BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jul 1, 2010

dah bulan julai la

Julai bermakna dah bulan tujuh
juga bermakna semakin berkurang hari di rumah
juga bermaksud akan menghampiri tarikh untuk balik ke universiti yang penuh dengan nilai alam semula jadi(dalam bahasa mudah bermaksud hutan sintok yang sedang pesat dilanda pembalakan haram)

kesemua perkara diatas bererti
1)duit dalam akaun bank akan merosot sebab duduk kat u semua kena beli sendiri
2)kena pikir nak order ape kat kafe kak mona hari2
3)juga akan menyebabkan aku membilang hari dan menunggu saat ENCIK jpa yang budiman tambah wang dalam akaun
4)terputus hubungan dengan menantu yang dikasihi
5)tidak boleh bertekak lagi dengan rakan lama di sekolah rendah dulu
** perkara 4 dan 5 cam kurang relevan je..macam la zaman jepun..nak terputus hubungan bagai..ko xde fon or internet ke mak cik?(ini monolog dalaman)
6)nak wrestling siapa tanpa adik2 di rumah?
7)MACAM MANA NAK TENGOK WORLD CUP PERINGKAT AKHIR??howwww?????

ha,,tidak ketinggalan
bulan tujuh juga bermakna,,kita perlu menanam azam baru didalam hati sebelum bermulanya sesi baru..

dan yang pasti
SAYA AKAN JADI SENIORRRR!!!!yeay!!

No comments: