BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

May 20, 2010

kisah si unta

setelah berbulan aku menyajikan cerita-cerita yang melaghakan serta tiada sekelumit faedah pun bagi kamu semua,,hari ini kita akan bercerita mengenai sesuatu yang boleh dibuat pengisian rohani(rasa macam dalam saluran oasis x?..hahahha)

kisah ini adalah untuk menunjukkan mukjizat Rasulullah S.A.W
melalui kisah si unta yang comel ini,,terbuktilah bahawa ketundukan haiwan kepada Rasulullah adalah mukjizat yg dikurniakan Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W

1)unta mengadu dipaksa kerja berat
diriwayatkan oleh Imam Ahmad,al-Hakim dan Al-Baihaqi dengan sanad yang shahih dari Ya'la bin Murroh ats-Tsaqofi r.a., dia berkata: "Ketika kami berangkat bersama Nabi s.a.w dalam sebuah perjalanan, tiba-tiba melintas di hadapan kami seekor unta yang diberi makanan oleh pemiliknya, ketika unta tersebut melihat Rasulullah,ia bersuara dengan keras. Melihat ini beliau berhenti dan berkata, "dimanakah pemilik unta ini?" Kemudian datanglah pemiliknya.Kemudian beliau menawarkan untuk membelinya.Pemilik itu menjawab: "Tetapi kami hendak memberinya kepadamu wahai Rasulullah,tetapi ia adalah mata pencarian utama dan bergantung kepadanya".

Beliau berkata, "Tahukah engkau bahawa unta tersebut bersuara kerana mengeluh banyaknya pekerjaan yang dipikul dan sedikitnya makanan yang diberikan?Maka berbuat baiklah kepadanya dengan mengurangi pekerjaannya dan memperbanyak makanannya".

2)unta mengadu tidak diberi makan
Diriwayatkan oleh imam Ahmad,Abu Daud,Ibnu Syahin dari Abdullah bin Ja'afar bin Abu Thalib r.a. berkata: "Aku pernah diajak Rasulullah s.a.w melakukan perjalanan pada suatu hari,kemudian datanglah seekor unta kepada beliau dan ketika unta itu melihatnya, ia pun menangis mengeluarkan air mata.Kemudian beliau berkata, "Siapakah pemilik unta ini?" Kemudian datanglah seorang pemuda dari Anshar dan berkata, "Ini adalah kepunyaanku wahai Rasulullah." Kemudian beliau berkata, "Tidakkah engkau bertaqwa kepada Allah S.W.T terhadap haiwan ini yang menangis kerana engkau membuatnya kelaparan dan kelelahan dengan banyaknya pekerjaannya?"

ha,,tengok!
comel kan unta-unta tersebut
siap menangis-nagis cam baby bila xdapat makanan yang cukup
nasib baik unta-unta tu tak hentak-hentak kaki mengamuk cam korang mengamuk waktu xdapat mainan waktu kecik-kecik dulu
ko tengok
aku cerita pasal unta pun xjauh dari topik makanan
terbuktilah betapa cinta nya jauhariatul amira terhadap makanan
korang jangan la terkejut kalo blog ini akan jadi blog resipi makanan
dari sehari ke sehari
HAHAHAH

kalau anda juga gemar makan,,boleh selalu jenguk blog ini
dalam perancangan
1)nak bagi resipi begedil
2)resipi bubur lambuk special walaupun bulan puasa lagi 3 bulan
3)korang pun boleh request apa2 resipi..kalo aku tau,,aku try buat n present untuk korang(padahal boleh je korang google resipi tersebut tapi aku paham kalo korang nak manja2 ngn aku mintak aku jugak yang ajarkan..*gila perasan anda ini wahai jauhariatul)

tapi kan,,korang jangan berharap sangat kerana cik jau merangkap diri aku sendiri mula ditimpa penyakit malas kebelakangan ini..jadi,,sangat malas untuk memasak dan menangkap gambar apatah lagi untuk upload gambar2 tersebut ke dalam blog dan memikirkan ayat untuk setiap gambar tersebut dan..dan ..banyak lagi dan..

sekian..majulah resipi untuk kesejahteraan sejagat merangkap anak bangsa yang kurang rajin seperti aku.inisudahmengaruttahapcipan dan andajanganlarasamarahatau tertekan...wink*wink*wink*

oppss...
footnotes:
cerita unta diatas disedut dari buku Mukjizat Rasulullah S.A.W

yang dikarang oleh:Syeikh Ibrahim Jalhum/ Abdul Salam Hammad
tukang terjemah:Muhammad Akhyar/ Syahrin bin Jasah
dan diterbit oleh:PUSTAKA AL-SHAFA
tajuk asal buku ini adalah:Mu'jizaatur Rasul s.a.w Wa dalaail Shidqi Nubuwwatihi

3 comments:

Loyar Lawa said...

alhamdullilah...bagus2..hahhaha

jau said...

hahahah
insaf plak aku ye bg cte camni...

Kiko Berdendang said...

Dan dan cari itu buku Mukjizat Rasullullah