BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Aug 5, 2011

advice for advisor

dalam hidup kita ni
macam-macam kerenah manusia yang kita akan jumpa
lebih-lebih lagi kehidupan berkawan dengan manusia


biasa la
nama pun kehidupan
ada yang ditakdirkan memegang watak suke mencari nasihat
ada jugak watak yang selalu mencari nasihat
tetapi
kebiasaannya setiap manusia ini memegang kedua-dua watak

apabila kita menghadapi masalah,,
pasti kita akan cuba mencari nasihat
walaupun selalunya kita lah yang dicari oleh kawan untuk dinasihati waktu mereka ada masalah
kita sebagai insan biasa
tak akan lari dari hari yang perlukan nasihat dari orang lain walaupun kita adalah pemberi nasihat tegar kepada umat manusia
err,,
paham tak ape yang aku cuba sampaikan?
pendek cerita,,semua orang perlukan nasihat

tapi kan,,
ini nasihat pada orang yang selalu dicari oleh kawan
untuk minta nasihat

bila kawan cari anda untuk minta nasihat,,
maknanya anda dipercayai
oleh itu,,
tolonglah jangan memusnahkan mereka dengan bagi nasihat mengarut-ngarut
orang yang dalam masalah dah tak boleh fikir secara waras dah
sebab tu dia cari anda untuk mintak nasihat
dia memang akan percaya dengan apa yang anda kata
anda pula sebagai penasihat,,
tolonglah jangan ambil kesempatan terhadap kepercayaan kawan tu
setiap patah perkataan yang keluar dari mulut anda sebagai nasihat tu perlulah difikir secara panjang dan in good faith
anda perlu bertanggungjawab dengan perkataan yang anda keluarkan
kalau taknak bertanggungjawab,,
bagi la disclaimer awal-awal
seperti
1)"ini pendapat aku je,,depends pada ko la nak decidi macam mana"
2)"bagi aku macam ni je..aku tak tau la pulak kalau bagi dia,,dia rasa macam lain"
3)"ini aku agak je..ko jangan la percaya 100%"

lebih kurang macam tu la kan
takut plak kawan kita tu buat keputusan yang salah disebabkan nasihat kita
entah-entah masalah dia sebenarnya kecik je
tapi sebab nasihat kita yang over tu,,
masalah dia bertambah rumit

akhir kata,,sila bertanggungjawab dengan nasihat-nasihat anda=)

No comments: