BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Nov 4, 2010

jangan baik sangat

baik biar berpada-pada,jahat jangan sekali
selalu dengar kan peribahasa ni waktu sekolah dulu
maklum la,,kena buat karangan kan

bila cikgu tanya
"apa maksud peribahasa ini?"
semua pakat buat kuang ajar kata tanpa bersalah
"maksud dia,tak boleh terlampau baik cikgu,lepas tu kalau buat jahat,jangan buat sekali,kena buat BANYAK kali!"
konfiden je ko kan
hahahaha

cakap pasal baik ni kan,,
mesti terbayang kawan baik
tadi terdengar dekat Hot fm
tajuk hot chat hari ini adalah
"dulu kawan baik,kini musuh utama"
hmmm,,inilah bahana kalau baik sangat dengan orang

dulu aku berpegang pada "trust no one"
yelah,,
angkara dari kata-kata "tikam dari belakang",
aku sangat takut untuk percaya pada orang

lama-kelamaan aku mula berani percaya pada orang
sampai satu saat,,
aku terus lupa pada pegangan "jangan percaya sangat dengan orang"
aku sangat percaya dengan kawan aku
bagi aku,,dialah segalanya

tapi,,
ape perasan ko bila orang ko sangat percaya itu,
tiba2 betray pada ko?
aku rasa macam ada batu menghempap atas kepala aku
aku rasa nak pengsan!
kawan yang ko rasa dialah perangai macam bidadari
dia lah yang paling lembut,
paling gemalai,
paling sopan,
paling ayu,
tiba-tiba ungkit" jasa2" dia pada ko!
OMAIGODDDDDDDDDDD!

still tak percaya?
tak percaya kawan mampu membunuh kita?
kalau tak ada kawan macam tu atas dunia ni,
tak famous la words macam
"kawan makan kawan",
"harapkan pagar,pagar makan padi",
"ku sangka panas hingga ke petang rupanya banjir dalam bulan november sehingga mengganggu stadi wik dan merisaukan pelajar UUM"...HAHAHAHA

p/s:mungkin sebab kita rapat sangat yang menyebabkan perkara kecik dan remeh mampu buat kita bermusuh for whole life..hmmmm

1 comment:

yanee :D said...

betul. ceq sokongg