BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jun 8, 2010

apa pandang-pandang?

walaupun aku rasa tersangat la malas untuk menaip tetapi kugagahkan jua diri ini untuk menulis kerana sudah beberapa hari dibiarkan blog ini terkontang-kanting seorang diri tanpa penyeliaan dari tuan blog yang pemalas walaupun cun...(ehem,,i tarik balik word cun,,takut ada orang sawan jap lagi)

ha,,sebelum kita meneruskan kepada cerita yang sebenar yang berkaitan dengan tajuk yang macam konon-konon kontroversi plus marah itu walaupun I tak marah sebenarnya,,,I rasa kelakar la pabila menerima besday wish seawal hari ini di FB.tidak cukup mereka wish di wall tetapi mereka jugak wish di chatbox..wish in advance nampaknya rakan-rakan kita ini..walau apapun,I ucapkan terima kasih for those wishes walaupun lagi 2hari tarikh keramat untuk berumur angka 2 dihadapan...sekarang,,I masih belasan tahun la,,jangan la buat I rasa tua awal...simpan la wish tersebut untuk lusa ye kawan2..I kena wat preparation hati dulu untyuk menyambut ketibaan umur 20..heheheh(ni aura umur 20 ke tiba2 cakap I-I plak..)haahhah

ok,the main story is,,tadi aku pergi pekan dengan abang aku..so?..ermmm,,saja kecoh..suka hati aku la nak cerita..hahahha..tak la..yang jadi cerita adalah apabila aku pergi pekan bersama abang aku dengan menaiki VESPA!!!asal berselisih je dengan orang,,mesti orang pandang sampai terteleng-teleng kepala mereka...nak cakap aku ni sosial la tu...bergonjeng ngan laki..ada jugak warga emas yang tersengih-sengih..mungkin mereka teringat zaman-zaman mereka bercinta dengan pasangan masing2 sewaktu ketika dahulu..ada jugak golongan dewasa yang memandang sampai tak berkelip mata..aku tau diorang bukan kagum tengok aku tapi kagum tengok vespa tersebut..ceh,,vespa itu lebih mendapat perhatian,,sungguh I jeles taw..tidak kurang jugak ada yang tersenyum kambing barangkali sambil berkata dalam hati 'kapel muda berjiwa retro'...nak aje aku tulis dekat kat manila dan tampal kat belakang "kami adik-beradik'..jatuh saham I taw..
yang sangat tak boleh blah,,waktu kami dalam perjalanan pulang..ada satu kapel ni,dyorang naik moto EX5 tau,,abang aku potong la moto dyorang,,,then bila abang aku slowkan moto,,eceh,,laki tu pn nak blawan plak ngn kteorang,,konon-konon dia pakai moto baru maknanya cukup power la kan..pastu abang aku potong balik,,then abang aku slowkan lagi moto..saja nak test that guy..then,,that guy pn bawak selaju0lajunya potong kteorang balik..oooo,,nampak sangat that guy rasa tercabar..konon-konon nak tunjuk macho kat awek dia la tu..eleh,,I xheran la..jangan pandang tak de mata taw..vespa2..nampak je cam buruk tapi laju wa cakap lu...hahahahah..tak percaya?cuba la sendiri...lepas tu,,ada satu kereta saga potong kteorang,,ada la budak dalam tu duduk kat seat sebelah pemandu,,budak tu siap turunkan cermin dan keluarkan kepala dia tengok kteorang sambil senyum...gelak pulak ko budakk..yang tak tahan,,akak dia yang duduk kat seat belakang pun siap tertoleh-toleh dan gelak-gelak..aiiii,,I terasa cam badut sarkas plak..kalo berhenti kat lampu isyarat..tak payah cerita la macam mana reaction orang..sunggul pelbagai U all!!! samapai I pun malu nak tengok dyorang...HAHAHAHA

Tapi tak de la malu sangat..sebab vespa tu cunnn...nanti I update this entry dengan bubh picture that vespa...ada jugak la terselit sikit-sikit rasa bangga..sikit jela...

tu jela ceritanya..malas nak cerita panjang-panjang,,nanti anda boring...

ha,,untuk pengetahuan semua kaum hawa terutamanya IQTIYANI BASHIR,,jangan jeles sebab I mula wat facial sebagai persiapan untuk pergi kenduri...kalau muka I lagi berseri dari pengantin,,u all boleh mintak petua tersebut nanti..hahhhahah

p/s:sedang ingin berjalan-jalan makan angin la...

No comments: