BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sep 24, 2012

trip ke Penang hanya RM100

ini bukan iklan
aku tak niaga benda-benda travel ni
ni cheq nak haba berdasarkan pengalaman cheq la
*dan2 tuka loghat..betoi ke tak entah

ok,trip kami 3 hari 2 malam
termasuk makan segala dah seratus hengget ni
kami pergi 3 orang

untuk tol dan minyak kereta kami share RM23 seorang
minyak kereta kami isi RM40 cukup sampai balik ke sintok

sampai je Penang, kami pergi rumah P.Ramlee
masuk free je

lepas tu kami menuju ke Bukit Bendera sebab tak jumpa jalan ke hotel
so,kami beli la roti dan jajan utk makan..
lapar kot,dari pagi tak makan
hahaha
roti + twieties =RM 3.40

di Bukit Bendera kena bayar parking RM2
tiket naik train RM 4 kalau ko tunjuk student card
kalau tak,RM8


then, kami pun cari la hotel yang kami idam2 kan iaitu hotel continental
steelah berpuluh kali pusing pusat bandar baru jumpa
ni bukan exaggerate tp kebenaran
RM118 dan free breakfast utk 2 orang
towel disediakan,aircond ada,tv ada
view mengadap laut
memang berbaloi-baloi ah
sebabkan kami 3 orang,kami kena bayar extra charge utk breakfast iaitu RM 13.90

lepas check in,kteorg mandi,solat bagai
then,kteorg pergi jenjalan
mula-mula pegi makan di padang kota lama dulu

 mee udang ni kawan aku yang makan, RM 8
aku makan pasembor dengan dayah,RM14
so, RM 6.50 sorang
tapi kami makn 3 orang baru habis
tamak --"
aku minum air tea o ais, RM 1.30
tapi aku takde duit 30sen, aku hulur duit RM 2,orang tu kata takpe dan dia amik singgit je
so,total aku makan, RM 7.50

lepas makan,kami try masuk fort cornwallis
entrance fee RM2

  
selepas itu, kami ke perangin  mall
den capai la jugak sepasang kasut dan satu bijik tote bag
dan sebagai penutup hari pertama kami di penang,
kami ke Fullhouse di Penang Time Square

makan lagi *facepalm*
aku order wedges dengan lemon tea
sekali dengan tax, RM15

bukti pergi fullhouse
ko bergambo la sampai pengsan
then,balik hotel,tidoq

pagi esoknya,kami breakfast kat hotel je
kata free
kami melantak sampai sejam
makan secukupnya
cover skali untuk lunch
pukul 9.45 a.m kami ckeck out

maka,mula le merayap ke pinang peranakan mansion
padahal sebelah hotel kteorg pun ada mansion
tan sze mansion ke ape tah
yang kaler biru tu rumah dia
entrance fee RM15
mahai
so,kami pi pinang peranakan mansion
entrance fee RM10
amik gambo sampai penuh memori card alang2 dah bayo mahal kan


 memang besar gilos rumah ni
naik penat aku bergambo
after that, kami ke pasar chowrasta
beli jeruk
parking kena RM3

aku beli 4kg jeruk
aku tawar harga dia,dapat la RM 29
pastu akak tu bg free jeruk campur dalam paket kecik yg harga RM 4 tu

then,our last destination is Queensbay
memang besar tapi line celcom bengong dalam tu
tak best sangat pun
aku musykil apa yang orang kemaruk nak g ueensbay sangat2
tapi aku sempat la angkut 2 helai seluar
kahkahkah
dan,aku makan prawn mee di food court
RM5.90 tapi lepas tax Rm 6.25

next entry la aku buat kira-kira
kalau korang tak sabar sebab nak g penang dalam masa terdekat
ko kira sendiri
den sibuk sikit sekarang ni
ni pun  sebab kelas malam den kansel
boleh le buaty entry untuk hampa
kuikuikui

Sep 18, 2012

birthday emak

pagi-pagi call emak untuk wish
mak buat-buat tak dengar
poyo an
terpaksa la wish dua kali
saje tau mama ni..

lepastu emak mengadu domba kata ayah lupa hari jadi emak
padahal aku pun sama je lupa
nasib baik tengok reminder fon
hahaha
emak suruh buat-buat tanya ayah
ayah buat makan-makan ke tak sambut hari jadi emak
macam ni pun boleh?
macam kanak-kanak pulak mak aku ni
layankan aje kan

yang paling tak tahan part mintak hadiah
"takde ke hadiah untuk ma?"
"takde la ma,orang tua mana boleh dapat hadiah"
"takkan la takde hadiah..beli la hadiah apa-apa nanti"
OMG, boleh mintak-mintak macam ala-ala paksaan
sokayyy,,dah beli dah pun hadiah nya
malas nak bagitau
kang tak suprise pulekk

*mak memang susah kalau ajak bergambar..so,takde gambar(macam pantun tak? hahaha

Sep 15, 2012

hutang

sekarang semua orang tengah banyak duit kan
takde la rasa bersalah sangat kalau nak cakap pasal hutang
kang kalau aku tulis pasal hutang akhir2 sem,
ramai yg kata aku bg hint nak mintak hutang

aku bukan nak mintak hutang kat sini
cuma nak share apa yang aku baca
aku tertarik bila baca tweet fetri yahya

1) siapa yang tidak punya niat untuk membayar hutang, Allah akan menuntutnya sebagai pencuri,bahkan pahala kebaikannya akan dialihkan kepada yang memberi hutang

tak susah kan ayat tu
aku rasa,sekali baca pun korang boleh fahamkan
teruk jugak padah tak bayar hutang
Allah isytiharkan sebagai pencuri
dan yang lagi malang bila pahala dialihkan pd org yang sudi beri hutang itu
kita berhutang,sila la kenang budi
nasib baik pemberi pinjam tu baik hati je nak bagi ko pinjam
kalau tak, apa jadi dengan diri ko yang sedang kesempitan
orang dah tolong,takkan tak reti kenang budi kan?
maka, Allah itu maha adil

2) berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan keresahan di malam hari dan menyebabkan kehinaan (aib) di siang hari

sungguh wei,
bila kita pinjam duit orang,hati tak terteram selagi tak bayar hutang tu
asyik duk teringat je
tapi tak tau la kalau orang yg biasa buat2 lupa untuk bayar hutang tak rasa apa2 keresahan dah dalam hati mereka kan..
nauzubillah..

akhir sekali,ini doa yang ahmad fetri yahya tulis untuk jauhi beban hutang

3)Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari kebakhilan dan ketakutan. Dan aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan tekanan manusia.

renung-renungkan lah
sebaik-baiknya,cuba avoid berhutang
kalau berhutang pun,jangan tangguh-tangguh masa untuk bayar
usaha sikit untuk bayar hutang orang cepat-cepat

di sini ada kelebihan lagi kepada pemberi pinjam yang tidak menekan peminjam

4)Siapa yg mberi waktu kpd si peminjam utk mbayar hutangnya,maka Allah akan memberi jangka waktu yg cukup baginya utk bertaubat sblm matinya

*yang ada nombor tu tweet fetri yahya

Sep 9, 2012

patah pinggang

semalam balik u
sampai je di uum
kena angkat barang2 adik di muamalat
angkuta la barang dia dari tingkat 1 ke tingkat 4
dia kena pindah bilik

sampai kachi
angkut barang sendiri pulak ke tingkat 4
barang2 dalam stor taknak banyak pulak
mak kata angkat la rilek2
nanti ambil sikit-sikit
lepas je babai ma dan papa
terus je aku angkat barang semua sekali kecuali rak

angkat bila-bila pun,still kena angkat jugak
baik angkat terus waktu tengah rajin
lagipun,
aku tak minat stail kemas sikit-sikit barang tak lengkap nih


siap je kemas semua, aku mandi
lepas tu,baring ats katil
perghhh,,memang heaven pinggang aku
serius sakit gilak pinggang
beg yang paling besar tu paling berat
aku angkat sorang2
dah la naik tangga
rasa nak terberak aku

bangun pagi ni
terus sakit2 badan
nasib baik kelas pukul 11 pg

Sep 6, 2012

resepi kek sarang semut or kek gula hangus

tamak kan
sekali buat,2 kek terus
ini kali kedua buat kedua-dua kek
resipi kek lapis dah bagi hari tu
kek gula hangus tu je belum bagi

hari tu lupa nak tangkap gambo
maka,malas la nk tulis resepi
takut orang tak caye
hahaha

bahan-bahan *aku double kan bahan asal

1 1/2 cawan gula (resipi asal 2 cawan tapi manis sangat.aku kurangkan)
2cawan air
3sudu besar butter
7biji telur
2cawan tepung gandum (aku ayak dulu)
2 sudu kecil soda bikarbonat (ayak sekali dgn tepung)
1/2 tin susu pekat manis(resipi asal setin tapi aku dah try,manis sangat)
2 sudu esen vanilla(kalau letak sesudu tak wangi sangat)

cara-cara
1)masukkan gula dalam kuali.cairkan sampai hancur semua
2)masukkan air tapi letak sikit2.dan hati2 sebab dia akan terpercik.jangan bubuh air semua sekaligus sbb nnti gula tu akan mengeras
3)masukkan butter.tunggu hingga mendidih,tutup api
4)sejukkan gula yg dah hangus ni
5)pukul telur sampai kembang.pukul lama2 sikit
6)masukkan tepung,soda bikarbonat dan susu.pukul lagi
7)masukkan gula hangus tadi.pukul hingga sebati dan masukkan esen vanilla.pukul lagi
8)masukkan adunan dalam bekas dan rehatkan selama 4jam
9)kukus dalam sejam setengah
10)siap!

p/s:kek gula hangus yang belah kanan tu.mana la tau korang tak kenal kan..hikhikhik

Sep 5, 2012

kuih kera

hari tu ada orang bagi keledek
adik aku kata nak buat keripap
dah berminggu aku tunggu dia punya karipap,
namun tak kunjung tiba
maka, aku rembat ubi tu untuk buat kuih aku

siap je kuih tu,
adik bangsu berkata
"lama tak makan kuih kera nih",konfiden dia berkata sambil mengunyah kuih itu
aku dengan tidak teragak-agak memberi respons sepontan
"hoi,kuih keria lahhh..bukan kuih kera"

nah resipi
resipi asal dia aku doublekan sebab ubi aku dalam sekilo lebih
dapat la dalam 30biji

ni resipi yang aku rembat dari internet tapi aku taip sendiri
rajin kan ai
tak maikn kopipes bulat2



bahan:
setengah kilo ubi keledek (aku guna warna putih,nak lagi cun guna warna kuning)
1 cawan tepung gandum
3sudu gula

cara:
1) kikis kulit ubi,bersihkan ubi keledek dan potong kecil2 agar mudah empuk.rebuskan ubi tersebut hingga masak.taruk sikit garam waktu rebus
2)buang air rebusan dan biarkan ubi sejuk.lepas tu,lenyek
*siapa2 orang kelantan yang biasa buat che mek molek,cara buat kuih keria ji sama je macam nk buat che mek
3)masukkan tepung dalam ubi yang telah dilenyek.kalau adunan still lembik dan melekat pada tangan,tambah gandum sehingga boleh buat bentuk bulat tanpa melekat di tangan
4)bentukkan seperti gelang dan goreng sehingga kekuningan
5)dalam kuali lain,masukkan gula dan 2 sudu air hingga air mendidih
6)pabila gula sudah likat dan nampak bertali,masukkan kuih keria..guling2 kan hingga sebati dan tutup api
7)kacau hingga gula jadi keras
8)siap!