BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Apr 23, 2010

sila komen

ha,,,sekarang aku dah setting blog aku ni boleh dikomen oleh sesiapa saja
tanpa korang kena mengadap verification words tu

maap la kalo sape2 sblm ni cuba komen tapi xberjaya
aku baru sedar masalah kesusahan anda mahu berkomen d page aku ini

terima kaseh kepada Nurul Nadiah kerana mengkhabarkan maslah ini..
*gila poyo..konon2 ramai yang nak komen...hak3
----------------------------------------------------------------------------------------------

ada satu cerita ni..nak cerita semalam lagi tapi tenet xleh connect lak
petang semalam kan,,dikala semua warga bukit kaci enak di ulit mimpi di siang hari,,
aku dengan enaknya berkemas
bukan kemas tempat bersepah tapi aku mengemas sebagai persediaan untuk cuti sem
hahahah
bapak beria nya kan
exam pon xhabis lagi tapi aku duk kalut simpan semua barang masuk kotak
mesti rumate aku rasa nak blasah aku smpai pening
dia duduk khusyuk stadi management yang 18 bab tu...dan...
aku dengan senang hati plak mengeluarkan kotak yang sehabis besar dan 2bijik beg yang agak besar jugak tuk mengemas segala harta aku
pasti beliau sangat hangin
aku sedar kenyataan tu tapi aku xboleh tido
bagi mengisi masa lapang tersebut,,aku pun mula la mengemas baju2 yang dah x diperlukan
aku tinggalkan 2baju kurung tuk d pakai ketika 2 exam yang akan datang serta beberapa helai t-shirt je dalam almari aku
baju2 kurung yang telah out of date dan juga baju kurung yang dah berupa baju kelawar,,
telah selamat aku humban dalam beg tuk dibawa balik dan dilupuskan...hahahaha

dalam mengemas2 tu,,teringat plak ada dua blouse kotak2 yg aku beli cuti sem hari tu
eii,,xcaye je aku blh beli baju cmtu...eiii yeww
oleh itu,,aku pegi bagi baju tu kt kwn aku(nama dirahsiakan)
macam mulia plak kan,,bagi2 pada orang
padahal sebelum2 ni aku lagi rela membiarkan baju2 tu memburuk dalam almari daripada bagi kat org
tu zaman2 jahiliah...kedekut
sekarang aku dah dewasa...sudah berjaya ditazkirahkan oleh ustaz2 bahawasanya memberi itu akan dapat ganjaran yang besar
ni aku bukan nak riak gtau aku memberi
sbb ustaz ada ckp jgk,,ble tangan kanan memberi,,jgn smpai tangan kiri pun tahu
maknanya,,kita xboleh uar-uarkan pemberian kita pada orang ramai...kurang pahala
tapi nak bg pengajaran sikit,,kita xboleh kedekut dalam hidup ini
memang la baju tu cantik(kwn2 ckp)
tapi bagi aku,,baju itu sungguh cantik tuk aku pandang tapi sungguh tidak cantik dipakai oleh aku...hahahhaha
aku memang suka membeli tetapi tidak suka memakai(prangai buruk,,,jgn tiru)
dah2,,cukup la kesah baju itu,,biar dia bergembira dipakai oleh tuan baru
bagi baju tu merasa tuk lihat dunia
tyme baju tu duk ngn aku,,dia mampu lihat loker je
paling2 grand baju tu pernah merasa adalah digosok berkali-kali oleh aku je tp x pernah dipakai apatah lagi dibawa bersiar2 melihat dunia indah ciptaan Tuhan ini(wah,,puitis dan dramatis skali,,kena sampuk ngn hantu BM ke ape ni)

ok,,kembali ke kesah mengemas tadi

aku cam biasa suka buka pintu apabila mengemas
memang suka..saya ulang...saya memang suka..
bukan nak tunjuk rajin pada jiran tetangga tapi untuk dapatkan udara segar
yela,,kotak2 dan beg2 tu sudah berhabuk(dibiarkan bwh katil satu sem lamanya)
boleh pengsan aku kalo mengemas dalam keadaan pintu tertutup
aku pon xpaham cmne aku boleh merajin mengemas seawal ni,,padahal banyak hari lagi aku nak hidup dalam bilik ni
sampaikan jiran sebelah ni pon heran dengan kelibat aku yang mengemas dikala musim kekalutan exam
jiran aku yang nak g bilik air pon boleh berhenti depan bilik aku n tanya
"dah kemas dah?dh habis exam ke"
padahal dia se kos n sekelas ngan aku
dy xhabis exam lagi,,mesti la aku pon belum
boleh dilihat disitu ye bahawasanya orang kehairanan dengan kemerengan aku mengemas
walhal lambat lagi waktu yang sepatutnya mengemas tiba...hak3

arghhh,,,banyak plak aku megarut di pagi hari ini
ni tyme tuk stadi la jauhariatul amira
bukan tuk meluah perasaan secara sembarangan di blog ye
mind you!!!
hak3

nak buat macam mana,,aku dah xtahan nak membebel
nak g mendobi baju pon,,,
aku dah setelkan keje2 mendobi baju semalam
sekarang aku mahu mendobi blog plak...

apa lagi yang mahu di dobi?
ni jelah tuk entry kali ni
berjela2 plak..geli plak aku nak mengedit jap lagi..


pesanan penaja:
1)GOODLUCK YE RAKAN2 YANG MASIH EXAM DAN AKAN EXAM
2)SELAMAT BERCUTI BAGI RAKAN2 YANG DH HBS EXAM(benci korang,,,huh)

No comments: