BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jan 11, 2014

durian

dah berapa minggu emak aku suruh beli durian dekat Bukit Gantang
aku pun tiap-tiap minggu menabur janji manis nak beli
tapi tak beli-beli

minggu lepas,aku janji nak beli
tapi sebabkan tepi jalan tu banyak sangat gerai jual durian,
aku tak beli
banyak sangat kot tempat nak beli,
tak tau nak berhenti yang mana satu
kang berhenti yang sini,kat depan nanti ada buah yang lagi best
last-last,tak beli
hahaha
mak aku kata, "nasib baik aku tak tanak pulut lagi,ingat ko beli durian"
sentappp..

untuk menebus rasa bersalah tabur janji manis pada emak,
minggu ni aku nekad berhenti beli durian tepi jalan di bukit gantang tu
aku dah usha-usha kedai yg akan aku berhenti hari isnin hari tu
maka,aku pun berhenti la beli durian walaupun hujan lebat

ikutkan hati malas nak berhenti
hujan lebat gila babeng kot
tapi kalau tiap-tiap minggu mungkir janji,rasa jahat la plak

pakcik dengan makcik jual durian tu baik wooo
tapi yg tak boleh blah,mkcik tu nak menyembang macam-macam
dah le dia berdiri tengah hujan,byk plak nak tanya aku
aku takpe la ada payung
paling tak menahan makcik tu tanya "anak keje bank ke?"

aku pun musykil pehal makcik ni syak aku keje bank?
muka aku macam muka orang banyak duit ke?
aku tengok dalam purse aku,banyak resit dari duit
dalam kereta persoalan itu masih terngiang-ngiang dalam kepala otak aku

disebabkan tudung bawal basah,aku tengok la cermin nak betolkan
baru aku perasan aku pakai tudung oren dan baju oren
mesti makcik tu ingat aku pakai pakaian seragam Bank Simpanan Nasional (BSN)
patut la makcik tu tebak aku keje bank
cissss

No comments: