BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jul 25, 2011

jangan prejudis

prejudis dengan buruk sangka tu sama kan?
ke lain?

situasi 1

bila kita balik kampung
tiba2 ada la sanak saudara yang jauh ataupun kawan2 grandparents kita datang
tak pun jirang dalam kampung tu datang
then,,mereka nampak kita
mesti la makcik2 or nenek2 tu tanya
"tak sekolah ke"
soalan biasa
jawab pun jawapan biasa
"eh,,tak la..dah habis sekolah lame dah"
makcik tu pun cuba mengorek rahsia lagi
"tak keje ke?"
kita dengan malas pun
"tak,,duduk kat umh je"
makcik tu masih tak mengalah,"bila nak kawen?"
gulp..
"lambat lagi makcik..blaja dekat U pun tak habis lagi"
makcik kepochi,"oooo..belajar dekat u..ingat duk tunggu orang pinang"

perghhh
muka aku takde ciri2 pelajar universiti ke?
sangat tak educated ke muka aku makcik oi
ke muka aku ni muka perempuan bodoh belajar and gatai nak kawen?
tak boleh blah la stigma orang kampung
bengang jugak aku kadang2


situasi 2

hari tu aku ada pi tahlil
pastu ada sorang makcik tu dia datang agak lewat and duduk dekat2 dengan aku
waktu ustazah tu bagi tazkirah,,
dia duk taip2 mesej dekat iphone dia
aku syak dia tengah bergosip dengan rakan2 dia
yela,,style makcik tu pn style datin2 yang kuat berpersatuan

bila baca yassin tu,,
dia still duk tekan2 iphone dia tu
aku pun jenguk2 la
makcik ni hantar mesej kat sape la
dari tadi tak berhenti menoleh iphone dia
dalam hati sempat jugak aku mengutuk makcik tu walaupun tengah baca yasin
hahaha
monolog dalaman aku berbunyi macam ni
"tak kan main mesej dengan suami kot makcik ni..udah2 le tu..baca la yassin dulu..mengalahkan orang muda la makcik ni..macam orang tengah bercinta..padahal anak ada kat sebelah je"
lama jugak aku perhatikan makcik tu
tak lama lepas tu
disebabkan curiosity aku yang tinggi,,
aku berusaha nk tengok jugak apa yang makcik tu buat dengan fon dia

rupa-rupanya,,
makcik tu baca yasin dalam fon dia
perghhh
malu sial aku..
tu la,,suka benor berprasangka pada orang
padan muka aku
hahaha

situasi 3

sebulan setengah yang lepas
aku pergi la cari kasut untuk prektikal
nak kasut hitam bertumit tinggi lebih 2 inci
maka aku p la parkson kota bharu dengan erma munirah dan nik imana
banyak kali kami round
tengok bonia la,
sembonia,santa barbara segala
tapi takde yang berkenan sebab semua design macam kasut cikgu
kteorgg dah emo
kata dunia ni penuh diskriminasi la ape la
untung la jadi cikgu sebab senang nak cari kasut and bla..bla..bla..

bonia punya kasut cantik tapi macam nak menari salsa la plak
tak berkenan,,
so,,
pi KB mall plak
kat KB mall,,
masuk la vincci segala
semua nya brand2 kelas la kan
tapi tak berkenan jugak
bukan setakat aku yang tak berkenan
tapi si erma munirah yang jadi peneman pun turut tak berkenan dengan segala design tu
dah puas pusing,,
tiba-kami nampak kedai kasut BATA
"nak masuk ke?",aku tanya ema sambil gelak2 sebab macam tak percaya nak masuk bata
last masuk bata time beli kasut sekolah waktu darjah 6 kot
ema ajak masuk sebagai cukupkan syarat cari
kalau takde,,takde la

sekali,,
bila masuk,,
kami terpandang kasut yang cantih
perghhh
tadi gelak2 cam tak percaya masuk bata
last2,,beli kasut kat bata gak
tak sangka la bata dah ada design yang cantik2 and trendy
dulu design bata macam untuk orang tua je
sekarang dah fashionable wa cakap lu..

hahaha
punya la prejudis pada bata
end up beli kasut bata jugak..

konklusi,,
jangan mudah jump to conclusion
cuba la husnuzzon sentiasa
ni tak habis2 dengan pemikiran jahat
hahaha
ni peringatan untuk diri sendiri la.

No comments: