHAHAH

kalau anda juga gemar makan,,boleh selalu jenguk blog ini
dalam perancangan
1)nak bagi resipi begedil
2)resipi bubur lambuk special walaupun bulan puasa lagi 3 bulan
3)korang pun boleh request apa2 resipi..kalo aku tau,,aku try buat n present untuk korang(padahal boleh je korang google resipi tersebut tapi aku paham kalo korang nak manja2 ngn aku mintak aku jugak yang ajarkan..*gila perasan anda ini wahai jauhariatul)

tapi kan,,korang jangan berharap sangat kerana cik jau merangkap diri aku sendiri mula ditimpa penyakit malas kebelakangan ini..jadi,,sangat malas untuk memasak dan menangkap gambar apatah lagi untuk upload gambar2 tersebut ke dalam blog dan memikirkan ayat untuk setiap gambar tersebut dan..dan ..banyak lagi dan..

sekian..majulah resipi untuk kesejahteraan sejagat merangkap anak bangsa yang kurang rajin seperti aku.inisudahmengaruttahapcipan dan andajanganlarasamarahatau tertekan...wink*wink*wink*

oppss...
footnotes:
cerita unta diatas disedut dari buku Mukjizat Rasulullah S.A.W

yang dikarang oleh:Syeikh Ibrahim Jalhum/ Abdul Salam Hammad
tukang terjemah:Muhammad Akhyar/ Syahrin bin Jasah
dan diterbit oleh:PUSTAKA AL-SHAFA
tajuk asal buku ini adalah:Mu'jizaatur Rasul s.a.w Wa dalaail Shidqi Nubuwwatihi

May 17, 2010

surat dari peminat

wahhh..cik jau pun ada peminat?
hahahah
ocehhh..aku pun gelak sampai tergolek-golek lepas terjumpa surat dari peminat tersebut
eh,,bukan peminat sebenarnya
aku pun tak tahu nak kategori surat ini surat ape
yang pasti bukan surat layang ugutan bunuh la..
aku terjumpa surat ni waktu tengah cari buku karangan aku zaman skola(nak jugak explain cara jumpa..xdela nampak macam aku cuba menyelongkar populariti sendiri yang diraih dizaman awal remaja ...hahahah)

jom kita teliti isi kandungan nya,,
layannn.......



nampak x?
meh aku retype


Assalamualaikum(eja penuh ooo..skema betol..budak2 la katakan..hahah),aku tau name ko dari budak kelass aku nama ____________(tempat kosong tu adalah nama kawan aku merangkap kawan dia jugak). Amacam boleh kita berkenalan?Aku ni budak form 1 je.Walaupun aku tak pernah jumpa ko tapi budak______(nama kawan kitaorang yang bertanggungjawab menggembar-gemburkan pasal aku kepada budak ini)kata ko cantik.Aku main bantai je hantar surat kat ko.Harap jangan marah ye.Sebenarnya aku tak tau nak hantar kad ni kat siapa.Jadi,aku hantar jelah kat ko.Harap kita dapat berkenalan.Boleh tak kau hantar aku kad salam mesra dan serahkanlah bioata ko.Aku ni nak kata budak jiwang bolehla jugak.Tapi pointer aku masa exam tinggi.Rugi kalau ko tak nak kenal dengan aku.



hahah..maktab sape nih?



amik ko..siap bagi biodata lagik..dengan pesanan tulus iklas plak tu kat bawah



nama aku dieja dengan tepat..sengguh bangga tahu.tengok tahun..dah 7tahun berlalu

Pengajaran:jangan ko percaya siapa-siapa..hahaha


May 16, 2010

ketayap cikgu

ini bukan kesah ketayap yang seorang cikgu mahupun ustaz
hari ini kan hari guru
aku nak ajar korang resipi kueh ketayap
boleh aku jadi cikgu kejap
and boleh la kalo korang nak wish slmt hr ckg pada aku...*nak jugak kan..dan2 jd ckg(bantai je ah jadi cikgu masakan skalipun)

hari ini kita blaja buat kuih ketayap



mula2..

kita kukur kelapa dulu


tengok ye cikgu jau buat dengan penuh nilai tradisi..pakai kukur siottt..bagi anda yang baru blaja nak buat kuih ketayap,,boleh la anta kelapa ke kedai untuk di mesin..tapi kalo kelapa tu d kukur,,rasa kelapa tu lebih halus..untuk lebih sedap,,kena guna kelapa yang x tua sgt..kalo tua dia rasa macam hampas sikit..kurang sedap la maksudnya..

ini dia hasil dari tangan cikgu jau..terpesona x?hahahahah

langkah kedua,,
masak kelapa tersebut sampai jadi macam gambar kat bawah
kelapa ini untuk inti
tuk masak kelapa ni
1)masukkan air dalam periuk n biarkan sampai mendidih
2)masukkan kelapa,gula melaka,gula n sedikit garam
3)kacau..kacau dan siap!!
senang kan...

sekarang untuk buat kulit ketayap plak
1)kacau tepung gandum dengan air dan masukkan secubit garam
2)masukkan pewarna hijau(kalau nak lebih tradisional,,korang boleh giling daun pandan sendiri..hahah)weh,,warna hijau tu memang pewarna dan bukannya warna senduk tu luntur..korang jangan nak buat lawak plak..

setelah dikacau,,akan jadi macam gambar dibawah

bila dah jadi macam gambar di atas,,boleh la korang panaskan kuali dan masakkan adunan tersebut seperti buat lempeng

masak bagi jadi bentuk macam ni


then,,
letakkan inti dan sedia untuk gulung
1)gulung dari atas dulu bagi tertutup inti tu
2)senang citer gulung macam wt popia,,,tahu?

inilah masa untuk hasilnya...
tadaaaa!!!

ketayap hari guru siap!!!!

senang x?
paham x?
kalo xpaham,,boleh kol waktu nak buat nnti..
korang try la..senang je
initi kelapa tu kan,,kalo xhabis,,korang blh makan dengan pulut plak
makan petang2 dengan pulut panas2,,memang meletop ah!!!

kisah untuk buat ketayap ini di inspirasikan oleh syahzada haziq..
credits to him...
terpengaruh dengan cerita kueh muih dia,,tros aku tergoda nak buat kueh ni
kepada rakan2 yang laen,,jgn jeles ada nama Syah kt cni...

pape pun,,selamat mencuba!!!
lepas cuba,,boleh panggil aku cikgu
seterusnya,,blh wish selamat hari guru kat aku..
daaa semua!!!

May 15, 2010

ohhh jiran

oh jiran
mengapa ko membuka pitu seluas-luasnya?
aku mengerti itu pintu enkau
tapi aku rasa malu
tetamu2 engkau sangat ramai
aku lebih malu kini
kerana
sungguh memalukan apabila anak dara pergi menyidai baju pukul 11.30 pagi
ohhh
sungguh memalukan
*bunyi macam sajak x?

adoi..
sudahlah aku pakai kain batik dan bertshirt lengan pendek
tengok,,,sungguh kekampungan
tidah ubah seperti maid..
dengan muka cam tempe basi
sebab xmandi pagi lagi

tapi aku tebalkan jua muka..
jalan laju2 keluar rumah
jugak jalan laju2 bila nak masuk rumah
xpandang kiri kanan
buat2 xprasan rumah jiran pintunya terbukak
err,,maksud aku sengaja di bukak..

pengajaran:jgn leka beronline sampai tgh hari baru nak pergi menyidai kaen..semua kaen jiran dah nak kering..engkau baru hegeh2 nak sidai..aiyakkk..
sedang berjalan ke blog orang
tiba2 jumpa cikgu lama
Miss Ida nama nya
sungguh excited
sungguh kebetulan kan
dah la nak hari guru dah
ni kira plagiat x?
aku ternmpak miss ida kt blog hanis zalikha(baru baca blog beliau hari ini)
korang pn blh baca
ini link nya--->inibelogsaya.blogspot.com


bagi ex-bp
korang kot2 tringin nak tgk wajah miss ida
blh la baca entry hanis zalikha yg bertarikh 16.7.2009


hanis ni blaja kt uitm segamat
maknanya miss ida dah jd lecturer kt uitm segamat la ek...
gila kepoh!!!
tros masuk blog sndr
xsabar nk gtau rakan2
nak post kt FB tp takut ckg2 BP yg laen baca
ni la akibatnya apabila fren ngn cikgu
hahahhaha
bukan nak bergosip pasal miss ida pn cuma nak share rasa excited nampak muka ckgu yg mengajar zaman skola dulu dalam blog orang pemes...

rasa cam kecik je dunia walaupun hanis zalikha ni xkenal aku
rasa gatal je tangan nak tlis kt blog hanis zalikha tu
miss ida tu fellow blok saya dr form 1 sampai form 3
hahahahah
terasa cam jejak kaseh plak...

p/s:xleh letak gambar la plak hari ini..smlm blh...aku blame internet yg menyebabkan aku xleh post entry ni smlm..kalo x,,blh sertakan gambar tuk tatapan korang tanpa korang perlu menggodek blog cik hanis zalikha..

seronok la wei

sungguh seronok menjadi anak tunggal
bukan...bukan
sungguh seronok menjadi anak perempuan tunggal
makan nasik yang dipanaskan oleh emak
bersama sup yang dipanaskan oleh abang
beserta sambal kicap yang digayang oleh abang
sungguh beruntung ye mempunyai abang
"wei,,tu abang ko yang mana satu?"
jangan ko coba-coba nak tanya soalan ini lagi
telah ku tegaskan seketul itu saja abang yang aku ada
dan ditegaskan juga beliau sudah mempunyai awekk
tapi jangan kecewa rakan-rakanku
kerana maseh ada tiga tempat kosong
jika anda sudi menjadi yang kedua,ketiga mahupun yang keempat
just go on..
HAHAHAHA
pasti entry ini akan mendapat kecaman hebat wanita-wanita di luar sana terutamanya Nik Imana
yang sangat alergik dengan poligami(saja xnk guna word anti sebab nanti ramai laki akan xsemena-mena datang berhujah dan menuduh aku menolak ajaran Islam..malas mahu memanjangkan kesah ini kerana poligami bukan tajuk yang hendak di fokuskan kali ini..laen kali maybe...hahaha)

berbalik kepada anak perempuan tunggal..
mengapa aku tiba2 dapat title ini?
sebelum ni tak tunggal pun
ye,,memang aku bukan anak perempuan tunggal pada hakikatnya
tapi telah ditunggalkan beberapa hari yang lalu
hal ini terjadi setelah akak aku yg tunggal itu telah balik ke kampung halaman untuk bertemu dengan atuk dan nenek(gila spesifik aku cte) tapi ketika ini(ketika entry ini ditulis) beliau sedang berada dalam bas untuk pulang ke USM
*eh,,ni bukan musim cuti ke
sabau..sabau..sat la aku citer..(pehal masuk melaka cmpur utara nih)

beliau harus pulang ke USM tuk siapkan research masters beliau..kalo research tu dapat siap awal,,dia boleh siapkan dalam masa setahun setengah..kiranya sem depan adalah sem last.tapi kalo xsiap,,masters dia kena extend sampai next year(bukan word extend sebenarnya tapi xtau nak guna word ape tuk menggambarkan beliau akan lewat tamatkan masters)---->xpasal dengan gediknya aku explain panjang2 padahal boleh je cakap beliau tiada di rumah kerana berada di lokasi laen

ketiadaan kedua-dua orang adik perempuan aku juga menyumbang kepada aku kini anak perempuan tunggal.sorang umo 18 n sorang umo 15

yang umo 18 tahun tu kan dah citer,,,beliau telah pun d hantar ke matrik perlis dalam entry yang lalu(ketiadaan beliau sangat menyusahkan aku..tiada lagi penyidai baju,pengangkat baju,pelipat baju,penyapu lantai,pembuat air tuk mak ayah sebelum mereka pulang dari bekerja---> dalam erti kata laen:tiada lagi maid di rumah<----gila jahat statement ini)

yang umo 15 tu duduk kat asrama,,dia duk asrama xbalik-balik rumah pun aku xkesah..duk kat rumah pun wat perabis air liur aku je..pemalas nak mati..dari aku melalak suruh dia pegi sidai baju,,baek aku pergi mencemar duli jejak tanah pergi jemur sendiri
dan...
dari aku bersusah payah pergi tutup tv yang sedang dia tengok supaya dia bergerak pergi basuh pinggan mangkuk dalam sink..lebih baek aku basuh sendiri sambil mengacau dadih atas dapur(saja nak bagi nampak kerajinan seorang kakak dan seorang anak perempuan apabila menyebut sambil mengacau dadih..wat 2 kerja dalam satu masa..sungguh nampak kerajinan kan...hahahah)

bila jadi anak perempuan tunggal

1)emak tidak membising kalo tido lepas subuh sampaikan si anak tidak sedar pun dah pukul 10 pagi,,sedar2 je pun pabila si emak berkata "ma nak pegi kedai dah ni,,semua dah masak..tolong goreng ayam je"

2)tidak akan dibebel walau tiada minuman petang apabila beliau pulang dari bekerja

3)tidak akan di 'compare' dengan adik- beradik laen kalo xbasuh pinggan mangkuk yang ada dalam sink pabila beliau pulang dari kerja..kalo ada adik bradik perempuan laen,, beliau akan berkata begini "ada ramai anak perempuan kat umah tapi sink penuh jugak,,xreti kesian kt orang(merujuk pada dirinya yang perlu dikasihani itu) kerja penat petang baru balik"..hahahah..amik ko,,senafas je kena bebel

4)pabila nak tulis entry ini baru aku perasan..mak aku xpenah lagi membebel sebab aku xbuang sampah..sape ek amik alih tugas buang sampah setelah pemergian adikku ke matrik?tertanya-tanya plak aku..xpe,esok kita siasat..kemanakah pergi sampah2 tersebut?adakah mereka berjalan sendiri?sabar2..i will check it out tomorrow..

5)siap dijemput ye dan dipanggil-panggil untuk menikmati juadah minum petang dan makan malam...seolah-olah dihampar karpet merah..nampak seperti anak pemalas yang durhaka kan?xpe2..esok aku akan berbakti seperti anak perempuan yang sungguh molek budi pekertinya yang sudah layak dipinang oleh orang baek segenap semenanjung Malaysia(perlu ke statement ini?hahaha)

dah2..sudah panjang berjela2,,berkajang2 entry ini,,psti memualkan sesiapa sahaja..sungguh banyak yang ingin dicoretkan tapi bateri laptop sungguh mencemburui kita(cakap macam rumah xde elektrik). Sebelum berpisah,,tataplah muka my beloved mum..





perhatian:entry ini telah dikarang semalam ketika perlawanan antara Khoo Kean Keat dan Tan Bong Heong melawan pasukan China untuk Piala Thomas..xtengok perlawanan sbb sibuk menaip entry ini..maka,,Malaysia kalah ye..hahahha(nak cakap jugak aku ada influence terhadap perlawanan tu)

May 13, 2010

feri

berblog ni senang cam ayam goreng
mengapakah?
sebab sambil menggoreng ayam didapur
sambil jugak berblog di dalam bilik
oleh itu,,berblog sambil menggoreng ayam
eh,,ke menggoreng ayam smbil berblog?
berblog lbh dominan atau pn kegiatan menggoreng ayam tu lbh utama?
mana2 pun boleh
hantam sajalah labuuuuu
tapi saya tidak memasal labu plak hari ini
tu menu hari lain la plak

tengok..tengok
tajuk nya feri
tapi mukaddimahnya tentang ayam
sejauh manakah ayam dan feri saling berkaitan?
mungkin tiada kaitan pun ayam dan feri
kalo rusa blh juga dikaitkan dengan feri
yela kan,,kalo orang 1st time ataupun dengan bahasa yg lebih mudah,,jakun ketika naek feri,,
blh jugak kita guna peribahasa macam rusa masuk kampung..
wah,,sungguh mengagungkan peribahasa tinggalan nenek moyang hari ini..

mana cerita feri?
ini sudah cerita spesis2 binatang
sabar ye.
mau menjenguk ape kisah ayam d dapur sebentar

ok,,ayam d dapur nampak lazat tapi agak kehitaman
eiii,,nak cakap aku masak ayam hangus la tu
tidak ye rakan2
itu bkn hangus tapi mmg fesyen ayam tu
ayam tersebut kehitaman kerana mak aku letak gula melaka
rasanya lbh sedap berbanding kita letak kunyit sahaja
korang blh la try plak cara masakan ini
rasa dia mmg laen dari kita bubuh kunyit n garam je
wah,,ini memang kisah ayam la plak kan
patut tukar tajuk entry
kesah si ayam goreng dan bukannya bertajuk feri..

tak nak..tak nak
saya maseh berkeras tuk cerita tentang feri
pasti bukan ayam lagi
baiklah,,
rakan2 yang di muliakan,
ini kisah feri
feri dari Butterworth ke belah pulau d Penang
ni bukan kesah feri ke Langkawi
bukan ye
kerana feri ke langkawi n feri ke penang sgt berbeza
walaupun dua2 bernama feri


nampak x?
lori pun boleh naek feri
palang2 tu ape?
ohh,,palang2 tu adalah palang feri yang aku naek
ini namanya jauhariatul amira malas untuk berdiri ketika snap gambr ini
saat ini feri yang aku naek berselisih dengan feri yang ada lori tu..
sama je feri yg aku naek ngn feri sebelah
memang bahgian bwh adalah untuk kenderaan
bahagian atas adalah untuk pejalan kaki(org yang bawak badan shj tanpa kenderaan)
xjelas eh gambar ni?
ak,,next picture...


sekarang jelas?
hebat kan feri ni..


ini sebab people much prefer tuk menaikkan kenderaan mereka dengan feri berbanding drive sendiri menyusuri jambatan pulau pinang
dapat jugak merasa ada drebar kan
selain tu,,boleh maen SMS (xreti nk elaborate)
lagipun,,boleh mengeratkan silatur rahim(boleh menyembang ngn org yg kita kenal)
boleh juga merasai suasana ala2 titanic dengan pergi kat depan skali
boleh la rasa angin kencang menggerbangkan tudung dan baju anda
kalo nak lebih feeling,,pakai la kain kembang beserta baju yang ada banyak renda berjurai2
pasti efek nya sama mcm heroin titanic..

ok,,,akhirnya entry ini sampai matlamatnya sebagaimana tajuk
ini lah kisah feri..
ohh,,untuk makluman semua,,kalo nk naek feri ni
korang cuma kena bayar waktu dari butterworth nak masuk pulau sahaja
mksudnya bayar skali jela
kalo korg naek kenderaan,,kena byr RM 7
kalo tanpa kenderaan,,RM1.20
korang jgn nak wat drama nak bayar jugak ble nk keluar dari pulau tu
ingat,,bayar skali je
tu pun waktu nak masuk...
jangan berdegil tau..
terima je hakikat bayar skali je..
HAHAHAH

May 12, 2010

mana asal usul nya?

dari dulu aku terpikir..sape yang mula2 terpikir huruf2 ni?macam mana dia boleh pengaruhi untuk sebut huruf A dengan sebutan "ey"..macam mana orang laen pun bolen terima susunan alphabet tu?cam mana gak dyorg boleh gabungkan huruf2 tu tuk jadikan perkataan..pening aku pikir..aku teringin la nk tau sapa orang tu..cam mana dia boleh terfikir tuk susun huruf2 tu..

sume benda aku nak pikir

satu lagi benda yang aku slalu pikir jugak cam mana la orang boleh mintak kapel?
xsegan ke?

yang pempuan tu pn,,cmne boleh stuju nak kapel

xkan bila laki tu tnya soalan yg kearah tuk kapel tu xkan la nk kata ye ataupun angguk
macam mana kalo pmpuan tu silap tafsir?
padahal laki tu xbermaksud pun nak mintak kapel

x ke malu?
proses tuk menjadi kapel tu la slalu menjadi tanda tanya pada aku
yela,,mula2 kawan
duk maen cakap aku ko
tiba2 nk bertukar status plak

nk plak tukar panggilan

xkan nak terus cakap aku ko ye x?

dari aku ko tiba2 jadi saya awak,I U
macam lucu je


ke aku je rasa lucu?
sebenarnya benda tu xdela complicated kalo dari segi praktikalnya
tapi dr segi teori,, aku je kot yg slalu mengkomplikatedkan keadaan tersebut
banyak berfikir kah aku?
adakah aku duk pikir benda yang aku x patut pikir?
hmmm
tapi memang aku suka pikir
mengusutkan kepala otak sendiri
dan seterusnya menjuruskan diri kearah emosi yang tidak stabil
hahahaha

cakap pasal pikir2 ni kan
buat aku teringat kat si fain la
bestfren aku
nak nama penuh ke?
xpyah la..t korang g search kt FB lak
bukan boleh percaya korang ni
pantang aku sebut nama sapa2 kt sini
mula la nk stalk kt FB
xpun korang akan mengajukan ke'curious'an korang kt aku
xdapat tanya kt YM mahupun Fb,,
korang bantai hntar SMS kt aku
pulun tu nak tau jugak..
hai,,mmg dasar kaki gosip sume
kalah aku tau..hakhakhak
ooo,,,sudah berjela mengarut ke arah laen
berbalik kepada si fain tersebut
aku teringat lagi zaman2 skola
bila aku tanya soalan addmaths kat dia
mesti dia akan cakap "bak sini aku cuba"
bila xdapat jawapan,,dia akan cakap camni
"nanti aku pikir"
sampaikan aku form 5 pn dia wat cmtu gak
so,,aku pun tanya la akt dia
'wei,,soalan tahun lepas ko pikir sampai hr ni ko xjawab jugak..aku dah xcaya ngn ko punya janji tuk pikir..hari2 ko ckp nak pikir,,tapi aku rasa ko xpikir pun kan"
hhahahahahah
tu jela mampu beliau respon..
aku dah agak dah
minah ni memang suka menabur janji manis je
menipu secara berhemah
memang lawak tau perempuan ini...
nanti aku buat entry khas untuk gadis ini
(dia memang suka di panggil gadis,,tapi dia lgi suka kalo aku bg SMS dan mukaddimahnya berbunyi begini--->uit gadis sopan,ayu srta baek,,wtpe tu?)

wah,,entry ini sudah kemana?
tah kisah la kan..
janji ada benda untuk di tulis..tajuk biar gempak..cerita xgempak pun xpe
eh..kt entry sblm ni lupa nak cerita pasal harum manis
harum manis?
apakah?
oiii,,kalo g perlis,xbeli mempelam nama harum manis memang xsah la
cendol pulut pun sama
xlengkap pemergian ke perlis tanpa menyentuh kedua-dua nikmat tersebut

harum manis,,
seharum dan semanis namanya
tarik nafas panjang-panjaaaaaangggggggggggg
tarik dalam-dalaaammmmmm
harum kan?
hahahha
ok fine
aku tipu
harumkah?
maniskah?
jap aku g cium kt dapur jap
tunggu...
sat je
tggu eh...

hmmm..bolehla(bau cam buah mangga..HAHAHAH)
maniskah?
manis la kalo dah masak
tapi orang jual yg xmasak lagi
kena tggu berhaari-hari selepas beli baru boleh makan
sblm masak,,rasa dia masam2 manis
tapi hrga harum manis sememang nya seharum dan semanis buahnya
rm15 sekilo
memang manis kan?
hahahhaha
bukan stakat manis,,payau pun ada bila nak telan
skilo dalam 4bijik je
rm 15,,nak telan pun kena kunyah berpuluh kali baru telan
nak kena rasa betul2 macam mana rasa harum manis yg sebenar
lepas makan jangan duk kalut gosok gigi
habis rasa harum manis tu nanti..
nikamti rasa tu sebagaimana menikmati rm15 anda
kah3
tapi kami bernasib baek,,ada satu gerai tu jual 4kilo rm10
so,,xdela sayang sangat bila nak makan tu
xdela kisah kalo ko nak makan sbijik sorang lepas tu g makan plak nasik ngn petai
sebab murah je...
hahahhaha
kalo rm15 sekilo,,bapak aku pun xbeli agaknya..
baek beli buah durian drpd beli harum manis..
pape pun,,xkesah la bape hrga nya pun kan
bukan ko pergi perlis hari2
dapat rasa secoet sorang pun jadi la...
oh,,harum manissssssss..

aha,,hari ni hari jururawat sedunia la!!!
wahai jururawat sekalian,,,berilah senyuman seharum dan semanis mempelam harum manis kepada pesakit anda..kerana senyuman anda mampu merawat hati2 pesakit yang parah...kurangkan manis dalam minuman,,lebihkan manis dalam senyuman..

sekian..

May 11, 2010

cerita terkumpul

ini cerita semalam..
konon2 nak taip d tempat kejadian alang2 dapat guna wifi tempat tersebut
malangnya,,aku xmahir guna internet dlm fon,,
aku tangguhkan hasrat tuk menaip sehingga hari ini
dimanakah tempat kejadian?
main place is matrik perlis..subplace are jitra,,kangar dan juga sepanjang perjalanan dari gerik ke perlis and vice versa..hahaahah


ini tempat kejadian utama

1)Asif bin Muhammad Ridzwan Affendi
haaa,,ni cucu kedua atuk sedara aku yg duk kat jitra tu..Asif adalah anak kak mimi..tengok,,pendek je kn nme baby tu..ni la akibatnya bila nama ayah dh ckup pnjg,,so,,nama baby kena la pendek,,kalo x,xmuat la bila nk isi borang apa2 yang ada petak..hahha..tapi nama ni agak kontroversi ye dikalangn warga UUM..wahai rakan2 law sekalian,,cmne aku nak ajak korg g umah atuk sedara aku nnt bila ada si kecik Asif ini???

2)Panas gilak!!!
sumpah Kedah and Perlis memang panas gila..Ya Allah,,nak tido malam pun xslesa..panas yang amat..waktu pagi pun xsejuk..korang bayang la mcm mne panasnya..maunya xpanas,,37.8 darjag celcius!!!macam suhu orang demam..buka aircond pun dah xrasa dalam kete..peluh pun boleh perah..panas..panas..panas...

3)pendaftaran matrik
ramai nya orang!!!sampai jem jalan..dalam 2000 orang student matrik perlis mendaftar semalam..lame btol nak tggu turn adik aku..time aku sampai tu baru nombor 3ratus lebih..no giliran adik aku 1089..sepanjang menunggu tu,,banyak pemerhatian yang ku buat..
kita dapat bezakan antara budak yang dah biasa duduk asrama ngn budak yg baru 1st time tinggal umah or berpisah dari famili..
kita jugak boleh nampak gaya parents yang dah biasa anta anak ke asrama mahupun pusat pengajian tggi berbeza dengan gaya ibu bapa yg datang anta anak sulung o parents yg baru 1st time anta anak ke pusat pengajian tinggi..
kita juga boleh nampak bezakan yang mana orang bandar,,yang mana orang kampung..
dan dapatan dari pemerhatian yang paling utama adalah orang kelantan masih memonopoli di mana2 sahaja...memang ramai gila orang kelantan dan terengganu yang masuk matrik Perlis tu..memang xsah kalo xdengar loghat kelantan..hahaha..Kelantanese xkan hilang di dunia..

tengok kat blkg tu..ramai gila orang..ini muka sudah penat menunggu

4)mulia x?
ha,,bila adik aku dah dapat bilik,,ktoerg pegi la anta barang2 dia..jauh gila kena berjalan..dah la blok dia hujung skali..duk tingkat 4 plak tu..berpeluh ketiak nak boleh sampai..disebabkan adik aku ni 1st time berpisah dari rumah,,semua orang risaukan dia..cadar pun mak aku suh kteorg pasangkan..pastu abg aku duk bising suruh aku n akk aku hang kan baju2 adik aku..adik ak dah umo 18thn..blh je dia buat sendiri tapi kteorang je riso lebih,,so,,aku pun mengoffer diri hang kan baju2 kurung beliau..abang aku pun tolong simpan barang2 adik aku dalam almari..hai..rasa mulia plak kami sebagai kakak n abang buat benda2 tu semua..hahah..dulu aku masuk MRSM wkt Form 1 xde la plak layanan cmtu skali..padahal aku lagi la kecik time tu..dulu,parents aku tolong pasang cadar je,,tu pun sebab cadar tu ketat gila,,bila pasang je,,tilam jadi macam perahu(melengkung)..barang2 laen,,pandai2 la unpack sendiri..untung la adik aku yg ni..ramai gila yg concern..

setelah dikemas


5)Racing
waktu dalam perjalanan balik ke rumah,,bapak aku blh plak maen racing ngn kereta pajero..time tu dh 6p.m lebih..bapak aku ngntuk agaknya..lepas potong lori,,ada kereta pajero kt belakang nak potong kereta kteorang .bila pajero tu cuba potong,, bapak aku bawak lagi laju..aku agak bapak aku sengaja xnk bg pajero tu potong..hahahah
xlama lepas tu,,si pajero try nak potong lagi,,pastu bapak aku pun slowkan je la kereta...hak3..boleh plak maen2 racing2 kt jalan yang cam ular kena palu tu..menakutkan..teroleng-oleng kteorg nih..

6)pengakuan exclusive
sampai je kt umah semalam,,papa aku cakap "xpenah lagi anta anak rasa sedih macam ni sekali"..hahahha..bapak aku sedih wei anta adik aku g matrik..wow!!!bapak aku sedih la sebab waktu kteorg keluar makan pun,,dia makan nasik kosong ngn ayam je..tu pun sikit je..xlalu kot..lagipun adik aku yg ni makan ikan n ayam je..sayur n buah memang dia xmakan lgsung..tambahan pula,,dia xpenah duduk asrama kan,,risau la dia xde kawan or kena buli..lagipun adik aku yang ni jenis pasif sket..dia bukan jenis huha huha cm kteorg yg laen..bapak aku takut dia duk pendam bila ada masalah..hmmm,,

yang tengah tu la watak utama dalm cerita ni

ni jela cerita2 nya..xlarat nak taip..
ada sedikit cendehati tuk korang
nah..


nampak x tu?formula addmaths la wei...




tengok di dada beliau..memang fanatik..




ramai gila tukang hantar..




kami susun langkah untuk meninggalkan bumi perlis



bye dayah..belajar elok2



ni ikon tukang antar..xpernah miss menghantar orang

May 8, 2010

oh mama

esok hari ibu kan
terpksa post entry ni awal sempena hari ibu
esok dan lusa saya tiada d rumah
dan pastinya tidak dapat beronline
oleh itu,,saya terpaksa mengerah idea untuk post jgk entry ini mlm ini

xkesah la apa sahaja panggilan anda untuk insan yang telah melahirkan anda
mama,ibu,umi,mummy atau apa2 sahaja,,
hari esok merupakan hari istimewa untuk mereka
bukan la kita hanya perlu menghargai ibu kita setahun sekali
tetapi,,tujuan hari ibu diadakan adalah sebagai satu simbolik menghargai para ibu sahaja
kita perlu menyayangi dan menghargai ibu kita setiap detik

wah,,bukan maen aku bersyarah
pada hakikatnya,,
walaupun hari ibu setahun skali,,
aku tetap malu untuk ungkapkan perasaan sayang aku untuk ibu tercinta
malu nk ucapkan rasa syg face to face
so,,terima kaseh teknologi!!!
xleh ckp face to face,,
kita eksploitasilah teknologi sepenuhnya
kol aje lah
kita kan dah moden
cakap dalam fon xde la malu sgt..
hihihiih

hadiah?aiyooo..
xde fulus dah la
masak tuk bliau?
aiyakk...

btw,,saya sayang mak saya!!!!

walaupun saya xreti nk ungkapkan kata2 sayang itu
tapi,,saya yakin,,mama saya faham
bahawasanya anaknya ini sayang kan bliau sepenuh hati
action speaks louder than words kan...

rakan2 semua,,
mari la kita sama2 menghargai ibu kita selagi mereka maseh ada untuk kita bermanja
jgn kita buat kerek plak ngn mereka
ibu kita tiada galang gantinya
kita perlu ingat,,mak tiri pasti tidak sama dengan mak kandung!!!

SELAMAT HARI IBU kepada semua wanita hebat d seluruh dunia kerana berjaya melahirkan pewaris bangsa...jasa anda sungguh tidak ternilai..we luv u all moms...this special day only for special person like all of u...
(^_______________^)

May 7, 2010

papa pun sama je

semalam,,abang aku pegi pasar malam..
baru dy langkah 2 3 jejak,,
moto kesayangn dia(vespa) kena langgar ngn orang sampai jatuh terbalik
ko tau je la kalo vespa kan badan dia besi

habis calar n kemek motor dy
dah la dia baru je anta kedai untuk cat n spray kaler baru

mau nya bliau x berasap kan
moto berkilat-kilat bercalar balar
lps mak aku blk,,
abg aku tros sekat mak aku
dia nak moto mak aku
katanya nak g blasah orang yg jatuhkan moto dia tu

adoi,,,
gawat2..


ble magrib,,
abg aku blk,,mke rilek je

xblasah orang kot

hahahah
dia cte kt mak aku,,dah tau sape yg jatuhkan sbb ada pak cik jd saksi d tempat kjadian

dari abg aku g blasah dak tu,,bek mintak dy duit tuk g spray balik..kan?


tadi mak aku gtau,,mak aku dah gtau bapak aku semalam pasal moto abang aku

bapak aku ckap "pesal xblasah je budak tu?memang dasar dengki la orang sini..xblh tgk orang lebih sikit..cuba pegi buat benda yg sama pada harta dia..biar sama2 rasa"
amboiiii bapak aku...

mak aku ingat dy nk nasihat abg aku jgn g gaduh

skali ngn dia plak naek angin
hahah
...rock betol bapak aku
aku rasa kalo mak aku gtau awal2 pasal moto abg aku tu...

aku percaya bapak aku skali blh join abg aku g cari orang yang laggar tu
ingat bapak aku x temper ke?samseng zaman muda..hak3

mak aku ingat dia dah xde angin nak bergaduh ngn orang
sbb tu mak ak gtau
rupanya,,kesamsengan bapak aku xlapuk dek masa


aku ingat lagi,waktu aku darjah 5,,
aku gaduh ngn kelasmate aku(pempuan) kt skola agama

sampai tercabut tudung kteorg wrestling

kena g jumpa Guru Besar lak tu

aku xcte pn pasal aku gado tu..

takut kena marah
skali dak pmpuan tu gtau akk dy

akk dy skelas ngn akak aku

so,,akak aku gtau r mak aku

adoii,,kantoi
bapak cuak nya
aku
nak turun makan pun takut
ble kat meja makan,,

bapak aku cakap
"makan la banyak sikit,,macam mana nak blasah orang kalo makan sikit"
tu perli ke ayat menyokong tuh?
was2 aku

pastu,,bapak aku tanya la macam mana la blh gaduh
blasah budak tu kuat x?
aku cakap la blasah biasa2 je

bapak aku kata apsal xblasah kuat2
biar puas hati
alang2 nak blasah
hahahahah

oyeahhhhh
!!!!!!
len kali orang pukul aku,,
akan aku balas sepenuh hati..

yey2!!!!
HAKHAKHAK(gelak jahat)

May 6, 2010

diskriminasi

diskriminasi bleh berlaku
di mana saja
bila-bila masa
terhadap sesiapa sahaja

mengapa diskriminasi sering berlaku?
ke mana harus kita adukan maslah ini apabila berlaku pada kita?
benarkah Malaysia tidk mengamalkan diskriminasi?
sejauh mana rakyat kita tidak di diskriminasi?
apa kesan diskriminasi?

sangat banyak persoalan tentang diskriminasi..lebih-lebih lagi masalah diskriminasi di sekolah..rakyat kita tidak faham diskriminasi..perlukah diwujudkan subjek diskriminasi di sekolah untuk educate our citizenz about discrimination that may harm our country silently??hmmm..still thinking..can't elaborate this topic by myself..boleh dibuat novel bersiri kisah diskriminasi ini..nak menunjukkan betapa byk nya kesah diskriminasi tetapi tidah pernah di ambil serious oleh pelbagai pihak..i think that pilih kasih also can be categorized as discrimination..what do u think???

May 5, 2010

kita selalu tak sedar

ni bukan nak cerita pasal orang pengsan mahupun tentang orang pitam
ni cerita yang berlaku di sekeliling aku..
aku yakin,,perkara ni pon slalu berlaku di sekeliling korang
orang xpenah sedar walaupon dah berpuluh tahun iklan cintai sungai kita dipacakkan di setiap sungai serta anak2 sungai..

wah,,ada ciri2 nature lover x?HAHAHAH

wei,,ko ingat aku ni berilmiah sangat ke nk cte bnda2 akademik ni??
aku tipu je

ni cerita sebenar yang ingin aku sampaikan

hari tu,,ada member aku(laki) yang bernama A(bukan nama sebenar) suruh aku cari kan calon makwe untuk dia
aku xtau apa pasal hari tu aku malas nk maenkan peranan sbgai agen mencari jodoh
aku pn cakap jela kt dia
"ko cari jela sendiri,,aku sendiri pun xtercari tuk diri sendiri,,apatah lagi untuk ko..lagipun,,kang xkena ngn taste ko,,malas la aku"
dia pn cakap(tulis sebenarnya)
"orang muka xhensem cam orang laen ni,,sape la yang nak jau oiii"
HAHAHAH
ni part yang lawak bagi aku
oi cik abang,,ko ni buat2 merendah diri ke ape?
kalo ko kata ko xhensem,,orang laen yg ada kat UUM tu apa plak??
si hodoh ke?
muka cm ko tu aku rase dah blh dikategori hensem la kt UUM ni
aiyooo..blh plak wt stail xsedar diri plak diri tu tak hensem..nak guling2 aku

sebenarnya kan,,kawan aku dah lama minat kt ko wahai encik oiii
mahu nya melompat2 kawan aku ni kalo aku usulkan nme bliau pada ko...hahahah

tengok la,,kita selalu merungut atau mengeluh kata diri kita ni xde sapa yg nak
padahal,,ko xtau ramai yg memendam rasa nak kt ko
ko je rasa ko xhot
padahal sume pmpuan berharap ko bg respon...

bila tengok kejadian ni kan..aku terpikir
agak2 ada x org tgk aku macam kawan aku yg pmpuan minat kt encik A itu??
hahah..ada hati nak pikir ye ko jauhariatul amira
encik A tu hensem
xheran ramai yg meminati secara diam
kalo diri ko hot,,blh la nk berangan dan berharap macam tuu
wat2 xsedar diri plak aku ni
tah2,,xde laki sedar pn kwujudan diri ko wahai cik jau...
huah3

kalo korang nak lebih memahami ape yg aku cuba sampaikan dalam entry ni..
korang boleh la menonton cerita korea yang bertajuk DADDY LONGLEGS

p/s--->mulai hari ini,,korang kena la selalu aware terhadap ur surroundings,,sebab mungkin sikap ignorant kita terhadap sekeliling menyumbang kepda pengakhiran hayat seseorang,, kita tidak tahu kemungkinan ada seseorang yang selalu perhatikan kita dari jauh dengan sejuta harapan..pandangan nya itu mungkin berharapkan sedikit respond dari anda yang mampu memberi sinar harapan hidup kepada nya..mungkin kita rasa senyuman kita tidak berharga lebih2 lagi pada strangers..tapi dalam kita tidak sedar mungkin ada insan yang sangat berharapkan segaris senyuman dari anda..walau sesaat cuma..kerana senyuman sesaat itu mampu merubah segalanya!!!ahakz

oleh itu,,,SENYUM LA..SENYUM LA AHAI CEK MEK MOLEK (^______^)