BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jan 1, 2011

Buli

pejam celik,,pejam celik...
budak sekolah akan mula bersekolah semula esok
begitu juga dengan rakan-rakan di IPT
kebanyakan unuiversiti akan mula sesi pembelajaran esok

seperti kita semua sedia maklum
tak kira la
di sekolah ke
di universiti ke
ada saja kes-kes buli
sampaikan budak-budak ketakutan

bab-bab buli ni kita selalu dengar dalam kalangan budak sekolah asrama la kan
yela,,
ramai budak-budak taknak masuk sekolah sebab buli
walaupun ada sebab2 sampingan yang lain

bagi adik2 yang ada plan nak masuk sekolah asrama,,
teruskan..
jangan takutttt..
sekolah asrama tak la seburuk yang disangka
kalau korang budak perempuan,,
tak payah takut sangat pasal buli nih
jarang lah budak perempuan dibuli
kalau budak laki,,memang ye
sering kali dibuli oleh senior..

sekali lagi,,jangan la takut..
best wei sekolah berasrama
korang sendiri perlu mencorakkan suasana best atau tak di sekolah berasrama tu
pergilah kalau dapat sekolah asrama
sangat2 best
tengok,,berapa kali dah aku ulang best
so,,konklusinya,,memang best..hahhaah
*propa gila aku kan..

bagi pembuli-pembuli
ataupun bakal kaki buli sekalian,,
dengarlah pesanan dari bekas kaki buli yang sudah retired ini


walaupun ada berbadan BESAR macam mana sekalipun,,
janganlah buli orang yang lebih kecil
kalau anda bermuka BENGIS macam mana sekalipun,,
jangan la buli budak-budak nerd si ulat buku
kalau anda BERWAJAH AHLI SURAU sekalipun,,
jangan la guna wajah unwanted anda tu untuk buli pelajar lain

INGAT!
anda bukan juara walaupun anda berjaya buli rakan anda..




PEMBULI tidak mengenal saiz mahupun usia

saya menyeru untuk tidak membuli bukannya apa
sebabnya,,
buli ni memang memberi kesan yang sangat teruk pada mangsa buli
tak kira dari segi fizikal mahupun mental
seperti yang sering dileteri oleh cikgu2,penceramah dan juga TV


mangsa buli juga boleh menjadi pembuli


apa salahnya kalau kita saling berbaik antara satu sama lain?


bermesra lebih baik



pembuli tidak dilahirkan dari keluarga bahagia

oleh itu,,
berkasih sayang lebih baik..
tiada untungnya kalau kita buli orang lain
maksud saya,,
keuntungan dari jangka masa panjang la
kalau dari jangka masa pendek,,mungkin untung
yela,,
untung ape kalau buli junior suruh basuh baju
hehehe
cheq gurau aja..

p/s:ibubapa tak besarkan anak-anak mereka untuk dibuli oleh anda..mereka susah2 besarkan anak,,anda senang2 amik nyawa anak mereka..apa hak anda?

1 comment:

Unknown said...

http://chempakaituaku.blogspot.com/2010/12/trip-to-kelantan-day-1.html

adakah lokasi gmbar kamu sama dgn nurul?