BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Apr 26, 2014

kawen

hari ni majlis kawen wawa
selamat pengantin baru wawa

bercerita tentang kahwin,
minggu lepas parents aku pun duk tanya bila nak kawen
hamboi hamboi hamboi,
cheq ni calon pun takdak lagi
chambering pun entah zaman bila baru nak habis
pastu aku cakap jela
"entah-entah jodoh orang dah mati dalam nahas mh370 tu ma"
mak aku cakap harap-harap la jodoh ko belum mati lagi
hahahaha

tadi mak ayah duk cakap pasal minggu depan nak dapat cucu
pastu bapak aku kata "tahun depan ko pulak la kan"
hamboi,,tersedak keropok dalam mulut
apa yang mampu guwa katakan?
guwa diam jela
pastu depa dok pot pet pot pet macam mana kalau jodoh aku dah mati
hahahaha
mak aku kata p jela pinang mana-mana laki
buat macam siti khadijah
amboi,,,
senang beno cakapnya
guwa takde hati lagi nak kawen
guwa duk sibuk pikior pasal kekayaan duniawi ni

guwa tak bersedia la nak kawen
kalau ada orang propose,
baru guwa mula pikior pasal kawen
so,instead of tanya bila nak kawen,
tolong la carikan calon
persembah pada hamba
insyaAllah,
kalau hamba berkenan,
hamba tak banyak songeh,nikah terus
hahahha

pening ah topik kawen-kawen ni
ingat kawen semudah buat lepat labu?
 no no no..
biarlah hamba habis dengan kepeningan masalah dunia dulu
baru bebankan hamba dengan soal kawen
k?

Apr 25, 2014

cerita minggu ini

minggu ni ada kes bankrap depan TP yang bila dia cakap,semedang aku tak dengar
slow gila kot suara dia
waktu tunggu turn depan bilik TP,tiba-tiba beliau lalu
dan beliau senyum!
omaigoddd,,
tak penah pun dia senyum kat aku
ke dia senyum kat loyer lain,aku yang perasan
takpi macam mata i bertemu dengan mata dia waktu dia senyum tu
hahahaha
so macam jakun sikit la sebab tak pernah pun Tp tu senyum kat aku even aku mohon tarikh depan dia

lepas jumpa TP,
buat legal aid
harapanya dapat jumpa magistret yang kiut miut tapi rupanya kes tu dalam chamber je
hmmm,,boleh tahan kecewa jugak
dah le menunggu loyer yang kami nak assist tu dekat 3jam
akhirnya kes berjalan dalam chamber *berasap hati*

tapi nasib baik terubat kekecewan itu apabila loyer tersebut belanja makan
dan waktu makan tu,majistret yg kiut tu pun dtg makan satu gerai dengan iollss
walaupun bukan semeja,segerai pun boleh buat hati iollss kembang

then,hari rabu,
p parit buntar
menuju ke pejabat tanah dan magistrate court
tapi ada kebangangan sikit apabila menuju terus ke pulau pinang
tak sedar sampaikan terjumpa pintu gerbang tulis "selamat datang ke pulau pinang"
amboi,,over kan,masuk negeri orang terus

btw,semalam aku belek paper utusan lagi
dan aku nampak lagi nama dan gambar madam roosniza
aku syak roosniza ada column tetap la kat paper tu
tapi aku tak baca sebab dia suka tak mengajar kitaorg walaupun bersem-sem kami ada subjek dengan dia
*dendam* hahahaha

Apr 24, 2014

tak sealiran

kita ni kerja dari pagi sampai ke petang
kadang-kadang dekat maghrib baru sampai rumah
tiba-tiba ada spesies cikgu bukak topik kawen
layan kan aje

tanya beliau,"ramai tak kawan-kawan batch yang dah kawen?"
aku pun jawab la tak pun,masing-masing tengah sibuk
maka beliau membalas,"oo,,senang la,takde la terasa kan"
aku yang sedang makan nasik dalam keadaan mengantuk itu terus rasa nak marah
hellooo,,ko tengok muka aku ni stok-stok suka dengki kat orang ke?
aku teros balas,"nak terasa ape,keluarga lain-lain,mampos dia la nak kawen ke ape"
haaaa,,mula la nak berangin badan aku nih

aku ni banyak lagi masalah duniawi yang memerlukan otak dan hati aku bekerjasama dengan baik
tak dan la nak guna otak untuk berdengki atau iri hati kat orang
sejahat-jahat aku,
tak pernah terlintas eh nk iri hati kat orang
lagipun,, ko ingat aku tak laku?
hahahaha

macam-macam la masyarakat ni
pening nak melayan
jadi loyer,depa tanya tak takut ke sebelah kaki masuk neraka?
hmmm,,sebenarnya makcik2 sekalian ni lagi kejam
loyer takde la kejam mana kalau setakat bela orang yang pada pandangan makcik tu bersalah
kalau nak dibanding dengan makcik,makcik ni pembunuh
membunuh jiwa anak-anak muda macam saya

sebab tu orang cakap diam lebih baik
kalau nak dijawab semua tohmahan masyarakat yg tak pernah fikir perasaan kita anak muda yang sedang bergelut untuk hidup,boleh gila kita
kalau takdak iman,
dah lama semua anak muda ni gila
dengan masalah duniawi yang sungguh berbeza dengan zaman unviersity,
dengan hutang ptptn lagi
hahahaha

maka,
sebagai anak muda yang sedang mencari haluan hidup,
guwa pejam mata,pekakkan telinga je
nak amik semua ke hati,
guwa tak mampu
silap-silap hampa jumpa guwa kutip tin tepi jalan pakai bungat kat telinga
nauzubillah

Apr 13, 2014

lawyer

sampai ke hari ini aku tak merasakan diri aku seorang lawyer
sebab i'm not a lawyer yet
masih dalam proses hendak menjadi lawyer


tapi kebelakangan ini
jiwa aku mula merasai profession ini
bila every week mohon reman dikurangkan
every week mengadap muka OYDS yang pelbagai bangsa
mengadap inspektor dan sarjan yang pelbagai ragam

bila reman 4 hari berjaya dikurangkan kepada dua,
aku gembira
bila reman 4 hari hanya dikurangkan kepada 3 aku tak gembira tapi aku bersyukur
at least i do something for the OYDS
bila jumlah jamin dikurangkan kepada just RM1000,
aku rasa gembira macam nak melompat-lompat
tapi bila dapat kurang hanya sampai RM1500 pun dah rasa kembang kuncup hidung

bila deal dengan inspektor hensem lagi kembang kuncup hidung
dengan hati sekali kembang mewangi
hahahaha
gatai
tapi ada inspektor panggil aku puan loyer,
kuncup sekejap hati yang kembang tu
puan?rasa tua ok
tapi nasib baik inspektor hensem,
dimaafkan..hahahaha

tapi bila ko get involves dalam satu-satu kes from the very beginning,
ko la yang tiap-tiap bulan pergi untuk case mention,
ko la yang buat hujahan
tiba-tiba dapat result kes tu kalah
kecewa siot
bukan kecewa sebab hakikat client tu tak salah
tapi kecewa sebab kalah
tak boleh terima ah kes kalah
rasa loser siot
hahahaha

btw,aku semakin menyukai bidang ini
kalau dulu orang tanya best tak belajar law,
aku tak tahu nak jawab ape
kalau hari ini orang tanya best tak bidang law,
i know how to answer the question
i ada banyak cerita menarik yang boleh digebang
yang hanya budak law and budak chambering je tau
i mean selain dari cerita magistrate cute la
hahahah

Apr 11, 2014

Jangan hanya mengadu domba

aku rasa aku selalu je perbesar benda yang tak menyenangkan hati aku
contohnya bila marah,tak puas hati,sakit semua gebang kat orang
tapi time Allah bagi kesenangan pada aku takde plak aku nak gebang
macam tak adil kan

bila sakit hati,
bukan main cot cet cot cet mulut ni
bila dapat rezeki yang baik,
tau pulak duduk diam
tapi tak ucap syukur pun

sekarang dah duduk diam diam
istigfar lebih sikit
baru sedar
disamping ujian-ujian yang Allah bagi
sebenarnya banyak je Dia permudah urusan aku
tadi duk cot cet cot cet elaun tak naik
tiba-tiba ada rezeki firm lain mintak attend client diorg,
and duit upah tu,bos bagi kat aku
alhamdulillah

tadi duk pening fikir nak beli baju untuk kenduri kak dayah,
untuk kenduri kawan,
tiba-tiba ada orang bagi baju yang dah siap
dari butik pulak tu
alhamdulillah

padahal banyak je Allah permudah urusan aku hari ni
tapi tak sedar
sebab dah ditutup dengan perasaan kecewa dan amarah dengan dugaan kecil yang Allah bagi
ampunkan hambaMU yang kerdil ini Ya Allah
tu la,jarang nak bersangka baik dengan Allah
astagfirullah..

bila bengang sepanjang jalan

dah le stress dengan kerja
pastu dapat panggilan yang membengangkan waktu nak balik ofis
aku punya bengang sepanjang jalan
dari ofis ke gerik

bila kita drive waktu bengang,
memang kesabaran kurang
semua kereta dapat sumpahan dari aku
pedal minyak tu mula la nk tekan rapat ke lantai
dah le bengang dengan hal lain
tambah pulak ada kereta depan bawak slow nak mampos,
lagi bertambanh bengang sampai tahap telinga panas and dada rasa nak pecah sebab tahan marah punya pasal

serius aku tak tahu nak buat macam mana untuk hilangkan rasa bengang
aku cuak gak takut eksiden drive tengah bengang
dari tepeng ke gerik kot
2jam perjalanan tu
boleh gila aku drive time darah tengah panas

unruk hilangkan amarah tu,aku jerit-jerit dalam kereta
jerit arghhhhhhhhhhhh kuat-kuat
tapi tak hilang pun bengang itu
maka,aku istighfar
masih bengang lagi
tiba-tiba ada orang call aku
dia bengang pasal satu isu

aku pun bercakap la dengan dia waktu drive tu
aku pun turut melempiaskan bengang aku melalui orang tu
then,eh, aku dah tak rasa bengang la

rupa-rupanya bila kita rasa geram,
kita kena luah
baru tidak terbuku di hati

bila hilang bengang,
baru ko insaf dah takmau mencelah celah-celah lori
waktu bengang,
suka hati ko je potong sana sini

madam kita

semalam belekbelek paper,
tetiba mata tentumpu pada satu column
kat situ ada gambar madam roos niza dengan nama penuhnya
sape nak baca tulisan madam
pergi ke link ini
http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140410/ke_03/Ilmu-perisai-wanita

siapa student beliau sekarang ni eh
nak tau jugak ada tak beliau bagi hint berkenaan tulisan beliau ini
hahahaha

tetiba rasa bangga ada nama lecturer uum dalam paper
walaupun dulu macam bengang je bila beliau suka up diri sendiri
hahahaha

Apr 6, 2014

certificate of completion

ha,
setelah berbulan-bulan,
akhirnya malaysian bar keluarkan jugak senarai nama secara rasmi untuk siapa yang lulus ILKAP course session november
padahal aku dah mintak tolong afiq amikkan sijil tu bulan januari lagi

kawan-kawan yang amik session september,november dah keluar senarai rasmi siapa yang lulus
so,aku bajet kteorang yang amik bulan 11,januari la keluar senarai rasmi
puas ditunggu,tak keluar jugak
hari-hari kot aku bukak website malaysian bar nih
berdebar kot
buat nya tak lulus,
tak pasal aku kena g kl repeat sensorang

alhamdulillah,
suruh afiq check januari hari tu,
ada sijil nama aku
buat konfiden je kan suruh orang amikkan sijil,
padahal tak tau lulus ke tidak

jerih perih ulang alik kl 3 minggu berturut,
akhirnya berbaloi
lulus dengan sekali ambil,alhamdulillah

next,ethics course
cuak siot
dah le itu semu duit!
duit,duit duit

disebabkan susah sangat nak dapat benda alah ni
aku belana list nama yang ditunggu-tunggu itu
ini dia

untuk sijilnya yang ada lencana macam lencana sekolah,
aku upload kendian k
sijil ada kat ofis kot
ke kat mana tah
tak ingat..hahahaha



surat hutang sudah mari

sampai je rumah, disapa oleh surat hutang ptptn
sebulan kena bayar beberapa puluh ringgit je
tapi permasalahannya sekarang,macam mano nak bayar secara online
bukan main list nya kata blh bayar guna maybank2u,cimbclicks
tapi guwa tak reti

penat dah guwa godek-godek ni
malas la nak p bayar kat bank or pejabat pos
makan masa kot
kalau guna online banking,sat je
klik,klik,tros siap

siapa ada pengalaman membayar ptptn,
bantulah insan kerdil ini
hahahaha