BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Mar 31, 2011

masakan si perantau

semalam test family
yang sangat mengejutkan
sebagai tanda balas dendam ke atas kejutan tu
kami pun buat la something gila best
bagi perantau la
apadiaaa?
jeng..
jeng..
jeng..














soto,onde-onde dan cocktail
really perfect!
hahaha

kau mampu masak semua benda ni dalam rice cooker di asrama?
sebarang order untuk sebarang majlis
anda boleh la pilih pakej ini
kami sedia untuk cater anda
huah3!

p/s:sibuk main masak2 sampai tak pergi meeting rumah sukan untuk family day..sori rumah merah!

Mar 24, 2011

nah,,si gemok 51kg


ini la rupa orang yang kenaikan berat badan 3kg
mau nya tak naik badan
tengok jela nafsu makan aku macam mana
dah naik 3kg pun tak insaf2
selamba badak je aku makan macam takde apa2 yang berlaku
hahaha..

btw,,ini makanan dekat DPP perwaja
murah gila
yang ada sayur hijau tu skali ngn air,,RM 3
aku punya mesti la yang yang takde sayur hijau
RM 3 jugak =)
murah kan,,dh la dengan ayam,kerang,tomyam
3inggit je..


p/s:naik tangga sampai tingkat dua pun dah mengah2..sobsss

Mar 22, 2011

I hate when rumors spreading around

tertekan tahu
bila anda di scandal kan dengan orang yang kau memang tak suka
kalau scandalkan dengan lelaki idaman Malaya tak pe la jugak

ni buat aku rasa nak mencarut
dem betul la
spreading around the rumors by yourself
gila punya orang!

Mar 20, 2011

pakwe anda pelupa?sila bersyukur

selalu kita dapat rungutan dari makwe-makwe
begitu juga isteri-isteri
pakwe ataupun suami mereka memang pelupa
selalu je lupa tarikh2 penting
ye,,itu adalah perkara biasa
ramai dah permepuan duk merungut pasal hal ni

tapi kalau pakwe anda tak ingat pun nama anda
tu luar biassa
anda perlu siap sedia untuk mintak cerai
tak pun belasah dia sampai koma
hahahaha

ok,,kenapa kena bersyukur kalau dapat pakwe mahupun suami pelupa?
senang nak curang sebab pakwe akan mudah lupakan kesalahan kau tu?
of kos no!
hahaha
ke senang nak rembat duit husband yang berkoyan-koyan tu?
sebab dia takkan ingat berapa amount duit yang dia miliki?
err,,kurang tepat lah dear

sebenarnya,,
hari tu aku ada baca
ciri-ciri lelaki sejati adalah pelupa
lelaki sejati= pelupa
mereka mudah lupa dengan tarikh-tarikh penting
itu memang sifat laki
kalau pakwe korang semua benda pun dia ingat,,
baik korang slow talk dengan diorang
tanya kot-kot diorang tu gay
hahaha
tu pun kalau korang tak kisah nak dapat barang satu or dua pelempang la

Mar 18, 2011

it's proven..you're not famous

err,,betol ke grammar tajuk aku tu?
bajet bagus je BI aku
nak tulis2 dalam BI
hahaha

well..well..well
that's not the point
tadi kan..
tadi kan..
seperti biasa
aku kan suka pergi melilau seluruh blog orang,,
baru aku datang menyinggah blog aku
kadang-kadang tak singgah langsung
sebab sibuk duk menghayati blog orang

disebabkan aku bukan online guna my own laptop
takde la keluar URL-URL blog tu
so,,aku search jela pakai nama blogger tu
untuk ke site mereka
contohnya haniszalikha,fatinliyana and zackzukhairi serta tak ketinggalan juga
theotherkhairul dan hannamaruku
betapa fe,esnya mereka
taip je nama mereka,,
terus keluar blog mereka seketul
impressive!

lepas dah penat joging2 dalam blog mereka,,
tetiba aku rasa la nak singgah diblog sendiri
tapi macam malas plak nak taip URL blog sendiri
aku dengan penuhyakin taip saladkaktus
tapi tak keluar pun blog aku
hahaha

follower ceot,,
pembaca pun tah ada ke tak
ada hati nak buat camtu ye tak?
tak sedar diri betol aku nih
tapi serius kelakar
aku baru nak excited kalo blog aku keluar bila aku search saladkaktus je
tapi itu impian semata-mata
sadis tak?

well,,aku rasa perkhabaran ini tidak la sesadis mana
kalau nak dibandingkan
dengan perkhabaran kedatangan LPQB!!!

Mar 14, 2011

hujan lebat

rasa macam musim tengkujuh plak ujan lebat macam ni
ujan
ujan
hujan
hujan la hujan sebanyak mana ko nak hujan
asalkan jangan hujan waktu aku nak pergi kelas
dah la aku takde payung ni

setiap sem payung aku hilang
ada aje tempat yang aku nak tinggalkan payung
sekarang aku buat keputusan untuk taknak beli payung dah
huhuhu..

apa nak jadi pun jadi lah
hahahha
konon2 pasrah..

Mar 13, 2011

yakin itu penting

semalam,,
untuk ko-k
aku kena present undang-undang perniagaan
perghhh,,Bahasa Melayu siap kau
macam mana aku nak goreng
aku blaja in BI bisnez law itu
tapi untuk ko-k kena cerita in BM

aku redah je explain ape yang aku still ingat
bila siap part aku present,,,
lecturer suruh wakil dari setiap kumpulan kemukakan soalan
perghhhh...
soalan 1,,ok boleh jawab
soalan 2,mencabar sikit
soalan 3,,"errrr,,jap eh saya rujuk balik..nanti saya bagi jawapan",lalu lecturer menyampuk,,"takpe2,,take your time,,nak jawab next week pun takpe",,
ini memang kata2 yang iklas ke satu perlian?
then,,groupmate yang lain nak proceed denga topik seterusnya
but then lecturer berkata,
"saya berminat la dengan penjelasan awak tadi tapi saya ada tak faham yang part....boleh awak terangkan?"
haaa,,matilaaaa
"ok,,macam ni...bla..bla..bla",aku explain

habis je presentation,,
aku bisik kat groupmate aku
"weh,,sebenarnya aku tak tahu pun jawapan kepada soalan2 tadi..aku hentam je wei jawab tu..ko agak2 lecturer tahu tak aku tipu?"

kawan aku,"babeng ko,,muka konfiden je!!!"
HAHAHAHA


p/s:ada asaimen nak kena hantar hari selasa tapi aku tak siap touch-up and tak siap citation serta tak cari case untuk di attach...boleh tak aku buat konfiden je konon2 aku mampu siapkan walaupun aku ragu-ragu sebenarnya?hak3

Mar 11, 2011

pakai atau saman?

kebelakangan ini kita warga UUM banyak dengar tentang desas-desus saman
akan disaman kalau tak pakai kad matrik bersama layard
kalau pakai tali layard lain selain yang diberi yang tertera nama DPP tu pun akan disaman

so,,sekarang ni
memang sahih saman-saman itu berlaku
bukan lagi khabar angin
cuma bukan la disaman RM50 tapi RM30
kiranya kalau tak pakai kat matrik memang sahih akan disaman
tentang rambut kaler and kasut bertutup tu aku tak tahu la plak




ini contoh surat saman..of kos not mine..hahaha



ni pengetua yang saman bukan pakcik UK

bagi warga DPP Bank Rakyat,,
lebih baik anda pakai kad matrik waktu lalu depan pejabat
kalau taknak pakai,,
lalu la dalam kafe Ibu tu
sebab depan pejabat,
pengetua sudah setia menanti
untuk usya dada leher badan setiap orang
nak tengok pakai kad matrik ke tak

kalau sayangkan RM30 ringgit anda
pakai la kad matrik tu
benda dah ada,,pakai jela
ape yang susahnya
tapi kalau rasa korang sangat murah hati
nak realisasikan hasrat universiti kita
untuk menjana kekayaan dengan cepat,
korang tak payah la pakai kad matrik hari2
senang sikit universiti kita nak capai target kekayaan yang mereka impikan
hahahaha

kalau korang nak tahu benda apa yang boleh korang buat atau tak boleh buat,,
korang kena dapatkan sekurang-kurangnya satu surat saman
kat situ dia dah list kan semua kesalahan
maklum laa,,buku peraturan universiti tak tahu nak cari kat mana
surat saman jela tempat kita untuk rujuk apakah perlakuan yang dikira sebagai melanggar peraturan universiti...
hahahaha

Mar 10, 2011

beruk di hutan disusukan

hahaha
dramatik tak tajuk
sebenarnya bukan nak cerita pasal beruk pun
cuma nak cakap
aku jarang dah jenguk blog sendiri
asal online je pergi skodeng blog orang
blog sendiri takde plak rasa nak tengok

kuang asam tak diri ini
ha,,cheq ada citer gempak ni tau
ingat nak habaq untuk entry ni
tapi gambarnya dalam fon
kat lab ni komputer tade bluetooth
tak boleh la transfer gambar dari fon
hahahha
tak masyuk ar kalo tak letak gambar
nanti aku update ye
entry tu akan ku letak tajuk
JANGAN CARI NAHAS!
tajuk macam scary tapi content nya,,
well,,wait and see ye you alll
bye..
muahhh..muahhh

Mar 7, 2011

kau tak sayang boleh la cakap macam tu

korang selalu tak
mengomel dalam hati or
mengumpat bersama-sama kawan-kawan
pasal perempuan2 yang memperbodoh diri sebab pakwe?
penah tak?
panah tak?
ahhhh,,aku pretty sure ah korang penah
siapa tipu,kena panah petir
hahahaha
takut tak?

ok,,
aku anggap korang jawab ye
kalau korang kata ya,,
maknanya,,
ramai jugak perempuan yang aware dan tahu pasal "jangan perbodoh diri ko untuk laki"
*bajet yang membaca dan angguk pd pertanyaan aku td ramai
ok,,berbalik pada ayat tadi
maknanya,,
ramai jugak perempuan yang aware dan tahu pasal "jangan perbodoh diri ko untuk laki"
tapi,,
kenapa still ramai perempaun yang suka perbodoh diri untuk lelaki seolah2 maruah dia di bawah tapak kaki seorang insan yang bernama lelaki?
sanggup buat ape sahaja yang pakwe suruh macam hamba abdi
tarak otak ka mau pikir?

agrhhhh,,ramai perempuan akan cakap
bagi kad ATM pada pakwe perkara bodoh
itu sebelum kapel la
lepas kapel,,
ko jugak yang jadi bangang pergi hulur kad ATM tu kat laki tu
konon nak suruh si pakwe berlatih kawal ekonomi rumahtangga
podahhhh....
dia kikis harta ko sampai ko kena makan maggie kerat empat hari-hari,,
ape kejadahnya semua itu?
jawab..sila jawab
hahaha

kiranya ramai gadis
akan marah berapi-api pada gadis yang lain
sebab memperbodoh diri sebab laki
sebelum dia sayang laki la
kalau dia dah sayang laki dia tu
hmmm,,
tak ingat dah marah berAPI-api sebelum tu

Mar 5, 2011

kecewa?

korang kecewa ke aku dah lama tak update blog ni dengan serius?
tolong la jangan kecewa
kalau korang kecewa,,
aku lagi la kecewa dengan sendiri
sebenarnya tadi baru aku teringat
aku ada blog yang perlu diberi komitmen,perhatian dan juga kasih sayang
omaigodddd
ape dah jadi dengan aku ni
rasa macam dah terputus hubungan dengan alam maya dah

dah ala2 katak bawah tempurung dah aku ni
sebelum ni,,aku la penunggu setia facebook
tapi sekarang,,,
segala jenis gosip dekat fb tu aku tak tahu
bila orang cerita,,aku terpinga2
betul ke ni diri aku?

aku rasa macam dah takde life sebagai remaja
ape tah yang aku busy kan sangat
tapi aku sangat sure aku busy
24 jam tu rase macam 3jam je wei
gila pack la bulan march ni

bukan setakat tak sempat sapu sawang kat blog ni
nak sapu bilik pun aku kena sacrifice keje lain
contohnya,
kalau aku pilih untuk sapu bilik,
bermakna aku kena abaikan tanggungjawab untuk susun buku kat rak
begitu berharga sekali setiap waktu aku

gila lama dah aku tak tengok cerita HANI dan TIRAMISU secara online
lama jugak aku tak chat kat fb chat dengan kawan2
rasa macam dah terputus hubungan dengan semua orang
sekarang aku musykil
aku masih manusia atau tidak?
kalau macam ni la gaya busy nya
memang kena clash ar kalau ada pakwe
ni baru zaman belajar
belum zaman bergelar wanita berkerjaya
patut la ramai laki suruh para isteri jadi surirumah..

ok la
tulis entry ni pun dah makan banyak masa aku
sobssss,,,

!!!!testSSSS,, assignmentSSS, presentationSSS,,projectSSS!!!
berUBAN awal la aku kalau macam ni..