BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Nov 7, 2010

tahukah anda?

untuk mengurangkan bengkak di hati sebab bengang dengan encik blogspot
gara-gara lembab gila nak berjaya upload gambar,
aku pun cuba la untuk menaip entry yang tak perlukan gambar

tajuk "tahukah anda"
macam tajuk untuk info kesihatan kan?
tapi sebenarnya bukan
takkan tiba-tiba aku nak cerita pasal haemorrhage plak
dan
aku bukan nya nak buat soalan macam
tahukah anda nama bunga rasmi negeri Melaka adalah bunga kesidang?
tak pun,,
tahukah anda nama sebenar Erma Fartima adalah Sayang Nor Fatimah Rahmat?
tidak..tidak...
mana la aku ada cerita segempak itu
nak propa2 kat korang

aku cuma nak tanya korang,,
korang tahu tak
acacia(sebutannya ialah akasia) sebenarnya adalah sejenis pokok yang renek?
begonia pula adalah sejenis pokok bunga kertas?
manakala ipomea pula sejenis kangkung?
selain itu,,ixora adala bunga jejarum?
dan vanda alah sejenis spesies orkid?

korang tahu tak benda-benda yang aku sebut di atas tu?
tak tahu?
hahahaha
tapi aku tahu
sebab...
tu nama kelas dekat sekolah aku dulu

selalu sekolah mesti nak letak nama kelas ikut alphabet kan
alfa,beta,delta,gamma,epsilon la
amanah,baik,cantik,darurat la
tapi sekolah aku tidak
sungguh kreatif kan sekolah aku ni
aku berani bet takde sekolah lain letak nama kelas macam sekolah aku
ke sekolah ko ada?
hahahaha

p/s:terima kasih la pengetua sebab letak nama yang gila berilmiah macam ni...

4 comments:

LL said...

hahaha sekolah ak pon x ikot alphabet...

menarik kelas kau bunyi keperempuanan nama bunga saintifik. emmm skolha prmpuan ke???huhuhu

aku nama kelas ikot nama ahli ilmuwan islam.
bermual dengan farabi, jabar, qayyum, sina, khaldun... yeahhh

sekolh rendah borink sebab merah dna biru. haha
(sje ak pon nk crta)

jau said...

xla..aku mne pnh skolah satu jantina
sbb pengetua aku pmpuan kot(pgetua 1st)
skolah rendah aku saga,iswata,wira..lapuk gle
pdtu tukar jd upsi,um,upm..hahahaha

mulutmungil said...

jau!!!
ko nak bet ngn aku x kate xde sekolah laen yg buat name2 tuh???
Ade je la weh
Sekolah aku buat je name kls cm tuh
siap same lagi ikut susunan sekolah kite nih
acacia, begonia, ipomea, ixora n vanda...
same kan?

jau said...

skolah mne tiru kita tu?
ke kita yg tiru dia?
hahahha