BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jul 1, 2010

mari..mari...
korang dah ada kawan yang jual kueh?
dah ada juga kawan yang jual ikan?
ada...
ohhh ada..
tapi korang ada tak kawan yang jual nasik kerabu?
x
tak de?
jangan risau..
mulai hari ni korang akan ada satu
iaitu aku
kakakakka

semalam den pogi menjual nasik kerabu hah
kat skola adik den ..ada hari koperasi
den siap pakai baju kurung lagi untuk jual nasik kerabu
sungguh bersemangat kebangsaan la
sampai ada pak cik tanya kat aku
"ni kaunter untuk daftar ke?"
ces,,sungguh hampes ye
aku pun dengan tenang menjawab
"tak la pak cik,saya jual nasi kerabu"
(^_^)
ko tengok,,aku siap senyum tau kat pak cik tu
dah jadi penyabar aku sejak kebelakangan ni...hahahha

7.30 lagi aku dah pegi ke sekolah tu
gerai orang laen bukan maen semangat lagi mereka hias dari sehari sebelum tu
gerai aku je paling simple
letak alas meja je wei
bak kata orang,hiasan tu tak penting,,YANG PENTING...duit masyukkkk..

pagi-pagi hari budak2 skolah tu ada perhimpunan..
bapak lamanya
sampai pukul 8 pun tak habis lagi perhimpunan

walaupun perhimpunan sedang berlangsung,
ianya tidak menghalang untuk orang ramai datang membeli digerai aku
orang laen tak stat jual lagi tapi dah ada orang datang membeli kat gerai aku
bukan nak kata nasik aku laris
tapi nak ditegaskan disini betapa hebatnya penangan nasik kerabu walaupun dijual di negeri orang

bila budak-budak habis perhimpunan
ya ampunnn
tak cukup tangan den
memang tak berenti lagsung
brenti pun bila nasik tu dah habis
aku rasa gerai aku je tutup awal
kul 10 dah habis dah
2jam je aku meniaga
hahahhaha

seronok la wei meniaga ni
mak aku je yang segan
aku tak segan pun..
dapat duit,,nak segan ape kan?

akhir kata..
masakan adalah satu perniagaan..
wakaka

No comments: