BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jan 12, 2014

konsep kasut sama dengan konsep boyfriend

siapa-siapa yang mengenali aku
ataupun yang biasa tengok kereta aku
mesti tahu kecintaan aku terhadap kasut
kat seat depan kasut,seat belakang penuh kasut
itu belum kira dalam bonet kereta dan dalam alamari kat rumah

ada perempuan yang suka beg
ada juga yang suka perfume
tapi aku suka kasut
semua orang pelik kenapa antara banyak-banyak benda
kasut yang letak kat kaki yang orang tak tengok tu la yang aku suka

well,,pendapat aku senang;
kalau beg,baju kita yang kena bawa dia,tanggung berat dia
tapi kasut,dia yang bawa kita,
tanggung berat kita
bawa kita ke destinasi yang kita nak

tapi kasut ni pun ada pelbagai jenis,sama macam orang
ada jenis kasut yang kita pakai,memang selesa
rasa nak pakai hari-hari, kemana sahaja kita pergi
tak kira sejauh mana pun

ada jenis kasut yang kita boleh pakai kejap je dan kena bawak selipar jepun spare dalam beg
contohnya high heels dan wedges
waktu event kena pakai sebab wajib
dah habis event tukar le ke selipar jepun
dah tahu kaki akan melecet kalau pulun pakai sampai ke tempat parking kerete yang nunnnn jauh di sana
lagipun,kalau penyangak muncul kan senang nak lari

ada juga yang jenis asyik nak gigit kaki kita
tak boleh pakai walau sekejap,mencucuk-cucuk sakitnya
kalau nasib tak baik,siap melecet and jadi gelembung air kat jari jemari kaki
tang ni memang jenis yang kena taruk dalam almari yang paling dalam
yang kategori tak akan dipakai sampai bila-bila
in term of pasangan hidup,
kategori lintah darat memang ko kena jauhi asyik nak mencekik harta ko je kejenya
kejap-kejap buat cerita mak sakit nak pakai duit la,adik eksiden nak guna duit banyak la
nak topup takde duit dan bla bla bla..
jenis hidup tak berguna pada masyarakat



nak cari kasut yang comfort ni,bukan senang
kadang-kadang kasut ni hanya indah dipandang,
tapi bila pakai,masyaAllahhhh,,sakitnya ya ampun!
so,waktu pilih kasut,kena la pertimbangkan segala aspek
jangan setakat tengok cantik,terus order online
tengok tapaknya
jenis licin ke jenis getah
kalau jenis licin jangan duk pulun beli
pakai sat kang jatuh tergelincir depan orang ramai
tak ke malu?
begitu juga dengan pasangan hidup
harap muka je hensem tapi jenis cepat naik tangan
kawen sat,nak cerai sebab asyik kena dera
tak ke malu?

so,
kalau ada pakwe yang boleh bawa ko ke jalan yang benar,teruskan
kalau sikit-sikit rasa sakit hati
jangan teragak-agak untuk tinggalkan dia dan cari seseorang yang buat hati,jiwa dan raga ko selesa macam selipar jepun
selipar jepun walaupun selalu tak boleh bawak p majlis gempak,
boleh je bawak p merata tempat yang menggembirakan hati ko contohnya pasar,pantai,shopping complex

Konklusinya,time nak cari pakwe
ko pertimbangkan ciri-ciri laki tu sebagaimana ko pertimbangkan kasut untuk dibeli
yang padan dengan saiz ko
yang selesa di tapak kaki ko
yang boleh dibawa lompat-lompat,guling-guling
bukan yang hanya indah dipandang tapi sakit bila dipakai

keterlaluan ke samakan bakal pasangan hidup dengan kasut?
tak kot
jalau tak masakan ada pepatah "if you were in my shoes"
 sakitnya kaki di dalam kasut,hanya empunya badan tahu
orang yang pandang hanya nampak kasut tu cantik di kaki kita
depa tak tau kesakitan yang kita alami untuk tampak cantik itu
kalau depa tau kita sakit pun,kesalahan tetap dituding pada kita
dah tau saki,pehal nak pakai lagi

yang memilih kasut itu kita
dah kita yang pilih kasut tu,kita la yang kena bear the consequences
same goes to pasangan hidup
maka,lepas kita pilih,mintak pendapat ibu bapa dan mintaklah petunjuk dari Allah
sesungguhnya Allah knows best.

No comments: