BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Dec 8, 2010

tepat pada waktunya

enam haribulan,12 tengah hari = habis exam
juga menunjukkan tamat sudah semester tiga
penamat sesi pelajaran untuk tahun ini

enam haribulan,,waktu magrib = awal muharam
yang juga merupakan tahun baru menurut kalendar Islam
sangat hebat kan
bagi aku ini satu kebetulan yang hebat
seolah-olah memberikan banyak makna yang tersirat
seolah-olah memberi petunjuk untuk aku terus memikirkan satu fasa hidup yang baru
tahun baru,,azam kena baru
lupakan gundah gulana yang diharungi tahun sebelumnya

aku rasa macam hidup dalam drama
aku rasa sangat down lepas jawab paper exam last
bila baca je doa akhir tahun sebelum waktu maghrib,,
aku dapat rasakan satu semangat baru
rasa lebih bersemangat bila baca doa awal tahun dan surah yasin sempena tahun baru
dapat rasakan satu bisikan yang menyatakan
"sekarang tahun baru,lupakan semua yang berlalu,pandang kehadapan,dan mulakan hidup dengan sesuatu yang baru"

memang rasa lain sangat
sangat boleh rasa perbezaan antara perkataan tahun lepas dan tahun ini
walaupun pemisahnya hanyalah azan maghrib
tapi bagi aku,,
perbezaan tahun tu sangat berbeza la
macam dilahirkan jadi seorang yang baru
ish,,tak reti la nak describe perasaan nih

p/s:rasa macam baru balik dari tanah perang je bila tiba ke rumah dengan selamat pada awal tahun baru setelah berminggu-minggu bertungkus-lumus dan bergelimpangan dalam dunia peperiksaan...fuhhh

No comments: