BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jan 30, 2014

daftar Haji

tadi mintak balik awal dengan bos
takut jammed
sekali bos bagi halfday terus
sampai gerik 3.15

awal lagi,
maka decide untuk register Haji
balik sat amik adik dan mak
maklum la buku tabung haji ada kat umah

minima kena ada RM 1300 baru boleh register
once dah register untuk pergi haji,
ko tak boleh gatai-gatai nak keluarkan duit dari tabung haji

lagi 54 tahun tu der guwa punya turn
time tu umo guwa 78 tahun tu der
mampu ke guwa nak angkat hadas time tu
tapi takpe,
berita baik untuk guwa adalah guwa masih ada 54 tahun untuk menabung

Jan 29, 2014

berkebun hari ketiga

hari sabtu minggu lepas,pergi berkebun lagi
sebab takde adik beradik yang sudi ikut
aku dan adik perempuan la tukang kebung minggu ni


ini uniform berkebun.tutup aurat ok dengan stokin 2lapis bagai


parang yang digunakan utk menebang pokok seperti di atas
jumpa sungai la pulakkk di hujung kebun
dah jumpa sungai,
memang tak la nak menebas dah
minggu depan nak bawak baju siap..nak berenang and picnic..hahaha


jernih kan?

tingggal mak bapak je yang menebas.anak dah selamat dalam sungai


mak i pon dandan nak posing

ko nampak sekarang betapa lama nya kita orang main sungai
memang tak ah nak sambung menebas dah
hahaha
jom kita selfie sat, ma!

mak aku tak habis-habis nak gelak
tu je la kot
nak citer ape lagi ek
dah dekat seminggu,lupa dah
tatap jela wajah adinda,si pekebun muda..huahuahua

Jan 24, 2014

suasana hari raya semakin dirasai

dekat ofis sekarang sibuk nak mampus
nak raya cina kan
client-client chinese semua nk keje setel sebelum raya cina

tadi ada client duk chase kita buat keje like hell
dia nak duit sebelum raya cina
bayangkan nak prepare borang-borang yang diperlukan untuk register 24 titles
hiruk-pikuk ofis
semua dikerah untuk susun and photostat mcam-macam benda
dah macam emak kerah anak-anak buat kuih untuk hari raya

aku harap client tu bagi 24 kotak limau
punya la macam nak mampus buat keje 24 ketul geran dia tu
harap balas budi kitaorang yang lintang pukang macam lipas kudung siapkan awok punya keroje ye

UP AND DOWN

ada ketika kita rasa down tahap lupa kita ada Allah yang Maha Esa
dugaan,cabaran,kesakitan,liku kehidupan yang penuh berselirat
memang menyerabutkan jiwa

kalau silap mengadu pada kawan
ada kawan yang akan bawa ke jalan kedurjanaan
setiap musibah yang menimpa kita mungkin ada yang akan kata
"alah,itu balasan terhadap dosa kau la tu"
bila kawan macam ni,kita tak kuat iman
mungkin kita akan keep mempertikaikan apa dosa kita
banyak sangat ke dosa kita asyik ditimpa musibah

kalau kawan yang baik sikit mungkin akan kata itu ujian terhadap kita
kalau tak kuat iman mungkin akan mengaduh kata "Allah ingat aku kuat sangat ke nak hadapi benda yang bertimpa-timpa ni.asyik nak bagi ujian"

oleh itu,mungkin lebih baik kita tak dengar perkataan BALASAN DAN UJIAN bila kita hadapi musibah
lebih baik kita pertingkatkan amalan dan berdoa kita dikurniakan kehidupan yang lebih baik
mengadu pada kawan mungkin boleh menambah- burukkan keadaan
ASTAGFIRULLAH

Jan 20, 2014

berkebun hari kedua

 awal-awal dah taruk gambar madu lebah ye


ok,kalau ikutkan rasa sakit urat,
aku malas nak g kebun
tapi mengenangkan nak pergi amik madu lebah,
aku gagahkan diri jua

selain itu,
aku tabahkan diri ke kebun sebab sedar diri dah gemuk sikit
paha dah saling bergesel,
dagu pun dah berlipat
maka,terpksa la sedar diri
anggap je berkebun tu exercise

 time amik sarang lebah ni bapak aku suruh ikut
first sarang rendah je
aku agak cuak
takut ibu-ibu lebah tu serang aku
so,aku ikut nasihat mak aku,menyorok
maka,waktu bapak aku asapkan sarang lebah tu,
aku menyorok belakang semak sambil tutup muka dengan tudung ala-ala purdah

sarang yang kedua sumpah tinggi
aku pun tebang pokok tu
cuak seyh
bila pokok tu terbalik,
aku cepat-cepat nyorok
kalau tak,bengkak muka kena sengat macam bapak aku

lepas recharge tenaga dangan makan madu,
kami teruskan ke another side of kebun
yang ni berbukit macam Bukit  Larut
so,dah macam hiking dah aku rasa

ondaway nak turun,
aku dah tak bermaya
nak hayun parang pun dah tak larat


 tengah amik gambo,
tetiba aku jatuh tergolek macam nangka busuk
nasib baik kamera ok

disebabkan aku tak larat yang amat,
mak aku seuruh celup tangan dalam air sungai
kebun aku ada anak sungai ok
air sumpah clear
air dari bukit kottt
tu kaki I dalam air sungai yang clear
hahaha
nasib baik pakai kasut boot,
aku jatuh dalam lubang dua kali
bila jatuh,
I tenggelam paras peha ok
cuak giloss
mula la terbayang bawah tu ada pelbagai binatang berbisa
tapi alhamdulillah,
masih selamat
hahaha

insyaAllah every weekend akan pergi berkebun
nak kurus punya pasal

see,,refreshing kan air sungai ni
kang aku buat homestay kang
ada tak sape2 nk dtg duduk?
hahaha

Jan 17, 2014

berkebun

 ko tengok,matahari tak muncul lagi aku,mak,ayah dan adik aku dah sampai kebun
ko bayangkan 6.3 pagi di waktu musim sejuk macam sekarang aku mandi untuk p kebun
kebun tu kena naik 4WD baru boleh sampai..
itu pun setengah jam perjalanan

 as you can see,kat belakang tu bukan setakat semak,
tapi hutan terus
itulah yang perlu ditebas
maklum la dah bertahun kebun ni terbiar

ayah aku bersemangat waja nak buat kebun,
kami kena la p tolong
terutamanya aku la kan
setiap hari isnin,mintak duit poket nak g chambering
kalau tak tolong,
macam segan nak amik duit kan
tiaptiap mggu kot bapak aku bagi duit poket
macam tak kenang jasa la plak tak g tolong

adik aku tolong punsebab nak upah punya pasal
duit upah tu dia nak cukupkan duit tabung haji dia
untuk register pergi haji kan need certain amount
dia punya duit ada kurang
so,kena la amik upah buat kebun dengan bapak aku
hahaha
 itu gambar bapak aku tengah nak tebang 3batang pokok yang sebesar dua pemeluk or tiga pemeluk aku
guwa sudah letih,nak jalan dekat-dekat untuk amik gambor pun dah malas
dan yang paling best,dekat situ ada lebah buat sarang
esok boleh amik madu lebah.yeay!

 on the way nak pergi kebun sekarang ada orang bina sekolah tahfiz
dengar cerita dalam RM200k untuk buat tahfiz ni
ko tengok pagar pun dah terpegun

 pagar dia ada 2 okey
yang warna coklat kat gmbr atas satu
and lagi satu yang batu nih
grand tak grand ko skolah tahfiz ni
pagar pun dah lawa gila
dia punya atap bangunan buat dengan daun nipah
cantik gila
bangunan tu atas bukit,tak nampak la bila aku amik gambr dari bawah bukit
ni pun aku dah curicuri panjat bukit dekat dengan pagar dia
tu pun cuak je
takut sat lagi kena marah
pandai-pandai amik gmbr skolah org yang tak siap lagi

so,sape-sape nak anta anak p skolah tahfiz yang cantik ni,boleh la start menabung
tapi serius bagus untuk budakbudak hafal quran
jauh dalam hutan,atas bukit
udara nyaman gila
dan pasti budak tak boleh lari dari skolah
sebab kalau nak jalan kaki ke main road,memang pitam dulu

Jan 16, 2014

kawan lama

memang lama kawan aku ni
berkawan cukup lama
dari zaman sekolah
yang tak jemu-jemu melawat aku

aku duk uum,uum la dia p jumpa aku
aku p prektikal kat taiping,ke taiping la datang makcik ni
sekarang aku duk chambering,pun dia sudi datang melawat

kalau ikutkan,taiping mana ada tempat menarik untuk bawak dia jalan-jalan
tapi atas nama persahabatan,
duduk dalam bilik sembang pun dah menggembirakan hati 2 sahabat ini

2 tahun punya cerita kot
seharian bersembang pun tak letih
2tahun lepas kami duk cerita apa la yang akan terjadi bila dah habis belajar
sekarang kami duk runsing pasal kerja dan kawen
nampak sangat perbezaan masa

mokk,,tq sudi datang jumpa aku
i love you
nanti dah kawen jangan lupakan aku
and thanks juga bagi air zamzam

Jan 12, 2014

konsep kasut sama dengan konsep boyfriend

siapa-siapa yang mengenali aku
ataupun yang biasa tengok kereta aku
mesti tahu kecintaan aku terhadap kasut
kat seat depan kasut,seat belakang penuh kasut
itu belum kira dalam bonet kereta dan dalam alamari kat rumah

ada perempuan yang suka beg
ada juga yang suka perfume
tapi aku suka kasut
semua orang pelik kenapa antara banyak-banyak benda
kasut yang letak kat kaki yang orang tak tengok tu la yang aku suka

well,,pendapat aku senang;
kalau beg,baju kita yang kena bawa dia,tanggung berat dia
tapi kasut,dia yang bawa kita,
tanggung berat kita
bawa kita ke destinasi yang kita nak

tapi kasut ni pun ada pelbagai jenis,sama macam orang
ada jenis kasut yang kita pakai,memang selesa
rasa nak pakai hari-hari, kemana sahaja kita pergi
tak kira sejauh mana pun

ada jenis kasut yang kita boleh pakai kejap je dan kena bawak selipar jepun spare dalam beg
contohnya high heels dan wedges
waktu event kena pakai sebab wajib
dah habis event tukar le ke selipar jepun
dah tahu kaki akan melecet kalau pulun pakai sampai ke tempat parking kerete yang nunnnn jauh di sana
lagipun,kalau penyangak muncul kan senang nak lari

ada juga yang jenis asyik nak gigit kaki kita
tak boleh pakai walau sekejap,mencucuk-cucuk sakitnya
kalau nasib tak baik,siap melecet and jadi gelembung air kat jari jemari kaki
tang ni memang jenis yang kena taruk dalam almari yang paling dalam
yang kategori tak akan dipakai sampai bila-bila
in term of pasangan hidup,
kategori lintah darat memang ko kena jauhi asyik nak mencekik harta ko je kejenya
kejap-kejap buat cerita mak sakit nak pakai duit la,adik eksiden nak guna duit banyak la
nak topup takde duit dan bla bla bla..
jenis hidup tak berguna pada masyarakat



nak cari kasut yang comfort ni,bukan senang
kadang-kadang kasut ni hanya indah dipandang,
tapi bila pakai,masyaAllahhhh,,sakitnya ya ampun!
so,waktu pilih kasut,kena la pertimbangkan segala aspek
jangan setakat tengok cantik,terus order online
tengok tapaknya
jenis licin ke jenis getah
kalau jenis licin jangan duk pulun beli
pakai sat kang jatuh tergelincir depan orang ramai
tak ke malu?
begitu juga dengan pasangan hidup
harap muka je hensem tapi jenis cepat naik tangan
kawen sat,nak cerai sebab asyik kena dera
tak ke malu?

so,
kalau ada pakwe yang boleh bawa ko ke jalan yang benar,teruskan
kalau sikit-sikit rasa sakit hati
jangan teragak-agak untuk tinggalkan dia dan cari seseorang yang buat hati,jiwa dan raga ko selesa macam selipar jepun
selipar jepun walaupun selalu tak boleh bawak p majlis gempak,
boleh je bawak p merata tempat yang menggembirakan hati ko contohnya pasar,pantai,shopping complex

Konklusinya,time nak cari pakwe
ko pertimbangkan ciri-ciri laki tu sebagaimana ko pertimbangkan kasut untuk dibeli
yang padan dengan saiz ko
yang selesa di tapak kaki ko
yang boleh dibawa lompat-lompat,guling-guling
bukan yang hanya indah dipandang tapi sakit bila dipakai

keterlaluan ke samakan bakal pasangan hidup dengan kasut?
tak kot
jalau tak masakan ada pepatah "if you were in my shoes"
 sakitnya kaki di dalam kasut,hanya empunya badan tahu
orang yang pandang hanya nampak kasut tu cantik di kaki kita
depa tak tau kesakitan yang kita alami untuk tampak cantik itu
kalau depa tau kita sakit pun,kesalahan tetap dituding pada kita
dah tau saki,pehal nak pakai lagi

yang memilih kasut itu kita
dah kita yang pilih kasut tu,kita la yang kena bear the consequences
same goes to pasangan hidup
maka,lepas kita pilih,mintak pendapat ibu bapa dan mintaklah petunjuk dari Allah
sesungguhnya Allah knows best.

Jan 11, 2014

tidak membazir atau pathetic?

tadi waktu selongkar almari beg dgn kasut,
aku ternampak sandal yang aku simpan
elok lagi tapi kulit dia dah menggelupas
atas dasar sayang nak buang sebab tak putus lagi tapi malu nak pakai sebab kulit dia menggelupas,
maka ianya berada dalam almari untuk sekian lama

disebabkan dia menggelupas tak sekata,
tiba-tiba timbul idea untuk sekata kan penggelupasan sandal itu
 kahkahkah..
macam desperado sangat kah?
pulun nak pakai
 aku kikis yang atas je
yang bawah malas
sebab bila pakai,nampak yang atas je kan

see,,dulu sandal ni berwarna merah,kini warna brown
hahaha
mak aku duk perli waktu aku pkai p pasar tadi
mak kata "kejap lagi kang ada org tanya beli kak mana selipar ni kak..cantik!"
aku pun buat-buat tak dengar
sayang kot nak buang
tak putus pun lagi

durian

dah berapa minggu emak aku suruh beli durian dekat Bukit Gantang
aku pun tiap-tiap minggu menabur janji manis nak beli
tapi tak beli-beli

minggu lepas,aku janji nak beli
tapi sebabkan tepi jalan tu banyak sangat gerai jual durian,
aku tak beli
banyak sangat kot tempat nak beli,
tak tau nak berhenti yang mana satu
kang berhenti yang sini,kat depan nanti ada buah yang lagi best
last-last,tak beli
hahaha
mak aku kata, "nasib baik aku tak tanak pulut lagi,ingat ko beli durian"
sentappp..

untuk menebus rasa bersalah tabur janji manis pada emak,
minggu ni aku nekad berhenti beli durian tepi jalan di bukit gantang tu
aku dah usha-usha kedai yg akan aku berhenti hari isnin hari tu
maka,aku pun berhenti la beli durian walaupun hujan lebat

ikutkan hati malas nak berhenti
hujan lebat gila babeng kot
tapi kalau tiap-tiap minggu mungkir janji,rasa jahat la plak

pakcik dengan makcik jual durian tu baik wooo
tapi yg tak boleh blah,mkcik tu nak menyembang macam-macam
dah le dia berdiri tengah hujan,byk plak nak tanya aku
aku takpe la ada payung
paling tak menahan makcik tu tanya "anak keje bank ke?"

aku pun musykil pehal makcik ni syak aku keje bank?
muka aku macam muka orang banyak duit ke?
aku tengok dalam purse aku,banyak resit dari duit
dalam kereta persoalan itu masih terngiang-ngiang dalam kepala otak aku

disebabkan tudung bawal basah,aku tengok la cermin nak betolkan
baru aku perasan aku pakai tudung oren dan baju oren
mesti makcik tu ingat aku pakai pakaian seragam Bank Simpanan Nasional (BSN)
patut la makcik tu tebak aku keje bank
cissss

Jan 8, 2014

planner free

bila dah start keje ni rasa terharu plak org bagi planner
yang penting FREE!

kenapa planner RHB?
ang keje dengan RHB ke?
tak la,,staff aku suami dia keje RHB,dia bagi la kat bini dia
banyak,bini dia agih la kat budakbudak takdak duit macam aku

kenapa takde planner nama ofis ang?
hmmm,,harapan la ofis aku nak buat planner bagi kat staff
tunggu la kucing bertanduk,belum tentu dapat

excited semacam dapat planner
maklum la,,jakun
aman belaja dulu slalu curi planner akak atau ayah je
bila dah dapat sendiri,cam eksaited terlebih la
walaupun atas nama company orang lain

padahal ada planner,time awal-awal je eksaited
entah-entah habis tahun nanti,
planner aku sama bentuk seperti asal je

Jan 5, 2014

the highlights of 2013

kita sambung meh kisah 2013
disebabkan banyak sangat benda2 memorable yang berlaku serentak,
aku pun tak ingat sangat
termasuklah convo
tarikh convo pun aku ingat2 lupa
yang aku ingat awal bulan
then, bila tengok blog kawan2,
depa tulis 2 disember..mati2 aku ingat aku convo 4 disember
hahaha

ok,untuk convo aku p hari sabtu pagi
drive sensorang dalam hutan gerik,baling untuk sampai ke hutan sintok
sampai je uum,
p tengok orang convo
tung tang tung tang..esoknya hari ahad

bila ahad,ajak nana buat pre-convo photoshoot
tapi sampai hari ni aku tak dapat lagi gambar dari nana
btw, thanks najmi bg gmbr pre-convo


 dengan lecturer family law II
tak boleh recall ape nama madam nih..hahaha
kuang asam kan
tapi lctrer ni amat keibu-ibuan
time mengajar pun sayup-sayup je suara dia
selalu tertido bila dgr lecture dia
tapi nasib baik family law gua lulus



 nak dapat gambar macam ni,
brapa juta kali tah kteorg baling topi tu
oleh itu,,aku nak upload gambar ni sejuta kali jugak



ok, takat tu jela untuk pre event nya
moh kita ke hari convo
letih betei nak nunggu ke isnin weh

 dalam dewan
thanks to Aina

 time terima scroll
thanks to Fatin,rumate for 2 years



kita kan bertemakan hutan,
so,nah! official gambo dalam hutan
hahaha

ni stok berjalan ke kereta yg jauh gila
maka,kasut kat tangan sudah
kaki hanya mampu berselipa jepun

ini je yang mampu guwa upload
selebihnya,untuk tatapanbakal suami dan anak cucu

Jan 4, 2014

event penting sepanjang 2013

 aku bagi summary jela.ni pun macam perit otak aku nak perah nak mengingat turutan peristiwa


bulan 6

berakhir kehidupan sebagai student
habis final exam

bulan 7

practicum
di taiping lagi
sebulan

bulan 8

1) Raya




2.Abang kawen

The Akad nikah






Majlis belah perempuan







 Majlis sambut menantu




bulan 10

start chambering
p filing borang 1 dan 2 kat KL
nasib baik ada Emong tolong bawak p serve kat bar council and AG

bulan 11

ILKAP couse kat KL
3 weekend berturut-turut



Short call
dalam kesibukan ulang-alik ke kl
kami dapat date short call
19/11/13


bulan 12- CONVOCATION!

30th Nov
Attend Convo orang



1st
Pre-convo photoshoot








2nd
Konvoooooo....

ok,gambar pre-convo and convo itself kita buat entry lain
sweetest moment kot
kena la upload banyak sikit
dengar citer 4tahun belajo baru boleh snap gambar convo,
haruslah tempek banyak-banyak
hahaha
*sape cakap over,dia dengki!hahaha