BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jul 23, 2010

hobi para gadis

bagi sesiapa yang pernah atau biasa berbaju kurung,,
pasti pernah melakukan aktiviti ini
tidak kurang juga yang menjadikan aktiviti ini sebagai hobi
adakah anda,gadis2 sekalian, pernah berbaju kurung tanpa kainnya?
atau
adakah anda SUKA berbaju kurung tanpa kain?

sesiapa yang tak pernah melakukan aktiviti ini
iaitu pakai baju kurung sahaja tanpa kain
memang beliaulah insan yang paling rugi kerana tak pernah cuba untuk menikmati the other side of baju kurung

best wei pakai baju kurung sahaja tanpa kainnya
rasa lebih energetik
dan sangat selesa
lebih-lebih lagi untuk bergedik santai bersama rakan2 perempuan

fesyen baju kurung tidak lengkap ini hanya boleh dipraktikkan di tempat tiada lelaki ajnabi sahaja
jangan korang buat gilak pakai baju sahaja tanpa kain untuk keluar beraktiviti bersama kaum adam
nanti di cop perempuan tak siuman
tahu?
justeru,(perlu ke penanda wacana ni?)anda haruslah memperagakan fesyen pakai baju kurung tanpa kain ini bersama teman2 rapat(gadis)sahaja agar tidak menjatuhkan imej baju kurung sebagai baju kebangsaan dan tidak ketinggalan maruah korang jugak.

standard r bila si gadis2 balik je ke bilik
mesti tanggal kan kain je (kalau pakai baju kurung la)
pastu,berjalan ke hulu ke hilir dengan riangnya

aku berani gerenti semua budak perempuan yang duduk asrama pernah pakai fesyen ini
siap buat tido lagi
sampai renyuk berjuta baju tu,,baru la tanggal

tapi kan
korang perasan tak
kalau warga emak2 kan
mesti suka pakai kain baju kurung yang diangkat sampai paras dada
lagi-lagi lepas balik dari majlis kenduri
perasan tak?

konklusinya,,
para gadis suka pakai baju sahaja
para ibu which is not gadis anymore suka pakai kain baju kurung sahaja

jadi,,kalau anda rasa anda gadis,
jangan pakai kain baju kurung diangkat sampai paras dada
kita sebagai warga belia yang muda lagi cun ini,
harus berbaju kurung tanpa kain di waktu santai

Jangan tersilap fesyen ye wahai gadis!
INGAT!!!!

Kain sahaja=untuk warga kurang muda
baju sahaja=untuk warga muda remaja

p/s:aku konfiden fesyen pakai baju kurung tanpa kain ni sangat popular.kalau tak,takkan para penghuni Kolej Mawar UITM S.Alam selalu kena sound dengan Tuan Pengetua kolej SETIAP kali perjumpaan bersama beliau mengenai isu students suka sangat pakai baju kurung saja tanpa kain dan jalan berlegar-legar dekat dengan pejabat.

2 comments:

sri sazila said...

ngok! da xde cite lain ke ko nk wat? malu r...haha....

jau said...

ko ke watak utama dlm kisah aku ni wei?
kantoiiiiiiiii