tak silap aku zaman aku sekolah menengah dulu
pokok memang merimbun
tapi sayang susah nak berbuah
berapa kali dah mak aku nak tebang
ingatkan pokok jantan la ape la
sebab lama benor tunggu
tak berbuah-buah jugak
orang kata kena ugut nak tebang dulu baru berbuah
jenuh kami ugut
tak berbuah jugak
macam-macam ikhtiar kami lakukan
potong dahan dia la
buang daun la
tapi tak nak jugak dia berbuah
tak faham betol kami
ibarat orang dah lama kawen tapi tak dapat anak
macam tu lah perasaan gelisah kami tengok pokok ni
cara terakhir yang bapak aku buat adalah
tabur garam kat pokok tu
lepas tu ugut nak tebang
hahaha
hasilnya,,
hahaha
dulu kan aku pernah pergi ladang anggur
pokok-pokok anggur akan ditogelkan
iaitu dibuang semua daunnya
then, baru la pokok tu akan berbuah
mengikut teori pakcik yang jaga pokok anggur tu ialah
pokok anggur yang ditogelkan akan berbuah sebab dia rasa dia nak mati
yela,,
macam manusia,,
kalau nak mati mestilah
nak tinggalkan pewaris segala kan
same goes to anggur
dia berbuah la sebab dia rasa nak mati
yelaa,,semua daun dia dah takde,,dia ingat dia leukimia agaknya
so,,pokok anggur tu macam dapat rasakan maut semakin menghampirinya
dia pun nak jugak la tinggalkan pewaris
oleh itu,,dia berbuah le
hahaha
padahal pokok tu ditogelkan sebab dekat malaysia takde musim luruh
negara asal anggur kan negara 4 musim,
dan pokok anggur hanya berbuah lepas musim luruh
sebab tu la pokok tu perlu ditogelkan
supaya pokok tu percaya dia berada di musim luruh
hahaha
tapi masalahnya,,
banyak semut dekat dahan yang ada buah tu
menyebabkan buah tu tak sempat besar dah jatuh menyembah bumi
siapa-siapa yang tahu ilmu pertanian,,
harap dapat la share cara untuk mengubati pokok ni
nak jugak merasa buahnya setelah sekian lama menunggu
sobsss..
No comments:
Post a Comment