BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Aug 15, 2010

jangan nak pilih2 plak

sebelum kita proceed dengan cerita-cerita bulan puasa zaman2 dulu,,mari la kita lihat apakah kelebihan terawih

setiap hari kelebihan nya lain2 tau

so,cekidaud!!!

AMARAN!!!

korang jangan nak ngada2 pergi terawih ikut hari yang korang suka
paham tak?
tak paham eh?
maksud aku,contohnya lah kan
ko tengok kelebihan malam kelima macam grand dan best je
baru la ko nk pergi terawih
ko tengok hari keenam punya kelebihan tak berapa seswai dengan jiwa ko,ko pun tak nak la pergi terawih malam keenam
ini contoh je
memang semua malam Allah bagi kelebihan best2
cuma hati orang,mana kita tahu kan..

akhir kata
jangan ko pilih2 hari tu
sebab kita tak layak pun nak pilih
kalau kita boleh pilih hari untuk dapat fadhilat ape,,
hari pun boleh pilih nak kita ke tak
paham tak?
tak paham eh?
abaikan jela
malas nak explain

sila scroll down untuk lihat fadhilat2 nya~

Fadhilat dan Kelebihan Tarawih

Ada pun fadhilat dan kelebihan bagi orang-orang yang mengerjakan sembahyang sunat Tarawih adalah seperti berikut :-

Malam

Kelebihannya

1 Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya
2 Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin
3

Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.

4 Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
5 Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin
6 Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama
memohonkan ampun baginya
7 Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman
8 Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam
9 Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W
10 Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat
11 Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa
12 Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama
13 Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan
14 Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.
15 Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.
16 Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga
17 Di beri pahala seperti pahala para Nabi
18 Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.
19 Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.
20 Di beri pahala para syuhada dan salihen
21 Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga.
22 Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan
23 Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga
24 Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan
25 Di hapuskan dari seksaan kubur.
26 Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun
27 Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.
28 Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga
29 Diberi pahala seribu haji yang mabrur
30 Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku.



2 comments:

na-bi-lah said...

haha garang la jau ni..
so far even tak g masjid still solat sendiri..tak pernah pilih hari lagi hee takpe kan mcm tu

jau said...

garang ke kak bell?
kak bell baca la dengan gaya lemah gemalai..sure tak rasa garang..
bukan ape kak bell,,memang ada kes orang nak pilih hari..tu kena tegas sikit..konon2 tegas la kan..