BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jan 31, 2011

kegigihan untuk pulang ke rumah

walaupun universiti menisytiharkan cuti bermula 3 februari
tapi aku dah start mengemas 28 Januari lagi
hahahaha

hari ini ada 2kelas
aku dengan gighnya nak balik
dah siap bawak segala keperluan untuk balik ke kelas
lepas habis kelas,,
terus aku nak pecut balik je

kalau diikitkan
kelas terakhir iaitu kelas consti ditamatkan lebih awal dari sepatutnya
disebabkan aku ni jenis insan yang terhegeh2
aku hampir terlepas bas

gila dramatik aksi aku mengejar bas
aku tahan bas waktu bas lalu depan hidung aku
tapi dia tak berhenti
pakcik tu berhenti kat bus stop yang terletak kira2 30meter dari aku
ape lagi
terpaksa la aku berlari pecut ala2 kelajuan atlet
dengan beg galas kat atas belakang
dengan tote bag yang penuh dengan coklat kat tangan lagi
aku tak tahu aku menggayakan gaya ape dah waktu lari tu
aku bernasib baik sebab pakai kasut flat
agak membantu ar kasut tu dalam usaha aku mengejar bas
tapi...
bila aku berjaya lompat dalam bas tu,,
pak cik tu teruus gerak
pakcik tu tak perasaan aku naik
terhantuk juggak la aku kat tiang dalam bas tu
nasib baik tak jatuh tergolek
maklum laa,,
pintu bas tak tutup lagi..

p/s:terima kasih pada chena dan fatin sebab sebelum aku balik hari2 ajak aku jogging..dapat jugak aku lari laju kejar bas hasil dari stamina jogging..hahahha

Jan 29, 2011

bila mendung disusuli mentari

wah..wah..wahhh
gedik tak tajuk entry I?
hari ni tak mahu cerita cintun ataupun sewaktu dengannya

seperti semua sedia maklum
semalam diri ini surrounded by sorrow feeling
maklum laaaa
budak2 yang dapat ptptn duk senyum melebar sekor2 depan ATM
aku pun gundah gulana la kan
mana boleh jadi
semua orang senang hati duit beriban-riban dalam bank
aku plak ada seratus hinggit je
$^%^*^$E$#U

setiap saat aku lalu depan ATM tu,,
panjang aja barisannya
tak pernah pendek
terusik jugak hati aku
mentang2 dapat duit ptptn,,
semua pakat rakus nak tengok
nyampah aku tau

tapi hari ini,,
giliran kami plak senyum melebar
rasa macam dapat nafas baru
sebelum ni nak bernafas pun takut2 je
takut terjejas duit setiap kali tarik nafas
hahahaha

well..
wahai warga law sekalian,,
masing2 boleh la berbincang pasal baju dinner sekarang
semua orang pun mood baik sekarang
so,,it's proven that
duit itu penting dalam hidup manusia
jangan nak temberang la kata ko tak suka duit
dusta3!
hahahaha

p/s:aku kena kutip derma untuk KLK aku sempena nak pergi rumah anak yatim dekat Perlis..ada sape2 nk bagi sumbangan ikhlas?

Jan 28, 2011

xsabarnyerrrr

ok rakan-rakan
mari kita mengira
sabtu,,
ahad,,
isnin,,
yes!!!!
3 hari lagi nak balik
tak sabar rasa nya nak jejak kaki ke umah
mau berjumpa dengan my laling..
awww..awwww...


sesungguhnya teramat la lama tak berjumpa dengan laling ku seketul itu
erkkk,,
seketul?
of kos le seketul kerana ianya
seekor henfon
kahkahkah..
mesti cikgu BM aku rasa nak lempang-lempang diri sendiri bila dengar penjodoh bilangan yang aku berikan..
maaf cikgu
dulu dalam kelas saya selalu pandang muka cikgu yang sedang mengajar sambil pejam mata
penat cikgu berleter,,
tapi saya still khusyuk tidur
walaupun saya konon kusyuk pandang muka cikgu,,
sesungguhnya itu dusta sahaja
muka saya ngadap muka cikgu
tapi mata saya pejam
bukan salah saya
salahkan mata saya yang tak mampu tahan mengantuk
amboii,,panjang plak aku mlalut

aku sangat teruja ye rakan-rakan
rasa macam berdebar nak berjumpa dengan my laling tu
dari raya haji hari tu kami berpisah
sekarang dah nak raya cina baru dapat jumpa balik
tu pun selepas dia beraya krismas sorang-sorang
wuuu..wuuu

tapi,,
encik kamera saya still tidak dapat pulang ke pangkuan tuannya yang kiut miut
masih dalam wad
so saddd..
dengar ccerita encik samsung mahu gantikan kamera baru pada den
tak tahu desas-desus ni betol ke tak
kita sama-sama la nantikannya
lepas raya cina kot baru aku berpeluang untuk memeluk encik kamera
haishhhh
boleh kena penyakit kemurungan aku kalau lama2 berpisah macam ni...
cepat la sembuh wahai laling-laling ku sekalian
i miss you like hell
opppsss
tercarut
sowriee you ollssss=)

Jan 27, 2011

pantai lagikan berubah

cuba bayangkan
hari ni kita sempurna dengan segala pancaindera
tapi tiba-tiba esoknya,,
segala nikmat yang Allah pinjamkan tu,,
Allah tark balik tanpa bagi petanda awal
mampukah kita redha?
mungkin ramai yang akan putus asa mahu pun pasrah
tapi untuk jadi hamba yang redha?
aku pun tak tahu aku mampu redha ke tak bila menghadapi situasi macam tu

senang bagi kita semua untuk cakap
"redha je,,pasti ada hikmah disebaliknya"
ye,,semua ada hikmah
cepat atau lambat
semua orang tahu tu
dan semua orang pasti tahu dialog tu
tapi
bila kena batang hidung sendiri,,
mungkin kita akan berterusan marahkan Tuhan
susah kot nak terima hakikat..

pada masa tu,,
sokongan dan doronggan semua pihak je yang mampu
membawa insan yang putus asa ke jalan Allah kembali
aku harap,,
kalau aku adalah insan yang ditarik nikmat oleh Allah,,
korang semua sudi untuk menjadi pembekal semangat itu
kerana aku punyai jiwa yang sangat lemah tanpa kamu semua
aku tahu aku tak setabah itu..

p/s:hargailah semua yang kita miliki..tidak salah mencari beyond our needs tapi hargailah..MENGHARGAI dan BERSYUKUR..

kertas baru!

lama dah kan korang tengok rupa bentuk kertas mahjong aku ni dengan lukisan yang sama
hari ini,,
aku suruh cik najmi lukis corak baru atas kertas mahjong kita ni
maklum laaa,,
si tuan blog ni tak berseni
tak reti nak melukis bagai nih
harap ihsan orang lain je tahu
dulu punya corak pun hasil kreativiti encik aizu
nak harapkan aku buat sendiri?
memang tak la...
terima kasih la kepada insan2 sekeliling yang sudi layan permintaan2 aku ni
terutamanya si nana yang sering jadi kaunter pertanyaan aku pasal widget2 di blog
*na,,aku tulis nama mu nih,,jangan lupa beli coklat banyak2 dari langkawi tuh,,,kita kan besfwen,,ingat2 la kat aku sket..hehehehe

terima kasih juga kepada you all readerssss sekalian!
walaupun kertas mahjong ni dah komot-komot
dah usang,,
sudi jugak korang tengok je
walaupun bukan kertas mahjong sebenar
korang jangan la rasa tertipu
matilaa aku nak letak kertas mahjong sebenar kan?

tapi sekarang aku dah letak backgroud kertas kajang,,
walaupun still bukan kertas mahjong,,
kurang-kurang,,korang takde la rasa tertipu sangat kan?
hahahha

so,,pe perasaan korang tengok lukisan baru kat page ni?
komen sketttt..=)


Jan 24, 2011

cuti lama nanti nak buat ape?

dah confirm kan yang kita akan cuti lama gila tuk naik sem baru next sem kan?
gila ah
dalam 3bulan 3minggu macam tu la kita akan cuti
so,,apa plan korang semua?
share2 la
boleh la aku tiru
hahahaha

takkan nak ternak lemak je dekat 4bulan tu?
nak keje
tapi nak keje ape?
adoiii
lemah semangat tol

kalau nak keje,,
cuba korang suggest aku patut keja ape?
agak2 dengan kelulusan aku sekarang yang cuma ada sijil SPM dan pass asasi,,
ada tak keje yang akan bagi aku gaji dalam seribu sebulan?
kalau ada,,
keje ape ek?

dah la ada practical sebulan
kurang la sikit masa aku untuk mengumpul harta
mana syok cuti tanpa wang
asyik kena telan air liur je bila g shopping complex
tekanan perasaan la aku macam tu

any idea?
tolong laaa...=(

pengalaman baru..junior cari gaduh waktu perjumpaan blok

hahahaha
dah beberapa sem aku tak pergi perjumpaan blok
1st sem dulu je pegi
maklum laaa,,
budak baru kan
skema la sket

tapi sekarang walaupun dah jadi senior,,
pergi jugak perjumpaan blok
bukan apa
terasa takut plak dengan ugutan ketua blok
kalau tak pergi,,
kena tukar DPP(kolej)
kalau dulu tak takut pun dengan ugutan macam tu
tapi sekarang HARUS takut la sebab bila mereka ugut,,
memang mereka maksudkannya!

pengalaman pergi perjumpaan kali ini memang AMAZING!
katanya perjumpaan blok untuk mengeratkan ukhwah sesama ahli blok
tapi lain pulak yang terjadi
aku tergaduh dengan juniorr ar
eh,,bukan aku yang cari gaduh
tapi she is the one who start the fire first!


aku pun dah lama tak gaduh
cambest pulak kan
terpasa la aku amik port skali
tapi kesian r the junior
nak tunjuk hero tak kira tempat
cari gaduh plak dengan aku
memang silap besar ar
perang-perang mulut ni memang kepakaran aku
pity youuu dearrr...
aku pun dah lama tak guna bakat terpendam ni
ko yang nak try kan
aku pun terpaksa tunjuk la

tapi,,
gaduh sket2 je
malas ar nak tunjuk semua skill aku
kang nangis lak budak tuuu...
budak2 baru nak up kan
biasaa laaa
kita bagi la peluang dia nak tunjuk jaguhhh

p/s:aku ada gambar dia..nak tengok?hhahhaha..

Jan 21, 2011

pemindahan lemak

tengah syok2 makan
tiba2 terkeluar isu berat badan
apa lagi..
terus keluarkan penimbang kauuuu..
ok..ok
rilek babe
jom naik atas penimbang!

bila rumate aku balik,,
mula la aku mengadu domba kat dia kan
"tin,,tin,,tadi kan aku timbang berat aku..naik sekilo weh",,macam tu la mukaddimah aku
rumate pun menyahut,"aku turun sekilo!"
perghhhh,,tergugat sial aku
aku terambil lemak rumate aku ke ni?
aku naik sekilo,,dia turun sekilo?

ala,,sekilo je punnn
takde efek sangat pun
tak payah kecoh2
stakat rasa seluar ketat sket2
pipi bergegar bila bas mlompat waktu lalu bonggol
baju cam sendat sikit kat lengan
tu je..
biasa la tu kannn
T_____T

Jan 20, 2011

bila perempuan GELABAH

gila benci dowh
bila ada perempuan yang merangkap makwe,,
gelabah gila nak serang2 orang
tu pun sebab pakwe dia cakap dengan kita

dia hingat semua orang nak kat pakwe dia la kot
kalau pakwe dia muka macam awal ashaari boleh la jugak nak gelabah2
nak protect pakwe dia ke hape

kita hidup bermasayarakat kot
bertegur sapa tu amalan seharian
bukan bertepuk tampar pun
stakat senyum waktu sekilas pandang sebab kenal
tu pun pakwe dia yang tegur dulu
kita sebagai orang yang bertamadun,,mesti la balas balik bila orang tegur kita kan

haishhh
tak paham la aku perempaun macam tu
kalau rasa insecure sangat,,
ko bubuh jela muka pakwe ko dalam tin
takde sape pun nak tengok
GELABAH!

tu namanya MENCURI!

tadi aku terbaca dekat kosmo
pasal orang ramai berebut-rebut kutip syiling yang bertaburan akibat kemalangan
aku tak paham la
macam mana orang kita boleh berebut-rebut kutip duit yang jatuh tu tanpa segan silu?
dah sah2 la duit tu bukan hak mereka
harus la mereka kutip tanpa menghiraukan keselamatan diri
sanggup pertaruh nyawa dan bahayakan nyawa sendiri untuk kutip duit di atas jalan raya yang sibuk dengan kenderaan lalu lalang

tak ingat ke
masa kita kecik2 dulu
cikgu selalu je pesan
kalau jumpa barang atau duit kat tengah jalan
jangan ambil
sebab tu bukan hak kita
mengambil barang yang bukan hak milik kita adalah mencuri!

kenapa kalau pencuri atau peragut bila kantoi dengan orang ramai akan dibelasah kadang2 sampai mati
tapi kenapa orang tak ambil tindakan pun pada "pengambil" duit syiling tu?
padahal diorang tu sama je
PENCURI jugak

malas la nak explain panjang2
konklusinya kat sini,,
orang kita semakin berani
dan TAK MALU..
megah sangat mencuri atas jalan
opppsss,,mengambil rezeki yang terbentang depan mata bak kata mereka

Jan 18, 2011

kembali senyummm

semalam kan aku ada cerita
aku macam dalam condition depressed
murung bak kata orang melayu
maklum laaa
tak jumpa insan2 yang aku minat
sepanjang perjalanan pergi dan balik kelas
jadi emo la sikit

namun begitu
hari ini
mereka-mereka yang saya minat
semuanya muncul dalam hidup saya
*terus bahasakan diri saya kauuuu..tak tahan betul aku nih

rasa ruang2 kosong dalam hati saya penuh dengan kegirangan
seterusnya mekar dan kembang hati ku ini
rasa macam nak senyum sambil guling2
hahahaha

gatal tak?gatal tak?
bukan gatal tapi itu namanya daya penarik untuk hidup di universiti
takkan korang takde budak yang korang minat kan?
tipu gila kalau cakap takde!
tipuuuuuuuuuuuuu....

ok la,,
saya mau teruskan berguling2 akibat terlalu gembira
daa semua..
ngeh3~

hakikat rakyat malaysia kini

ini cerita lama
cerita jumaat lepas lagi
pagi-pagi hari lagi aku dah bersiap-sedia ke stesen bas
untuk balik u semula
mula-mula,
dalam bastu cuma ada 3orang gadis yang berlainan gaya tudung setiap seorangnya
sorang pakai tudung bawal,sorang pakali tudung mak limah dan sorang pakai tudung syiria
tak lama lepas tu,,
naik la pulak makcik yang berbangsa cina
maka lengkap la kaum melayu,cina dan india dalam bas tersebut
baru terasa bahang 1Malaysia seperti yang diuar-uarkan oleh kerajaan di segenap penjuru setiap hari tu
selalu kat umah,,nampak bangsa sejenis je
takde plak merasa suasana 1Malaysia macam tu
orang asli je kot takde dalam bas tu
inilah hakikat kita tinggal di Malaysia
pelbagai kaum
aman harmoni
ini hakikat yang positif

ada lagi satu hakikat yang boleh buat hati aku berapi bila naik bas
iaitu
apabila di setiap sudut bas ada tulis dilarang merokok
tapi ada jugak makhluk yang ada kepala tapi letak dekat lutut,
suka hati je merokok
di hingat bas tu bapak dia punya?!
tak pasal aku terpaksa menyumpah
tapi menyumpah dalam hati jela aku berani
hahaha


p/s:tolong ah jangan merokok di tempat awam..

Jan 17, 2011

best!

wahhh
hari ni first class untuk semester ni
feel great jumpa kawan2 balik
walaupun satu kelas je pagi tadi
tapi rasa penat jugak la
maklum laa,,
lama tak buat benda2 berilmiah

rasanya stamina aku makin teruk la
mudah sangat rasa penat
bergosip pun rasa tak larat
apatah lagi dengar apa yang lecturer brief
rasa diri ini teruk la

memang rasa sangat riang bila new sem bermula dengan bagus
tapi aku rasa macam ada sesuatu yang hilang la dalam hidup aku
sentiasa rasa risau
tak tau risau ape
haishhh

Jan 16, 2011

mimpi

bila tidur sempat lagi bermimpi bermakna aku banyak masa lapang
eh,,
time aku sibuk pun aku mimpi jugak..
tapi,,
mimpi waktu banyak masa lapang mimpi indah2 sikit
takde la mimpi ngeri macam dekat2 exam tu
kalo waktu exam,,
asal tidur je nampak tulisan
asal tidur je mimpi soalan exam..
sungguh mengerikan

betapa banyak nya masa aku sebab hari ini cuti
semalam aku sempat lagi mimpi
yang tak tahannya siap berperibahasa lagi dalam mimpi
nak tau ape peribahasanya?
"kalau kail sejengkal,,usah diduga lautan dalam"
hahaha
aku tak paham pesal peribahasa ni boleh masuk mimpi aku
adakah ini tanda2 kelas dah nak bermula?
ataupun,,adakah mimpi ini bermaksud aku akan ditabalkan sebagai ratu peribahasa?
pape pun,,
harap2 sesuatu yang baik la yang akan berlaku
siapa2 pakar mentafsir mimpi,,
boleh la kalo nak tafsir
aku izinkan
hahaha...

Jan 10, 2011

cukup2 makan?

ermmm,,
boleh aku tanya,,
kalau result exam kan,,
bila orang cakap cukup2 makan tu,,
maknanya apa?
4flat ke?
ke DL(dean list)?

aiyoooo
kang aku salah interprete kang
cakap la biar terang
kalau tak mau cakap,,
tak payah la cakap terus
hehehe
buat aku tertanya2 je la u olls ni

aku ingat nak private kan la blog ni
tapi kesian plak kat si nuffnang tu
kang takde keje plak
hahaha

p/s:aku nak kawan dengan ko lah yani!

Jan 9, 2011

kerana akaun

hari ni angkasawan negara,,
syeikh muszaphar khabarkan berita gembira
pasal dia akan timang cahaya mata

hari ini jugak result exam uum keluar
tak tau la ini berita gembira atau tidak untuk aku
rasa macam takde perasaan
time kawan-kawan duk kalut bukak portal yang mensibut tu
aku dengan tenang duk berkomen-komen dengan rakan-rakan
takde usaha langsung nak buka portal
sebab aku plan nak tengok result waktu orang semua tengok AJL malam ni

tapi,,cuba bukak portal untu kali kedua
tiba-tiba Allah mudahkan urusan untuk tengok
ermmm
walaupun tak seteruk yang aku banyangkan
tapi teruk la dari sem lepas punya result

walaupun begitu
aku dapat B+ untuk akaun!
hahahha
bukan A pun,,
aku nak bangga jugak
sebab aku bajet fail ah subjek ni
tapi alhamdulillah tidak
walaupun result aku amat jauh dari hanis zalikha,,
aku tetap bangga dengan akaun
walaupun berderet lagi gred yang teruk dalam slip aku
tapi aku tak rasa down sangat sebab
keputusan akaun yang mengejutkan ani amat menggembirakan aku sampai dapat lupakan kesedihan gred teruk yang lain

p/s:Along,,
baik mu jangan bagitau papa aku dah dapat result exam hari ni

aku tahu

along,,
aku tau mu baco blog aku..
so,,aku nok oyat,,
harini papa buat roti canai
huahuahua..
jangey jeles!

p/s:bulih bekki ko kamera aku?

Jan 7, 2011

bahaya ada di mana-mana

tadi jalan-jalan tengok kosmo online
then tertarik pada satu tajuk
sebab ianya mengingatkan aku pada sesuatu





ye..
sula..
aku tahu perkataan ni pun bila ada one of my senior dekat sekolah rendah dulu kena sula
and that senior ialah insan di dalam artikel di atas
11tahun lalu perkara ni berlaku wei
time tu aku dalam darjah 3 or empat kot
dan mangsa sula itu darjah 6
kecoh jugak kisah ni ketika itu
dia disula dengan buluh from bottom part
banyak organ dalaman nya rosak
dan hari ini,,
keluar balik pasal mangsa yang tak berdosa nih
kesian kot
memang jahanam orang yang buat benda terkutuk ni pada dia
ko pun rasa nak sumpah penyula tu dengan word CELAKA!
mangsa disula waktu balik kelas tambahan waktu malam..
budak skolah wei
darjah 6 plak tu
apa dosa dia sampai terima nasib sedemikian rupa?
hancur masa depan dia begitu sahaja..

p/s:hati-hati dan berdoa la selalu..

Jan 6, 2011

kenapa selalu insaf kejap je?

ni bukan nak cakap pasal orang lain
ini sendiri punya cerita

selalunya aku akan diselubungi keinsafan lepas
1)diberikan motivasi tak kira la oleh kosultan yang diupah oleh skolah,,motivasi pagi kat dalam tv atau pun sebarang ceramah dalam tv mahupun radio

2)lepas tengok cerita yang penuh pengajaran selalunya pasal anak derhaka,,Islam dipandang rendah oleh kaum lain,kehebatan Islam,,tros berkobar2 semangat dalam diri tuk jadi manusia lebih baik

3)rakan-rakan keluarkan perkataan yang baik2 bila chat di fb,ym and skype..terutamanya rakan2 yang kuat menyetan waktu zaman skolah but then sekarang dah insaf

4)bila musibah melanda orang sekeliling

5)baca blog yang berunsur nasihat tapi tak berjela2 sangat..contohnya blog ini..
sangat best bagi aku..sempoi je..walaupun ownernya lelaki tapi sering memberi peringatan kepada muslimah

tapi kan..
selalunya insaf tu kejap je
tak bertahan lama mana sangat pun
lepas tu menyetan balik

bila aku baca blog pun aku boleh rasa insaf,,
membuatkan aku berfikir,,
hasil tulisan kita mampu mempengaruhi emosi,,pegangan orang lain,,
so,,APESAL AKU SUKA MENULIS BENDA YANG LAGHO DAN TIDAK BERMANFAAT?
rasa macam dah banya dosa aku sebarkan melalui alam maya ni

oleh itu,,alangkah baiknya para bloggers sekalian,,
menulis perkara2 yang bermanfaat
kita kan cepat lupa
kalau baca satu blog,,keinsafan boleh bertahan satu hari,,
apa salahnya bloggers menulis berkonsepkan kebaikan
bukan la aku maksudkan wajib tulis hadis bagai setiap entry
tapi kalau boleh,,gunakan bahasa yang baik dan bukannya mencarut
sebab aku sendiri akan jadi suka mencarut lepas baca entry mencarut..

ni aku baca entry keinsafan,,terus timbul insaf
thanks kepada blogger tersebut
gigih aku duk stadi entry2 beliau
hahaha

diharapkan korang pun dapat menegur aku bila aku buat silap
aku hanya insan biasa yang xlepas dari sifat gedik,menyampahkan dan poyo
sentiasa la ingatkan aku ini
tegur aku jika kau silap
aku takkan marah kalau kena dengan gayanya
aku dah siap sedia dengan hati yang lapang untuk menerima teguran korang

p/s:maaf kepada rakan2 yang aku pernah marah sebab tegur aku..time ti jahil lagi..sowrie ye dear=)

macam zaman jepun

ni bukan entry orang zaman sekarang kena dera macam jepun dera tali barut tahun 1948 dulu
bukan jugak cerita konflik rumahtangga ala2 Hiroshima dan Pearl Harbour kena bom
tapi ini kisah sekolah asrama

semalam aku ikut parents aku hantar adik aku masuk asrama
ala,,asrama yang dia pernah duduk waktu lower form jugak
tapi
aku terkejut weh
tengok asramanya
satu bilik,,,dikongsi oleh sangat ramai orang
dalam 20 orang kot
dah la sempitttt
omaigodddd,,,macam mana la nak stadi dalam keadaan macam tu
sebelum2 ni dia dudk kat blok yang satu bilik 4 orang
tapi kali ni dapat bilik yang 20 orang
ape orang panggila?
dorm kan kalau duduk ramai2 bagai macam tu kan?

dah la dia punya facilities ala2 zaman jepun punya barang aku tengok
uzur gila
almari baju pun macam boleh muat beberapa helai baju je
memang la kalau nak selesa,,
duduk rumah la kan
tapi pihak sekolah pun kena la faham
20 orang beb!
macam duduk rumah setinggan la
nak bergerak pun macam saling berlaga punggung dengan kawan

harap2,,my sis dapat masuk MRSM..
huhuhu

p/s:orang yang penah duduk kt dorm,,jangan kecil hati..ini pendapat aku je

Jan 5, 2011

bukan salah sesiapa

bila kau makin jauh
dengan kawan-kawan
ianya bukan salah jarak mahupun waktu
tu salah ko la pemalas nk mesej or kol rakan2
nak salah2 kan jarak bagai
podaahhh..
hahahaha

bila ko makin jauh dengan Allah
tu bukan salah boss ko bagi banyak kerja
mahupun traffic jam tengah jalan
tu salah ko la
quran setakat buat hiasan atas almari kat ruang tamu
telekung pulak sidai buat langsir hadang cahaya matahari tuk ko tidur sampai tengah hari buta

bila tahun 2011 semakin jauh tinggalkan bulan januari
bukan salah sesiapa pun ko tak kaya-kaya
walaupun duk berangan hari2
Allah memeng boleh turunkan ujan dengan banyak
tapi ko jangan harap la emas nak jatuh gedebuk atas muka ko waktu tidur lepas asar..

bila ko bosan meniti hari2 cuti,,
ko main fesbuk sampai tak ingat dunia
jangan nak salahkan sesiapa bila ayam ko goreng hangus
sebab alpa sangat mengadap alam maya nih
hehehhe

bila UUM cuti lagi
walaupun semua orang di sekolah mahupun di universiti sedangn belajar
jangan salahkan UUM sebab bagi cuti lama!
jangan jugak salahkan UUM bila korang jeles dengan kami yang sedang cuti nih
huahuahua

aku dah tak tahu entry aku nih bermotifkan apa
layan je ah...

Jan 4, 2011

lebih rajin DATING dari masak telur hancur

pernah korang jumpa orang macam ni?
tak pernah?
ko sungguh bertuah la tak jumpa orang macam ni
orang macam aku ni la yang malang kenal orang macam ni

jangan ko tak caya ada spesies manusia macam ni
sanggup dia merajuk bila orang tak buatkan telur hancur untuk dia
padahal perut dia nak melantak
ko bayangkan la
masak telur hancur pun malas
lebih rela merajuk dari masak sendiri
tak paham la aku macam mana orang macam ni boleh hidup

yang tak tahannya,,
dating rajin pulak
walaupun ujan ribut melanda,,
sannggup meredah ujan dengan susah payah
berpayung bagai
ko tengok,,
begitu determine nya dia untuk dating
sungguh berbeza dengan attitude terhadap masah telur hancur
KENYANG sampai setahun ke kalau pergi dating?
hah?!

p/s:kan dah tergosip...hancur azam tahun baru aku..hahahaha

Jan 3, 2011

sunyi ooooo..

rasa macam pelik bila rumah aku tiba-tiba sunyi
rumah aku dan rumah jiran2 la yang sunyi
tapi skolah kat depan umah aku tak sunyi pun

macam mana la agaknya keadaan kat sekolah kan
mesti cikgu2 skolah rendah sibuk gila
sibuk mengepung budak2 darjah satu
sibuk mententeramkan para murid
terutama murid yang sedang berpesta air mata
tercabar kredibiliti cikgu hari ni gamaknya

kompem ar ramai mak bapak duk tepi kelas hari ni
dan kompem,,ada yang menangis tak berenti
macam la mak hantar pergi berperang
padahal suruh masuk kelas je pun
ehemm,,
sedap aku mengata budak2..
para pembaca sekalian pulak macam mana?
tak nangis ke waktu parents hantar waktu darjah satu?
entah-entah mak tunggu luar kelas sampai habis darjah satu tak?

cheq malas nak cerita pengalaman masuk darjah satu cheq
dah cheq tak nangis,,nak cerita ape
nyesal plak tak nangis dulu
kan dah tak boleh gebang pasal kegembengan diri sendiri waktu masuk sekolah
ishhhh...

p/s:rasa macam rindu nak pakai baju sekolah balik

Jan 2, 2011

bubur asyura KELANTAN mari..

hai semua
kalau orang kelantan bace entry aku nih
elok-elok duduk di perantauan mesti hentak-hentak kaki nak balik kampung halaman
siap nangis2 kol mak kata aku buli mereka dari segi mental
bubur asyura ataupun lebih mesra dipanggil SURO oleh warga kelantan,,boleh dikatakan menu wajib buat pada bulan Muharam

tapi nak buat diaaaa
perghhhhh..
sumpah lama gila
memerlukan keringat yang banyak
sungguh menguji semangat kejiranan bila nak buat makanan yang diberi nama suro ini

sebelum kita cerita lebih panjang,,
mari cheq perkenal rupa bentuk suro kelantan yang dah siap
siap sedia dengan sapu tangan ye
mana tau air liur dan air mata meleleh tak semena-mena kannn..
hahahaha

dah sedia?
ok..
satu
dua
tiga
go!



memang lama weh nak buat benda ni
renyah plak tu
dah la guna santan yang banyak
agak menelan kos la bila buat dimusim kelapa menjadi isu kritikal
yang paling tak tahan..
menelan waktu dan tenaga yang sesungguhnya maha banyak
tak percaya?

mari tengok apa aktiviti kami sementara tunggu bubur ni masak

SATU-posing itu wajib




cari insan yang paling GEMOK..itulah tuan blog



yang paling kecik tu pandai berpura2..padahal dia paling sibuk menangis



dikala kami sibuk bergambar,,
ada insan2 lain yang lebih sibuk..

terkedu muka sorang2..sibuk bergosip ke cik?


ni baru nampak macam betul2 sibuk kan?


kaum bapa pun tidak kurang sibuknya


para anak-anak juga tidak ketinggalan sibuk
mari lihat kesibukan anak-anak



kami sibuk ni!



kusyuk gila sekor-sekor



amboii,,tak padan dengan kecik ko ye




cuba anda cari tuan blog..hihihi





tu semua insan yang sibuk try makan suro walaupun tak
siap lagi

macam-macam kami buat sementara nak tunggu suro tu masak
sampaikan si tuan belog ini terpaksa turun PADANG!



terpaksa sibuk menjadi mandurrr..hahahaha


p/s:mak aku ada simpan suro yang dah dikeringkan..tapi mak aku sorok..simpan untuk adik aku kat matrik tu katanya..kalau ada yang mengidam,,aku boleh ikhtiarkan kot mintak sket dari mak aku..hahaha

Jan 1, 2011

Buli

pejam celik,,pejam celik...
budak sekolah akan mula bersekolah semula esok
begitu juga dengan rakan-rakan di IPT
kebanyakan unuiversiti akan mula sesi pembelajaran esok

seperti kita semua sedia maklum
tak kira la
di sekolah ke
di universiti ke
ada saja kes-kes buli
sampaikan budak-budak ketakutan

bab-bab buli ni kita selalu dengar dalam kalangan budak sekolah asrama la kan
yela,,
ramai budak-budak taknak masuk sekolah sebab buli
walaupun ada sebab2 sampingan yang lain

bagi adik2 yang ada plan nak masuk sekolah asrama,,
teruskan..
jangan takutttt..
sekolah asrama tak la seburuk yang disangka
kalau korang budak perempuan,,
tak payah takut sangat pasal buli nih
jarang lah budak perempuan dibuli
kalau budak laki,,memang ye
sering kali dibuli oleh senior..

sekali lagi,,jangan la takut..
best wei sekolah berasrama
korang sendiri perlu mencorakkan suasana best atau tak di sekolah berasrama tu
pergilah kalau dapat sekolah asrama
sangat2 best
tengok,,berapa kali dah aku ulang best
so,,konklusinya,,memang best..hahhaah
*propa gila aku kan..

bagi pembuli-pembuli
ataupun bakal kaki buli sekalian,,
dengarlah pesanan dari bekas kaki buli yang sudah retired ini


walaupun ada berbadan BESAR macam mana sekalipun,,
janganlah buli orang yang lebih kecil
kalau anda bermuka BENGIS macam mana sekalipun,,
jangan la buli budak-budak nerd si ulat buku
kalau anda BERWAJAH AHLI SURAU sekalipun,,
jangan la guna wajah unwanted anda tu untuk buli pelajar lain

INGAT!
anda bukan juara walaupun anda berjaya buli rakan anda..




PEMBULI tidak mengenal saiz mahupun usia

saya menyeru untuk tidak membuli bukannya apa
sebabnya,,
buli ni memang memberi kesan yang sangat teruk pada mangsa buli
tak kira dari segi fizikal mahupun mental
seperti yang sering dileteri oleh cikgu2,penceramah dan juga TV


mangsa buli juga boleh menjadi pembuli


apa salahnya kalau kita saling berbaik antara satu sama lain?


bermesra lebih baik



pembuli tidak dilahirkan dari keluarga bahagia

oleh itu,,
berkasih sayang lebih baik..
tiada untungnya kalau kita buli orang lain
maksud saya,,
keuntungan dari jangka masa panjang la
kalau dari jangka masa pendek,,mungkin untung
yela,,
untung ape kalau buli junior suruh basuh baju
hehehe
cheq gurau aja..

p/s:ibubapa tak besarkan anak-anak mereka untuk dibuli oleh anda..mereka susah2 besarkan anak,,anda senang2 amik nyawa anak mereka..apa hak anda?

siapa rindu aku?

awal-awal tahun aku dah tanya soalan yang bisa buat anda semua marah kan
bajet hot ke ape si tuan blog ini
ada ke tanya soalan macam tu kan
hahaha

walaupun ku sedar tiada sesiapa yang merindui diri ini
dan tak kisah pun blog ini di update ataupun tidak
maklum laa
blog mati segan hidup tak mahu kan
tapi,,
soalan tu sekadar berbasa basi
nak sedapkan hati sendiri
hahahaha

banyak agenda-agenda penting dalam diari negara aku terlepas
dan tak sempat coretkan dalam blog ini
tapi takpe
sempena tahun baru
aku dengan azam baru,,
tak nak dah tulis perkara2 yang terlalu beremosional yang mampu mengguris hati pelbagai pihak
maklumlaa
usia pun dah menjengah ke angka 21
terasa nak bergerak matang seiring dengan usia lah
walaupun bila pergi kedai,,
still ada makcik tanya aku sekolah tingkatan berapa
biarlah makcik itu dengan tanggapannya yang menganggap aku lebih muda dari usia
aku tak sepatutnya terpengaruh dengan tanggapan itu kan


hahahha
ko rasa aku matang tak bila tulis macam tu?


baiklah,,
rakan-rakan sekalian,,
harap anda semua maafkan diri ini
diatas segala kekasaran bahasa yang sring buat anda semua terasa hati
maklumlaa,,
aku selalu tulis ikut perasaan sendiri
tak pernah nak fikir perasaan orang lain
insyaAllah,,
di masa akan datang
kita akan lebih banyak perkata tentang benda2 yang berfaedah
dan bukannya gosip2 panas seperti selaluyang sering diungkap dalam bahasa sindiran

kepada peminat gosip sekalian,,
sila jangan kecewa
hahahha

p/s:mudah-mudahan tahun baru ini bawak semangat baru kepada kita semua untuk menjadi insan yang lebih baik dan berguna kepada insan lain..