BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sep 4, 2011

taktik atau trend?

mulai hari ni
para pelajar sudah mula mendaftar ke IPTA
tak kira lepasan matrikulasi,STPM mahupun diploma

apa yang dapat aku lihat ialah
sekarang ni
kalau ko ada akak dekat UUM,,
nescaya ko akan dapat UUM macam adik aku
jiran2 aku pun sama
kalau ada akak dekat UPM,,adik pun dapat UPM
kalau ada abang dekat UPM,adik pun dapat UPM
eh,,
awat banyak sangat UPM nih
tapi dengan syarat universiti yang sama dengan akak dan abang tu adik2 ada calonkan waktu isi UPU tu la kan

aku rasa memang pihak kerajaan sengaja bagi u sama dengan adik beradik
konon2 takde alasan untuk budak2 blah dari universiti atas alasan homesick
takpun kerajaan rasa adik akan lebih selamat kalau ada abg or akak di u yang sama
yela,,kalau ada orang ragging adik,,
serta merta akak or abang boleh menumpaskan pembuli dengan pengaruh yang ada setelah sekian lama bertapa di u tersebut
boleh la kurangkan statistik buli di universiti gamaknya

tak pun itu memang taktik universiti
yela,,kalau budak2 dalam dilema nak pergi u mana satu,,
kalau dia dapat offer dari pelbagai universiti mahupun kolej
mesti la budak tu akan pergi ke u yang ada akak and abg dia
setelah di dorong oleh hujah2 yang hebat maha mantap oleh ibu bapa,adik beradik, jiran tetangga dan tidak kurang juga orang kampung dan sahabat handai

ke ini hanya spekulasi yang aku je gatai nak timbulkan?
hahahaha

No comments: