BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

May 27, 2010

hilangnya budi bahasa

tadi kan..aku pergi pasar malam(walaupun aku pergi petang,,namanya tetap pasar malam jugak),waktu nak balik,singgah la kejap kat gerai jual jambu batu.mak aku tanya la,"nak tak?nampak macam tak elok je".aku pun jawab la,"tah,macam tak cantik je".ha,ko tahu ape tuan gerai tu kata?
dia cakap macam ni ha "hang pun tak cantik jugak.jambu ni pun sama macam hang.hang cantik pun sempat pakai bedak je kan.kalo tak pakai bedak,tak cantik jugak".terkedu aku oiiiiiiii...aku ingat habis stakat tu je..rupanya,,dia sambung lagi "cuba tengok muka hang bila bangun tido,mesti tak cantik,sama la macam jambu ni,tak cantik la sebab baru petik..nanti hang basuh,potong dia cantik la".fuhhhhh!!!! Panas cheq tau...pandai-pandai je ekau ye..aku ni baru je pulang dari membanting tulang empat kerat,,ko kata aku berbedak ye...aku xde la rasa apa-apa walaupun suara dia macam halilintar dan di khalayak ramai plak kan..ko xtau I'm law student!! aku saman karang baru tau...hahahahha(tadi tak terpikir pun,,ni dialog bila dah sampai umah).

pastu mak aku tanya aku lagi skali,,"nak beli tak?"..aku pun jawab la,"tak payah la"...memang jambu tu tak cantik pun,,lubang-lubang,warna pun dah kusam,lebam-lebam plak tu...

selepas blah dari gerai tu,,mak aku pun cakap la kat aku,"pesal ko tak balas balik ape dia cakap tadi?cakap la kat dia macam la muka ko tu lawa sangat,muka macam @#$%&%(maaf,mak aku ada mencarut sket..hahaahaha)".tengok,sentap mak ayam tau..eh2..bukan..bukan..sentap mak aku tau..bila ko cakap aku tak cantik,,bermakna ko pun menghina mak aku jugak tau.memang la ko ni' kecek xdok baso' bak kata orang kelantan yang bermaksud cakap tak pakai otak dalam bahasa standardnya.mak aku cakap,kalau dia cakap elok-elok,mak aku ada hati jugakla nak pilih-pilih cari yang elok kan..bila ko dah mengata aku macam tu,mak mana yang tak terasa kan.macam ni la orang melayu yang tidak berpendidikan.ya,aku paham kalo ko kata ko kurang budi dan bahasanya sebab tidak mendapat pengajian tinggi tetapi dimanakah nilai budi bahasa yang sepatutnya ada dalam diri seorang Melayu..sudah lunturkah disimbah air hujan asid?atau sudah terhakiskah ditelan taufan budaya barat?

lepas tu mak aku berkata lagi..tak habis lagi kata-kata tidak puas hati beliau..panas hati beliau lebih tinggi suhunya berbanding suhu di pasar tersebut yang hampir mencecah 40 darjah celcius."kecek bodo sungguh la budak loni,kalo dengar ko bos dio mesti kena pecat tuh..kecek huduh.doh la muko pun huduh doh"hahahhaha...(malas nak translate)..beliau berkata lagi,"pesal tak sound je budak tu tadi?".aku pun jawab la"malas la cakap ngn orang bodoh camtu..nanti dengan kita skali nampak bodoh duk bergaduh ngn orang bodoh camtu"..hahahha..matang tak jawapan aku?matang kan...

macam tu la kisah hari ini...kalau nak berniaga tu,buat la cara nak berniaga..tau la ko tu muda lagi,,tapi tak kan la ko xtau cara bergurau dengan cara menghina?..kalo macam ni la perangai ko,,memang xlama la bisnes ko tu..InsyaAllah la lingkup beberapa purnama lagi..ketahuilah kamu sesungguhnya setiap pelanggan itu adalah pembawa rezeki.Hargailah pelanggan anda!!!
hahahah...aku bukan doakan yang buruk-buruk tuk peniaga tadi tapi diharapkan kisah ini mampu menjadi teladan kepada kita semua agar kita semua lebih berbudi bahasa kelak..tidak kira kepada sesiapa saja.

akhir kata, BAHASA CERMINAN BANGSA!!!

p/s:bergurau biar lah ada batasan nya..bak kata pepatah,kerana pulut,santan binasa,kerana mulut,badan binasa..ingatlah,lidah lebih tajam dari pedang..kalau tidak digunakan secara berhati-hati,,mampu mencerakan semua pihak termasuklah diri sendiri

sekian...

2 comments:

erah said...

ishh.. bengong gile orng tuh!

jau said...

hahahah..
lek erah...jgn emo2