BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sep 15, 2012

hutang

sekarang semua orang tengah banyak duit kan
takde la rasa bersalah sangat kalau nak cakap pasal hutang
kang kalau aku tulis pasal hutang akhir2 sem,
ramai yg kata aku bg hint nak mintak hutang

aku bukan nak mintak hutang kat sini
cuma nak share apa yang aku baca
aku tertarik bila baca tweet fetri yahya

1) siapa yang tidak punya niat untuk membayar hutang, Allah akan menuntutnya sebagai pencuri,bahkan pahala kebaikannya akan dialihkan kepada yang memberi hutang

tak susah kan ayat tu
aku rasa,sekali baca pun korang boleh fahamkan
teruk jugak padah tak bayar hutang
Allah isytiharkan sebagai pencuri
dan yang lagi malang bila pahala dialihkan pd org yang sudi beri hutang itu
kita berhutang,sila la kenang budi
nasib baik pemberi pinjam tu baik hati je nak bagi ko pinjam
kalau tak, apa jadi dengan diri ko yang sedang kesempitan
orang dah tolong,takkan tak reti kenang budi kan?
maka, Allah itu maha adil

2) berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan keresahan di malam hari dan menyebabkan kehinaan (aib) di siang hari

sungguh wei,
bila kita pinjam duit orang,hati tak terteram selagi tak bayar hutang tu
asyik duk teringat je
tapi tak tau la kalau orang yg biasa buat2 lupa untuk bayar hutang tak rasa apa2 keresahan dah dalam hati mereka kan..
nauzubillah..

akhir sekali,ini doa yang ahmad fetri yahya tulis untuk jauhi beban hutang

3)Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari kebakhilan dan ketakutan. Dan aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan tekanan manusia.

renung-renungkan lah
sebaik-baiknya,cuba avoid berhutang
kalau berhutang pun,jangan tangguh-tangguh masa untuk bayar
usaha sikit untuk bayar hutang orang cepat-cepat

di sini ada kelebihan lagi kepada pemberi pinjam yang tidak menekan peminjam

4)Siapa yg mberi waktu kpd si peminjam utk mbayar hutangnya,maka Allah akan memberi jangka waktu yg cukup baginya utk bertaubat sblm matinya

*yang ada nombor tu tweet fetri yahya

No comments: