BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Mar 27, 2012

new syndrom

sejak aku demam hari tu,,
aku ada satu sindrom la
sindrom tak berapa nak bercakap dengan orang
tak berapa ramah
dan juga menjadi lebih ignorance

kalau dengan orang yang aku senangi pun,,
aku cuma banyakkan senyum je
bercakap nya tak sangat
aku rasa pelik bila kawan2 cakap banyak dengan aku
sebab aku tak rasa nak bercakap
dan aku tend to pandang tempat lain instead of bagi response
nak buat pergerakan muka pun malas

sms orang pun malas
cakap kat fon pun malas
senyum je rajin sikit dari kemalasan yang lain
mesti ramai orang annoyed dengan aku
sebab aku pun annoyed dengan sendiri sebab cakap takde nada
mendatar je
rasa nak sepak je kan orang camni
tapi apekan daya
aku tak rasa excited dalam semua perkara sekarang ni

harap maaf la ye =)

Mar 22, 2012

khamis yg banyak takde kelas

dah siap-siap nak pegi kelas
tiba-tiba dapat mesej kata kelas batal
maka,
haruslah kami fikir kegiatan yang positif untuk dilakukan

oleh kerana aku dan nana tak sihat,
kami pun ambil keputusan untuk ke PKU
pusat kesihatan

tu je ubat yang doktor bagi
tak bagi antibiotik pun
apa-apa pun,
aku rasa aku dah gunakan PKU sebaik mungkin
sebab tiap-tiap sem pun kena bayar perkhidmatan kesihatan dalam yuran
tak guna,rugi
keh3

seterusnya,,
ini adalah barang2 yang dibeli menggunakan voucher RM 50 yang terakhir
memang tak rugi kerajaan bagi kat aku kan
terus beli kertas A$ mahal
maklum laaa
duit orang bagi kan
kalau pakai duit sendiri,
haram aku nak beli kertas double A
kah3

Mar 21, 2012

worst selsema experience ever

bukan selsema yang aku hadapi ni yang terukkan keadaan aku
tapi
other circumstances yang memang tak dapat aku lupakan
ever and forever

orang kata makan ubat selsema menyebabkan mengantuk
tapi aku makan 9.30 malam,
2 pagi baru tidur apekes?

orang tua-tua pernah kata
tiada beban,batu di galas
ko bayang jela sendiri
ko jalan-jalan tepi tasik ke apa
pastu ko saja-saja amik batu besar gabak galas atas belakang
ko rasa orang akan pandang kat ko dengan muka simpati ke?
ke ko rasa orang pandang-pandang ko sebab ko seolah-olah pahlawan sebab bawak batu besar gabak?
sorry to say
it is not!
orang akan kata ko GILA?
bukan calang-calang batu pulak tu ko galas
tapi batu dari neraka
yang panas berapi
hebat sang dikau ye

whatever it is
i am really dissappointed with you

i need my rest for my own body now
please don't make any further scene
thank you

still,
we love you..

Mar 15, 2012

i nak ni je

hari tu kan pergi KL
ternampak la satu kasut ni
lawa
dah berangan nak beli
sekali bila nak beli
takde saiz
sob..sob..sob
terus bad mood
elok-elok plan nak beli macam-macam
last,last
semua pun tak beli

nak kasut
nak perfume
nak purse baru
nak ni je sem ni
wuuuu~

kecewa punya pasal
terus balik rumah
hahaha

Mar 12, 2012

biskut jacobs dan tido

kebelakangan ni asyik cakap pasal kesihatan
so,,
semua pun nak dikaitkan dengan kesihatan
ini gara-gara pergi rumah adlina
rumah dia semua benda pun berbentuk kesihatan
baik dari segi makanan mahupun peralatan
banyak betul alat-alat untuk kesihatan dekat rumah dia
hahaha

tidur pun benda yang bagus untuk kesihatan
tapi tidur yang secukupnya lah
bukan tidur berlebihan sampai tengah hari tu
tau tak,,
waktu tidur paling berkualiti adalah dari pukul 11 malam hingga 2 pagi
kalau tidur dalam lingkungan waktu tu,
nescaya ko takkan ngantuk walaupun lepas tu kau stay up for the whole night
tak percaya?
cubalah.
tapi waktu2 macam tu la kita tengah ligat online kan
nak tido macam mana bila semua kawan2 online pada waktu tu
peer pressure betoi

ohhh,,
hari khamis hari tu aku pergi KL
sebab orang kata shopping pun bagus untuk kesihatan
yesss
memang betul
clinically proven
hahaha
tapi tak bagus untuk poket
kekeringan tanpa khasiat yang cukup

btw,
thanxs adlina dan keluarga
bagi I tumpang tidur
dan layan I nak bershopping segala
dan bagi makan sedap-sedap
terharu..

ole-ole?
ohhh
itu tidak bagus untuk kesihatan
maka,
there's no ole-ole for you
ngeh3~

Mar 7, 2012

pleasant week

srooottt..sroottt
itu bunyi sedang menyedut udara yang nyaman
untuk menggambarkan betapa tenang nya minggu ini
sambil mendepangkan tangan

alhamdulillah
minggu ni slow and steady
walaupun kena present land hari isnin yang lalu

well
i love this week
many good things happen
tak payah banyak fikir
tak perlu emo-emo
bangun tidur,
pergi kelas,
makan,
balik kelas,
membuang masa dengan pelbagai gaya
online,
basuh baju,
mengumpat,
mengeteh,
ber kfc
bersate
berjoli
bersenang-lenang

Alhamdulillah
I love You,Allah

Mar 5, 2012

kesurutan wang

wang surut dengan mendadak..
runsing

tapi saya ada baby baru
hepi

nanti la kita menunjuk baby kita eh..ngeh3~

Mar 3, 2012

alhamdulillah

cuba tengok kedua-dua gambar di atas
jarak nombor 5 itu berada di mana

time balance account berada paras 5 yang paling dekat dengan titik perpuluhan
rasa nak mengamuk je bila beratur di ATM machine
yela
kita dah la duit sikit
beratur pun nak ambil duit skikit je
tapi kena beratur panjang-panjang
lama gilos pulak tu
lagi rasa bengang bila yang beratur panjang tu semua orang kaya baru PTPTN
muka berseri-seri je time beratur ni
aku plak rasa ow self-esteem je time bratur tu
wuuuu~

tapi bila angka 5 tu dah bergerak jauh sikit dari titik perpuluhan..
perghhh
lega yang teramat
rasa macam setiap saat pun nak beratur depan ATM machine
baratur panjang pun takpe
hahaha

duit adalah terapi
tapi ingat
perjalanan hidup sem ni lama lagi
end og June baru sem ni berakhir
maka,,
sila jangan boros
kalau taknak sengsara di kemudia hari

duit yang diberi bukan utk di guna seminggu je
use your money wisely=)
ecehhh,,
buat iklan khidmat masyarakat la pulakkk

Mar 2, 2012

banyak benda yang harus diperbetul

tiba-tiba insaf pulak di hari Jumaat ini
terima kasih Allah kerana masih memberi peringatan kepada hambaMu yang kerdil
yang sentiasa khilaf ini

tak pakai stokin,
dosa yang biasa di buat
pakai tudung tak tutup dada pun dosa harian

tak cukup dengan dosa yang ada
aku tambah pula dengan yang baru
sepatutnya,
semakin besar
semakin banyak ilmu yang telah dikumpul
semakin dekat diri dengan Allah
semakin tahu apakah larangan Allah
semakin matang jauhkan diri dari dosa

tapi sebaliknya berlaku
patutkah di undur semula perbuatan2 tersebut
undur supaya jadi kurang berdosa seperti zaman sekolah?

atau
patutkah diteruskan
tapi dengan cara yang baru
agar kesemua dosa tersebut tidak di terus kan?

tak dapat kurangkan ketiga-tiga dosa pun
harap-harap dapat kurangkan satu darinya
perlahan-lahan

sesungguhnya hidayah itu milik Allah
aku pohon padaMu ya Allah
teruslah memberi hidayahmu pada hambaMu ini
perbetulkan segala niatku ke arah jalan Mu ya Allah

Mar 1, 2012

disebalik duka 29 feb

ecehhh
tajuk taknak dramatik
cerita bersiri la plak kan
semalam cerita 29 feb
hari ni pun cerita 29 feb even dah 1 march
obses benor dengan tarikh ni kan

semalam 29 feb yang emo
tapi di penghujung tarikh itu
ada kemanisan nya
apakah?
ada la...

ngeh3~