BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Feb 15, 2014

buat bakal anak sedara

hari ni tak pergi kebun
dah tak pergi kebun,ada kerja lain la pulak

tadi abang aku suruh ajar bini dia buat bengkung untuk baby
last-last aku buat sampai habis
kesian la pulak tengok mak buyung tak boleh tunduk
sendat dengan perut yang besar tu

berjam-jam baru siap
tu pun siap satu je weh
dengar cerita bakal anak sedara tu twin
tak kan nak share pulak
next week cheq buat la lagi satu

ikutkan hati,nak je buat sampai 10
tapi lama gilos nak boleh siap satu pun
nak patah pinggang guwa


dear bakal anak sedara,
nanti ingat la dekat auntie
auntie takde harta yang banyak nak beli macam-macam untuk hampa,
tapi auntie ada kudrat untuk buat sehelai bengkung untuk hampa..hahahaha
anak auntie nanti pun belum tentu auntie akan buat
silap-silap auntie mintak balik dengan mak hampa bengkung ni
hehehe
btw,auntie harap hampa keluar dari perut mak hampa dengan selamat
duk diam-diam dalam perut tu,jangan gaduh-gaduh k

Feb 13, 2014

berkebun episod 4:babi

disebabkan masalah kesihatan guwa
dan kesibukan di ofis,cerita ni agak delay
hari ni guwa sempat menaip pun sebab guwa xdak suara
takdak suara,tak yah answer call,,
kurang la kerja guwa

sabtu lepas pergi kebun lagi
aktiiti macam biasa la
sebenarnya guwa demam dari hari jumaat
ikutkan hati malas nak pergi kebun
tapi disebabkan jantan-jantan dalam rumah malas
ditambah pula dengan emak buat ayat kesian
guwa pun ikut la

tapi guwa berkebun 2jam jela
tak larat ohhh
pukul 11 macam tu guwa p main kat sungai sementara nak tggu lunch dengan parents di tepi sungai tu
picnic la kiranya

ingatkan lepas makan,dah nak balik
sekali parents aku sambung buat keje
aku dengan adikadik pun menuju la kat kereta
tak larat ah nak berlama-lamaan time demam-demam ni

maka,aku pun duduk la dekat dengan kereta
duduk atas tanah beralaskan sekeping daun kering
time rasa nak terlelap tu dengar adik aku jerit "wei,babi weh"
sambil dia berlari laju
aku yang baru nak terlelap terpinga-pinga terus lari tanpa menoleh ke belakang pun
lari sekuat hati mengalahkan usain bolt
mau usain bolt tak kalah,,aku lari berkaki ayam okeyh
sebelah sandal kat tangan,sebelah lagi atas jalan
takdan nak sauk
 cepat-cepat masuk dalam kereta dan tutup pintu laju-laju

pastu adik laki aku dengan kereknya berkata"alah,anak babi je pongg,,tu pun takut ke"
alah,,selalu kan babi dia berjalan beramai-ramai
cuak la kot-kot ada semua mak bapak dan atuk nenek dia
lagipun tak pandang belakang,mana tau anak babi ke mak babi

bila gitau mak,mak tanya kenapa tak tangkap
boleh buat bbq
eiyewww,,tah pape

pape pun,
kali ni paling lambat balik
pukul 2 lbih baru balik ok
dugaan btoi
dengan mesin menebang stuck kat pokok yang kcik sikit je dari aku
sejam baru boleh keluarkan mesin tu

Feb 2, 2014

kelantan darul sejuk beku

hari jumaat lalu,aku balik kampong
kampong mana lagi kalau bukan kelantan
dekat gerik panas mentari memancar-mancar
sampai sempadan kelantan,fullamakkkkk..kabus tebal tuuuuu

sampai rumah nenek dah tengah hari sebab berhenti shopping kat rantau panjang dulu
ewahhh,,guna term shopping kau! macam banyak duit je an
padahal membeli beberapa ketul barang je

bila tiba kat rumah nenek,dengan bongkaknya aku tanya akak dan nenek"kata sejuk,panas je kelantan ni"
tunggu malam ni and pagi esok,kata akak dan nenek

bila tiba waktu malam,
eh,tak payah tunggu malam,petang pun dah sejuk weh
malam tu aku tak mandi pun..hahaha tak senonoh

pagi esok lagi la sejuk
pastu,aku dengan bangangnya pergi beli nasi naik motor
rasa nak tercabut muka hoiiii
tiba-tiba rasa kedai tu jauh gila
menyesal pulak tak naik kereta
on the way balik,nenek aku duk nyembang ape tah,aku tak layan
gigil la hoi,tak larat aku nak berkata-kata
nenek aku sedap la duk menyorok belakang cucu dia yang gempal ni
terhalang la dari udara sejuk

pukul 8.30 pagi pergi pasar besar kat pasir mas yang terletak kira-kita 30 minit dari rumah
dengan selamba,tak mandi..hahahha
alasan?Sejukkk ahhhhh
sepanjang perjalanan pergi dan balik tak pasang aircond
bila berhenti,bukak pintu kereta,terasa angin sejuk menampar muka
rasa macam kena kejutan elektrik
ok,memang sejuk macam cameron;nampak je ada cahaya mentari,tapi angin yang dibawa adalah angin sejuk

itu jelah laporan sejuk dari kelantan..huahuahua
balik gerik,tros rasa macam weird bila tido malam tak sejuk
hahaha poyo gila padahal balik kelantan semalaman je

ohh ya,sekarang trend skirt,baju and shawl corak baju askar
nak beli tapi takdak duit
aku mintak nenek aku punya dia tak bagi
menyesal pulak tak curi..hikhikhik