BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jan 7, 2015

proses untuk longcall part 1

apa yang boleh aku katakan proses untuk longcall ini adalah sangat panjang dan penuh drama
nak cerita secara detail ke?
kalau ko tak alami sendiri peristiwa ni,mungkin ko tak faham dan bosan bila baca

sumpah drama weh cerita entry kali ini
nak buat entry ni pun penuh drama
dkat stengah jam berlaku drama nak upload gambar tapi tetap tak berjaya
aku fedup
oleh itu,penceritaan tanpa gambar

meh dekat-dekat
aku nak start cerita yang penuh ilmiah dah ni
26 november 2014 cukup la tempoh 9 bulan aku chambering(ikut kiraan Bar Council)
setelah comfirmkan dengan pelbagai pihak berkuasa,
maka aku boleh tarik lafas lega untuk pergi filing di KL
tapi korang jangan nak tarik nafas lega
drama baru nak bermula

dah confirm aku boleh pergi filing documents which is final documents (consist of borang 6,7 dan 8)
tapiiii
sijil yang perlu dilampir dalam final documents iaitu sijil COMPLETION OF LEGAL AID SERVICE kawan aku tak pos lagi pada aku
omg!!!!!!!
nak g KL hari isnin,hari khamis pun sijil tak sampai lagi
sabtu ahad mana posmen keje T_T
setelah drama itu ini, dipendekkan cerita, dapat la sijil tu hari jumaat
fuhhh,boleh la teruskan plan nak sampai KL hari isnin

ahad malam aku naik bas dari gerik,
masuk dalam bas,takde seat kosong!
perghhh,,pehal plak ni
dugaan betol
setelah pung pang pung pang dengan driver bas, dapat la seat kosong
pastu sms kawan yang janji nak amik aku kat hentian duta
dia boleh cakap dia demam,tak tau boleh amik aku ke tak pagi esok.nanti dah sampai wassap dia balik
tahap ni aku dah pasrah dah
lantak la apa nak jadi pun,aku mesti sampai court duta pagi isnin
4 pagi aku sampai hentian duta
wassap kawan aku,wassap tak blue tick pun
lantak la.pukul  5pagi aku masuk toilet tukar baju,pakai formal dengan kasut bertutup
payah siot ..5.30 pagi baru siap tukar baju
aku tercongok la kat hentian tu tunggu subuh
bila subuh p surau,solat and mekap sket hahaha tak mandi tapi mekap
lantakkk,perantau kan
dah cukup susah nak tukar baju dalam toilet tu,takkan aku nak susahkan diri lagi untuk mandi.

court buka pukul 8,so, aku tggu jela pkul 8 untuk naik teksi kalau kawan aku tak datang
pukul 6.30 kawan aku wassap dia baru bangun.klau sempat dia amik aku
pukul 7.0 dia call dia ondaway.dia mntk aku tunggu tepi jalan,dia takmo masuk hentian duta sebab jem
whatever la.aku tunggu la tepi jalan
dia hon,aku pun berlari-larian menuju ke kereta beliau sambil galas beg yang macam ada nak batu tu
sebab kawan aku berhenti tepi jalan,aku kena la lari.bahaya pulak dia parking lama2 tepi jalan
masuk je dalam kereta satu drama plak nak letak beg galas yang berat tu laju-laju
kawan aku pun tolong la amik beg aku
"beratnya Jau beg,bawak apa.hahaha"
hahaha..bawak apa lagi,documents untuk filing bersama pakaian aku la.dokumen pun dah berapa kilo

bila nak habis cerita ko ni
alah,,panjang lagi cerita aku ni
ni pun aku nak skip part dalam kereta, lalu istana negara,dari parking nak ke sampai ke kaunter filing yang kena lalu berjuta pintu court
part breakfast pun aku skip
lepas breakfast,aku menuju ke RKKK untuk proses sijil penampalan
RKKK buka 8.30 la pulak
aku pun decide untuk tunggu dpn RKKK sampai 8.30 sebab ada kerusi tapi kawan aku macam kesian kat aku,dia pun ajak naik ke bilik ofis dia balik
ingat nak tinggal je beg yg berat tu dalam ofis dia tapi sebab dia nak tinggal pintu bilik dia tanpa dikunci untuk mudahkan aku amik beg aku,rasa aku ni membebankan dia la plak
aku pun decide utk bawak jela beg aku,kang jadi apa2 kat bilik dia,mati aku

sekarang bermula la proses filing aku dengan galas beg yang berat.hahaha
dah siap isi sijil penampalan kat RKKK, aku pun turun tingkat bawah untuk filing sijil penampalan
isi praecipe, bayar biro perkhimatan,scan,ambik invoice, pergi bayar kat opposite side,patah balik, ambik balik dokumen dan naik balik ke RKKK..fuhhhh hilang sgala mak nenek lemak aku
sementara dokumen nak di extract, aku naik la van pergi masjid jamek untuk bayar disciplinary fund RM200  di wisma maran
lepas tu jalan kaki patah balik pergi bar council untuk bayar instrument rm30
lepas tu jalan kaki lagi lalu wisma maran untuk pergi check-in hotel
lepas tunggu van lagi skali untuk pergi court duta balik untuk extract sijil penampalan dan filing borang2 lain
tunggu punya tunggu,tak extract2 pun
aku pun wassap kawan aku kata aku dah sampai court balik
atas pertolongan dia aku rasa,tetiba dokumen tu dah boleh extract.hahaha
pastu buat ayat sedih kat dia tanya mana nk print dokumen yg dh blh extract tu
kebetulan dia ada kat bilik dia,dia pun suruh aku naik.dia tolong print kan..hahaha
dah siap print sijil penampalan,
turun kaunter kat bawah untuk sumpah
lepas sumpah, pergi opposite side utk scan
pastu patah balik ke tempat sumpah untuk bayar
pastu patah balik ke tempat scan utk amik dokumen
pastu naik ke RKKK balik
tapi RKKK tutup.kena tunggu 2.00 petang pulak.hmmmm

disebabkan tak larat sangat,
aku naik ke floor ofis kawan aku,
aku duduk kat kerusi kat sana
kat tingkat bawah pun ada kerusi tapi orang lalu lalang,pening aku
duk tingkat ofis kawan aku tu,takde orang lalu lalang
boleh la nak melepaskan lelah dengan tenang
wassap kawan aku,dia ada keje lagi
dia suruh aku g makan dulu
eiii,segan aku nak g makan sorang2
aku duduk jela kat situ
letihhh wei,rasa macam nak mati
pukul 1.00 tengah hari,time aku dah melepek kat kerusi tu,tetiba aku dengar suara kata "jau,jom!"
macam baru tersedar dari mimpi,aku toleh dan nampak kawan aku
macam orang kena pukau,aku sengih dan jalan ke arah kawan aku dengan lemahnya
hahaha dramatik gila
kteorg pun menuju la ke kantin court buat kali kedua
penat,tak lalu pun nak makan
sebab kawan aku insist,aku pun telan la makanan tu dalam keterpaksaan.
resultnya,makanan tu tak habis.dah la tak sedap.hahaha

setelah RKKK buka,aku hantar segala mak nenek document pada RKKK dan blah
nak balik hotel,kena tunggu van
disebabkan kepala aku dah tak berapa betol,
waktu nak masuk dalam van tu aku tak tunduk
so,aku langgar pintu van bahagian atas
perghhh,,sakit gila
macam baru tersedar masuk ke alam realiti
rasa nak menangis pun ada jugak
sakit la gilaaaaa
malu pun satu hal
drebar an tu pun bebel apa tah kat aku tapi aku tak dengar,berpinar-pinar mata aku setelah aku hantuk kepala aku kat van tu secara membabi buta

dah la,nanti plak aku sambung,tak larat ah nak taip
nanti aku sambung perjalanan nak g beli tiket untuk balik plak
hari pertama kat KL pun tak habis lagi weh
cuba ko bayangkan betapa panjangnya cerita aku untuk sampai ke hari longcall
hahahah selamat membaca uollss..

Jan 6, 2015

Self reward

Setelah berhempas-pulas menghadapi hidup sebagai Pelatih Dalam Kamar @ chambering student lebih kurang setahun, kebanyakan budak law akan pergi bercuti untuk tenangkan jiwa sebelum kembali ke alam pekerjaan yang lebih mencabar
Tak kurang juga yang bagi hadiah kat diri sendiri
Ehem macam aku ni

Tapi nak beli hadiah kat diri sendiri pun rasa macam berkira-kira
Setelah dapat gaji terakhir as chambering student hari tu, aku pergi la beli baju kemeja baru kat ayah sempena nak buka sekolah
Memang la tak semahal duit yang ayah aku keluarkan utk support hdup aku as chambering student,
Tapi boleh laaaa,kain kualiti,senang sikit mak aku nak gosok
Lagipun anggap la token of appreciation atas segala budi beliau curahkan disamping itu juga sebagai hadiah hari jadi beliau yang akan tiba beberapa hari lagi
Kira berbaloi la harga baju tu.satu baju utk 2 event.hahaha.kedekut punya anak

Pastu,untuk diri sendiri,aku beli la kasut
Tak habis- habis kasut
Padahal sebelum tu duk pendam dalam hati nk beli handbag baru
Takde la mahal,sratus lbih je tp berat hati nak beli
Tapi bila time kasut, boleh buat rilek pilih dan tanpa fikir pergi bayar padahal macam mahal tak baloi
Lagi- lagi kasut duk kaki orang tak pandang bak kata kawan aku
Hahaha
Tapi nak buat macam mano,akak cintakan kasut melebihi benda lain
Pastu bila bawak blk rumah,kasut tu still dlm kotak dan dalam plastik aeon,sampai hari ni tak buka- buka,mak aku campak je tepi dinding
Hmmmm...

Pastu,aku dah lama duk pendam nak beli purse.purse handmade yg macam aku pakai sekarang
Tapi design lain la sebab pembuat purse tu dah start buat purse baru.yeayyy!
Meleleh air liur
Tapi mahal.dekat sama dengan harga handbag yang aku nak
Handbag besar,purse kecik,harga lebih kurang,
Terus rasa berbelah bagi nak beli ke tak walaupun sekarang ada diskaun free postage plus diskaun 10%

Bila ditimbang-timbang macam tak payah la beli purse walapun as self reward
Sebab aku ada lagi satu purse tak guna tapi aku lupa sorok kat mana dan malas nak cari
Sebenarnya kalau cari insyaAllah jumpa
So,macam rugi nak beli yg baru
Lagipun clutch yg beli kat langkawi tu pun bazir duit,beli tapi tak pakai sangat
Baru 2 kali pakai kot tapi tak ingat dah letak mana
Adoi laaa.
Inilah akibat asyik pindah randah
Ini semua salah chambering

Hopeless

Kadang- kadang dalam hidup kita ni
Ada hari yang kita rasa frust menonggeng
Rasa macam nak mati je
Rasa macam dunia ni kejam
Semua benda yang tak elok jadi pada kita je
Lepas satu malapetaka,malapetaka lain pulak datang

Itu nama dia dugaan
Kita tahu Allah takkan duga hambaNya melebihi kemampuan hamba itu
Tapi time kita frust,dada rasa nak pecah
Otak kita takmau cuba berfungsi pun utk beritahu apa rasional disevalik dugaan tu
Diri rasa tak tentu arah
Nak duduk tak kena,nak bangun tak kena
Makan pun tak lalu
Lalat lalu pun rasa nak maki

Kita tahu nak buat apa
Hati rasa kosong
Lawak jenaka kawan2 pun tak memberi kesan
Waktu seperti ini,elok la kita solat dengan penuh kusyuk
Bukan la maksudnya waktu lain boleh semayang patuk-patuk ayam
Tapi kembali la kepada Yang Maha banyakkan solat hajat,solat tahajjud,solat dhuha,baca quran

Penawar penyakit lemah jiwa ni adalah alquran dan ibadah2 lain
Kita akan dapat rasa kesejukan didalam hati
Hati lebih tenang dan damai
Penuh dengan pengisian jiwa
Dan kita akan nampak apa tujuan kita hidup

Perasaan hopeless ni bersifat sementara
Jangan terlalu terbawa- bawa
Yakinlah Allah itu sebaik- baik perancang
Dia tahu yang terbaik buat kita
Disetiap dugaan itu pasti terselit kemanisan hidup yang Allah kurniakan
Percayalah Allah akan beri ganjaran yg indah selepas kita dapat menghadapi dugaan yang Dia beri

Jangan salahkan takdir
Cuba cari salah kita dan perbaik yang mana yang kurang
Waktu Allah bagi nikmat,kita tak rasa Allah tu baik
Sekali Dia bagi dugaan,kita mula nak mengeluarkan kata2 kesat macam orang yang tak pernah beriman

Benarlah kata pepatah,ikut rasa hati,mati
Disaat kau rasa tiada siapa yang faham kau,tiada siapa yang boleh bantu ko
Pulang la kepada Yang Maha Berkuasa
Dia ada jalan untuk setiap kebuntuan
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

Jan 5, 2015

2015

Tahun baru iaitu tahun 2015 dimulakan dengan suram
Seolah-olah tiada makna dan tiada tujuan
Tak ada semangat baru pun
Terlalu letih dengan tahun 2014 sampaikan dah takda rasa untuk merasa tahun baru
Padahal tahun lepas beria tak sabar nak tggu tahun 2015
Sebab dah tak sanggup hadapi kesukaran tahun 2014 yang sungguh mencabar

Tapi disebalik kehidupan penuh liku dan duri pada tahun 2014
Ada perkara besar dan indah turut berlaku dalam hidup aku
No pain no gain kata orang

Setelah diduga dengan kesihatan tak menentu di awal tahun,akhirnya di pertengahan tahun dikurnia kasih sayang yang melimpah ruah
Kasih sayang dari strangers
Bukan 1 bukan 2 tapi banyakkkk
Thank you strangers semua

Di saat aku rasa takdir itu kejam
Dengan kasih sayang semua orang,aku mampu menghadapi semua pancaroba yang tak pernah terlintas pun di akal fikiran aku boleh terjadi pada aku
Benarlah kata pepatah,pengalaman mendewasakan kita
Oleh kerana ditimpa pelbagai dugaan,bila dugaan itu dapat dihadapi,aku rasa takde apa yg aku tak boleh hadapi
Datanglah masalah sebesar gajah dan rimau sekarang,aku tak heran
Chambering ni benar2 merubah aku menjadi seorang yang lebih matang
Rasa jauh beza sifat diumur 23 dan 24

Dulu semedang rasa muda dan bersifat keanak-anakan
Di pengakhiran 24 tahun aku rasa benar2 matang
Sampaikan aku tanpa waswas bagi nasihat pada orang umur 34 tahun..haha

Sebenarnya aku ada hutang cerita pasal 2 sijil lagi kan
Nanti aku rajin,aku cerita
Dan aku akan cerita kronologi sehingga aku mampu pakai jubah loyer
tak semudah pakai jubah konvo universiti
Benar- benar mencabar mental aku

Aku rasa aku hilang diri sebenar aku
Aku lebih suka menyepi dan menyendiri
Semakin kurang bercakap
Mudah naik darah
Lebih ignorant
Selalu sakutakan hati orang
Sebab aku rasa hati dan jiwa aku dh habis digunakan utk chambering

Kepada insan2 yg terluka terutamanya kekasih- kekasih2 hatiku,ampunkan aku
Ketahuilah setiap kali baran ini dilepaskan,hati ini tak pernah tenang malah penuh kekesalan
Walau mulut jahat ini berat sekali untuk mengungkap kata maaf kerana sebuah ego,hati ini sentiasa menangis menyesali.

Jan 4, 2015

No more chambering

Wehuuuu,akhirnya 18/12/2014 aku dah diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara malaya

Bermakna,chambering selama 9 bulan telah berakhir
Tapi bukan mudah nak longcall@call to the bar

Kawan-kawan sebidang dan kawan rapat je tahu betapa menderita proses yg perlu aku alami sblm betul2 dapat sarung jubah loyer
Dengan kena pergi kl sorang2
Bla bla bla
Malas nak cerita

Aku belanja la sikit gambar hari longcall
Hari kemerdekaan diriku