BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

May 15, 2010

seronok la wei

sungguh seronok menjadi anak tunggal
bukan...bukan
sungguh seronok menjadi anak perempuan tunggal
makan nasik yang dipanaskan oleh emak
bersama sup yang dipanaskan oleh abang
beserta sambal kicap yang digayang oleh abang
sungguh beruntung ye mempunyai abang
"wei,,tu abang ko yang mana satu?"
jangan ko coba-coba nak tanya soalan ini lagi
telah ku tegaskan seketul itu saja abang yang aku ada
dan ditegaskan juga beliau sudah mempunyai awekk
tapi jangan kecewa rakan-rakanku
kerana maseh ada tiga tempat kosong
jika anda sudi menjadi yang kedua,ketiga mahupun yang keempat
just go on..
HAHAHAHA
pasti entry ini akan mendapat kecaman hebat wanita-wanita di luar sana terutamanya Nik Imana
yang sangat alergik dengan poligami(saja xnk guna word anti sebab nanti ramai laki akan xsemena-mena datang berhujah dan menuduh aku menolak ajaran Islam..malas mahu memanjangkan kesah ini kerana poligami bukan tajuk yang hendak di fokuskan kali ini..laen kali maybe...hahaha)

berbalik kepada anak perempuan tunggal..
mengapa aku tiba2 dapat title ini?
sebelum ni tak tunggal pun
ye,,memang aku bukan anak perempuan tunggal pada hakikatnya
tapi telah ditunggalkan beberapa hari yang lalu
hal ini terjadi setelah akak aku yg tunggal itu telah balik ke kampung halaman untuk bertemu dengan atuk dan nenek(gila spesifik aku cte) tapi ketika ini(ketika entry ini ditulis) beliau sedang berada dalam bas untuk pulang ke USM
*eh,,ni bukan musim cuti ke
sabau..sabau..sat la aku citer..(pehal masuk melaka cmpur utara nih)

beliau harus pulang ke USM tuk siapkan research masters beliau..kalo research tu dapat siap awal,,dia boleh siapkan dalam masa setahun setengah..kiranya sem depan adalah sem last.tapi kalo xsiap,,masters dia kena extend sampai next year(bukan word extend sebenarnya tapi xtau nak guna word ape tuk menggambarkan beliau akan lewat tamatkan masters)---->xpasal dengan gediknya aku explain panjang2 padahal boleh je cakap beliau tiada di rumah kerana berada di lokasi laen

ketiadaan kedua-dua orang adik perempuan aku juga menyumbang kepada aku kini anak perempuan tunggal.sorang umo 18 n sorang umo 15

yang umo 18 tahun tu kan dah citer,,,beliau telah pun d hantar ke matrik perlis dalam entry yang lalu(ketiadaan beliau sangat menyusahkan aku..tiada lagi penyidai baju,pengangkat baju,pelipat baju,penyapu lantai,pembuat air tuk mak ayah sebelum mereka pulang dari bekerja---> dalam erti kata laen:tiada lagi maid di rumah<----gila jahat statement ini)

yang umo 15 tu duduk kat asrama,,dia duk asrama xbalik-balik rumah pun aku xkesah..duk kat rumah pun wat perabis air liur aku je..pemalas nak mati..dari aku melalak suruh dia pegi sidai baju,,baek aku pergi mencemar duli jejak tanah pergi jemur sendiri
dan...
dari aku bersusah payah pergi tutup tv yang sedang dia tengok supaya dia bergerak pergi basuh pinggan mangkuk dalam sink..lebih baek aku basuh sendiri sambil mengacau dadih atas dapur(saja nak bagi nampak kerajinan seorang kakak dan seorang anak perempuan apabila menyebut sambil mengacau dadih..wat 2 kerja dalam satu masa..sungguh nampak kerajinan kan...hahahah)

bila jadi anak perempuan tunggal

1)emak tidak membising kalo tido lepas subuh sampaikan si anak tidak sedar pun dah pukul 10 pagi,,sedar2 je pun pabila si emak berkata "ma nak pegi kedai dah ni,,semua dah masak..tolong goreng ayam je"

2)tidak akan dibebel walau tiada minuman petang apabila beliau pulang dari bekerja

3)tidak akan di 'compare' dengan adik- beradik laen kalo xbasuh pinggan mangkuk yang ada dalam sink pabila beliau pulang dari kerja..kalo ada adik bradik perempuan laen,, beliau akan berkata begini "ada ramai anak perempuan kat umah tapi sink penuh jugak,,xreti kesian kt orang(merujuk pada dirinya yang perlu dikasihani itu) kerja penat petang baru balik"..hahahah..amik ko,,senafas je kena bebel

4)pabila nak tulis entry ini baru aku perasan..mak aku xpenah lagi membebel sebab aku xbuang sampah..sape ek amik alih tugas buang sampah setelah pemergian adikku ke matrik?tertanya-tanya plak aku..xpe,esok kita siasat..kemanakah pergi sampah2 tersebut?adakah mereka berjalan sendiri?sabar2..i will check it out tomorrow..

5)siap dijemput ye dan dipanggil-panggil untuk menikmati juadah minum petang dan makan malam...seolah-olah dihampar karpet merah..nampak seperti anak pemalas yang durhaka kan?xpe2..esok aku akan berbakti seperti anak perempuan yang sungguh molek budi pekertinya yang sudah layak dipinang oleh orang baek segenap semenanjung Malaysia(perlu ke statement ini?hahaha)

dah2..sudah panjang berjela2,,berkajang2 entry ini,,psti memualkan sesiapa sahaja..sungguh banyak yang ingin dicoretkan tapi bateri laptop sungguh mencemburui kita(cakap macam rumah xde elektrik). Sebelum berpisah,,tataplah muka my beloved mum..





perhatian:entry ini telah dikarang semalam ketika perlawanan antara Khoo Kean Keat dan Tan Bong Heong melawan pasukan China untuk Piala Thomas..xtengok perlawanan sbb sibuk menaip entry ini..maka,,Malaysia kalah ye..hahahha(nak cakap jugak aku ada influence terhadap perlawanan tu)

No comments: