BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jun 1, 2010

resepi kuah rojak

BAHAN-BAHAN

1) 6biji bawang merah(yang kecik je tapi kalau nak pakai yang besar punya,,sebijik cukup la)
2) 4biji bawang putih
3) 10 tangkai cili kering[rendam dalam air panas dulu] (pedas tahap biasa-biasa je..nak lagi pedas boleh tambah seberapa banyak yg anda suka)
4) 3camca kecil tepung gandum(cairkan menggunakan 1/5cawan air)
5) 3/4 cawan air
6) sesenduk gula melaka
7) sesenduk gula pasir
8) sesenduk kicap
9) belacan sedikit (agak-agak besar ibu jari)
10) sedikit cuka(untuk mengurangkan tahap kepedasan)
11)sedikit minyak untuk menumis(kira-kira 2 senduk)

CARA MEMBUAT
1) blend bawang merah,bawang putih dan cili kering dengan sedikit air
2)panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah di blend tadi
3)kacau bahan didalam kuali.gunakan api yang kecil sahaja sampai masak (dalam 10minit)
4)masukkan air,gula,gula melaka,kicap,belacan, tepung gandum yang telah pun dicairkan dan kacau sehingga semua bahan masak.
5)untuk lebih sedap,,taburkan kacang tanah ketika hidangan


kuah rojak boleh dimakan dengan buah2 seperti nenas,jambu batu'
sengkuang,timun dan sebagainya



kuantiti kuah rojak yang diperoleh dengan jumlah bahan yang
dinyatakan di atas

p/s:memasak adalah satu seni yang flexible.boleh ditokok tambah dengan citarasa masing-masing.kalau orang zaman dahulu yang serba kekurangan boleh mencipta resipi yang hebat dan dipelajari oleh masyarakat kini,,apatah lagi kita yang hidup dalam dunia moden yang hanya memerlukan satu klik sahaja untuk mendapatkan ilmu pengetahuan..Jadi,,selamat mencuba ye..jangan takut-takut.ni pun kali pertama saya masak kuah rojak ni...apa yang kita perlukan hanyalah keberanian untuk mencuba..=)



1 comment:

Loyar Lawa said...

hahahhahah kau nak tau tok ak memng tengah wat rojak pon dok cecah ngn pelam..hari2 makan...

cayalah kau...huhu