BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Nov 6, 2010

Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan

macam tajuk karangan zaman-zaman sekolah dulu tak?
hahahaha

1: Macam naik perahu

semua rakan-rakan balik
mula-mula aku rileks lagi
sekali,,floormate semua nak balik malam
hati aku terus resah

call mak dan ayah sambil nangis-nangis buat statement hiperbola sikit
kata SEMUA kawan balik
terus ayah ikhtiarkan suruh sedara kami hantar aku ke stesen bas di Alor Star
hihihihi
taktik menjadi!

dalam perjalanan,
semua jalan tutup
jalan shortcut ke highway ke semua tutup
air penuh lagi atas highway
ada satu jalan je yang dibuka

sampai dekat kepala batas,
kereta serendah kereta wira masih boleh lalu
lagipun time tu baru pukul 6,siang lagi
boleh nampak lagi jalan belah mana yang dalam atau tak

sampai dekat selekoh,kereta rendah tak berani lalu
air agak dalam
tapi sedara aku cuba jugak
alhamdulillah,,berjaya jugakkami mengharungi banjir itu
walaupun jem agak lama sampaikan anak dia merengek-rengek kebosanan
maklumlaaa,,budak kecik

kemudian,,dugaan kedua pula datang..
air kali ini lagi dalam
ya Allah takutnya aku
bila kereta bergerak dalam air,,
boleh rasa gelombang air itu menghempas pintu
aku tengok kereta wira kat depan yang sedang u-turn,,lampu kereta yang depan tengelam dalam air
apa maknanya?
tapi sedara aku tetap nak redah jugak
aku risau je kereta mati
yang ni sangat dalam..
bila kereta nak belok ke kanan,,
ko rasa macam duduk dalam perahu yang teroleng-oleng
aku nk bernafas pun takut
berkat keberanian si drebar,,
alhamdulillah lagi sekali..
kami berjaya mengharung air itu

ya Allah,,
depan stadium,,
ini tempat paling rendah
kalau dapat lepas tempat ni,,
bermakna,,misi kami ingin ke stesen bas,,berjaya!
dub..dab..dub..dab
berdebar sial akuuu..
kami mengharung air perlahan-lahan
ko tahu aku tahan nafas sepanjang harung air tu
aku takut bila aku bernafas,,kereta mati
hahahaha
akhirnya,yeay!
kami berjaya!
tapi aku risau la kereta dia rosak
T_T

alor star tiada bekalan air
nasib baik kereta dia ada setong air
boleh jugak buat ambil wudhu'
tapi aku tak sempat hulur duit pada yang menghantar
aku rasa bersalah..T_____T
dan-dan time aku nak buka zip purse,,time tu la zip nya nak stuck
aku tarik-tarik tapi tak boleh
lepas keluarga yang menghantar pulang,,
aku tengok apa la yang menyebabkan purse aku tak boleh buka
rupanya,,
duit lekat kat zip
stuck la
cessss..

ku tunggu..tungguuuu
lambat nya nak pukul 10
tapi gue sudah mau terkucil ni
aku mesej kawan yang bernama najmi adila
"mi,,aku nak terkecim wes tapi xdop air'
beliau menyarankan aku beli air mineral
hahahaha
nasib baik beliau beri cadangan itu
aku pun beli la sebotol air mineral besar punya
pergi je kat bilik air,,
dia memang ada sediakan air tapi warna air tu macam air kumbahan yang belum dirawat je
kalau dia bagi air banjir pun aku rasa lagi ok
eii yerk
nasib baik aku ada mineral water
hihihihi




menunggu dengan gigih!




saya tunggu benda alah ini la





ehemmm,,ada orang senasib dengan aku..hehehehe



dengki ah dengan mereka
naik bas dulu dari aku


2: Anugerah Allah

dalam bas,
saya nak duduk single seat
tapi dah penuh
terpaksa la duduk yg ada pair tuh
depan saya ada sepasang kapel
tingkap sebelah sana ada seorang laki
jadi,,saya pilih untuk duduk di tepi tingkap sebelah sini
saya berharap laki yang duduk sebelah saya
hihihihi
tup..tup
adoi,,perempuan la pulak
hancur harapan

saya senyum jela pada perempuan itu
dan terus pandang ke luar tingkap
yelah,,kecewa tiada pemandangan indah dalam bas
hahahaha
saya tengok sebelah kanan,
wow!
cantiknya pemandangan,
banyak nya air
nampak pantulan lampu dalam air
saya pandang ke kiri
wow! wow! wow!
saya nampak ciptaan Allah yang lagi indah!
waaaahhhhh,,ada mamat hensem arrrrr!!!!!
indah..indah..sungguh indah pemandangan..
semat gilak
kemas,,gaya duduk pun dah macho
pheeewittttt!
nyesal aku tak duduk dekat dengan dia
kenapalah aku pilih duduk sebelah tingkap
kan dah menyesal!
dia pun duk terkebil-kebil macam aku
kalau tak ,boleh nyembang kan
tapi takpe la
kalau duduk dekat2,macam mana nak skodeng beliau..hehehehe
aku try nak ambil gambar
nak share dengan anda
tapi dalam bas kan gelap
so,,saya sorang sajalah nampak nya berpeluang menikmati keindahan ciptaan Allah tersebut
kahkahkah!

p/s;sedap wei dapat makan nasik dekat rumah

5 comments:

sri sazila said...

miaaanngggggggg!!!!!

jau said...

oi makcik,,aku ni pmpuan normal..biasa laaa

sri sazila said...

nak kutok gak...miannnggg!!! hak3

InaSazlan said...

hahahah i like.rugi wooo

jau said...

sri:eleh,,ko ngn anas xpe..lg miang dowh
malina:hihihi..xpe,,di tanta lg byk pemandangn indah kan?hahahha