BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Apr 23, 2011

yang ditunggu-tunggu telah pergi membawa diri

sebab tu la orang kata jangan menunggu pada tak sudi
tengok,,dia dah belah membawa diri
opppsss
tunggu dulu
walaupun ianya telah pergi,,aku memang happy
takde nya nak menangis air mata darah
dah lame dah aku tunggu untuk dia blah
huhuhu
so,,baibai la ko-k
pergilah dikau jauh-jauh
kami dah tak perlukan ko lagi
hahahha
bongkak tak statement?
tapi kan,,
mintak-mintak la ko-k sem ni dapat A+ lagi
huhuhu

hari ini, 23 mei 2011
maka dengan rasminya berakhirlah ko-k dengan jayanya selepas empat semester
perghhh
lega siotttt
so,,sem depan setiap hari minggu boleh pergi bergonjeng tanpa perlu risau tentang ko-k yang selalu membantutkan niat kami nak pergi mana2 sebab curi hari cuti kami pada hari sabtu
pffttt..

tapi kan,,
sedihgak bila fikir berpisah dengan kelasmate ko-k yang best tu
sobsss
korang dalam kenangan dah
sobss lagi skali T_T


Apr 19, 2011

semua orang perlu pandai masak

siapa kata kalau ko wanita bekerjaya,
tak payah pandai masak?
siapa kata?
siapa kata kalau ko kerja gaji besar,position dalam masyarakat tinggi tak payah masak?
siapa kata?
semua orang kena tahu masak
walaupun anda lecturer
lagi2 kalau anda adalah lecturer dan mempunyai pelajar gedik macam kami


contoh pelajar gedik
kenapa?
hal ini kerana kalau lecturer ada pelajar gedik macam kami
yang sentiasa gedik nak pergi maen masak2 rumah lecturer,
memang harus la anda tahu memasak
hahaha



thanxs madam sudi ajak pelajar gedik datang makan-makan

memanmg kenyang ah perut kami
tapi kami bukan bawak perut semata-mata ye
kami kan menantu2 pilihan
so,,kami datang awal la jugak tolong2 madam masak
prektis nak jadi lecturer mithali cam madam
ajak2 student datang makan2 kat umahhh




cakk..amik mood dengan bahan2 dulu



ehem2..nampak tak gaya2 menantu pilihan?hahaha



well..well..well..kami kan serba boleh..bako..bako

nak riak sikit ni
cuba tengok apa komen our lecturer
aspalela yang menomen tu la madam kami






bukti madam puji air asam aku..hahaha

memang best r kalau pandai masak
nasib baik jugak mak aku slalu membebel suruh tolong dia kat dapur
kalau tak memang menitik2 peluh aku pergi tolong madam masak hari tu
malu kot kalau tak tahu apa2
madam yang belajar tinggi2 pun tahu masak
apakan lagi kita yep?

p/s:madam,,you're inspiring me=)





Apr 16, 2011

i love you, you love her, she loves him, he loves me.

aku cilok tajuk ni dari status facebook nik imana
sebab aku malas nak taip sendiri
huah3

sebenarnya,,setiap dari kita
aku ulang
setiap dari kita
akan melailui fasa ini
dimana kita suka laki A tapi laki A suka perempuan B dan kita suka laki A tapi laki B suka kita
senang cerita nya macam ni
B suka kita
tapi kita suka laki A
tapi laki A suka perempuan B
sungguh complicated kan hubungan itu
tapi,,
itulah nama nya kehidupan
kita tak pernah puas dengan apa yang kita ada
tau dah laki tu nak kat orang lain,,
yang tu jugak la kita sibuk nak kejar
then,kita ignore pulak lelaki yang setulus hati kat kita
well,,biasa laa
kita kan suka cabaran hidup
hahaha

please back to reality wahai jauhariatu amira!
yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran..

Apr 13, 2011

annoyed

ni bukan definition criminal force
tapi aku benar2 maksudkan
tolong lah jangan buat perkara2 yang menyampahkan

aku block ko yang berperangai menyampahkan tu karang baru tau
ni amaran je
aku terus block tanpa bagi amaran kang sentap plak

ni masih berkias2
tolong la stopkan perangai ko yang annoying tuh
sebelum aku bagi sebijik direct atas muka ko
arghhhhh...
annoying lah kauuuu!!
stress btol aku.

cuba untuk jadi lawak pun satu perkara yang sesungguhnya amat annoying
kalau ko rasa ko bukan insan yang dilahirkan untuk jadi pelawak
udah2 le buat lawak
seriously ko tak lawak pun walaupun sebanyak mana pun ko usaha untuk jadi lawak
tak payah la ko nak perbodoh dan susahkan diri sendiri konon2 nak buat lawak


semua orang pu tahu lawak tak boleh dipaksa
kalau ko paksa diri ko untuk jadi lawak,,
memang tak jadi la wei
kita boleh rasa orang tu memang naturally lawak ataupun dia sedang cuba untuk berlawak

lawak spontan merupakan lawak yang paling best
lawak yang dibuat-buat dan dipaksa2 merupakan lawak yang paling annoyed

lawak itu satu kebolehan diri yang tak semua orang ada
ada orang boleh buat lawak
dan ada orang yang suka dengar lawak tapi tak reti buat lawak
kerja dia hanyalah gelak
so,,teruskan kerja anda dengan jadi pendengar lawak
tak payah la nak berusaha nak jadi pelawak
sebab percubaan anda tu sungguh annoyed..
hahaha

kalau semua orang pun nak buat lawak,,sape plak yang nak dengar lawak kan?

Apr 12, 2011

keluarlah dari kepompong lama

hari ini hari yang indah
bukan hari yang stress
walaupun kena present untuk subject criminal
kalau sem lepas,,asal nak present criminal je rasa nyawa di hujung tanduk dah
tinggal nyawa2 ikan gituuu
tapi sem ni,,
madam criminal sempoi gila
sempat lagi dia mengungkit pasal status2 FB kiteorang
padahal kiteorang tengah siap sedia nak present
siap berdiri kat depan nak bagi salam dah pun
madam..madam
so funnyyy.. and very the stalker
hahahaha

nasib hari ini memang bagus
semua yang indah2 je berlaku
nak pergi kelas,,senang dapat bas
nak present pun takde la takut and cuak gila
nak print,,akak tukang print pun ramah tamah
senang cerita mood hari ni memang baik la
lagi bermood baik bila tengok MATLUTHFI
hahaha

tapi,,ini aku nak marah ni
aku sedang dibuai angan yang indah
tiba2..
ada aje spoiler nya
dulu kan aku dah pernah membebel
pasal orang yang suka add kawan2 aku
tak faham betol la orang macam ni
setiap penjuru kawan aku pun dia nak add
kawan yang aku tak rapat pun dia add jugakk
desperate sangat ke nak ada kawan bhai?

p/s:kan mak penah pesan,,jangan kawan dengan sebarangan orang..ko tak takut ke kena culik maen add2 semua orang?tolongla ingat balik pesanan mak ko yang satu itu..bye2

Apr 11, 2011

kamu bagaikan gula

ye
kau bagaikan gula
memaniskan hari aku yang dirasakan pahit macam kopi

kau jugak macam gula
sebab memaniskan hari yang tawar macam donat
apalah ertinya donat tanpa gula
*donat ada coklat tu lain cerita

of course you are my gula
sebab sentiasa memaniskan hari2ku yang stress tuu
hahaha
exaggerated kan

kamu sememangnya gula
wahai MATLUTHFI
hahahha
err,,tak kenal matluthfi?
ketinggalan zaman la kau
tak nak kawan..

p/s:matluthfi,,kalo ko terbaca ni,,ketahuilah kami adalah peminat fanatik kamu..terima kasih untuk video2 yang best tu..bila hang mau blk kedah?habaq kat cheq na..blh kita jumpa..hahaha

Apr 3, 2011

jangan mengumpat lecturer dekat tangga

orang kata,,
cakap siang pandang-pandang,
cakap malam err...bisik-bisik?(tak tahu the exact peribahasa..sobss)
well..well..well
nak mengumpat pun kena tahu rules and regulations nya
jangan ko bantai je mengumpat kat mana-mana yang ko suka
mengerti?

perihal mengumpat yang ingin aku keutarakan dalam entry kali ini ialah
jangan mengumpat kat tangga
hal ini kerana,,
anda berkemungkinan besar akan terpeleot ketika meniti anak tangga itu akibat terlalu syok mengumpat dan tak sedar pun tersilap langkah
patutnya ada dua anak tangga lagi nak menjejak bumi
tapi ko terleka
ko ingatkan ko tinggal satu anak tangga je lagi nak cecah bumi
maka,,
ko dengan konfidennya melangkah,
lalu jatuh terpeleot sehingga hampir menyebabkan bahu dan kaki terseliuh
nasib baik tak jatuh berguling-guling menyembah bumi dan mencium simen
pasti ko akan malu seluruh tempoh pengajian ko di UUM ini jika perkara itu sememangnya menjadi realiti

aku sebagai insan yang berpengalaman,
menyeru anda semua agar berhati-hati ketika melangkah sambil mengumpat itu
tetapi
lebih baik jika anda semua berhenti dari aktiviti mengumpat yang marabahaya lagi lagha itu
itu pun kalau hidup nak selamat dan tak mau jatuh tersembam kat tangga la
hahaha

p/s:IQTIYANI BASHIR ada kasut baru kaler seHIJAU warna daun tua yang ulat beluncas pun tak lalu makan dan berlagak mempamerkan kepada kami kerna dia beli di thailand dengan harga 200bath..jahat sungguh beliau..

aku bosan ahhhhh

hoi bosan hoi
bosan dengan segala makanan yang ada kat uum ni
dah tak tahu nak makan ape dah
jemu..
jemu..
muak..
muak..

grrrrrrrrr
arghhhhhhhhhhhhhhhhh

konklusinya:mak,nak balikk!!!!

dem ah segala assignment dan ko-k
dem..dem..dem..
pffttt..