BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Mar 30, 2014

kuat meroyan

sekarang ni,zaman serba canggih
ko ada banyak medium untuk meroyan
tak perlu la aku sebut rangkaian media sosial
semua sudah arif

bagi aku,
meroyan much better than ko menunukkan aksi menggelikan kau dengan suami kau
lagi geli adegan kau dengan boyfren kau
yang suami tu,maap juga la sebab pasangan yang halal
yang dengan boifren ni
aku tak paham dimana terletak perasaan malu mereka

sah-sah itu boifren,selamber je tayang laga-laga pipi
mak bapak,cikgu,lecturer ko tak fren ke dengan ko kat fb?
tak malu dengan kawan-kawan pun,
malu la sket dengan orang tua ataupun masyarakat secara umumnya

yang dah kawen pun,
tau le tu laki bini pasangan halal korang
tapi,
kteorg bukan yang takde kena mngena dengan perhubungan korang naik berbulu mata
bukan dengki,tapi geli
simpan le romantik hampa tu dalam rumah
usah ditayang satu donia
geliss tau tak
dengan suaminya pakai seluar pendek,bju sleeveless
eiyewwww
 lagi eiyee bila laki hampa tu pakai towel je
ape ke halnya nak tayang kat kami?
yeksss

rumah kita ada helicopter

dari semalam bomba duk berkampung kat padang tepi rumah aku
maklum la,sekarang kan banyak kebakaran gunung
sumber air terdekat adalah sekolah depan rumah aku

macam tak percaya tengok heli dekat-dekat

ini heli sedang cedok air

bapak kencang angin bila heli cedok air
penuh sampah masuk dalam rumah
tapi sebab jakun
p turun dekat-dekat dengan heli

itu je kantung air yang diangkut heli
bapak kecik an
tapi kalau besar,jatuh la heli tu an





itu semua gambar yang dicapture dari dalam bilik
hahahaha
pemalas punya orang
4kali kot heli tu ulang-alik
tak larah eh nak bersilat dengan debu semata-mata nak amik gambar heli dari atas tanah
hahaha

Mar 29, 2014

siapa calonnya?ok saje

macam biasa
aku selalu hang out dengan 2ketul warga taiping
tiap-tiap minggu lah
dalam seminggu tu mesti ada satu hari kteorg lepak bersama

menyembang,bergosip
bercerita stress masing-masing
dan sebagainya

kalau tak dilepas stress itu,
mungkin kami boleh gila sebelum habis chambering

tapi perjumpaan minggu ini,
aku terlalu letih
yela,staff cuti
aku jela jadi mangsa dipanggil oleh bos

aku punya letih,
sampai kawan-kawan kenenkan aku dengan sape2 je
suruh kawen dengan orang itu,orang ini
aku kata ok..
boleh je

kalau aku tak letih,
panjang argument aku

agaknya kalau umur dekat 30 aku tak kawen lagi,
siapa2 datang pinang
siapa2 yang mak aku suggest,
aku ok kan saje kot
hahahaha

siapa lagi nak kawen dengan aku?
meh sini,akak ok saje
hahaha

Mar 28, 2014

baiknya bos!

tadi kan,
dah siap buat hujahan balas,
dah hantar sesalinan pada court dah pun
malah,dah hantar satu copy pada lawyer pihak lagi satu pun
rasa macam kembang semangkuk bila bos check hujahan,
dia tak komen negatif pun
dia cuma suruh tambah ayat kat perenggan-perenggan tertentu
lepas betulkan,tros p failkan kat court
bangga jap okeyhhh
selalu kalau buat apa-apa,
paling kurang 3kali draft baru boleh print salinan bersih
rasa hebat sat
kahkahkah
padahal point pon bos bagi
ada hati nak rasa hebat
puii...

sekali lagi bos buat i rasa bangga bila dia mintak aku check kerja yang staff buat by referring to my previous file
rasa macam heroin sat
sebab dapat kepercayaan bos untuk jadikan kerja i sebagai sample
hikhok hikhok

ketung ketang ketung ketang dari pagi,
akhirnya pukul 5 eden berpeluang untuk berehar sambil bergosip dengan staf
kebetulan bos baru keluar dari surau
dia tanya-tanya pasal rumah aku
dia tanya kat gerik kawasan mana
berapa jam dari taiping
padahal sebelum-sebelum ni dia dah tanya
aku jawab jela kan
dah alang-alang memang nak curi tulang dengan cara menyembang
menyembang jela dengan bos kan
seterusnya,bos berlalu masuk dalam bilik dia
TETIBA!
bos panggil
kata bos "setiap hari Jumaat kalau kamu nak balik pukul 5 pun takpe"

walawehhhhhh,,
aku boleh balik gerik awal tiap2 minggu la ni?
best ah bos ni
*senyum lebar-lebar nampak semua gigi*

ini baru dapat permit untuk balik awal
kalau aku dapat peluang bergambo dengan tuan majistrest tepeng yang kiut miut tu,
mau pengsan aku gamaknya
*harap-harap mimpi tuan majistret yang gebusss tu malam ni*
HAK HAK HAK HAK galokkk!

Mar 24, 2014

Jangan Engkau Lupa

kesengsaraan kita hari ini mungkin satu kebahagian bagi orang lain
mungkin mereka tidak senang duduk selama ini memikir ikhtiar utk melihat kau susah hari ini


tapi tidak mengapa
aku percaya pada Yang Di atas Sana
mungkin gundah aku hari ini,tapi laknat kau hari esok

mungkin amal aku tidak cukup untuk berdoa kemusnahan engkau
tapi aku percaya kepada hari pembalasan
mungkin enkau menang hari ini
tapi tidak di hari akhirat

Jangan engkau lupa bumi ini bulat
mungkin hari ini engkau diatas
tetapi esok belum pasti

engkau sangka aku akan musnah meratap nasib merayu kepada engkau
tetapi aku semakin hari semakin kuat
akan ku lawan
tidak akan ku tunduk terhadap tipu daya engkau

mungkin bunyinya seperti perempuan tidak waras
perempuan yang tidak boleh menerima ketetapan Ilahi
tapi itu hanyalah amarah seorang hamba yang imannya lebih nipis dari kulit bawang

sesungguhnya aku percaya kepada kebesaran Allah Yang Maha Berkuasa

Mar 21, 2014

orang jual insurans?

tadi balik awal dari biasa
disebabkan mengantuk ketika drive,
aku amat bersyukur bila ada kawan sms,emak call
ngantuk kot weh bawa kereta slow-slow pada cuaca panas

tibatiba,ada cal dari number 03-xxxx0000
akak ofis aku kata kalau ada banyak zero kat belakang selalunya bank atau orang jual insurans
so,aku reject jela call tu
lagipun sebelum ni ada je agen insurans call aku nak ual insurans nyawa
fobia aku
sekali lagi number tersebut call aku
berpaksikan kepercayaan bahawa call dari kawan2 yang guna fon ofis,
aku pun angkat

sekali,awok yang duduk kat kl sana ye call pakai fon ofis
cissss,,kedekut betoi
nak bergayut pun pakai fon ofis

kalau kena saman akibat guna fon sewaktu memandu selama 20minit,aku suruh dia bayar
bukan main menyembangnya ye
dah le kita ni bawak kereta manual
payah betul nak tukar gear

apaapa pun,
buat kawankawan yang number fon ofis berakhir dengan banyak number zero kat belakang,
kalau nak call aku,call la banyak2 kali
kalau call sekali je aku tak angkat
sebab aku takut itu adalah call utk iklan kredit kad,insuran dan bank
hohoho

Mar 9, 2014

online shopping

aku tengah ragu-ragu untuk membeli nih
cakap dekat mak nak beli tudung
nak ganti tudung yang hilang
dilema nak suruh adik belikan or nk beli online je
mak kata beli online jela
perghhh,,dah dapat green light tu
sekarang tengah tunggu response si penjual
tapi hati tengah dilema nak warna apa
hahahaha

lagi satu keraguan adalah nak beli beg
dah add to cart dah beg tu tapi masih ragu-ragu nak klik maybank2u
hahahaha

tinggal nak klik maybank2u je semua tu
tapi masih dilema adakah patut perbuatan aku tu
kang tak beli,duk teringat
beli kang menyesal pula
hahahaha
dasar perempuan banyak fikir

Mar 8, 2014

berkebun siri 5 :takde limau,epal pun boleh

tadi pergi berkebun lagi
sebab dah lama tak pergiasyik tak larat je
kejap-kejap berhenti rehat

tengah semangat menebas tiba-tiba kayu terpelanting mcam mana tah,luka ibu jari aku
banyak gila darah
aku pun letak air liur,tekan dengan baju supaya darah berhenti
tak tau nak buat macam mana kot
bagitau mak aku kang,pengsan plak mak aku kat lereng bukit tu
mak aku kan mabuk darah
hahahaha
lama jugak aku duk senyap lepas tangan berdarah
aku pun boleh tahan pening jugak tengok darah banyak
hahaha

bila dah ok baru aku bagitau mak
rehat sat( rehat lagi..huahuahua)
pastu p teruskan menebas kat satu kawasan yang dalam gila
mak aku kata itu kawasan orang bawak lalu kayu balak
aku macam tak larat lah nak masuk menebas dalam kawasan yang dalam setinggi  dua orang tu
bila dah kumpul kekuatan baru la masuk
tebas-punya tebas, tiba-tiba aku nampak binatang kuning terbang dan gigit aku
"maaaa,,sakit maaaa",jerit aku
jerit tapi tak lari
bila aku dengar mak aku suruh lari,baru aku lari guling2 dalam gaung tu
2kali berguling baru sampai ke tanah
aku kena gigit dengan Peringat..aku tak tau la orang sini panggil binatang tu ape benda
yang penting sakit berdenyut-denyut and bengkak muka aku

dah jadi macam tu,
aku ingat nak berehat dalam kereta je
tapi mak aku risau takut di apa-apakan orang yang lalu
kata anak perempuan kan
mak aku suruh ikut depa nak menebang pokok
maka,aku bawa la kain batik mak aku,hampar atas tanah dekat mak aku buat keje
maka,guwa pun berbaring beralaskan kain batik dan berbantalkan kain tudung dalam hutan tu sementara parents aku siap buat keje

dulu aku pernah kena gigit dengan tebuan
nak bagi kurang denyutan dia bapak aku taruk limau nipis dengan garam
kebetulan waktu aku baring atas kain batik tu,aku duk makan epal
aku tanya mak aku,"ma,dulu kena tebuan kita letak limau nipis,ni kalau orang letak epal utk hilang sakit boleh tak?"
mak aku suruh try je
maka,aku gigit2 epal tu dan tepek kat tempat kena sengat dengan harapan kurang sket sakit
bak kata pepatah takde rotan,akar pun berguna
hahahaha

sempena hari wanita ni sepatutnya i cantik macam bidadari tapi muka bengkak macam ape je

Mar 7, 2014

kekangan masa

sebenarnya banyak je cerita
tapi sebab banyak sangat,tak tahu nak cerita yang mana satu
kita cerita setakat yang ingat je la ek

1) isu hanez suraya

perghh,,nak jugak masuk isu artis kan
kat ofis aku,kalo sebut nama hanez suraya,setiap orang akan meletop
pung pang pung pang duk mengutuk
termasuklah bos aku
bos aku laki okeyhhh
bila staff cakap "yes,memang hanez tu cantik tapi tak semestinya boleh amik laki orang"
tros bos aku balas, "hanez tu cantik?tarakkk ahhh"
tak boleh blah la bos aku join gosip2 artis dengan muka samseng dia tu

2) mencari barang

aku tak faham dengan kedua-dua bos aku
baik encik F mahupun Encik S
hari tu En. F masuk je ofis panggil aku tanya "mana sepek saya?"
heloooo,,spek awok kot,tanya kita pulak
tengah hari sikit, beliau panggil lagi
"mira, cuba kamu cari 'puncher' saya sat"
padahal benda alah tu depan mata dia

kemudian,tadi En. S gigih panggil aku
kemudian dia tanya "kamu ada nampak tak stapler saya?"
aku pun berbasa-basi "stapler  En. S kaler ape?"
biru katanya
bila aku keluar dari ofis beliau,
stapler tu ada atas meja akak kerani
bila aku bermurah hati p hantar stapler tu,
boleh pula En. S berkata "mana kamu jumpa?"
bila aku gtau perkara sebenar,dia seolah2 tuduh aku yang bawa ke sana
helooo,,aku tak penah pkai pun stapler biru dia tu
entah-entah dia tinggal kat situ,pastu lupa amik,pastu tuduh aku
malas nak layan

tak tahu lah sejak bila aku jadi penyimpan harta depa

3) gelaran baru

sekarang ni akak-akak ofis aku panggil aku tokey 16N
hal ini kerana,semua 16N (melepaskan gadaian/Discharge of Charge) kat ofis tu aku yang buat

tadi memang sibuk gila kat ofis
aku turun amik document kat tingkat bawah
tiba-tiba En. S interkom cari I
i pun berlari-larian panjat tangga
ingatkan apa yang urgent sangat
sekali dia suruh replace page baru kat document
manja beno
tu pun nak suruh I yang buat
pulun panggil aku
dengan muka tak bersalah beliau berkata "mira tolong replace page 3 ni eh,u kan pakar replace dokumen"
hek elehhhh
pakar replacement? macam itu pun boleh?

4) taruk pun boleh jadi isu

aku tak perasan pulak aku sorang je kat ofis tu guna word taruk
patut la setiap kali aku cakap taruk kat En. S dia pandang aku semacam je
sampailah tadi limit of curiosity dia berada di kemuncaknya kot
dia pun bertanya " mana kamu belajar guna perkataan taruk?"
terpinga-pinga i tau
dengan beraninya aku balas soalan dengan soalan
i kan memang spesies rebel dengan bos
"kenapa?orang sini guna ape tak guna taruk?"
En. S kata orang Perak guna perkataan letak,depa tak guna taruk
oooooooo...itu jela respon aku selalunya bila En. S bagi tau aku apa-apa pun

ahhh,,letih ah citer pasal ofis
kalau ikutkan,banyak je perkara2 di luar jangkaan aku berlaku setiap kali ada conversation aku dengan para bos
tapi kalau citer semua kat sini,
hangpa bosan plak

ke nak cerita pasal orang p tengok konsert erra,awie & ziana zain?
hahahaha

ke nak puji-puji awok yang kat Perlis tu?
hahahahaha

sekian dulu untuk kali ini

Mar 2, 2014

kawan

serabut la weh kehidupan sebagai chambering student ni
rasa nak give up pun hado
macam-macam masalah kehidupan dengan chambering life ni lah
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...stress
lepas lulus ILKAP, ada ethics course pula yang menanti
kalau tak lulus,satu hal nak kena repeat
dalam masa sama nak kena buat dock brief or in house training sebanyak 14kali..14 kali okeh!
Letter of introduction kejadah tu lagi
BM exemption lagi
hodoiiii,,itu semua pakai duit ok
ohhh,,dan dlm AGM hari tu,depa gtau CPD point wajib untuk long call start july
*rasa nak mencarut

dalam keadaan berserabut sebegini rupa la kita memerlukan kawan untuk bercerita agar tak gila dengan serta merta
disebalik permasalahan hidup sebagai chambering student,
banyak lagi tekanan yang bisa buat guwa depress
kawan2 invite p majlis tunang dan kawen depa pun satu depression kepada aku..hahaha
belum hal mak aku mintak kakak ipar dan abang aku carikan jodoh untuk aku
banyak sangat hal dalam hidup ni,tak tahu yang mana satu patut difikir dahulu

tapi time nak cerita masalah tu
dan-dan browse contact number
eh,,takde kawan ke aku ni?

so,thank you lah pada kawan-kawan yang sudi mendengar rintihan hati aku
terutamanya Mohd I*****
yang hari-hari mendengar bebelan aku
kalau dikau baca ini,
ko menjadi kecintaan aku weh
di atas kebaikan ko terhadap aku
hahahaha

kepada kawan yang jauh nun di KL pun thank you jugak sebab pantang aku cakap aku sakit,pasti telefon aku berdering-dering
boleh i mengadu domba dengan free sat

tak lupa jugak chambie-chambie tepeng yg sudi berjumpa i untuk share beban di hati

kawan baik dari zaman skolah pun,thank you weh
selalu datang melawat aku bila beban atas bahu aku berat mengalahkan batu
*p/s: berus gigi purple ko aku simpan lagi.bertambah rindu bila nampak berus gigi ko tuh..hahaha

tengok,sikit je kan kawan yang aku ada
so,celah mana aku nak cari calon nak buat jadi jodoh?
ko cakap sama guwa sekarang!
hahahaha
*desperado gila bunyi nya

Mar 1, 2014

cerpen 2: sweet

watak utama cerpen-cerpen ni orang yang sama, jejaka dan gadis
tiada kena mengena dengan kisah personal penulis..hahaha

Jejaka: macam mana suara? dah merdu balik ke?
Gadis: suara i sentiasa merdu..
Jejaka: kalau tak sihat, kenapa tak mc je?
Gadis: malas ah,banyak keje
Jejaka: alah,,kerja ape sangat la yang ada dekat bandar kecil yang u duduk tu? hahahaha*gelak gaya setan
Gadis: i orang tak miskin,duk kira harta orang jela yang mampu..duk pulun mengira harta orang juta-juta
          berminggu-minggu
Jejaka: orang glamer macam u tak payah kerja keras la
Gadis: glamer celah mana nya?
Jejaka: alah, di bandar terpencil you tu kan,you yang paling glamer. paling sweet.tak de sape boleh lawan
             you punya sweet
Gadis: ini satu penghinaan ke ape..tapi i rasa i takhta i dah jatuh la
Jejaka: jatuh dah you? you kalah dengan sape? dengan kawan you yang garang tu?hahahaha*gelak setan
             lagi

omaigoddd,,pehal pulak pakcik ni kata aku sweet
hahahaha
tapi di saat tak sihat ni,orang kata kita sweet pun kita boleh senyum macam orang gila sepanjang hari
pujian is the best medicine...kahkahkah
boleh cenggitu?

cerpen 1: gemuk

perbualan antara jejaka dan gadis
tak pasti lelaki itu masih boleh dikategori sebagai jejaka
tapi layan kan aje lah

Jejaka: you dah kurus la sekarang. kurus gila. apa rahsianya?
Gadis: rahsianya,makan hati.pasti kurus.kekeke
Jejaka: series you kurus sekarang
Gadis: alah, itu berbulan yang lalu,sekarang dah gemok dah
Jejaka: you dah gemuk? Shittt..

omaigod,,kenapa pulak dia yang mencarut
aku gemok,kenapa dia yang kalut
aku hempok dengan kerusi kang
rilek ahhh
Kun fayakun, Jika Allah kata jadi,maka jadilah ia
bila tiba masanya, dengan izin Allah,,kurus la balik,bisik hati si gadis
highlightnya di sini,si gadis terkejut dengan perkataan shit yang dihambur oleh si jejaka

sekian