BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jul 6, 2010

untuk budak engine

Pendidikan Kejuruteraan Universiti Tempatan Diiktiraf Antarabangsa

MELAKA, 5 Julai (Bernama) -- Pendidikan kejuruteraan kebangsaan mencapai penanda aras antarabangsa berikutan kejayaan Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) mendapat status penandatangan penuh Washington Accord bagi sistem pendidikan kejuruteraan di Malaysia.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata dengan kejayaan itu, graduan daripada program kejuruteraan universiti tempatan yang diiktiraf LJM, layak menjalankan amalan kejuruteraan di peringkat antarabangsa.

"Dengan pencapaian itu, semua kelayakan ijazah kejuruteraan yang diiktiraf oleh Lembaga Kejuruteraan Malaysia, kini diiktiraf oleh negara penandatangan penuh Washington Accord," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Haluan Siswa Sesi 2010/2011 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Durian Tunggal dekat sini, pada Isnin.

Selain Malaysia, lain-lain negara penandatangan penuh Washington Accord ialah Australia, Kanada, China Taipei, Hong Kong, Ireland, Jepun, Korea, New Zealand, Singapura, Afrika Selatan, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

LJM, sebuah badan yang mengawal selia amalan kejuruteraan seperti memperakukan program pendidikan kejuruteraan, berjaya memperolehi status berkenaan pada mesyuarat International Engineering Alliance (IEA) yang diadakan di Kyoto, Jepun pada Jun tahun lepas.

Washington Accord adalah satu perjanjian eksklusif antara badan pengiktiraf pendidikan peringkat antarabangsa, dan ia mengesahkan bahawa proses akreditasi dan piawaian pendidikan kejuruteraan kesemua negara penandatangan adalah setaraf.

Shaziman berkata pelajar antarabangsa yang memperolehi ijazah kejuruteraan di Malaysia dijamin pengiktirafannya di peringkat antarabangsa.

"Sehubungan itu, institusi pendidikan tinggi Malaysia boleh menggunakan penanda aras itu sebagai alat pemasaran yang berkesan untuk menarik lebih ramai pelajar antarabangsa," katanya.

Beliau berkata Malaysia berada di landasan yang betul untuk muncul sebagai hab pengajian bidang kejuruteraan di rantau ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Shaziman yang juga Menteri Mentor UTeM berkata, pengajian bidang kejuruteraan dalam negara semakin berkembang selaras dengan sasaran kerajaan menjadikan perkhidmatan kejuruteraan pemacu utama pembangunan ekonomi negara.

Seramai 2,089 pelajar baru mendaftar bagi pengajian Sesi 2010/2010 di UTeM.

-- BERNAMA


p/s:boleh kerja oversea la korang wahai budak2 engine

2 comments:

na-bi-lah said...

memang ramai pon kerja oversea kan?
kalau tak oversea pon leh keje international co. mcm shell

jau said...

hahahaha
dengan dada pengiktirafan ni,,lagi sng kot our engineer nak dapat tempat kat company international
lebih competitive barangkali..hahahah