BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Dec 28, 2011

bagi peluang untuk buat salah

kalau kawan buat salah,
bagi dia peluang untuk betulkan salah dia
kita yang kononnya tahu lebih sikit dari kawan tu,
tak payah la kalut sangat nak betulkan salah kawan tu

kita pun tahu
manusia belajar dari kesilapan
kalau kita jawab exam pun
kita akan ingat jawapan kita yang salah tu for a longer than compared tu our true answers right?

dan manusia tidak lepas dari lakukan kesilapan
tolong la jangan jadi orang yang cepat menghukum
jangan la jadi tukang kalut sangat
di khuatiri kawan tu akan rasa down bila kita asyik tegur
pantang nak buat salah sikit,,
mesti kita nak tegur
tak boleh tersasul lidah sikit
macam memang kita tunggu2 waktu kawan kita buat salah
sebab kita memang sentiasa dalam keadaan bersedia mencari kesalahan orang lain

sekali lagi aku seru
tolong la jangan kalut2 sangat nak betulkan salah kawan yang tak seberapa
lain la kalau dia ulang kesalahan yang sama secara kerap
kang kawan tu down bukan seminit dua
tapi for the rest of her life
ko nak bertanggungjawab?

Dec 27, 2011

kawan lama perangai baru

korang ada tak kawan
dia muncul bila dia bosan
tapi dia tak muncul pulak time ko bosan
yang paling tak tahan,,
dia muncul di waktu kita stadi week

tanya dah ada pakwe belom la
nak jadi pakwe boleh tak
boleh carikan awek tuk dia ke tak
nak awek macam heroin bila cinta bertasbih la

rasa nak lempang je orang macam tu
ingat aku ni agensi cari jodoh?
ada stok makwe dari negara jiran?
perghhh
memang tak paham bahasa la orang cakap orang nak stadi
tapi,,,
layankan aje
nama pun kawan zaman skolah
kang tak layan,
kata tak member la

hahaha
btw,,
kalau dia kacau bukan musim stadi wik
aku rasa isu ni ok
dia nak suruh cari maid negara sebelah pun aku sanggup p carikan
sanggup p negara tersebut
walau jalan kaki
kena redah selat tebrau sekalipun
tapi sekarang emo la sikit sebab serabut dengan final



Dec 23, 2011

azam tahun baru

orang semua duk kalut cuti krismas
aku duk kalut pikir nak buat nota ke tak
memang la final exam lambat lagi
tahun depan
tapi,,welll,,you know
orang yang lambat pickup macam aku ni
kena baca 4 5 kali baru paham

kena la korbankan masa untuk bercuti dengan mengadap buku
asyik duk pikir pasal final exam
sampai lupa tak lama lagi dah nak tahun baru
tak lama dah nak masuk tahun depan
lebih kuran seminggu je lagi kan

oleh itu,,
mari la kita menanamkan azam
hahaha
macam pelik je
padahal tiap2 tahun aku la orang yang tak penah kisah pasal azam2 ni segala

ok,
straight to the point
azam aku tahun depan ialah nak pakai tudung tutup dada
due to perkara buruk yang telah menimpa rakan2 aku akibat dari memakai tudung tak tutup dada seperti yang ditetapkan syariat
sebelum kena apa2 bala kat aku
eloklah sekiranya aku ambil iktibar
ye dak?

Dec 22, 2011

yang mana satu betol?

sekarang ni memang zaman orang kita berfesyen
kalau dulu pakai tudung bawal je
tapi sekarang,,
semua pakai ala2 artis dah
bukan setakat tudung je ada fesyen nya
baju,seluar,baju kurung,jubah pun tak ketinggalan
difesyen kan semula

tapi kadang-kadang kita musykil,
pakaian macam ni menutup aurat tak?
ramai yang pakai,maknanya boleh la kot
ada tak korang buat assumption macam tu?
kalau ada tolong la stop ikut kebiasaan orang ramai2
tak semestinya ramai pakai bermakna tidak haram untuk dipakai
kerana Allah S.W.T telah berfirman dalam surah Annur ayat 31 tentang adab berhias diri

Allah telah memberi guideline kepada umat manusia tentang adab berhias diri kepada wanita
antara adab tersebut ialah adab berpakaian

1) "dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;"
-yang membawa maksud,kita pakai tudung hendaklah tutup dada bukan tutup rambut je..leher pun kena tutup jugak.

selain tu ada juga di tekankan adab memakai barang perhiasan/aksesori pada badan

1) "dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan"

-maknanya tak boleh la pakai apa2 perhiasan dengan niat nak bagi orang nampak kecuali pada insan2 yang muhrim pada kita je

2)"dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka"

-maknanya,tak boleh la pakai gelang kaki yang berloceng tu..kan boleh menarik perhatian,sebab tu la tak boleh

di bawah ni maksud Firman tersebut yang penuh
boleh la baca
banyak lagi adab2 yang boleh kita prektikkan dalam diri kita

Firman Allah Taala dalam Al Quran

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

(surah Annur: 31)

kalau ada salah silap tu,

harap ada yang sudi betulkan

aku pun bukan la sempurna mana dalam menutup aurat

tapi ape salahnya kita saling ingat mengingati antara satu sama lain

untuk menuju kearah yg lebih baik

mudah-mudahan Allah S.W.T sudi lagi memberi petunjuk dan hidayahnya kepada kita yang sering melakukan larangan yang ditegah-Nya..

Dec 17, 2011

balik rumah

mesti ada orang nak rejam aku bila baca tajuk aku ni kan
yela,,orang duk kalut dengan assignment bagai,,
aku sesuka suki je pulang ke rumah
ohhh waittt
aku bukan balik sebab nak lari dari assigment
but
fyi,,
assignment gua semua dah siap
test pun dah habis

then terasa gian pulak nak ponteng kelas
hahahha
boleh ke pakai word gian di situ?
sebelum2 ni aku mana ponteng kelas pun
maklum la
memang reserve quota ponteng untuk balik rumah
hehehe

saje la balik rumah nak makan durian
pesal? UUM takde orang jual durian ke?
alah,,
macam la korang tak tau
kalo balik rumah,,
boleh makan banyak
ayah beli kannnn
kalau nak makan banyak2 pakai duit sendiri?
peghhh,,memang kelat la rasa durian tu
takde nikmat manis buah durian tau
hakhakhak

Dec 14, 2011

spam..spam..spam

apesal aku punya shoutbox banyak sangat spam?
stress la
dulu dah tukat shoubox dah
sekarang jadi balik
pffttt

ada cara untuk cure ke?
serabut la

Dec 9, 2011

jangan jadi ketam

hahaha
terkilan betol la diri ini
bila mengenangkan kesah ketam mengajar anaknya berjalan lurus
terjadi pada diri aku
masalahnya,,
aku bukan mak ketam
tapi anak ketam yang malang itu

habis di propa kan seluruh alam
plagiat itu tak boleh
plagiat itu tak baik
tak boleh forge itu
tak boleh forge ini
tapi,
malangggnyaaa
dialah ratu nya

sememangnya ketam tetap ketam
bila digulai lemak baru sedap gamaknya
lebih nikmat lagi perasaan waktu nak makan ketam itu
diketuk-ketuk,dihempuk-hempuk sampai berderai kulitnya
macam tu la perasaan aku sekarang terhadap mak ketam itu..
hahaha

Dec 3, 2011

tak payah nak berOMBAK sangat


yeay!!!!
dapat tiket
setelah berhempas pulas
dapat jugak tiket ombak rindu yang di impi-impikan


muka gembira,bangga,riak , semua ada
excited la katakan dapat tiket
sampai tudung herot pun aku tak pedulik


berdebar kau tunggu nak masuk panggung
siap kembang-kembang lagi hati aku

tapi tu semua sebelum tengok ceritanya
lepas tengok cerita,,
terus takde hati nak bergambar dengan poster ombak rindu pun
maka
teruslah mereka bergambar dengannn...


konklusinya,,
siapa2 yang berhajat nak tengok ombak rindu
sampai meroyan kat pakwe masing2
istigfarlahh
dan fikir la semasak2 nya
aku dah bagi klu
pandai2 le nilai sendiri
hahahaha


Dec 2, 2011

cik joyah kembali

sungguh sibuk meniti kehidupan seharian sampai lupa kewujudan blog sendiri
kalaupun tak sibuk dengan belajar
cik joyah tetap sibuk hari2
sibuk dan cik joyah tak dapat dipisahkan
maklum la
cik joyah lagi sibuk menjadi gossiper dari jadi pelajar
oleh itu,,
hari2 la cik joyah sibuk pergi tadah telinga dengar gosip
tapi cik joyah paling sibuk pergi menyebar gosip
sunggu letih kehidupan cik joyah yang sebegini rupa

dengan begini gaya hidup cik joyah,,
bagaimana lah harapan orang2 yang mengharapkan cik joyah dpt DL sem ni
terpaksa la cik joyah hampakan mereka lagi
hahaha

dah tau letih hidup dalam dunia gosip,,
cik joyah tak reti2 nak insaf?
retired la dalam arena gosip
tapi apekan daya cik joyah
belajar law ni memang mengajar cik joyah bergosip
untuk jawab exam pun kena bergosip
iyela,,
semua kes tu pun kes orang lain
takkan cik joyah nak buat kes sendiri pulak dak?
hahaha

cik joyah cerita nak bagi cik joyah je nampak rajin belajar,pandai,ekselent
podahhhh!!!
hahaha